Wednesday, January 15, 2014

Keluarga Wa 2014

Rasanya dah tetap dan berpencen dah menjadi guru kelas tahun 6 Al Ghazali. Tahun 2011 wa pertama kali menjadi guru kelas, tetapi untuk kelas tahun 5 Al Ghazali. Masa ni WKH wa adalah WARISAN KUALI HANGIT si Amirul dan si budak Hafizam masih darjah 5, dan masih tak serapat seperti sekarang. Then 2012 wa folo kelas Hafizam naik 6G. Pastu berterusan 2013 kemudian tahun 2014. Huh, wa ok je jadi guru kelas ni. Bukan apa, time jamuan akhir tahun wa tak payah nak bersusah payah sebab dah konfem akan ada orang yang akan handle untuk jamuan akhir tahun enam. Jadi inilah barisan kelas wa, 18 orang calon termasuk seorang calon pendidikan khas.. Wa tak edit2 gambor just upload camtu je...

Mohd Hakimie 

Muhammad Fais

Firdaus Delmar

Hakim

Ghazi

Shahrul Hafizi

Izzat

Firdaus Asfa

Syafiq Lukman

Harith Naim -  calon pendidikan khas

Hanif Aiman

Zulkifli -  sepupu Hafizam 

Izzat Aiman

Alia Shahira

Danisal Alia

Nur Amirah

Tuan Muhammad Shamirul

Tahun ni bilangan macam tahun lepas, tapi bilangan kaum Hawa 3 orang je.. Kesian diorang dah jadi macam budak lelaki pulak agak kasar perwatakan diorang. Ada sorang lagi wa akan hapdet sebab time amik gambar ni beliau absent. So inilah anak2 wa untuk tahun ni.


Ruangan khas untuk blogger Miss S. Last n3 wa anda ada menceritakan dalam komen pasal anda pun menjadi WKH kepada cikgu Maths kan... Wa pun camtu jugak. Tapi cikgu BM. Nama dia cikgu F, still mengajar sehingga hari ni dan wa pernah berjumpa sekali sepanjang sudah bergelar pendidik ini. Wa suka jugak subjek BI sebab teachernya jugak. Teacher Afzan kini menjadi PK1 SK Sultan Sulaiman 2. Jap2... wa rasa dulu wa macam menjadi WKH kepada beberapa orang cikgu kot... Hebat tak wa???

Kadang-kadang seronok mengenali karenah kanak-kanak bila mereka menganggap kita sebagai kawan. Macam 6 AG tahun ni, wa tak berapa suka dikenali sebagai cikgu yang bengkeng, tapi more for being respected by them.Alhamdulillah, kerja sekolah tak pernah tak buat sebab hari pertama wa masuk kelas, wa dah buat aku janji dengan diorang supaya setiap keje yang wa beri mesti siap walaupun xpandai. Ada la sorang dua yang tergelincir dari jalannya, at least bukan semua. So, bertuahnya kita menjadi guru primary school sebab sahsiah dan tatatertib bukanlah perkara yang paling besar kita kena lalui berbanding mereka di secondary school. Cuma pening kepala camne nak bagi diorang paham apa yang kita ajar je lah kan???

So, dari banyak2 pic atas.. agak2 yang mane leh jadi calon WKH wa tahun ni???





















Tuesday, January 14, 2014

Tak Semua Yang Suka

Semakin lama semakin jarang pulak wa mencoretkan sesuatu di rayap. Tapi hit preview tetap ada. Maksudnya dalam 5 tahun berkecimpung arena pembloggan ini, still ada yang sentiasa mengharapkan wa hapdet apa2 dalam ryp ni.

Mostly ryp wa lebih banyak berkisarkan pahit manis sejak wa menjadi penuntut di IPGM IPOH lagi. Di sana wa belajar dengan Kak Nisah dan dia yang bertanggungjawab memperkenalkan blogspot ni kepada wa. Dan masa mula2 wa menulis pum tak pernah fikir pun nak fokus dalam hal apa pun.

Nak dijadikan cerita wa lebih banyak menjadikan kisah WKH dalam ryp wa bermula dari wa praktikum lagi. WKH bukan sesuatu perkara yang sengaja wa nak highlight kan tetapi itu adalah antara benda yang membuatkan hidup wa menjadi berwarna-warni. Wa hidup sampai ke hari ni pun diselangi dengan pelbagai kaler. Apa lah salahnya kalau wujudnya karekter WKH ni menjadikan wa lebih banyak belajar dalam mengenali karenah kanak2 yang sudah tentunya wa akan hadapi lagi masa akan datang.

Bukan mengadu bukan terasa, tapi semua benda tak semestinya disenangi orang seratus peratus. Ada perkara yang menjuruskan kepada kebaikan yang membuatkan orang lain suka, dan adakalanya mereka mengatakan wa tidak ikhlas dalam mengajar.

Last year wa berjaya dari meletakkan sayang pada mana2 budak kerana wa tau wa takkan jumpa lagi budak yang seperti Hafizam. Serebellious mana pun Hafizam, wa tau dia pasti kembali kepada wa. Beside wa masih lagi berhubung dengan budak itu.

Several n3 before wa ada menceritakan beberapa perkara mengenai kata2 gurauan dari seorang yang wa panggil kakak supaya wa perlu ada seorang WKH tahun ni (2014) supaya semangat bersungguh2 dari wa pun perlu, dan wa perasan ada 3 komen je dari n3 itu. Ustaz Syahmi pun macam setuju, si Haslil ni pun macam sokong, tapi wa tak tau sape yang TAK BERANI nak letak ID sendiri dan guna anonymous sahaja memberikan komen seolah2 tak berapa setuju dengan istilah WKH ni. Seolah2 wa ni tak ikhlas pulak nak mengajar orang lain. Kalau betul nak bagi pandangan pun, tinggalkan la ID dek non oi. Barulah wa tahu lu cmne, Lu tau ke keje wa camne. Lu cikgu jugak ke? Manelah tau lu sebenarnya salah seorang tenaga pengajar sekebun ke. Berdepan la dengan wa. Bini wa tak tak kata apa pun sebab dia memahami. 


Bak kata DIVA EH EH, why bother why bother why bother? Setiap komen wa terima. Manelah tau dia sebenarnya bekas anak murid wa. Jeles kot. Hahahaha...  Terima kasih, wa akan cuba ikhlaskan diri dalam memberi ilmu kepada anak bangsa. Pesan wa pulak, ikhlaskan diri dalam memberi komen... Silalah letak ID kalau ikhlas. 


Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, January 10, 2014

N3 Pertama 2014

Bosannya.... kembali mentaip sesuatu di laman sesawang ini. Hahaha.. baiklah sebagai pembuka bicara 2014 ni wa ingat macam xtau nak kagta apa. Kalo ikut tahun2 lepas wa akan review sepanjang tahun sebelum nye. Tapi tahun ni macam xde benda yang wa nak reviewkan. Salah satu sebabnya mungkin sebab wa dah xde perkara yang nak dikongsi. WKH dah takde. Kewujudan RYP ni pun sebab WKH antara pelakon utama dalam cerita2 wa. Ada yang suka ada yang tak suka cara wa menjadikan WKH sebagai suatu objektif dalam mewarnai RYP nih. Well, bukan semua orang akan puas hati dengan apa yang kita beri, tapi wa tetap puas hati dengan apa yang wa ketukkan di keyboard ini.

2013 baru saja berlalu, bahkan satu n3 pun tidak berjaya diselit sepanjang akhir tahun 2013 sedangkan wa ada 6 minggu hanya bangun makan tidur sahaja. Haha.. wa semakin kurang semangat untuk menceritakan apa2.. agaknya kalo wa post n3 pendek ok ke tak?

2014 dah masuk hari ke 10 hari ni. Wa baru saje selesai melalui fasa mendapat notification paling banyak di facebook pada 3 hari lepas. Hahaha... dulu selalu kumpul hadiah bila time hari menjadi menjelma. Sekarang ni mengumpul notification paling banyak pada hari kelahiran wa. Takpelah, yang penting mendapat wishes dari mereka2 yang tersayang.

Tuesday, December 31, 2013

N3 terakhir 2013

Final n3 untuk tahun ni. Esok 1 Januari 2014. Sebulan lebih melakukan percutian sedikitpun tidak memberi ruang kepada wa untuk menyinggahi di sini. Ok stret to the point wa banyak missed benda nak dipostkan dalam Rayap wa nih. Last n3 pun macam takde apa nak coretkan sangat. Tahun 2013 ni rayap pun macam suram je. Hit viewers pun tak banyak. Bermula cuti wa ingat macam benda wa nak buat. Nak upgrade diri sendiri, nak motivate untuk next year. 

List of things yang wa ter missed nak buat sejak bermulanya cuti sehinggalah esok dah nak bukak sekolah adalah :

1. Kalau termasuk n3 ni wa hanya sempat post 34 n3 sahaja. Ingatkan wa nak la update rayap ni supaya lebih ber update bak kata orang tuh....

2. Wa nak habiskan cerita2 yang wa rekod kat astro especially cerita korea yang kunun2nya nak melayan sampai pagi2.. Tapi sepanjang cuti wa tetap kena bangun seawal pagi keje2 menghantar adik wa ke kelas tahfiz sebab mak wa takde. 6 hari seminggu. Tu yang mengganggu jugak rancangan cuti2 Malaysia.

3. Wa nak main game ps2 yang tertangguh sampai abis tapi tak berdaya jugak nak abiskan.

4. Wa nak start mengarang semula. Novel wa yang terakhir adalah tahun 2005, dah hampir 10 tahun wa tak mengarang sesuatu.

5. Wa nak kemas rumah konon2 nye nak keadaan kemas sentiasa.... Tapi...haram nak kemas.

Okeylah, sempena ini last n3 untuk tahun 2013, wa nak ucapkan selamat datang 2014. Selamat tinggal 2013, kirim salam kat 2012.  Tahun ni azam wa tak tau lagi....

Thursday, November 28, 2013

Kamu Datang Dengan Cinta Secara Banyak Part 3

Haccchummmmm... hadoi berdebunya rayap wa nih sampai berpesan2 org lain barulah wa agak selesa untuk menceritakan apa yang berlaku 2 3 menjak nih..  See? Bahasa pun dah berterabur...

Kalau dulu wa akan publish n3 bertajuk Kamu Datang Dengan Cinta Secara Banyak Part 1 dan Part 2 tahun 2011 ngan 2012 respectively, tapi entah kenapa tahun ni macam cinta secara banyak tu tak datang2 pulak. Wa macam rasa macam malas je nak hebahkan pasal anak2 wa yang akan / telah menduduki UPSR 2013. Selalunya sebelum exam wa akan coret harapan dan target wa dengan diorang, tapi tahun ni entah kenapa terasa sedikit suram (wa la yang suram, bukan diorang).

 6 Al Ghazali 2013 asalnya terdiri dari 9 lelaki dan 9 perempuan. Tapi pada akhir bulan Feb hari tu salah seorang dari mereka terpaksa mempergikan diri ke Kelantan kerana masalah keluarga. So, tinggalah 8 je lelaki dan 9 perempuan.





 Ni masing2 mengharapkan 5A menjadi kenyataan...



Sekitar hari2 terakhir mereka di Sekebun suasana agak tegang. Maklumlah, hari terakhir persekolahan dan juga hari keputusan UPSR dikeluarkan. Untuk ke sekian kalinya wa mempamerkan wajah2 mereka...

Belakang dari kiri : Alia , Fatihah, Iffah, Amirah, Syafiqah, Hazlina, Syuhada, Natasya, Ashima

Depan dari kiri : Aliff, Asyraf, Syarulnizam, Firdaus, Omar, Amir, Naqib, Hafiy.

Ada beberapa perkara yang wa lupa nak cerita apa yang berlaku sepanjang tahun ni. Awal2 tahun 2013, sekolah wa menerima 4 orang cikgu baru bertukar. 3 perempuan dan seorang lelaki. Yang wa nak cerita adalah Cikgu Shahiruddin yang lelaki itu lah...  Mula2 wa tak berapa nak masuk dengan beliau, sebab wa sangkakan beliau adalah seorang yang sombong. Apatah lagi sebulan yang pertama tak pernah masuk staffroom pun.  Tetapi lepas beliau diberi jadual kelas tahun 6A Ghazali (kelas wa) maka wa bertemu muka jugaklah dengan beliau. Beliau cikgu Sains. Sejak hari itu kami semakin kamceng. Lebih2 lagi jarak usia yang tak berapa jauh dengan wa menjadikan wa bertambah kacis dengan beliau. Sekarang pun meja beliau adalah sebelah meja wa. Guru2 kat Sekebun pun panggil kitorang dah cam adik beradik. Hoho..okey la wa ada geng kalau nak bandingkan sebelum2 ni. Ada la jgk kawan leh ajak kuar.

 Gambar kenangan bersama guru2 subjek teras 6 Al Ghazali
Kiri sekali : Cikgu Shahir (Sains)
Yang the only lady tu : Pn Khairuzita (wa panggil kak Ta je cikgu maths)
Sebelah kak Ta adalah cikgu BM - Tan Sri Salmi
Dah tu takkan tak kenal2 lagi yang ujung sekali.. Wa lah cikgu Bahasa Alien
















Pendek kata semua tempat nak bergambar. Time ni seronok bergambar, tapi hati berdebar2 sebab guru besar tengah pergi ambik result time nih. Sekali membawa berita yang agak mensuka kan.... 


9 orang pelajar dari 40 calon mendapat keputusan 5A. Alhamdulillah

Kelas wa jatuh menjunam. Kalau dulu 4 orang je yang tak lepas, tapi tahun ni 9 orang yang tak lepas. Sedih... Peratus lulus jatuh. 


Pada petang hari kuar result tu Kak zan salah sorang akak yang paling kacis dengan wa menghantar mesej via LINE.




Katanya... sebab wa xde WKH tahun ni adalah sebab subjek wa jatuh menjunam. Hoho... ada benarnya kata2 beliau. Wa bila takde WKH jadi semangat nak mengajar agak suram. Heemmmm... Just look at my blog la... dah x aktif macam selalu.. Sebab xde citer nak distorykan....WKH xderk... Jadi wa storykan sikit sebanyak je la pasal wa untuk buat masa ni. At least ada jgk la n3 untuk November kan??? Ok selamat bercuti.. Nanti wa nak singgah ke blog sekolah plak. Dah lama jugak x hapdet tuh...

Monday, October 7, 2013

Yeah...

Sebab2 wa tak hapdet blog...

1. Sejak internet kini segala2nya di tangan. Maksudnya wa kan dah ada semakfon, browsing pun pakai beliau je la...

2. Sejak wa pasang astro. Balik rumah tengok tv. Kadang2 laptop pun on seminggu sekali sebab nak wat kertas keje.

3. Sejak wa beli tv baru. Lagi la wa nak melayan tv yang chantek tu kalo x rugi la bayor bulan2.

4. Sejak wa dah takde WKH baru.

5. Sejak wa banyak keje kalo nak compare tahun lepas. Dulu wa guru je, sekarang ni penyelaras pulak.

6. Sejak wa dah xde bende nak story.

Tengok la kalo wa dah on track balik...

Monday, September 2, 2013

Express n3

Semalam wa beli dvd Pacific rim sebab dah lama sangat nak layan citer ni. Tapi superhampeh yang berlaku sebab gambar super tak kacis oh langsung. Subtitles pun bercempera ke mana ntah. Kemudian wa lepak dengan geng wa duk sembang2 pasal citer yang sama. Sekali beliau cakap
"Aku ada dvd yang gambar superbest"
"Pinjammmm!!!!" pantas wa memintaknya pun.
"Esok lah"
So wa punya lah mentunggu dvd yang dikhabarkan superkacis ituh.. sekali bila dah ada di tangan wa...

Wowwwwww santeknye gambar.. padahal quality sama je dengan dvd yg wa boli. Since wa play depan beliau...wa senyap je la. Malas nak kata apa. Kalaulah qualiti vidcam dia kata santek...tak tau la kalo dah hd nanti dia kata apa. Mesti terjojol bijik mata.

Memandangkan beliau dah berusaha menghantar ke rumah wa...so wa layan je la.. nanti nak donlod yang santek la..xpun tggu je lah dlm hbo ke taun depan...

Published with Blogger-droid v2.0.10