Monday, July 27, 2009

Mimpi Sedih

Minggu yang agak bosan untuk aku lalui hari minggu.. Entah kenapa aku sering terpanggil-panggil sampai kadang-kadang aku bermimpi.. Aku rasa arwah masih hidup. Aku rasa macam dia masih ada. Aku rasa sayu apabila ma aku telefon aku akan tertera perkataan "Ayahanda" di skrin telefon aku kerana ma aku dah pakai hphone ayah aku.

Ada satu saat aku akan terkenang, menangis, termenung macam orang takde kerja nak buat. Abang ngah cakap abah menitiskan air mata semasa abang ngah bisikkan kalimah syahadat ke telinganya. Masa tuh doktor dah cakap abah dah takde peluang, doktor akan cabut satu2 alat bantuan dia. Dan dia pergi dengan penuh tenang.

Tempat terakhir arwah selalu lepak, di sini juga beliau jatuh dan muntah2 pada pagi kejadian

Ma cakap, banyak benda yang abah nak buat dalam masa terdekat. Macam projek tanaman sayurnya yang terbantut. Akuarium yang tiada lagi orang nak tengok. Aku rasa betul-betul sayu.. Lastly ma cakap abah ada tinggalkan 6 digit nombor kat cermin solek yg ditulis dengan gincu, ma cakap abah pesan yang aku tahu itu no apa.. Aku memang pernah dengar, tapi aku tak pernah tahu no itu no apa. Bila aku check dengan kad atm, baru tau itu no pin abah.



Rokok terakhir yang sempat aku rakamkan sebelum arwah pergi

Dah dua kali aku mimpi abah ada lagi, berterusan, dua hari berturut-turut. Aku di sini hanya mampu berdoa semoga dia pergi dengan tenang... Aku x sanggup nak sambung lagi.. bye


Peninggalan kereta arwah... Hanya aku yang selalu bawak beliau

Friday, July 24, 2009

Rindu Yang Pergi

Keseekoran lagi memikirkan banyak perkara yang telah terjadi dalam masa 2minggu aku tidak menulis sesuatu di sini. Yang pertama, aku sudah tidak berayah. Sekelip mata sahaja aku kehilangannya. Allah terlalu sayangkan dia, sehinggakan ayah aku menderita hanya seketika.

Dahulu aku tangisi pemergian ibuku, abahlah tempat aku berpaut saat mengetahui ketiadaan ibuku.. Abahlah orang yang terpaksa menerima umpat keji hanya kerana aku yang paling lambat tahu sampai aku sendiri tidak sempat melihat jenazah ibuku. Abahlah orang yang selama ini menyakinkan semula bahawa kehidupan ini mesti diteruskan meskipun ma sudah tiada. Abahlah yang manjadi pendorong untuk aku berjaya.

Tapi hari itu, aku mendapat berita abah tenat di wad, abah tidak sedarkan diri. Abah sudah tiada harapan. Aku sendirian di sini mengharap sesuatu keajaiban akan berlaku. Meminta supaya Allah mendengar rayuan aku, menangguhkan perjalanan abah ke sana dalam masa beberapa jam, atau beberapa hari lagi, atau beberapa tahun lagi. Aku tahu semua doaku sentiasa dimakbulkan, dan aku yakin Allah mendengar doa aku.

945pm, jadual bas ke Terengganu yang paling awal, aku resah sendirian menanti bas yang sudah lewat masa perjalanannya. Hampir 1030 barulah aku mula meninggalkan perkarangan Ipoh.

Malam itu aku rasakan terlalu lambat, sesekali aku melihat jam. sesekali mesej masuk dari teman seperjuanganku yang mendoakan kesejahteraan ayahku. Aku berdoa supaya tiada panggilan dari ahli keluarga aku yang terdekat.

Aku terjaga dari tidur apabila telefon aku berdering menambat resah di dada. Tertera perkataan "Kak Long" di skrin telefon aku. Aku masih teragak-agak untuk menjawab.

Butang hijau kupicit lalu salam diberi

"Alang kat mana?" soal kakakku dalam nada yang agak mendatar.

Aku memerhatikan sekeliling, jam di dinding bas menunjukkan ke angka 1115 mlm... Aku hanya menjawab tidak tahu di mana aku berada sekarang.

"Alang, biarlah nak kabo... Abah kita takdok doh..." terhambur jua kata-kata yang paling aku tidak mahu dengar dari bibir kakak aku itu.

"Biar betul??!!" hanya itu yang mampu aku tanya diiringi dengan tangisan yang laju dari kakakku. Aku menjerit dalam hati.. Aku menangis sepuas-puas hati.. Biarlah sesiapa di dalam bas itu mendengar tangisan aku, aku tidak kira... Aku belum bersedia lagi Ya Allah....

Malam itu aku rasakan terlalu panjang untuk aku tiba ke destinasi.. Aku hanya SMS kepada Kak N dan Kak Fatiyah tentang hal ini.. AKu tau ia akan tersebar sendiri. Kak Tuti dan Kak SHida menelefonku tentang hal itu.

Berderetan mesej yang masuk mentakziahkan aku supaya bersabar. Apa yang aku mampu lakukan? Aku tiada di sisi abah.. Saat abah perlukan aku...

Pagi yang dingin dan sepatutnya menjadi pagi yang berkat kini bertukar suram.. Jumaat itu juga ayah aku disemadikan berhampiran dengan arwah abang dan arwah ma. Aku harus terima kenyataan in bahawa abah tiada lagi.

Abang Ngah memberi tahu abah ada brain tumor peringkat ke3, kenapa selama ini kami tidak tahu, bahkan abah sendiri tidak tahu.. Wajah yang paling aku tidak sanggup hadapi ialah ma, Syawal dan Majidah.... Sampaikan ada satu ketika aku berdoa semoga aku mengalami kemalangan dalam perjalanan pulang kerana aku tak sanggup melihat mereka kehilangan abah. Ma adalah ibu kedua yang terbaik di dunia, sungguhpun aku bukan anak kandung, tapi kasih sayang nya tidak ubah seperti ibu yang sebenar.. Sekejap sungguh mereka bersama.


Abah... tiada perkataan yang mampu aku ungkapkan.. Semoga abah maafkan segala kesalahan dan dosa-dosa anakmu ini abah, aku sering tidak mengendahkan arahanmu, abah sering bercakap sorang sedangkan aku ada di sebelahnya. Moga rohmu dicucuri rahmat... Amin
Ayah..by Aeman

video

Ketika Berjauhan Masih Kurasa Hangat Kasihmu Ayah
Betapa Kurindukan Redup Wajahmu Hadir Menemaniku
Terbayang Ketenangan Yang Selalu Kau Pamerkan
Bagaikan Tiada Keresahan

Walau Hatimu Sering Terluka Tika Diriku Terlanjur Kata
Tak pernah Sekali Kau Tinggalkan Diriku Sendirian
Ketika Ku Dalam Kedukaan
Kau Mendakap Penuh Pengetian
Di Saat Diriku Kehampaan
Kau Setia Mengajarku Erti Kekuatan

Terpancar Kebanggaan Dalam Senyummu Melihat Ku Berjaya
Bila Ku Kegagalan Tak Kau Biarkan Aku Terus Kecewa
Dengan Kata Azimat Engkau Nyalakan Semangat
Restu Dan Doa Kau Iringkan

Tak Dapat Ku Bayangkan Hidupku Ayah Tanpa Engkau Di Sisi
Semua Kasih Sayang Yang Kau Curahkan Tersemat Di Hati…

Wednesday, July 8, 2009

KACISkah aku di mata mu??


Malam menjengah sekali lagi..Aku tengok kanan, aku tengok kiri … yang pasti aku keseekoran di sini melayan lagu carik jodoh dari band indon- Wali Band..

Aku keseekoran lagi mendengar lagu dari dante. Adakah aku seekor kucing??



Sesekali teringat

“Terima kasih kerana menghubungi TM, Mazyudin bercakap boleh saya bantu..?”
“Siapa yang bercakap di sana?”
“Mazyudin, cik “ sebab aku dengar macam pompuan
“Maz… apa???” soal dia lagi.
“Cik boleh panggil saya Mamat, apa yang boleh saya bantu?” aku memang tau ramai yang susah nak sebut nama aku dengan jayanya.
“Oh, mamat, saya Datin Au Yong yer, kenapa rebate saya tak approved hah?”
“Rebate datin tak approved? Ada saya kisah??” (aku hanya bersoal di dalam hati….) Nak tanya secara live? Nak mampus la maknenye tuh..

Tiba-tiba kenangan kerja pertama ku menjengah semula ke layar perak. Kalau diikutkan, aku kadang-kadang rindukan semua skrip yang biasa aku gunakan dengan terms yang hanya kitorang je faham. CKC, reset port, rebate, outstanding amount, current amount, last payment, balance, debit and credit adjustment.. huhu, apa lagi yang aku ingat eh. Term2 lain kat floor tuh as FS (floor support) TL, QA, ACG, Split Shift, SRT, ntah apa lagi ntah.. semuanya bisa membuat aku tersenyum.

Dari start training, sampai la aku berjaya menangkis semua pertanyaan tanpa ragu2 lagi, (kadang-kadang tuh aku carik Casey ataupun Suriya sbg penyokong lantai yang berjaya). Kekadang sedih gak, teringat kat my bestest ever boss in the world.. Hahaha Cik Dayangku Aziah.. Apa la agaknya cerita mereka.

Kenangan di floor memang sukar untuk aku lupakan. Especially dengan kawan2 yang berbilang bangsa dan berbilang agama.. Ramai yang ngaku Islam, tapi hanya pada nama. Hahaha, lantak laa.. Emma Aloha, Aishah, Kaazela, Naza, Kak Yana, Firdaus AB, Firdaus Fiey, Hazimi, sape lagi.. ni semua aku sebut name2 yang terlintas tatkala bulang xberapa nak mengambang ni.
Paling tak best time aku kena jawab call bahagian teknikal la… ada la 2 minggu nak kena jawab teknikal. Terkial2 gak aku masa tuh. Dah la system berlambak2. Pakai pulak system yang teramatlah up to date (skang dah okey kot..) Huhuhu.. tak byk sangat yang boleh aku imbas semula kat sini.

Sepanjang setahun bernaung di bawah payung VADS BERHAD, aku menjadi seorang yang pendiam..Dah keje aku bercakap je… balik rumah nak kena simpan la suara aku yang lemak merdu tuh…kat rumah selalu sorang2, memang takde member.. balik keje bungkus nasik, makan. Pastu lepak dalam bilik, get ready to sleep sebab esok keje stat kul 8 lagi. Macam tu la rutin hari2 ku.. Dah aku sorang yang keje Shif, lukman Alil ngan Anuar keje TNB, diorg selalu outstation.

Ehsan Apartment.. hahah apartment lame aku.. Sekejap je setahun berlalu… Aku dah nekad aku mesti keje lain pada January 2009. Tidak disangka2 nasib aku benar2 berubah. Aku berjaya akhirnya menjadi bakal guru suatu hari nanti….


Masuk maktab ipoh ni aku datang dengan bantuan ibu angkat aku (kak Syut) hahaha.. dia la yang cakap macam hantar anak ke asrama pulak time dia nak hantar aku hari tuh. Mujurlah Syut ada.. kalo dia takde tak tau la aku camne.. Thanks Syut.

Maktab perguruan Ipoh.. hahaha destinasi yang jauh sama sekali aku fikir aku akan jejakkan kaki. Tapi di sini jua akhirnya aku berada. Berkenalan dengan rakan-rakan tak sebaya memang menguntungkan aku. Hahaha, aku la yang paling muda dalam kelas aku.. mesti la di adik emaskan oleh semua orang… Tapi baru2 ni kedatangan Awin telah menggugat kedudukan aku sebagai anak bongsu. Hahaha…

Mula2 kenal rakan sebilik- Samsudin n Azizul . Tak sangka rumet aku cikgu BI. Kemudian barulah jumpa G, nan, Ajim, Zouq (oh ya, Zouq la yang bertanggungjawab mencipta nama ‘M’ untuk aku dan diguna pakai sehingga hari ini).. Thanks Zouq sungguh KACIS bagi ku..
Kak Tuti, Kak Shida (tengok nama korang aku sebut paling awal tau!!) Kak Aini, Akaa Revathy, Puvenes, Kak Nani (kaciskah engkau untuk ku panggil kakak??) Kak Azan (sedey…) Kak Zie ngan Huz, Kak Misae (Haliza-aku sorang je panggil dia misae sebab dia panggil aku Shin Chan), Kak Nora ngan Kak Imah (eeey cantik sangat <- tagline kak Imah) .. rasanya aku dah sebut semua kot… oh sorang lagi Esther… huhuhu.. Yang jantan?? Huh tak yah laa.. Xbest nak sebut selain Aznan ngan Pratib tuh. Huhuhu.. kenal korang best sangat.. Tersangatlah kacis… Kemudian aku mula melebarkan sayap mengenali kakak-kakak lain- Kak Misah (aku kisah kah?) kak ‘N’ (namenya masih dirahsiakan…) Kak Fathiyah, Kak apa lagi ek… hehehe dah kelupaan sih. Tapi tak banyak episode yang aku leh recall kat sini. Huhu…

6 bulan sudah berlalu, musim assignment ngan tutorial sudah berlalu. Kini aku sudah memasuki separuh perjalanan aku dalam menuju takhta seorang guru. Apa dia? Guru pelatih aka guru praktikal.. Sekolah mana? Baca la entry2 yang lepas…

Hari ni aku merasakan ketensenan apabila check table, kelas BI 1st period. Ah, gile.. mujurlah semalaman aku menyiapkan worksheet yang bakal ku ajar pada mereka. Kelas 3 Bistari memang malaikat semuanya. Aku asyik jerit name Keith Lee, tak pun Imran, paling kerap hari ni aku panggil Jargoop (budak pandai tapi ya rabbi….). Tiba2 je aku rasa cam nak fire je diorang..mesti best.

Tiba-tiba sahaja aku rasa macam nak bertukar menjadi Ultraman, pastu fire diorang, kalo aku fire diorang mesti diorang takleh citer kat parents diorang, parents mane yang percayakan ultraman??

Dalam kelas 3B ni aku senang dengan Cardin, Shaun dan Chin.. (heran laa semua Chinese mesti suka kalo nak belajar… Melayu ngan India ni.. aku malas nak judge…) Aku tengok sebelah kanan hujung.. Akeem… comei je dia duduk menulis. Hahaha… (untuk tatapan KAK N-Wajah Akim pelbagai versi)

Akim masa dia malas nak sikat rambut..

Akim semasa dia rajin nak sikat rambut


Gambar akim hari ni... muka tak bersalah, macam pikachu pun ada aku tengok...


Hari ni aku ajar pasal preposition, memang gile la diorang.. bagi masa 5 minit dalam 1 minit je dah siap. Tapi akim tak siap lagi.. Dia masih terkial2.. Huhuhu… sian akim.. aku tiap2 hari amik gambar dia semata2 untuk tatapan kak N.. (untuk Kak Pijah- disini mungkin tiada Faizul, cukuplah akim menjadi wajah kesayangan kak N).

Abis kelas 1st aku terus lega, boleh lah bermalas-malasan dengan bersungguh2, aku kena siapkan RPH yang tertangguh tuh. Bukak laptop terjumpa plak skandal lama.. Si F**I.. Bukak pulak kisah2 silam… pasal kawin, pasa budak tuh, budak ni… yang paling best dalam sesi “Persuratan Bahasa Melayu Kuno Berjamang Koong..” hanya aku dan F**I sahaja yang tau. F**I dah jadik isteri orang pun. So, dengan rasa rendah diri aku memanggilnya Puan F**I. Hahahah..
Rasa macam sekejap je, alih2 dah abis masa untuk berada di sekolah hari ini. 620 loceng berdering untuk ke sekian kalinya. Tapi langit redup diganti dengan mendung dan akhir sekali menurunkan hujan renyai2. AKu dengan yakin menyetat enjin muto lalu bergerak menuju ke arah Taman Chempaka untuk memfotostates buku2 sebanyak 2 bijik tuh bersama si Boden.. Sampai kat T.Chempaka, hujan semakin lebat. Abis lenjun gak aku dengan Belalang Tempur ku itu ( tak tau sape Belalang Tempur, baca entry yang lepas2 sajah… ah…)
Hujan yang tiba2 melebat memaksa kami mendinnerkan diri di Taman Chempaka
Akhirnya si Boden yang tersangat familiar kawasan itu mengajakku mendinnerkan diri di medan selera Tmn Chempaka kot kalo tak salah aku.. Dinner dengan nasik lauk ayam goreng kunyit yang tak berapa kacis, tapi harganya sangatla kacis.. hahaha. Hujan semakin lebat. Senja mula berubah menjadi malam dan jam menunjukkan ke angka 815 malam. Boden dengan rasa bertanggungjawabnya mengajak aku ke surau yang berhampiran (berhampiran la sangat.. lenjun gak aku nak kesana). Lepak la kat surau yang atas sekolah agama bersama-sama 7 orang kampung yang semuanya dah veteran… ada sorang je orang muda.. sambil belajar tajwid. Aku pun lepas solat maghrib turut serta dengan PNP beliau. Tak silap aku US Hassan Bustaman… (aku tengok kat white board name penceramah..)

Alang2 dah kat surau, Boden mengajakku terus meng’Isyakkan diri. Aku on je.. heheheh.. Lepas je ISyak aku terus mengajak Belalang Tempur pergi berperang.. eh silap, ajak balik laaa.. ujan dah ‘serik’ bak kata org Ganu ( Seriyat kalo dalam bahasa Kedah)

Sampai je rumah aku siapkan apa-apa yang patut. Pastu terasa nak letak entry ni, so aku berjaga la sampai dekat kul 4 dah ni...Esok aku xde kelas BI tapi ada kelas PJK... mesti harun... Harap2 esok hari ku akan bertambah kacis.. harap duit masuk... dapat meminang isteri baru.. Bye.. aku dah ngantuk





Thursday, July 2, 2009

5 isteri



Tajuk hangat nih.. hahaha.. Baru je 3 n3 aku tulis.. dah bising kak N tnye tak update baru kah?? Hehe Akanku semak semula jurnal semalam untuk tatapan hari ini… Malam Isnin lepas aku memang tak dapat nak lena dek kerana aku bakal berkenalan buat julung-julung kalinya dengan pelajar kelas baru aku. Kelas yang pertama plak aku takde wat apa2 plan lagi.. Last2 pegi kat PN Suria, dia nak amik kelas dia wat last time.. so aku selamat lagi satu hari.. Kire kelas aku secara official bermula hari Isnin. Aku takde citer menarik nak citer pasal kelas aku lagi… Tapi aku ada sumting gak la nak share… Jumaat lepas semayang kat Masjid Negeri.. Yang menjadi tanda tanya pada aku ialah suasana depan masjid.. rasanya ada dalam 10-15 gerai yang bukak depan masjid. Pelik kan.. AKu bukannya nak menidakkan budaya negeri lain, tapi sumpah negeri aku sendiri tak pernah ada satu masjid pun yang benarkan ada orang berurus niaga di depan masjid.. Pelik kan?? Mungkin sebab negeri aku cuti pada hari Jumaat, tuh yang takde urus niaga.. Biar laa…

Suasana di depan masjid negeri setelah selesai ibadah Jumaat, umpama wujud satu pasar tani

Aku kat sini ada 5 isteri.. hahah, memang dalam islam hanya dibenarkan 4 sahaja, dan aku pulak ada 5, sebab aku amat sayangkan mereka semua. Isteri aku yang pertama adalah si dia.. SONY ERICSSON K810i, kalo kira aku kenal dia baru setahun.. tapi boleh dikatakan HPhone adalah isteri aku yang pertama. Mula2 8 tahun yang dulu hphone yang pertama aku pakai ialah Siemens 1118 (ada lagi ke tak model nih…) kEmudian silih berganti Nokia 3210,3330,3350,6510,3650,6230,6630,3230 dan terakhir aku tukar kepada SE K810i. Banyak jugak koleksi aku eh??? Lupa.. nama dia Yadiy (nama cam jantan.. tapi tetap isteriku..)
Bakal menerima madu tidak lama lagi....heheheh

Isteri kedua jatuh kepada my PS2 … takde nama… tapi dia tetap setia menemani kemana sahaja aku pergi.. dari Shah Alam ke Terengganu, Terengganu ke Kemaman, pastu balik semula ke KT, kemudian pergi semula ke Petaling Jaya, kemudian Ipoh destinasi sekarang..huhu tunggu posting je la nanti.. pastikah kau mengikut ku ke Sabah? Sarawak?? Bisa ajo…ko kan isteriku yang kedua.. Mula mengenali beliau tahun terakhir diploma..2004.. Sama2 memiliki ialah saudara kembarku si Iskandar… hehehe, dia pun cam aku gak.. kemana pergi bersama PS2 nya..

Masih utuh berdiri walaupun sudah hidup bersama hampir 6 tahun. Masih berfungsi dengan jayanya

Calon ke 3 siapa lagi kalo bukan si dia yang sentiasa menemani malam2 ku menyiapkan projek final year Degree dulu. SI Dante ku (Compaq Presario) … Tahun 2006 bermula titik perkenalanku dengan dia. Hampir 2 tahun dengan kondisi yang masih lagi utuh dan jitu, hanya bila aku dah masuk maktab saja aku memformatkan beliau sebanyak 2 kali..


Rindu yang panjang... antara hasil yang disiapkan melalui Dante, lappy kesayanganku
Selepas PS2 aku berkenalan pula dengan adiknya PSP, lalu kujadikan jua sebagai suri di hatiku. March 2008 aku mengenali beliau, hasil usaha gaji 3 bulan di Vads, aku melamar beliau.. Dan kini masih utuh mengikut kemana saja aku pergi.. I love u where ever u go.. Oh ya.. Iskandar masih belum mampu memilikinya.. sorry la bro.. aku memilikinya dahulu...

Gajet yang berfungsi sebagai mp3, mp4, tgk movie dan juga kadang2 digunakan untuk wifi.Name? Urm.. Tarak!

Last but not least Si BELALANG TEMPURku BKB 2984.. Isteri paling muda,sentiasa ku tunggang, henjut, peluk dan sebagainya tanpa rasa malu di depan awam. baru nak masuk setahun aku bersamanya.. Ogos 2008 aku menjadi haknya dan dia menjadi hak aku… Wpun bayar tak abis lagi….. Hahahahahahah…… Setakat ni dah 5000++ KM dia dah sampai.. (Tapi Iskandar dah ada kereta..uhuk)… Thanks to all my isteri.. aku sayang korang…


Belalang tempur yang dah 2 kali pancit sepanjang hidupnya bersama aku. lain kali bagi signal kalo nak pancit!!!

Itulah serba sedikit perihal isteri isteriku, huhu... sbagai penutup kata, senyum sokmo..


Kids Are Quick

TEACHER: Maria, go to the map and find North America ..
MARIA: Here it is..
TEACHER: Correct. Now class, who discovered America ?
CLASS: Maria.


TEACHER: John, why are you doing your math multiplication on the floor?
JOHN: You told me to do it without using tables._


TEACHER: Glenn, how do you spell 'crocodile?'
GLENN: K-R-O-K-O-D-I-A-L'
TEACHER: No, that's wrong
GLENN: Maybe it is wrong, but you asked me how I spell it


TEACHER: Donald, what is the chemical formula for water?
DONALD: H I J K L M N O.
TEACHER: What are you talking about?
DONALD: Yesterday you said it's H to O.

TEACHER: Winnie, name one important thing we have today that we didn't have ten years ago.WINNIE: Me!

TEACHER: Glen, why do you always get so dirty?
GLEN: Well, I'm a lot closer to the ground than you are.

TEACHER: Millie, give me a sentence starting with 'I.'
MILLIE: I is..
TEACHER: No, Millie...... Always say, 'I am.'
MILLIE: All right..... 'I am the ninth letter of the alphabet.'


TEACHER: Now, Simon, tell me frankly, do you say prayers before eating?
SIMON: No sir, I don't have to, my Mom is a good cook.


TEACHER: Harold, what do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?
HAROLD: A teacher