Sunday, June 20, 2010

Perangai Pelik Minggu Ini


1. Minggu ni aku happy sebab kawan aku Daeng Haryanti cakap dulu aku lagi tembam dari sekarang.. Tak caya tanya Daeng....

2. Dulu aku ingat bila aku ambik degree in Engr, gaji aku 5 angka, hehehe...

3. Tusyen minggu ni tahun 2 hanya 4 org yang hadir, masih mode CUTI Sekolah

4. Aku kalo tengok citer lawak leh tertido depan tv, tapi bila tengok citer horror aka seram, mata aku leh plak terbuka luas walaupun cerita seram tu laku tengok lepas citer lawak (kes tertido dan terjaga semula la ni)

5. Aku dah print 10 set soalan untuk pelajar tusyen yang no 3 di atas, tapi bila 4 je datang, lagi baki 6 memang dah jadi ahli kelab tong sampah.

6. Bini aku no 6 kuar wad hari Khamis lepas.

7. Bini no 6 telah mengorbankan wang gaji aku almost 900, tapi aku bayar 500 dulu. Next gaji baru setel semua.

8. Bini no 6 lebih kurang sebaya je dengan aku sebab masa dia datang ke rumah aku, aku masih kecil lagi dan sempat menjadi penumpang untuk ke sekolah tahun 6 1995.

9. Bini no 6 aku adalah Puan Honda

10. Aku bangun pagi hari ni dikejutkan oleh Pn Ma sebab dah terbiasa bangun lambat (seperti N3 yang sebelum ni dah bagitau)

11. Aku hanya mampu bagi 10 je perangai pelik minggu ni... eh eh 11 la....

Sekolah Datang Lagi...


Apa kes bangun pagi tadi kena Pn Ma yang kejutkan??? Selalu bangun jap leh tido balik, pagi tadi bangun jap... takde dah nak tido balik punya...

Thanks to Pn Ma sebab kejutkan aku untuk ke sekolah...

** Hari ni sekolah ye bagi kawasan2 yang sewaktu dengannya... Sori to Pn Bintang dan Miss Lavender sebab cakap hari ni Teganu cuti... heheh kes tak puas hati pantai barat masih cuti ini hari.....

Thursday, June 17, 2010

Mini Post N3 yang kontot je...

Kalo aku cakap i luv u kat puan kakak isteri en myxate, salah ke? Sebab beliau sangat memahami aku yang bercitarasa sejibik macam En Myxate, masakan beliau super kacis oh bagai sangat. Minuman fav aku sejibik macam en myxate pun sangat menyamankan...

Tapi....

Perjalanan ke Pantai Timur bakal berakhir, sekejapan lagi nak bergerak mentuju ke kampung halaman. Aktiviti2 kat sini aku citer kendian laaa

Wednesday, June 16, 2010

Tagged Jumpa kat KB


STAR WARS NAME:(the first 3 letters of your last name, first 2 letters of your first name)
DINMA - apesal mcm alien je name ni

DETECTIVE NAME:(favorite color, favorite animal)
BLACK FISH – hebak ah!! Ikan apa la yang black eh?

SOAP OPERA NAME:(middle name, town where you were born)
MAZYUDIN KUALA TERENGGANU – nama aku xde middle name, so aku put full name laa , tak ngam langsung nama sabun ni

SUPERHERO NAME: (2nd fav color, fav drink, add "THE" to the beginning)
THE BLUE NESCAFE – ada ke nescafe kaler biru?? Tak superhero langsung

FLY NAME:(first 2 letters of 1st name, last 2 letters of your last name)
MAIN - apehal mcm hampeh jee nama yg kuar sumer nih!!!

ROCK STAR NAME:(current pets name, current street name)
LISA KETAPANG - ni nama rock star???

PORN NAME: (1st pet, street you grew up on)
KUCING MUHIBAH - ni dah start fedap dah nih..apa kes kucing bermuhibah plak nih???

YOUR GANGSTA NAME:(first 3 letters of real name plus izzle)

MAZIZZLE - aku rase nama sarip dol tu lagik gangster dr nama nih...langsung tak samseng


YOUR GOTH NAME:(black, and the name of one of your pets)
BLACK CHIPITUNK - smpi part nih macam nak stop je tag

STRIPPER NAME: (name of your fav perfume, fav candy)
MANIACRISPY – Rasa macam nak makan lak


WIZARD'S NAME: (last 3 letters of mother's name, first 3 letters of current job, first 3 letters of your zodiac sign and last 3 letters of home street's name)
IAHGURCAPKET - hah!!!!dah masuk part berbelit2 lidah ni

PIRATE'S NAME: (fav action hero's last name, your 'pet' name, fav comedian's last name) add "Captain" to beginning
CAPTAIN WOLVERINE CHIPITUNK SANDLER – apa kes ni???

TemplateTempJa= Template Temporary Saja!!

Aku mentukau template Rayap ni hari tuh... Bintang cakap nampak maskulin sikit.



Motif??? Template hari tu macam feminin ke???

Ni Temporary Jer Kot

*Persoalan ni Pn Bintang dah jawab pun.. Thanks!!

Rasa Ini


Hari ni mode - Berjalan-jalan di KB Mall dan Parkson KB.

Setelah berjalan-jalan di KB Mall dan Parkson KB, aku mendapati, KB lebih best dari KT. Parkson ada jual perfume ori.. KT? One drop perfume sajah!!!!

Tapi jalan2 KB sangat bahaya. Pemandu2 di sini kebanyakannya (tak semua) takde tomakninah, nak u-turn main redah je.. Bahaya wo... baik lagi driver kat KT sungguhpun pakcik ketayap kete putih pun masuk list..


Monday, June 14, 2010

Korang guna YM tak?


Korang pakai YM kan? Mesti tau sesangat YM tu apa selain daripada maksud dia Yang Mulia.

Mari kita sama2 cuba langkah2 di bawah

Mula-mula login id

Tunggu

Pastu korang klik name sape2 dulu

Amik Imvironment (ala yang tukar bekground tu)

- Amik See All Imvironments
-Pilih Love And Friendship
-Pilih Falling Hearts

Pastu bakground korang akan jadik ala-ala pinki gitu sambil ada hearts yang jatuh melayang2.

Point aku di sini ialah, cuba korang klik butang BUZZ





Hah..terkujat??? Akan ada bibir Angelina Jolie yang besau sedang kiss korang kan.

Point aku di sini lagi ialah apa perasaan korang apabila korang tekan buzz berkali2 jam 12 tengah malam pada rakan korang yang berlawanan jantina dengan mendapat reply

"Bini aku dah tido..." sebab aku buzz kat sorang akak ni.

"Ni encik suami ke?" saja aku berbasa basi.

"A ah.." jawab beliau.."Laptop bini aku ni auto-login"

Aku dengan malu2nya menjawab."Okey la, sorry ganggu, saya pun dah nak out, esok nak sekolah "

"Okey" jawab Encik Suami.

Langsung aku offline terus tidur menggigil 40 hari 40 malam.

Sejak hari tu kalo aku nampak name beliau tengah online, aku takkan tegur dia dulu. Aku biar dia tegur aku dulu. Kalo dia diam, sah tuh laki dia yang online... hohoho...

Sebab tuh la ada Filem "Jangan Tegur". Semua tu inspirasi dari insiden yang aku alami ni.