Tuesday, August 31, 2010

2hari lagi maka bermulalah satu pengembaraan....


Dah masuk 20 Ramadhan dah ni.. tinggal seploh hari je lagi untuk umat Islam (yang berpose) menunaikan kewajipan sebagai hambaNya. Dan sejurus selepas itu maka bermula la lagi satu pengembaraan di alam CUTI sekolah!!!!

Tapi raya ku yang pertama sebagai seorang GURU kali ini sangat mentidakkan kaciskan usus perut aku. Tahun pertama sudah memegang tanggungjawab yang besar, memastikan anak didikku berjaya mendapat ilmu untuk UPSR akan datang. Tapi aku tengok, guru yang lebih tak seronak dari anak murid, especially tahun 6 Ghazali. Aku tengok diorang rilex je.. tak de rasa runsing langsung.

Erm.. sejak akhir2 ni Rayap agak berhabuk... tak organize, buruk, busuk, tiada hapdet... mungkin adrenaline untuk menjadi blogger sudah pudar dan luntur???? Kepada kawan2 yang sedang selesema tu. ingat la semua itu adalah COBAANNNNN.. Jangan jadi alasan nak makan obat sampai pose pun tak jadi... hahahaha

Sempena sambutan hari kemerdekaan ini, SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG ke 53 (aku tau la, tak macam sesetengah orang yang tak tau)..

Friday, August 27, 2010

Semalam Yang Tinggal Kenangan


Tajuk tak bley blah!!! TQ kepada yang berkenaan kerana telah membantu aku menyelesaikan semula rajukku kepada Rayap ini. Beliau telah menyelesaikan kekusutan yang hampir membuatkan berlaku perceraian peringkat ke 7. Di harap kerja sama beliau dapat mengeratkan lagi hubungan silat dengan Rahim ataupun Rahimah Rahim. Pose ku posemu jua.. bila perut dah lapar, mula merepek yang bukan2.

Monday, August 23, 2010

Jawapan Untuk Teka Teki

Jawapannya ialah

rasa BERGEMBIRA di siang hari di bulan Ramadhan..


Next question

Bergembira apakah pulak kalo rasa di siang hari di bulan Ramadhan akan membatalkan puasa????

Puan Bintang?? Leh ke jawab??

Sunday, August 22, 2010

Teka Teki Hari ini



Berger (Burger) apa yang boleh dirasa pada siang hari di bulan Ramadhan tapi puasa tak batal...?

Jawapan pada n3 akan datang.................

Thursday, August 19, 2010

Kata-kata keramat....

"If You Really Love Something Set It Free. If It Comes Back It's Yours, If Not It Wasn't Meant To Be..."

Kenapa aku mengutarakan kata2 ini.. ada kah kata2 ini betul???

So... kata2 ni memang betul dan ada salahnya.Sebagai contoh kawan aku En X. Kalo En X melepaskan Miss Y dan Miss Y tetap datang balik kepada En X, memang la itu ada jodoh namanya...

Tapi kalo En X yang ditinggalkan oleh Miss Y, dan Miss Y datang balik kepada En X, rasanya kata2 ni dah tak sesuai untuk En X.. Sian En X, main tarik tali pulak... so.. Buat En X, bukan setakat Y je ada kat luar sana.. Ada A sampai Z, tunggu masa je yang akan menemukan X dengan sapa2...

Nasihat ini sebenarnya aku tujukan kepada sorang hamba Allah.. dah sangap sangat aku tengok... ntah la.. ko tanggung la sendiri...

Saturday, August 14, 2010

Kamu datang dengan cinta secara banyak

Video ini kureka khas buat my 1st baby.. 6 Al-Ghazali. Rindu ini hanya untuk mereka, dan cinta mereka juga datang dengan secara banyak..




Cubaan dipublishkan di sini sebelum di siar secara umum video

Thursday, August 12, 2010

MC 13 hari......

Mengapa rayap sepi?

Mengapa tiada ucapan kata2 sempena Ramadhan?

Mengapa tiada komen yang bertandang?

Mengapa habuk menjadi peneman?

Kerana aku MC....

13 hari pulak tu....



Jadi.. hari ke 13 nanti baru la nak menjengah ke alam maya...

2 minggu maaaa tak jumpa anak2...

Rindu bangat!!!