Monday, December 5, 2016

REDUP YANG PANJANG (PART 1)

"HARDINA!!"
Hardina tersentak apabila namanya di panggil. Cepat-cepat dia menyudahkan solekan nipis di wajahnya.
"Ada apa bu?” soal Hardina sebaik sahaja dia melihat kelibat ibunya di dapur. Ibunya masih lagi tergesa-gesa menyiapkan bungkusan nasi lemak serta kuih muih untuk dijual.
“Ni, ibu dah siapkan semua ni. Dina dah bersiap ke?" soal Azimah, ibunya. Hardina menganggukkan kepala. Dia sekadar menjeling ke arah bungkusan nasi lemak yang tersusun cantik di dalam bakul yang hampir 4 tahun berbakti kepada keluarga mereka. Seperti selalu, Hardina akan menghantar nasi lemak serta kuih ke kedai Tuk Chik sebelum meneruskan perjalanan ke sekolah. Tuk Chik seperti selalu akan menyambutnya dengan kuntuman senyum yang menawan. Sungguhpun jirannya itu hanya tinggal di sebelah rumah, Hardina tidak sampai hati membiarkan warga emas itu datang mengambil sendiri nasi lemak yang dimasak oleh ibunya.
Nasi lemak ibunya memang menjadi sebutan di dalam karnpung tersebut. Tuk Chik mengupah ibunya untuk memasak nasi lemak yang dijadikan sarapan setiap hari gerai Tuk Chik sentiasa dipenuhi dengan kunjungan orang-orang kampung bermula jam 6.30 pagi lagi. Kadang-kadang Hardina sendiri kagum dengan kesungguhan Tuk Chik yang mengusahakan kedai kopi hampir 10 tahun lamanya. Dengan cara itu sahajalah Tuk Chik dapat menggerakkan empat tulang keratnya yang masih kuat.
Kalau diikutkan, Tuk Chik tidak perlu meagusahakan kedai tersebut kerana anak-anaknya sendiri tidak putus-putus mengirimkan duit belanja untuknya. Apabila ditanya, katanya dia bosan jika tidak membuat sebarang kerja. Tokki Mat, suaminya turut bersama-samanya setiap hari mengusahakan kedai kopi tersebut hampir 5 tahun. Lagipun usia yang semakin menginjak menuntut Tuk Chik dan Tokki Mat supaya menjaga kesihatan mereka.
“Assalamualaikum Tuk Chik!" Hardina memberi salam. Tuk Chik hanya tersenyum melihat anak jirannya yang membimbit sebakul nasi temak yang tersedia dibungkus.
“Waalaikum salam Dina. Berapa bungkus mak kamu buat hari ni?” soal Tuk Chik pula.
Belum sempat Hardina menjawab pertanyaan Tuk Chik, terdengar pula suara Tokki Mat memanggil namanya.
“Dina nak minum dulu tak?" soal Tokki Mat. Badannya masih tegap biarpun sudah berusia. Lagipun Tokki Mat adalah bekas tentera.
“Boleh juga, Dina nak milo. Tuk Chik, semuanya 70 bungkus..." kata Hardina menjawab kedua-dua soalan yang diajukan oleh pasangan suami isteri itu tadi.
"70 bungkus mana cukup Dina oi. Sekejap sahaja sudah habis licin. Semalam Tuk Chik mintak seratus bungkus dengan mak Dina..." kata Tuk Chik semula.
Hardina hanya mengangkat bahunya. Dia hanya tersenyum. Selesai bersarapan Hardina meminta diri untuk ke sekolah.
Hardina melewati rumah Yati, rakan sekelasnya. Kelihatan Yati sudah bersedia menunggunya dihalaman rumah.
"Dah lama tunggu?" soal Hardina. Dia melirik senyum. "Tak juga. Awal kau hari ni?" balas Yati.
"Awal apa? Macam selalu la, hantar nasi lemak kat kedai Tuk Chik, sarapan kejap, lepas tu terus aku ke smi..." kata Hardina pula. Yati hanya menganggukkan kepala.
Mereka berjalan beriringan menuju ke sekolah. Sepcrti selalu Yati akan menunggunya terlebih dahulu untuk ke sekolah bersama-sama. Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri berdiri megah di hadapan mereka. Kelihatan ramai pelajar mula berpusu-pusu memasuki kawasan sekolah itu.
"Yati, kau dah siap kerja semalam?" soal Yati sebaik sahaja kakinya melangkah ke dalam kawasan pagar sekolah.
"Sudah, kenapa?”
"Boleh aku pinjam..." kata Yati tersengih.
"Kau ni, tak siap lagi la tu...."
Kata-kata Hardina terhenti apabila melihat sepasang mata yang sedari tadi asyik memerhatikannya. Hardina sedikit tertunduk malu apabila matanya bertembung dengan mata yang sedang merenungnya itu.
"Yati, tengoklah tu, macam nak telan orang..." Hardina bersuara separuh berbisik. Yati mengalihkan perhatiannva kepada lelaki yang Hardina maksudkan.
"Kau tak kenal dia ke?" soal Yati pula Kenal? Gila ke makcik ni? Buat apa aku nak kenal dengan mamat tu? Getus Hardina sendirian.
"Nak kata kenal tu, tak la Tapi maunya tak kenal kalau tiap-tiap hari aku terpaksa lalu tol-gate-boy ni. Maklumla, pengawas la katakana,” kata Hardina mencebik.
Lelaki itu masih tersenyum sehinggalah Hardina dan Yati betul-betul berada di hadapannya.
"Hai ..." Sapa lelaki tersebut. Hardina hanya buat endah tak endah sahaja. Berlainan pula dengan Yati, dia menyambutnya dengan sekuntum senyuman.
 "Sombongnya,” tambah lelaki itu lagi.
"Usah dilayan mamat tu..” kata Hardina yang dimaksudkan lelaki yang serba lengkap berkemeja biru dan bertali leher kemas dengan tag nama di dada. Yati masih tersengih-sengih ke arah lelaki tersebut.
"Yati!" bentak Hardina lagi apabila Yati masih lagi tersipu-sipu.
"Kenapa dengan kau ni?" soal Yati apabila mereka agak jauh dari lelaki berbaju biru itu tadi.
"Kenapa dengan aku? Aku yang patut tanya kenapa dengan kau ni? Mengada-ngada tak bertempat. Geli la aku tengok cara kau menggatal ni,” balas Hardina pula. Geram bila dia mengenangkan cara lelaki tadi memandang ke arah mereka tadi.
"Amboi, tak sayang mulut ke? Kau marah-marah ni sebenarnva kau cemburu sebab dia tak pandang kau kan?” kata Yati membuatkan Hardina meluat.
"Takde maknanya aku nak cemburu dengan kau Yati."
"Hah. kalau kau nak tahu, tu lah abang Faizal, pengawas yang paling terkenal kat sekolah kita ni..." kata Yati.
"Kalau terkenal, kenapa aku tak kenal pun?" soal Hardina semula.
"Dah kau tak nak ambil tahu, memang la kau ketinggalan. Yang aku tahu, aku meminatinya, " kat Yati semula.
"Gila, kau tu baru tingkatan 2, dia dah tingkatan 5. Jangan nak cari pasal," tambah Hardina semula
"Kenapa? Tak boleh?”
"Ah, lantak kau laa .."


PERJALANAN selama setengah hari dirasakan bagai berminggu-minggu, berbulan-bulan. Rafiqan membetulkan duduknya di tempat duduk belakang kereta yang sedang dipandu oleh ayahnya itu. Dia masih memikirkan nasib yang bakal menimpanya nanti. Fikirannya mengimbas kembali ke peristiwa yang berlaku sebaik sahaja dia sampai ke rumah pada hari dirinya digantung persekolahan.
"Mama tak kira, dulu Alang cakap tak nak ulangi lagi. Mama masih beri peluang. Sekarang peluang yang mama beri Alang tak gunakan dengan sebaik mungkin. Alang ulangi lagi apa yang pernah Alang janji nak tinggalkan, kan?" mata Fatimah merah menahan marah. Rafiqan hanya tertunduk lesu. Rahman hanya memerhatikannya sahaja di ruang tamu.
"Mama, Alang tak akan buat lagi...” kata Rafiqan tersekat-sekat.
"Ah, mama tak kira!" jerit Fatimah lagi. Rafiqan tersentak dengan tengkingan mamanya itu. Kalau dikira mamanya lagi garang kalau hendak dibandingkan dengan abah.
"Mama...."
"Diam! Selepas habis hukuman gantung sekolah, mama akan hantar Alang ke kampung..”
Rafiqan terpana mendengar kata-kata ibunya yang bagai halilintar itu. Dia sendiri tidak menduga sejauh itu hukuman yang terpaksa diterimanya.
"Tapi mama, Alang kena pergi sekolah..." kata Rafiqan teragak-agak
"Itu urusan mama dan abah. Kami akan uruskan pertukaran sekolah kamu secepat mungkin Dan minggu depan Alang akan tinggal dengan Tuk Chik, titik!" kata-kata terakhir sebelum Fatimah mendengus lalu meninggalkan Rafiqan yang masih terping-pinga. Rahman hanya memerhatikan isterinya berlalu menuju ke tingkat atas.
"Abah ....." Rafiqan berpaling ke arah Rahman dengan wajah yang sugul dan mengharapkan belas kasihan. Rahman hanya tersenyum sinis.
“That's your mum…” kata Rahman dengan nada mengejek lalu meninggalkan Rafiqan sendirian di ruang tamu.
‘Kreeeeekkk' bunyi brek yang ditekan secara mengejut mamatikan lamunan Rafiqan. Badannya sendiri hampir tercampak lalu terlanggar kerusi depan kereta bapanya. Dengan keadaan terpinga-pinga, dia masih sempat terdengar suara bapanya beristighfar. Ibunya pula masih mengurut-urut dadanya.
"Kenapa bah?" soal Rafiqan
“Ada budak melintas, abah tak perasan. Mujur selamat,” jelas Rahman. Rafiqan meninjau-ninjau di hadapan kereta ayahnya itu.  Kelihatan 2 orang perempuan yang masih berbaju sekolah sedang berusaha untuk bangun bangun berdiri sambil menyapu debu di bajunya
"Kena langgar ke?” soal Rafiqan lagi.
"Tak, dia jatuh sebab nak elak kereta tadi..." kata Rahman sambil menggerakkan semula keretanya yang terhenti tadi. Rafiqan membuka tingkap di sebelah 2 perempuan itu berada.
“Woi! Buta ke? Nak melintas tengok la kiri kanan dulu! Tu pun nak kena ajar ke? Sekolah tak ajar ke? Tak sekolah ke!!?” Rafiqan separuh menjerit sambil mengangkat tangan ke arah mereka.
“Alang, jaga sikit mulut tu. Nak jadi samseng ke?" soal Fatimah sebaik sahaja Rafiqan menghabiskan kata-katanya. Rafiqan hanya menundukkan kepala.
"Mereka tak salah la, abah yang salah,” tambah Rahman pula. Rafiqan hanya mendiamkan diri. Dia malas hendak bersuara. Sejak keputusan hendak dihantar ke kampong, Rafiqan semakin kurang bercakap dengan Rahman dan Fatimah. Tadi pun dalam keadaan yang tanpa disengajakan. Kekadang perasaan geram tu timbul juga.
“AMBOI, sedapnya bahasa. Tak nampak ke aku pakai baju sekolah ni, dikatakannya aku tak sekolah...” rungut Hardina sebaik sahaja kereta Honda Accord hitam itu berlalu. Yati masih lagi menyapu debu-debu yang tertekat di bajunya.
"Entah, sesuka hati je kutuk kita. Mentang-mentanglah kereta bapak dia besar, mewah," Yati pula bersuara.
“Aku takkan lupa wajah dia, kalau aku jumpa lagi dengan mamat tu, siap la aku kerjakan,” kata Hardina pula. Yati agak teruja dengan sikap Hardina yang agak agresif itu.
"Wah, garang jugak kau ni!"
"Takdelah, dah terang-terang pemandu tu yang silap, bukan nak minta maaf, kita pula yang disalahkan.”
"A ah. betul la kata kau Dina.”
Mereka terdiam seketika sambil meneruskan perjalanan.
“Eh, kau kata tadi kau dapat surat, dari siapa?" soal Yati semula. Hardina teringat semula surat yang dijumpainya terselit cantik di antara buku yang tersusun rapi di dalam mejanya.
"Kenapa kau nak tahu?"
"Kenapa? Tak bdeh?”
'"Ala, tak penting sangat pun, bukannya ada apa-apa pun." kata Hardina semula
“Bagitahu la kat aku, please..” ujar Yati semula.
"Okey la, ni mamat yang kau minat tu bagi surat kat aku. Dia nak berkenalan dengan aku ..."
"Betul ke? Untungnya kau Dina..."
"Untung tengkorak kau. Rasa berpijar je muka aku ni bila aku tahu yang si Faizal tu bagi surat ni. Nah kau nak ambil la..." Hardina menghulurkan kertas yang berlipat itu. Surat tersebut bertukar tangan Yati hanya tersenyum.
"Yang kau tersenyum tersengih ni kenapa?” soal Hardina semula.
Yati tidak menjawab.
“Yati, kau balik la dulu. Aku nak singgah kedai Tuk Chik kejap." kata Hardina apabila mereka melalui lorong ke kedai Tuk Chik. Yati hanya menganggukkan kepala. Mereka berjalan berasingan.
“Assalamualaikum .." Hardina memberi salam. Keadaan kedai Tuk Chik agak lengang kerana tiada pengunjung.
"Wa'alaikum salam...” Tokki Mat menjawab salamnya. Hardina kehairanan kerana hanya Tokki Mat seorang yang menjaga kedai hari itu.
"Tuk Chik mana?" soal Hardina.
"Tuk Chik kat rumah,” balas Tokki Mat semula.
"Awalnya Tuk Chik balik?"
"Tuk Chik kena balik awal sebab Rahman nak balik..." jawab Tokki Mat lagi.
'"Rahman? Siapa Rahman?" soal Hardina pula.
 "Kamu tak kenal ke Dina? Oh ya, kamu baru pindah sebelah rumah Tokki Mat awal tahun hari tu kan? Kamu mesti tak kenal Rahman kan? Rahman tu suami anak kami, Fatimah. Dia tinggal di Kuala Lumpur, jarang-jarang sekali balik kampung ni,” terang Tokki Mat panjang lebar.
"Oh, macam tu ke? Kenapa Tokki Mat tak balik sekali?"
"Tokki nak jaga kedai ni Kamu nak minum apa-apa ke?” soal Tokki Mat semula.
"Takpelah, saya balik dulu..." kata Hardina sambil berlalu Berbagai persoalan menjengah ke fikirannya. Rahman? Fatimah? Tak pernah pula didengarinya nama itu dari mulut Tuk Chik. Ah, malas hendak difikirkannya.
Dari jauh dia dapat melihat sebuah kereta yang macam pemah dilihatnya berada di rumah Tuk Chik. Namun disebabkan pelbagai perkara yang membuatkan kepalanya berserabut menjadikan Hardina lupa di mana dia pemah melihat kereta tersebut.
“Assalamualaikum..." Hardina memberi salam. Dia menyusun elok kasut sekolahnya pada rak yang sememangnya sudah lama menjadi penanti setia di muka pintu.
"Waalaikum salam, Dina ke? lbu kat dapur ni” kedengaran suara Azimah sayup dari dapur. Hardina meletakkan begnya pada kerusi sofa. Dia menanggalkan tudungnya lalu berjalan lemah menuju ke arah dapur yang berada di belakang.
"lbu. dah makan ke?" soal Hardina. Azimah tersenyum melihat anaknya itu.
"lbu memang tunggu Dina ni Marilah kita makan...” kata Azimah lagi Hardina memerhati sekeliling.
"Shahran mana? Dia tak makan sekali ke?" Hardina bertanyakan tentang adik lelakinya yang satu itu.
"Dia dah makan. ada dalam bilik..." Azimah menjelaskan segala persoalan yang bermain di fikiran Hardina. Hardina menarik kerusi lalu duduk di hadapan ibunya. Dia menyenduk nasi untuk ibunya dan juga untuk dirinya. Fikirannya masih lagi menerawang jauh memikirkan perkara-perkara yang bermain di fikirannya.
“Dina tak apa-apa ke?' lbu tengok macam ada yang tak kena je…" soal Azimah, menyuarakan apa yang dia perasan dengan perubahan Hardina hari itu.
"Takde apa-apa bu," jawab Hardina perlahan. Dia menyuapkan nasi ke mulut suapan demi suapan.
“Jangan nak tipu ibu. lbu kenal sangat dengan pcrangai Dina ..."
Hardina terdiam. Dia memikirkan apa yang patut disuarakan, samada memberitahu ibunya tentang Faizal atau tidak.
"Kenapa? Cakap la..." tambah Azimah lagi.
“Ibu...." Hardina terhenti seketika. Azimah turut menghentikan suapan.
"Apa dia?"
“Ada orang kacau Dina, dia hantar surat pada Dina, nak berkenalan....." Hardina bersuara perlahan. Azimah tidak berkata apa-apa. Sebaliknya dia hanya terdiam.
“Ibu, kenapa diam je?” tambah Hardina semula.
"Apa tindakan Dina?" soal Azimah.
“Dina tak buat apa-apa pun, malas nak layan..." Hardina menyambung menyuap nasi ke mulutnya.
“Kenapa Dina malas nak layan? Dina tak suka ke?”
“Bukan masalah tak suka, bu. Tapi dia tu…..” Hardina terhenti seketika.
“Tak hensem?” potong Azimah.
“Ibu nih! Dina tak abis cakap lagi laa… Kan ibu jugak yang pesan, kita ni kalo nak berjaya kena berilmu. Dina pergi sekolah bukan nak berkawan dengan lelaki…”
“Tak salah berkawan…..”
“Betul bu, tapi bukan dengan cara ni la. Eeiii Dina tak suka bersurat-surat bagai ni”
Azimah mengangkat muka memandang sayu wajah anaknya itu Ditenungnya dalam-dalam wajah Dina yang nampak kurang bennaya itu. Sememangnya Dina memiliki wajah persis dirinya sewaktu muda-muda dulu. Kecantikannva itulah yang membuatkan mata-mata tidak sudah dan memandang lebih lama wajahnya yang bersih itu.
"Dina...”Azimah bersuara perlahan. Hardina tersentak apabila namanya dipanggil. Dia berhenti menyuap, lantas wajahnya diangkat sedikit membalas pandangan yang dilemparkan oleh ibunya itu.
"Kenapa bu?” soal Hardina. Wajahnya sedikit kehairanan.
"Dina, ibu bangga kerana Dina berani ceritakan semua perkara ini pada ibu. Tidak semua orang boleh buat seperti yang Dini buat sekarang. Kalau orang lain ibu rasa mereka tidak akan ceritakan pada ibu mereka...”
Hardina melepaskan keluhan yang panjang sambil menguntum senyuman. Dia faham apa yang ibunya maksudkan.
"Ibu, Dina hanya ada ibu dan Shahran je. Pada siapa lagi yang boleh Dina percaya? Tiada apa yang Dina hendak rahsiakan daripada ibu. Kenapa ibu fikir macam tu?” soal Hardina perlahan.
"Kalau orang lain yang sebaya Dina mesti suka apabila ada lelaki yang kacau kan? Tapi Dina tak. Dina tidak ambil kesempatan atas anugerah kecantikan yang Dina miliki itu..”
"Dina cantik ke bu? Ala, semua ini pun berkat ajaran ibu pada Dina kan? Ibu kata Dina mesti belajar bersungguh-sungguh kan. Sebab itu Dina tak nak timbulkan masalah dengan belajar nanti…”
Azimah tersenyum, dia tahu Hardina seorang anak yang baik. Segala tunjuk ajarnya selama ini memang tidak sia-sia. Azimah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia tidak mahu apa yang dialaminya akan dilalui lagi oleh anaknya pula.
"Dina, ibu berasa bangga kerana melahirkan Dina.”
"Dina pun bersyukur sebab menjadi anak ibu..”
Mereka terdiam seketika. Dina mengerti apa yang ingin disampaikan oleh Azimah. Dina tahu sangat kisah silam ibunya yang telah membawa mereka ke sini. Namun Dina tidak pernah menyesal kerana tidak pernah lagi mengenali bapanya.
"Ibu, ibu tahu tak yang Tuk Chik ada anak nama Fatimah?" soal Hardina cuba menukar suasana yang agak hening sebentar tadi.
"Fatimah? Rasanya Tuk Chik pernah cerita. Aah, anaknya Fatimah yang tinggal di Kuala Lumpur. Kenapa?" soal Azimah semula.
"Dia ada kat rumah Tuk Chik sekarang ni, ada la kat rumah tu... "
"Mana Dina tahu?"
"Tokki Mat yang beritahu. Tadi Dina singgah kat kedai Tuk Chik, tapi Tuk Chik takde, Tokki Mat je yang ada. Dia kata Tuk Chik balik sebab anak mereka Fatimah tu ada kat rumah. Masa Dina balik tadi pun Dina nampak kereta apa pun Dina tak tahu jenis apa, ada kat depan rumah Tuk Chik," terang Dina panjang lebar.
"Oh, ya ke? Kenapa Dina tanya ibu?"
"Saje...”


RAFIQAN masih lagi terdiam. Jarang sekali dia pulang ke kampung datuk dan neneknya itu melainkan hari raya. Itupun untuk beberapa hari sahaja. Inikan pula untuk tinggal terus di sini. Dia hanya memerhati sekali-sekala ke arah wajah neneknya yang dikenalinya sebagai Tuk Chik. Datuknya pula masih belum kelihatan batang hidungnya.
"Mak, ayah mana?” soal Rahman apabila Tuk Chik, ibu mentuanya menatang sedulang minuman di hadapannya.
"Ada kat kedai, nah minumlah kata Tuk Chik Fatimah turut keluar ke ruang tamu sambil membawa sepinggan karipap.
"Susah-susah je mak buat karipap," tambah Rahman semula. Tuk Chik hanya tersenyum. Kemudian pandangannya dialihkan kepada Rafiqan.
"Susah apanya, mak ambil kat kedai tadi. Rafiqan makanlah sekali. Makanan tengah hari tak siap lagi, kita makan lewat sikit, takpe ke?" balas Tuk Chik. Matanya masih lagi merenung ke arah Rafiqan yang tidak bersuara.
"Takpe mak, Imah kan ada Nanti dia tolong mak.."
"Mak, tentang perkara yang Imah cakap dalam telefon tu, mak tak kisah ke?" Fatimah pula bersuara.
"Apa pulak nak kisah, mak takut kamu tu, takpe ke biarkan Rafiqan tu kat sini?” balas Tuk Chik pula.
"Ayah macam mana mak?" Rahman pula bersuara. Rafiqan hanya menjeling mendengar perbualan antara orang tuanya itu.
"Ayah pun tak kisah. Banyak kali sangat dia sebut tentang cucu-cucunya ni. Rafiqan suka tak tinggal dengan Tuk Chik ni?" Tuk Chik memegang bahu Rafiqan.
Rafiqan hanya mendiamkan diri. Berkali-kali dia menjawab yang dia tidak suka untuk berada di situ, tapi semuanya hanya dapat didengari dan dalam hatinya sahaja.
"Mak, seperti yang Imah cerita dalam telefon hari tu, Rafiqan ni budak nakal sikit..." Fatimah agak teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya. Pandangannya berkali-kali dialihkan pada wajah redup anaknya itu. Rahman dan Tuk Chik saling berpandangan.
"Alang, tolong bawa masuk beg ke dalam bilik kejap, abah dengan mama ada perkara sikit hendak dibincangkan," kata Rahman perlahan. Rafiqan hanya mengangguk.
"Rafiqan letak dalam bilik sana tu, bilik itu akan jadi bilik Rafiqan sepanjang berada di sini nanti..." kata Tuk Chik sambil menunjukkan ke arah bilik yang dimaksudkannya. Rafiqan bingkas bangun, dia menarik dua beg yang beroda ke arah bilik yang ditunjukkan oleh Tuk Chik sebentar tadi.
Rafiqan menolak daun pintu perlahan-lahan. Bilik yang sederhana besar itu lengkap dengan katil, almari, dan juga meja tulis. Memang sesuai untuk seseorang yang bergelar pelajar.
Rafiqan mengeluh sendirian. Dia tahu bapanya ingin berbincang tentang masalah yang dilakukan olehnya dan juga berkaitan mengapa dia dihantar ke kampong. Dia membuka jendela yang tertutup rapat supaya cahaya matahari dapat menjengah masuk ke dalam biliknya itu. Hembusan angin lembut menyapu pipinya. Dia dapat mendengar deruan ombak yang begitu menggamit. Kata Tuk Chik, hampir 100 meter dari rumah mereka itu, tersergam indah Pantai Teluk Ketapang. Rafiqan merebahkan badannya ke atas katil. Dia masih memikirkan hari yang bakal dilalui esok hari. Esok merupakan hari pertama dia akan menjejakkan kaki ke sekolah barunya, sekolah kampong. Mungkin sesetengah orang merasakan tiada perbezaan antara sekolah di tengah kota dengan sekolah di kampung pedalaman. Tapi bagi Rafiqan perkataan kampung dengan kota membawa banyak maksud yang berbeza.


"ENTAHLAH mak, saya pun dah tak tahu nak buat macam mana lagi dengan Alang tu..."
"Pasal Rafiqan, Man jangan risau, budak baru nak matang memang macam gitu,” Tuk Chik pula bersuara.
"Kekadang tu malu juga saya kat kawan-kawan. Apa taknya. bayangkan anak orang lain semuanya bagus dalam akademik, tak bawa masalah. Tapi anak saya .. entahlah..." Rahman mengeluh panjang.
"Hai, macam dah putus asa je. Rahman, bertenanglah. Sebenarnya apa yang kau alami sekarang ni adalah dugaan dariNya. Yang pasti ada hikmah besar di sebalik semua ni..."
"Senang cakap, semua benda adalah hikmahnya. Tapi mak, Man macam tak sanggup nak tunggu hikmah yang entah bila akan muncul dengan sikap Rafiqan yang tak makan saman ni."
Fatimah dan Tuk Chik berpandangan, hairan juga dengan sikap Rahman yang seolah-olah telah putus asa dengan takdir yang telah ditetapkan olehNya itu.
"Abang, kenapa cakap macam tu?” soal Fatimah pula. Ada redup pada matanya yang membuatkan Rahman tersentak.
"Man, kita perlu banyak bersabar dalam mendidik anak-anak, lebih-lebih lagi Man kan ayahnya. Macam mana nak ubah sikap anak kalau ayahnya sendiri sudah putus asa...” Tuk Chik pula menyoal.
Rahman terdiam, dia melemparkan pandangannva ke arah pantai yang dapat dilihat dari beranda rumah mentuanya itu. Sesekali pantai pun boleh berubah, inikan pula manusia.
"Man bukan putus asa mak..." belum sempat Rahman menghabiskan kata-katanya, Tuk Chik lebih mendahuluinya "Bukankah Man sendiri dah hantar dia ke sini?”
“Sebenarnya, Man tak sampai hati nak lepaskan tanggungjawab ni kat mak dan ayah. Mak kan tahu perangai budak tu..." Rahman pula bersuara.
"Alaa .. kau serah je semua ni kat kami, Insyaallah beres, hati manusia Man..."
"Mak, sebenarnya kami memang tak sanggup nak biar mak dan ayah yang didik Alang.” tu Fatimah pula bersuara.
"Kau jangan risau Man, Imah. Mak rasa keputusan ni InsyaAllah tepat. Cuba kau bayangkan, suasana di sini dengan Kuala Lumpur tu, jauh berbeza kan? Mak rasa mungkin ketenangan kampung dapat mengubah si Rafiqan tu.."
"Kalau macam tu, senanglah hati kami mendengarnya mak, pasal perbelanjaan tu mak janganlah risau, tahulah saya uruskannya…”
"Mak rasa Man ni berkeras sangat dengan anak-anak kot, tengok la si Rafiqan tu, sampai sekarang sebutir perkataan pun tak keluar dari mulutnya lagi..."
"Entahlah mak...."

***bersambung le plok..

Thursday, December 1, 2016

REDUP YANG PANJANG (Prologue)

REDUP YANG PANJANG
BERKALI-KALI namanya dipanggil, namun tiada jawapan Matanya yang pada mulanya terpejam rapat mula dibiarkan menjamah cahaya yang masuk menerusi tingkap yang dibiarkan terbuka. Dia hanya menggeliat malas sambil menggosok-gosokkan matanya. Jam menunjukkan ke angka 10 pagi. Dia bangun lantas menuju ke arah cermin yang tergantung di dinding.
Ditenung sepasang anak matanya yang kurang bercahaya dan tampak tidak bermaya. Semalaman dia tidak melelapkan mata kerana mengikut rakan-rakannya berseronok sehingga ke pagi. Namun kawan-kawannya bukanlah seperti dia, yang terpaksa memerap di rumah kerana digantung persekolahan selama seminggu.
"Abang tak risau ke tengok anak abang tu?" soal Fatimah kepada suaminya. Rahman hanya meneguk kopi yang masih bersisa. Dia tahu siapa yang Fatimah maksudkan. Fikirannya menerawang jauh memikirkan sikap anak mereka yang keempat masih tidak berubah biarpun sudah meningkat remaja. Anak-anak mereka yang lain tidak seteruk anaknya yang dipanggil Alang di kalangan keluarga itu. Aishah, anaknya yang sulung, paling memahami kehendak keluarga dan paling berjaya menjadi contoh ikutan adik-adik yang lain. Rezza, anaknya yang kedua kini sedang menuntut di pusat pengajian tinggi, begitu juga dengan Raziman, anaknya yang ketiga.
"Apa cadangan awak?” soal Rahman semula. Dia meletakkan semula cawan ke atas piring. Sarapan pagi hari itu terasa hambar apabila berbicara mengenai sikap Alang bersama-sama dengan isterinya itu.
"Sudah semalaman saya fikirkan,” kata Fatimah terhenti. Rahman mengerutkan keningnya. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Fatimah.
“Apa yang awak fikirkan?" soal Rahman
"Apa kata kita hantar dia ke kampung?" kata Fatimah lagi. Rahman sedikit membeliakkan mata
“Takkan sejauh itu kita terpaksa hukum dia?" soal Rahman semula. Matanya memandang tidak berkelip-kelip mengharapkan Fatimah menjawab soalanya itu.
"Hukuman itu tidaklah seberat dengan apa yang telah dia buat kat kita, bang..." balas Fatimah. Rahman terdiam, seolah-olah memikirkan sesuatu.
"Semakin jauh dia dari kita, semakin sukar kita hendak membentuk dia. Nanti, lagilah senang dia nak buat 'perkara itu'..."
"Ala, lagipun abang sendiri yang berlembut sangat dengan dia. Abang sedikit pun tidak mengambil tindakan atas perbuatannya itu. Lagipun kita hantar dia pada datuknya. Ayah kan askar. Mesti dia akan bertegas dengan Alang tu..." balas Fatimah semula.
"Awak nak kita hantar Alang ke Terengganu? Tinggal dengan ayah dan ibu awak? Awak nak mereka yang ajar Alang? Nanti mereka kata kita menyusahkan mereka pula..." balas Rahman semula.
"Abang, Alang tu cucu mereka. Kita hantar Alang ke sana, lagilah mereka suka. Imah rasa mereka takkan membantah.. ."
"Boleh ke Alang tinggal kat kampung?" soal Rahman semula. Fatimah memandangnya sinis.
"Itulah abang. kampunglah tempat terbaik untuk membentuk semula Alang tu Abang bayangkan, baru tingkatan satu dah pandai sentuh ‘benda tu'. Cuba abang bayangkan bila dah dewasa nanti. Dia tinggal dengan kita terlalu bebaslah. Dah pandai keluar malam. balik Subuh hari. Abang tak pernah nak tegur dia. Apa yang abang tahu, apa sahaja yang dia minta abang kasi. Sebab itulah dia dah pandai beli ‘benda tu'..."
"Sebab itulah abang takut dia tidak sesuai tinggal di kampung. ." balas Rahman lagi.
"Sebab itulah juga, kampunglah jalan terbaik untuk kita selamatkan anak kita bang. Kita belum terlambat lagi. Dia masih mentah, masih sempat untuk diperbetulkan balik. ." kata Fatimah semula.
Rahman hanya termenung seketika.
"Sekolah dia macarn mana?" tanya Rahman semula.            
"Itulah pula tugas abang. Abang kan ada kawan yang kerja dengan kementerian pendidikan..."
"Yelah, nantilah abang fikirkan. Abang hendak pergi kerja dulu ni...."' Rahman bingkas bangun.
Fatimah hanya terdiam apabila memikirkan perbualan singkat antara dirinya dan suaminya tadi. Sesekali dia mengeluh dengan sikap Alang yang keras kepala dan degil. Matanya melirik memerhatikan pemergian suaminya sehingga suaminya itu hilang dan pandangan matanya.
Rahman memandu dengan agak perlahan melewati kawasan perumahan Tarnan Endah yang semakin membangun itu. Fikirannya masih lagi memikirkan kata-kata Fatimah yang menginginkan Alang dihantar ke Terengganu semata-mata kerana budak itu telah dihukum gantung sekolah. Ini bukan kali yang pertama Alang digantung sekolah, bahkan berkali-kali dia bersua muka dengan pengetua sekolah Alang.
“TUAN pengetua?” Rahman menyapa apabila salamnya bersambut. Matanya hanya terpaku melihat seorang lelaki yang hampir seusia dengannya tersenyum melihat kehadirannya.
“Encik Rahman, ayah kepada Ahmed Rafiqan?" soal lelaki tersebut
“Saya...." Rahman hanya mengangguk “Silakan duduk….. Ini bukan kali pertama kita bertemu muka. Semua disebabkan anak Encik Rahman, Rafiqan ..." Encik Murad terhenti seketika. Rahman sudah dapat agak bahawa ada sesuatu yang telah dilakukan oleh anaknya itu.
“Apa pula kali ini, Tuan Pengetua?" soal Rahman semula. Encik Murad tidak terus menjawab, sebaliknya dia membetulkan duduknya di atas kerusi empuk yang berwama kehitam-hitaman itu
“Ini kali ketiga dia tertangkap ... Saya harap Encik Rahman faham maksud saya..."
“Dia buat apa?" soal Rahman lagi Wajahnya sedikit berubah apabila Encik Murad menggunakan perkataan tertangkap untuk menggambarkan situasi yang dialami oleh anaknya. Teruk sangat ke Alang?
"Masih dengan kesalahan yang lama, menghisap rokok dalam kawasan sekolah..." kata Encik Murad perlahan.
Rahman hanya menggelengkan kepaJa. Belum sempat Rahman membuka mulut. tiba-tiba kedengaran pintu bilik diketuk berkali-kali
"Masuk," Encik Murad memberi arahan. Pintu bilik ditolak dan tersembul wajah Rafiqan disebalik pintu. Rafiqan agak terkejut melihat ayahnya turut berada di situ. Dia seolah-olah dapat menghidu perkara yang bakal terjadi.
“Abah?" soalnya kehairanan. Rahman tidak memberi sebarang reaksi
"Rafiqan, sila duduk..." kata Encik Murad semula Rafiqan hanya menuruti kata-kata pengetua sekolahnya itu. Dia memilih untuk tidak duduk di sebelah bapanya, tetapi terus menuju ke arah set sofa yang tersusun rapi di penjuru bilik tersebut.
"Baiklah, macam ini sahajalah Encik Rahman. Rafiqan sudah pun mengakui kesalahannya, tetapi memandangkan ini kali ketiga dia mengulangi kesalahan yang sama, pihak sekolah tidak teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya. Memandangkan dia masih lagi berada di tingkatan satu, pihak sekolah tidak akan menjatuhkan hukuman buang sekolah, sebaliknya dia akan dihukum gantung sekolah selama seminggu berkuatkuasa bermula hari ini,” kata Encik Murad dengan nada yang tenang.
Encik Rahman tidak mengangguk. juga tidak menggeleng Dia hanya menjeling ke arah Rafiqan dengan renungan yang tajam.
"Saya harap Encik Rahman dapat memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada Raliqan supaya dia berhenti melakukannya lagi di sekolah . ."
"Baiklah Encik Murad, saya akan mengajarnya nanti. Terima kasih,” Rahman lantas bangun dan bersalam dengan Encik Murad, diikuti pula dengan Rafiqan sendiri.
Sepanjang perjalanan, Rahman hanya mendiamkan diri, Rafiqan sendiri tidak berani bertentang mata dengan ayahnya itu.
Jarang sekali dia kena marah dengan ayahnya.. Namun itu bukan alasan untuk dirinya berterusan menimbulkan masalah.
"Alang nak jadi apa ni?" soal Rahman tiba-tiba. Dia masih menumpukan perhatiannya pada pemanduannya lagi
Rafiqan tidak menjawab Matanya masih merenung pada hujung kasutnya yang tiada sebarang jawapan untuk setiap persoalan ayahnya di situ.
"Kenapa diam?" soal Rahman lagi. Dia masih mampu untuk bersikap tenang meskipun kemarahan masih menguasai dirinya. "Alang, abah tanya ni. Kenapa tak jawab?” Rafiqan mengangkat muka memandang ke arah ayahnya yang masih tidak henti-henti menyoal.
"Abah....." Rafiqan terhenti. Dia menarik nafas sebelum meneruskan kata-kata dia
Rahman berpaling ke arah Rafiqan Dia hanya mengerutkan dahi rnenantikan jawapan daripada anaknya yang seorang ini.
"Abah, cikgu kata tak baik menjawab dengan ibu bapa,” lancar sahaja kata-kata itu meluncur keluar daripada mulutnya itu.
Rahman menjegilkan mata. Hendak sahaja dia menelan anak dia yang seorang ini apabila Rafiqan habis berbicara.
“Tau pula cikgu kata tak baik. Habis, cikgu kata hisap rokok tu baik!!?” Rahman meninggikan suara. Bahu Rafiqan terhenjut kerana terkejut dengan suara ayahnya yang ditinggikan. Namun tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulutnya.
“Alang, abah tanya ni, bila abah tanya maknanya abah nak Alang jawab, dan jawapan itu dari mulut Alang sendiri. Boleh?" soal Rahman semula. Kali ini nadanya direndahkan supaya Rafiqan tidak begitu takut dengannya.
"Boleh bah ..."
“Dari mana Alang belajar hisap rokok ni? Siapa yang ajar?" soal Rahman lagi.
Rafiqan hanya terdiam. Dia memandang berkali-kali ke arah wajah ayahnya itu.
“Abah cakap abah nak Alang jawab kan?'" tambah Rahman lagi apabila dilihatnva Rafiqan hanya terdiam
“Ilham bah .." jawab Rafiqan perlahan.
"Apa maksud Alang?" soal Rahman kehairanan.
"Abang Ilham, dia yang ajar Alang,”
"Siapa abang Ilhani?”
"Senior Alang, dia baik dengan Alang rnacam abang Alang sendiri..."
"Alang, seorang abang takkan mengajar adiknya yang bukan-bukan, tau? Dah, abah tak nak lihat Alang berkawan lagi dengan senior tu. Faham?!" kata-kata Rahman membuatkan Rafiqan menelan liur yang terasa pahit.
RAHMAN kembali tersedar dari lamunannya apabila lampu isyarat bertukar warna yang menuntutnya untuk bergerak. Fikirannya yang terkenangkan anaknya yang keempat itu diganti pula dengan bunyi bising di luar. Terdengar beberapa buah kereta mula membunyikan hon kereta. Keretanya terus meluncur laju menuju ke arah bangunan CaesarTech Corp yang tersergam indah di tengah-tengah kesibukan kota.

****bersambung....

P/S : Ada orang baca ke? heu heu


Monday, September 12, 2016

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya yawwsw

Thursday, May 19, 2016

Rindu Semakin Jauh

Wa x tau nak cakap apa lagi. Blog semakin berdebu. Tugas semakin bertambah. Kerja banyak tertangguh. Kesempatan yang ada ni pun disebabkan wa ada masa sambil menjaga kelas tahun 5AF yang mensedang menjawab exam. (Tu dia campuq habih no bahasa engelish ngan melayu). Kadang2 wa tertanya jugak adakah masih relevan kehidupan ber blog ni? Kalau dulu sehari tak post macam tak sempurna hidup. Yelah time tu tak dak lae instagram, takdak lae smartfon. La ni, semua di hujung jari anda.

Rentetan dari peristiwa kepergian arwah Amirul, banyak perkara yang wa lalui dan wa tak tau nak stat macam mana. Hari kedua kepergian arwah, wa mendapat mesej melalui facebook dari kakak arwah menjemput wa hadir ke majlis tahlil malam terakhir iaitu malam ketiga. Wa memang nak sangat hadir malam ketama n kedua tapi apakan daya ada kerja yang perlu dilunaskan. Malam ketiga wa berjaya juga menjejakkan kaki ke rumah arwah. Ramai sungguh tetamu yang hadir, maka tahu la wa yang arwah sangat disayangi dan disenangi orang lain. Wa jugak berjumpa dengan bekas anak murid yang lain dan alhamdulillah mereka masih sudi menegur dan menyalami wa.

Panggilan mesej tidak henti2 mengucapkan takziah dari kenalan yang mendapat khabaran buruk dimana wa ada shared kat fb wa. Cerita arwah sudah tersebar walaupun ada yang tidak mengenali beliau. Itulah yang berlaku apabila penggunaan wasap (whatsapp) secara meluas. Bila diketahui yang berita disampaikan itu adalah bekas anak murid wa, para cikgu cikgi mula mentakziahkan wa. Itu lah yang sepatutnya kan. Tapi wa agak beremosi sikit bila ada yang tanya "yang putus kepala tu ke anok murid mung?" Ingin saya maklumkan, memang ada yang putus kepala, tapi bukan arwah. Itu adalah kawan arwah.

Sejak mendapat mesej dari kakak arwah, wa cuba berkongsi rasa dengan beliau, dan sebagai seorang kakak yang baik, beliau tidak kedekut untuk melampirkan rasa rindu yang terpendam terhadap arwah bersama wa. Wa request gambar2 terakhir arwah, even ada video yang berlatarkan suara arwah turut dikongsi. Dan wa ada turut berkongsi link rayap wa nih kepada beliau, dengan niat mungkin beliau mahu mengetahui kisah kenangan arwah bersama wa dahulu. Unsangkarable beliau telah berkongsi rasa dengan semua orang dengan menge'shared' pula link rayap wa nih dalam FB. Mula lah hit view blog wa mencanak2 naik. Last yang paling tinggi (wa x ingat exactly berapa) 2000 views dalam sehari. Kemudian semakin turun kepada 1000, 500 dan hari ni saat wa coret dalam rayap ni hanya 2 views sahaja. Hahahaha... Serius wa tak pernah mintak viral dan kalau boleh wa xnak pun ada yang tahu kisah arwah, tp xpelah, wa redha sekiranya tulisan n3 wa bisa memburu rindu mereka kepada arwah.

FB wa pulak hampir setiap hari ada sahaja yang add friend. Semua wa accept demi arwah. Dari mak budak sehinggalah kawan2 arwah dan kawan2 kakak arwah wa accept semua. Kalo diorang nak unfren pun nanti terpulang lah.... Wa bukan selalu update status FB so x kisah lah.

19 May merupakan hari jadi arwah. Selalu ucapan dibuat bila tibanya tarikh lahir seseorang itu dengan ucapan semoga panjang umur... Tapi (sayu). Wa masih ingat dulu masa arwah mahu ambik IC dia kat JPN, beliau meminta wa yang tolong bawa beliau. Ya Allah, rindu sungguh suasana yang pernah wa lalui.




Time ni kem motivasi. Wa ingat lagi malam tu parents beliau x datang tapi bila penceramah suruh dapatkan parents masing2 dia datang kat wa sambil menangis. Maksudnya dia tau dia istimewa untuk wa. Wa tau arwah adalah kenangan paling manis dan juga yang terpahit sekarang. Susahnya untuk wa redha.... 


Hari ni (18 May) kakak beliau wasap wa mengatakan sang ibu x sihat. Berilah kekuatan pada ahli keluarga beliau menghadapi semua ini.  Semoga sang ibu dikembalikan semangat untuk meneruskan hidup dan semoga keluarga mereka redha akan pemergian arwah. 




Wednesday, May 4, 2016

Redup Yang Pergi (Buat selamanya)




Dua hari terakhir ni view hit RYP seolah-olah meningkat. Wa sendiri tak tau kenapa wa macam dah tak berminat untuk mentulis sesuatu tetapi ada sebahagian rakan di alam maya berhak tahu kerana mereka mengkenali watak2 dalam RYP wa nih.


Berita ini di petik di SINI


Nahas ngeri ragut nyawa dua remaja


Helmy Abd Rahman
helmy_rahman@hmetro.com.my

Permaisuri: Dua pelajar lelaki maut dengan seorang daripadanya putus kepala selepas terjatuh dari motosikal masing-masing sebelum digilis kereta dekat Kampung Gong Kubur, Permaisuri, di sini, petang tadi.

Difahamkan, kemalangan ngeri jam 5.20 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 17 tahun yang belum diketahui identiti, berkonvoi dengan 28 lagi motosikal menuju Wakaf Tengah di sini, dipercayai dalam perjalanan pulang dari berkelah.

Namun setiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki dua remaja itu bergesel sesama sendiri sebelum mereka terjatuh ke atas jalan.

Pada masa sama, sebuah kereta jenis Hyundai dari arah Penarik menuju bandar ini dikatakan gagal membrek lalu merempuh mangsa.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Elias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Maras dan Tepoh, maut di tempat kejadian dengan seorang mangsa putus kepala,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2016 @ 11:00 PM



1 May 2016 adalah tarikh yang wa sekali2 x akan lupakan. Petang yang hening sambil menunggu waktu Maghrib, wa dikejutkan dengan satu panggilan dari nombor yang asing. Wa jawab, terdengar sayup suara Hafizam (WKH wa yang ke3).  Beliau  bertanyakan soalan yang pelik...

"Sir dah tau?"

"Tau apa?" jawab wa.

"Pasal Mirol (WKH wa yang ke 2)"

"Kenapa?"

"Mirol dah takde, eksiden moto"

Sunyi......................................................

"Sir???"

"Ye, sir ada sini" jawab wa. Isteri wa hanya memerhati. Satu persatu perkataan wa ulang balik memaklumkan kepada beliau - Amirul dah xde.

Pendek kata, berita yang wa kongsikan di atas adalah mengenai WKH wa 2011. Ustaz Syahmi, Tempoyak Goreng dan beberapa lagi rakan bloggers yang mengikuti kisah wa n WKH ni, wa nak maklumkan WKH wa dah pergi. Satu kehilangan yang agak memeranjatkan tapi apa boleh buat. Dah tertulis beliau akan pergi pada usia sekarang. Dipendekkan lagi ramai yang tau dia memang rapat dengan wa dahulu, dan berpusu-pusu  mesej masuk untuk memaklumkan kepada wa.


Demi Amirul, menjadi guru beliau adalah satu pengalaman dan cabaran yang paling besar dalam hidup wa. Pendek kata setiap cabaran yang wa terpaksa lalui ada wa coretkan dalam RYP ni 4 tahun ke belakang. Kalau dulu wa terpaksa lepaskan dari menjadi WKH lagi, tapi sekarang wa terpaksa lepaskan beliau pergi buat selama-lamanya. 

Dalam n3 ni wa ada sebut pasal petikan di bawah

"Kalau Amirul dah berjaya nanti, Amirul pergilah sekolah yang bagus2. Masa tu Amirul sudah pandai, malah lebih pandai dari Sir. Sir masih lagi di sekolah rendah. Kalau ingat, datang la sekali sekala melawat sir di sini"

" Kalau Amirul dah besar nanti, bila Amirul ingat semula apa yang Sir dah buat semua untuk Amirul, Amirul datanglah cari Sir. Masa tu Sir dah tua. Amirul kenalkan Sir dengan isteri dan anak-anak Amirul. Masa tu Sir harap Amirul dah bertambah berjaya"

"Kalau lah Amirul dapat tahu Sir dah tiada di dunia, dah mati, datanglah carik kubur sir ya. Sir tak banyak buat amalan sunat dan pahala. Doakan supaya sir dapat jadi orang yang diredhai Allah"

"Sebagai anak, Amirul jangan sesekali melupakan jasa ibu dan bapa. Jangan derhaka cakap ibu dan bapa. Sebelum melakukan sesuatu yang ke arah keburukan, ingatlah ibu bapa yang mahukan kita jadi yang terbaik"


"Akhir sekali, terima kasih kerana pernah menjadi anak murid kesayangan sir,"


Nampaknya belum sempat beliau dewasa, wa yang akan ziarahi kubur beliau terlebih dahulu


Wajah terakhir yang spread secara meluas. Kedua-duanya arwah dalam kemalangan tersebut.


Semasa raya 2013

Amirul, sir halalkan segala ilmu dan makan minum Amirul sepanjang bersama sir, ilmu-ilmu yang sir curahkan. Sir maafkan segala dosa-dosa Amirul pada sir. Tenanglah dirimu di sana. Moga suatu hari nanti kita akan berjumpa di akhirat kelak dan dipandang Allah dengan penuh kasih sayangNya.

Friday, February 26, 2016

Keluarga Wa 2016

Sekali lagi wa diberi tugas sebagai guru kelas tahun 6 Al Farabi....mean macam tahun lepas guru kelas pertama. Last time wa jumpa diorg masa diorg darjah 3. Sebagai pengubat rindu sesiapa yang menyinggahi blog wa, so wa upload pic diorg.. Takde caption lagi ye nanti wa hapdet lagi....