Monday, June 14, 2010

Rentetan Dari Permintaan Encik Myxate


Sejak mecutikan diri ni aku dah ada hobi baru. (Hobi ke??? Macam tak percaya jerk)..
Rentetan dari peristiwa En Myxate meminta aku membela pokok2 beliau, aku dah jadikan taman ni sebagai satu sudut yang wajib lawat setiap petang.

Tapi kan...jeng jeng jeng...

Dalam aku duk melawat tu..ada la sepohon pokok bonsai ni.Rupa parasnya sangat kacis sehingga menimbulkan pertanyaan kepada sesiapa yang menlihatnya...

Rupa taman yang dimaksudkan

Pokok ni kalo tengok dari jauh macam xde apa yang menarik.. Jom kita zoom lagi..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Zoom sikit lagi.....................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Zoom kan ke bahagian bawah pokok ye....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Rupa paras batang akar pokok tersebut..Sekali tengok macam.........



Angle dari tepi..... hehehehe




Pastu gak hari ni aku baru pandai cara nak guna cybershot aku untuk amik gambar fokus yang macam kat atas ni..Loser kan????

Pernah Tak Rasa Nak Jadi Director Filem??


Pernah tak rasa cam tiba2 je nak jadi pengarah filem. Macam Dato Yusof Selam ke, Pyer Andre ke, Ahmad Idhang ke..

Dan jawapannya....

Aku pernah...

Aku pernah merangka sebuah watak untuk seorang pelakon ni..kira dalam kepala aku dah bayangkan yang karekter tersebut memang akan dibawakan oleh beliau. Sebagai contoh aku dah reka watak dan aku bayangkan Nasha Aziz je yang pegang watak tu, tapi bila tiba2 je Nasha said NO, mesti la aku kena ubah balik skrip kan?

Sama la keadaan aku sekarang.. Dulu aku dah rangka baik2 jalan citer, watak, dan background. Semua dah rancang dalam kepala. Tapi semuanya terletak di tangan Allah, kita yang rancang, Allah yang tentukan... Bila dah skrip aku ditolak, mean aku kena la ubah balik dan reka karekter baru.. kan? So..Jalan citer kena ubah, bakground pun tukar terus. Watak pun haruslah kena berpengganti.

Sekarang aku tengok beliau maybe sudah berjumpa dengan pengarah yang lebih berkaliber dari aku. Lebih menjanjikan sebuah kebahagiaan (cait, ayat!!) Sebagai seorang kawan aku tetap mendoakan yang terbaik untuk beliau. Amin...

Sekarang aku tengah carik pelakon baru ni!!! Korang ada ke nak rekemen sape2?

Sunday, June 13, 2010

Jangan Kesian-Kesian



Tengah on the way balik dari Besut mentuju ke KTRG aku hanya ditemani oleh encik Radio (sbb dah boring dengar MP3) pasang THR.. masa tuh Ismahalil yang jadik DJ. Puan Ma kat sebelah baek punya tdo mentinggalkan aku keseekoran mendrive hampir 90 km tuh

Tiba-tiba je si Encik DJ telah membuat ucapan selamat pengantin baru kepada siapa yang melangsungkan perkahwinan hari ini (aku pun baru balik dari kenduri gak)... Dengan ucapannya selamat pengantin baru... yang belum kahwin tu apahal ngan korang..bila lagi?? Jangan Kesian-Kesian"

Perlu ke aku terasa????

Debaran Menanti Besday Si Dia



Lagi 14 hari nak sambut ulang tahun si DIA....

Nak wat apa ek???

Friday, June 11, 2010

Ulangtahun Anak Pari dan Anak Udang aku

Masa tuh aku duk mentolong budak darjah nam mengisi borang Permata Pintar secara online. Masa duk mengisi ruangan tarikh lahir, aku tengok besday budak nih

"Ni esok kan, besday kamu esok ye??"
Dia angguk

Pastu dia cakap besday anak pari2 aku lak lusa..

So aku dengan niat super ikhlas nak selebet dengan pelajar2 aku yang 1st dan last ni sebab diorang kan dah year 6. Tahun depan lak diorang dah tak jumpa aku.. So aku pun dengan superselebetnya telah mengoffer untuk membeli kek utk diorang


Kek adalah disponsor oleh Puan Ma dan terima kasih atas Kek Coklat Berjurai Warna-Warni (nama aku reka sendiri)


Anak Pari-pari2 aku - Khairunnisa - Pelajar Harapan kelas aku nih.. Last exam dia lulus BI dapat 50 % (paling tinggi dalam kelas belakang ni)

Anak Udang aku - Hisham (ala yang ada kakak 'cun siooot' tuh! ) Biarpun tak lulus BI, aku nak gak usaha sampai dia lulus UPSR yang sebenar.


Sunday, June 6, 2010

Permintaan Yang Bukan-Bukan Dari Encik MYXATE

Melihat pokok yang merimbun setinggi 2 meter tu membuatkan sedikit ngeri apabila terlihat ada sekurang-kurangnya empat sarang kerengga melekat cantik pada pokok bersebelahan.

"Bring all these to your home" kata Encik Myxate kat aku. Aku ternganga.... Camne nak cabut???

Aku tengah pening ni dengan task baru Encik Myxate yang nak 2 pohon pokok yang nak dibonsaikan setinggi 2 meter itu berpindah tempat. Dari Chendering nak di bawa ke Seberang Takir. Tapi aku pasti dan yakin task itu bakal terlaksana.

Mendapat Bini Baru dari Bekas Bini Orang...

Oh ya, hari ni aku mendapat bini baru. Bekas bini Encik Myxate.. Jangan salah faham..Akhirnya laptop kesayangan beliau menjadi milik aku. Hahaha, bukan main pass-pass yer.. aku kena bayar gak la hantaran walaupun separuh harga.

Ketensenan kadang-kadang membuatkan kita terasa kacak...betul tak??

Friday, June 4, 2010

Sikit-Sikit Fatin

Tengah duk syok menulis di white board dan selepas cakap "Very Good, Fatin.." kerana beliau telah menjawab soalanku dengan betul, kedengaran suara kecil dari belakang....

"Sir ni, sikit-sikit Fatin, asyik-asyik Fatin..bila nak sebut nama saya nyer???"

Aku berpaling, rupa-rupanya Alia menyembunyikan muka di belakang Fatihah.

Aku wat muka tak bersalah... aku tengok Fatin pun wat muka seposen...

Aku pun balas balik... "Ala..lagipun nama gelfren cikgu Fatin gak!!"

Semua budak kata "Ooooo"

Kali ni aku tengok muka Fatin dah jadik singgit..

-budak darjah 3

**Kepada Fatin tuh, nak ke beliau jadik gelfren aku???