Friday, November 4, 2011

Diorang



Latest komen dari N3 ini -KLIK- aku tak sangka diorang dah reti nak mengkumen..Tapi kumen macam tak berapa nak menkumen pun... Ni la salah satu sebab aku nak tutup blog ni (kalau buleh). Tapi ada ke????

Thursday, November 3, 2011

Merapu Lagi

Permulaan tak reti nak start. Aku bukan bukan blogger yang berkata2 puitis bagai seperti semua guru BM. Bahasa aku sempoi dan kadang2 mengarut lebih banyak dari isi. Cerita hari Khamis 3 November 2011. Genap 5 hari aku kawal segala pergerakan aku, memerhatikan dari jauh, gerak geri wajah yang aku akan kehilangan. Aku semakin kehilangan mereka, setidak2nya aku mengelak dari mendekati mereka, biarlah kenangan hari2 terakhir di SKBN buat mereka adalah sesuatu yang tidak perlu diingati.

Apa motif semua Budak Hati Dingin? Hahaha, ada jugak yang tanya, ada juga yang dah tahu. Yer, recently memang dah takde langsung N3 pasal Megat, semua orang boring menjenguk Rayap kerana hanya dipenuhi dengan Megat/WKH/Amirul je. Minggu lepas pun ada kes tapi aku xmahu lagi memalukan dia dengan menceritakan di sini. Dah banyak sangat air mata dia yang mengalir sejak menjadi WKH aku. Kini biarlah dia pergi dengan tenang (bukan pergi mati yer). Aku tengok dia beriya-iya nak melarikan diri dari aku, so apa aku buleh buat. Bila aku marah bertubi2 pun, last2 aku lak kena marah. Yes!! Ada sorang ustazah marah kat aku tentang apa yang telah aku buat. Biasalah, cikgu yang tak matang lagi. Baru 2 batch yang jumpa. Banyak batch lagi akan aku lalui, tapi bila dah usia makin meningkat, tak akan berlaku lagi kes2 macam sekarang kan?? Rasanya....

Aku ada berura2 nak tukar Rayap aku kepada url baru, tapi bila dipikirkan RYP tu dah jadi macam trademark aku sendiri, jadi aku hold dulu proses penukaran itu. Sebab tu muncul BHD (berhad???)

Oklah, hari ni Khamis 3Nov2011, seminggu yang lalu (maybe kali terakhir) aku kuar dengan Megat. Pastu aku ada cakap nak ajak gi Pikom PC Fair minggu depan which is hari ni. Dia kata ok. Tapi belum sampai hari ni, dia buat perangai lagi. So, itulah motif sebenar BHD, aku target seminggu membiarkan dia lari sebab aku janji aku tak akan kejar dia lagi. Walaupun aku rindu nak menghampiri beliau tapi aku paksa diri aku sendiri apabila teringatkan keceluparan kata2 dia masa dia marah/protes/bengang pada aku dulu. Ok full stop.

Jam 12 aku janji untuk melihat rumah sewa dengan tuan rumah. Pastu nak trus shoot ke Pikom PC Fair, dan kali ni aku janji nak bawak Lukman. So, kul 12 terus aku kuar dari sekolah sekali dengan Lukman. Agak gila sebab bawak kuar budak bukan pada waktunya (mean masih waktu persekolahan). Alhamdulillah semua selamat. Tapi dengan Sopi pun aku ada janji gak.

Pergi PC Fair dengan niat nak cari ext hardisk je. Sekali beli skin laptop (sebab nak cover perkataan Top It) tuh la.

Antara barang yang dibeli - ext hardisk , skin laptop trasnformers dan mousepad. Top It ngan printer tuh sedia ada.

Wajah sebelum di skin kan


Wajah Top It sekarang, atau name baru Si Tensfomes

Nak cerita pasal Lukman ngan Sopi. Time kuar dengan diorang aku happy je. Tapi lagi happy kalo Megat ada. Megat lagi? Kadang2 tu aku tersasul nama Megat then aku buat2 marah diri aku pasal sebut nama dia. Kadang2 si Sopi pun ada sebut nama Megat then dia mintak maaf kalau buat aku tersinggung (sebab sebut nama Megat). Aku tak cakap apa pun. Megat is Megat, Sop is Sopi n Lukman is Lukman. Lepas tuh gi lepak pantai. Tu pun sebab si Lukman yang beriya2 nak pergi. Kan senang, aku just ask nak gi mana? Gi pantai sir, boleh? Jom..


Sepanjang kat pantai aku tengok diorang 2 org sungguh super excited. Heran gak aku. Wpun hujan rintik2, diorang tetap nak turun main pantai. Macam siak. Bila aku tengok diorang bergelak2an, aku sedikit terhibur. Lumrah, budak2 sukakan air. Dalam masa yang sama aku terkenangkan Megat. Aku rindu sangat kat Megat. Tapi aku cuba untuk menafikan yang aku bawak diorang ni semata2 kerana perubahan Megat,Tapi kerana mereka memang kacis dengan aku.

Wednesday, November 2, 2011

Exhausted

Macam tak percaya je bila dah nak abis tahun ke2 aku bergelar sebagai seorang pendidik. Dah masuk 2 batches pun yang telah mengambil UPSR. Pulak, tinggal lagi 8 hari persekolahan untuk tahun ini setelah ditolak dengan cuti2 raya dan cuti weken. N3 aku pun dah tak macam dulu, selalu aku akan taip panjang2 kemudian aku post, recently aku senang dan seronok dengan melayan karenah anak2 (muridlah) aku yang bakal menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah...

Minggu ni adalah the most hectic week. With all the students sitting final year exam, with four classes that i have to mark. Then dengan acara2 akhir tahun, dengan proses buku rekod mereka yang kunjung tak siap, dengan Borang SKT yang dah nak kena submit esok, dengan karenah budak2 yang tak matang lagi. Aku kini cuma mengharap satu keajaiban berlaku dan harap semua dapat diselesaikan dengan tenang. 

Dengan raya haji yang semakin menghampiri, bermakna tak banyak hari lagi yang tinggal. Keputusan UPSR maybe 2minggu lagi. Macam2 perkara yang akan kutempuh. Semoga pengalaman ini mengajar aku untuk jadi lebih gigih.

Charlie Bit My Finger

Aku suka video nih


Versi Asal


versi remix

Budak Hati Dingin #3 / Redup Rabu #6

Talam patbelas muka hari ke 4


Tuesday, November 1, 2011

Budak Hati Dingin #2

Selasa 1 November 2011, hari ketiga talam patblas muka



Jauh.............

Khas Untuk Puan Bintang


Tak beli ke cekelat ni? ada gift gambar M.Nasir lagi....

Dijumpai di Giant, tapi mana2 mesti ada kot....

Tengok M Nasir, teringat la kat Akak Bintang