Friday, June 26, 2009

Aku Pernah.... Suatu Masa Dulu

Semalam dalam aku tido lambat lagi.. Almaklumlah.. sekolah petang.. Malam tuh kuar makan sat ngan sorang member nih dan aku dah lama nak pinjam citer ndustan dia. Tajuk dia kabhi al vida na kehna. Dah lama sangat aku nak tgk citer nih

Cerita yang telah membuatkan aku terjaga sampai 4 pagi semata-mata untuk tahu kesudahannya




Actually ada 2 kebetulan di sini yang merujuk kepada tajuk aku hari ini iaitu Aku Pernah …Suatu Masa Dulu. So tempat dot dot dot tuh di isi dengan ayat ‘ada awek’. Aku pernah ada awek satu masa dulu..


Kebetulan yang pertama berkait rapat dengan citer ndustan yang aku nengok nih. Bukan jalan citer dia tapi salah seorang pelakon dia yang aku tergila2kan selama ni.. Preity Zinta
Preity Zinta sering cemburukan keakraban aku dengan Kajol telah dikemukakan saman malu kerana tersalah anggap yang Kajol tuh yang gatal, bukan aku. Kajol telah memberi kata 2 samada lupakan aku atau dia akan terus menggatal.

Preity Zinta se’preety’ namanya. Aku memang suka gila kat dia ni selepas Kajol, dan ditakdirkan aku jumpa seseorang yang memang ada iras2 Preity ni. Aku menjadi peminat setia si dia ni masa zaman U dulu. Tapi biasa la, aku kan pipit, dia kan enggang, semua orang asyik duk usya dia, tapi aku tetap maintain kat belakang kelas, tunduk, tawadduk… hahaha


Nak dijadikan cerita lagi, dipendekkan je la minah (NH) ni pun sebenarnya suka kat aku.. Macam tak percaya plak.. Aku kan tak hensem. Camne dia leh suka.. Dia dah la cerah, aku ala-ala kegelapan sikit.. Heheh...Sepanjang 6 tahun aku kat UiTM SA tuh, rasanya memang byk episode aku dengan dia. Ada la dalam 4 tahun. Org lain mungkin 1-2 episod je. Aku dah 4 season SAMARINDA nih. Nak ke samarinda tayangkan citer aku kalo aku pohon? Byk terjadi sepanjang 4 season tuh.. Last2 dia tetap bukan untukku.

NAK KE TV3 JADIKAN KISAH AKU SEBAGAI SATU DRAMA UNTUK SLOT SAMARINDANYE???


Pastu plak, smalam NUNA ber YM ngan aku lagi. Dia inform yg si NH dah kawin pun dengan mamat yang berjaya mengikut criteria yang dikehendakinya.. Hahahah.. so pendek kata AKU PERNAH ADA AWEK SATU MASA DULU.

Cerita ke2
AKU PERNAH …… SUATU MASA DULU
Aku renung diri aku kat cermin. Isk gemuknye aku skarang. Lantaklah, orang nak cakap apa. Aku stat enjin moto dan biarkan 3-4 minit sebab baru nak panaskan enjin kan. Aku cepat-cepat bergegas sebab dah lambat ni. Kemudian satu traffic light aku berenti sbb lampu merah. Ada sorang budak sekolah menengah berenti sebelah aku naik muto jugak nih. Aku peratikan dia. .. mengingatkan aku zaman sekolah dulu. Camne la rupa paras aku dulu yer. Seingat aku, aku tersangatlah keledekiang.. apakah itu? Kurus yang amat kah? Aku rasa camtu la. Aku antara makhluk yang paling kurus dulu

So tajuk kita hari ini ialah Aku Pernah KURUS Suatu Masa Dulu. Aku benci aku yang sekarang. Chubby sangat.. Hahah. Sebab tuh takde org minat.. hehe, aku nak turunkan berat badan ni

Cerita 3
Aku Pernah …… Suatu Masa Dulu.
Sila isi kan tempat dot dot dot dengan perkataan BAIK. Mean aku jahat ke sekarang ni? Entah la.. Hanya Tuhan je yang tahu..

Antara perkataan-perkataan yang boleh digantikan ditempat dot dot dot

  • hensem-mean sekarang huduh
  • huduh-mean skarang hensem
  • jahat-mean skrang dah baik ala-ala Ustaz la?
  • gagal-sekarang aku dah berjaya ke?
  • kecewa-bahagia ke sekarang?

Tatkala aku menaip ni tinggal aku ngan Aznan je. Jap eh. Lupa plak

Tempat : Ruang tamu K-3-8 LV
Masa : 1.12 am
Tarikh : 26 Jun 2009

Hari ni gi sekolah lambat sikit, sampai pun dekat kul satu. Masuk je opis Pn Azizah dah panggil aku ngan Aznan mintak relief kelas. Akhirnya dengan kebijaksanaan aku, hanya Aznan yang kena relief, sebaliknya aku bermalas-malasan di dalam bilik guru sambil berbual2 kosong.
Lepas Aznan dah abis relief gi makan jap.. pastu tiba2 Haji Arifin panggil masuk ofis sambil pegang senapang.. eh pegang fail la. Aku duduk depan dia pastu dia bagitau dia nak ubah jadual aku sekali lagi. Aku pun dengan penuh perasaan memandang ke arah Haji dengan penuh tanda tanya.

‘Ko berdua akan ngajar tahun 3, abis cerita ‘

Pulak! Tahun 3 pun tahun 3 la… Dah tak jadik Pn Sarojini nak jadi guru pembimbing aku. Uhuh.. Pn Sarojini baik, tapi skang aku dapat Pn Suriahati, at least dia Melayu. Aznan plak aku tengok dia buat muka 30 sen je bila Haji cakap macam tuh. Layan je laa... Rindu pada akak N.. Sapekah akak N tersebut.?? Di manakah dia berada sekarang? Kenapa ini terjadi? Nantikan kesudahannya dalam episod yang akan datang...













Wednesday, June 24, 2009

MELAYAN KARENAH HATI


Masa 3.22 petang…
Tempat : Bilik Mesyuarat SK St Michael 1
Aktiviti : Mendonlod youtube

Gambar yang tidak berkait langsung dengan tajuk...

Hari ke 3 di sekolah mat salleh ni, tapi langsung x ke mana-mana kelas lagi.. Lepas je makan tengahari dengan lauk yang ‘sedap’ tu, aku semayang dan lepak je la kat bilik mesyuarat. Fortunately aku bawak laptop dan access wireless kat sini SM2.. hahaha, sempat juga ber YM
Upaaa… atau Oppa dalam bahasa Korea.. itulah dia panggil aku. Aku lak panggil dia Nuna, padahal Nuna tuh untuk org yang lebih tua (selalunya Kakak la sebab Oppa tu mean abang).. Secara tak langsung asyik sms sampai ber YM dengan aku.. Tiba2 je kenangan 2 tahun lepas menjelma…

Masa tuh aku tgh training kat satu tempat di Terengganu.. Nak jadikan cerita dia pun trainin same dengan aku, padahal satu university nih.. Dulu kenal la jugak bila sebut nama dia I****I , tapi xpernah bersembang pun… erm.. last2 jadik kacip dan same2 minat transformers.

I know her BF, and I know her status.. but sometimes we cannot pretend sumting not happened. I knew she knew it but I know she pretended not to know it since she don’t want sumthing happen to our relationship… aku tau that’s better dari tak berkawan langsung.. itulah aku kdg2 cepat tersuke kat org punye… dah lame aku sengaja tak kontek dia alih2 baru2 ni dia mesej kut frenster.. cakap aku dah sombong tak reply mesej dia.. aku pun berbalas2 an la.. Semalam plak sblm masuk hall aku mesej nak tgk transformers 2 , dia bengang sebab aku dapat tgk lebih awal dari dia.. hahaha,..

Sekarang dia cakap aku je yang paham dia. (kes tgh gaduh la ni..) tapi aku tau gaduh2 diorang pun xdenye aku ada harapan nak mencelah… hahaha.. Aku rindukan dia sangat2…

Aloha… aku msj2 gak dia semalam… tiba2 je teringat kat kawan2 sekerja dulu… huhuhu..
Gambar ini di ambik semasa lawatan sambil belajar ke Gold Coast ...Aku of kos paling depan, dari kiri belakang Iwan, Sukhvinder, Moon, Aloha ngan pengantin baru si Casey... miss u all alot.. Setahu aku casey dah berenti keje lepas kawin. Aloha dah naik pangkat jadi Floor support .. iwan pulak dah split shift.. lain2 no story...

Masa - 8.33malam..

Tempat - Kamar peraduanku


Penampilan istimewa sekali lagi Si Isma Daniel..WKH di St Michael 1


Dalam duk taip blog tiba je semua pendonlodan aku terputus. Cet dah 430 pura2nye.. patut la wifi dah off.. last2 tak dapat la nak publish...

erm.. hati senang.. jiwa tenang.. publish je la dulu...
Anak sedara ku yang ke 9- Raidi Adib...

Permulaan Yang Lembab


Jam menunjukkan ke angka 259 am... aku kata aku lembab sebab baru nak berjinak2 dlm arena pem'blog'an ini.. Hahaha, untuk permulaan biarlah aku stat siapa aku niAku tetiba je tertarik nak stat memblog kan diri ni lepas aku terbaca (actually memang sengaja pun) blog akak Kpli aku yg sorang ni, aku rasa macam best je.. disebabkan aku nak elak dari membayar royalti kalo aku sebut name dia, biarlah aku bahasakan dia sbg Kak 'N' sajah.. ah..


Tadik aku and the gang (aznan,ajim,din,mizi,asrul aka mak, ajak, rahimin, ngan zurul dan tidak lupa amri broadband) baru je lepas nonton sneak preview transformers the revenge of the fallen.. (thanks to ajim cos getting the tickets).. Puas ati beb, memang beyond my expectation.. Dan balik2 dah dekat kul 1.30, semua kecuali aku ngan aznan esok sekolah pagi.. semua dah tarik muka nak tido.. aku gak yang masih bertemankan lappy kesayanganku ini.. Dah le 2 hari tak dapat online.. akhirnye streamyx yang berkoyan2 aku kena kutuk dulu kini menjadi penyelamat dunia. Takde internet rasa macam tak bertamadun jerk..

Hari ni (supposed 23 June aaa) 2nd day aku kat St Michael 1, ipoh.. Tapi 1st day lagi aku datang dah ditegur oleh Puan Azizah (PK Hem) kemudian melambai2 pulak Haji Arifin (Tn Guru Besar). Lepas berbasa basi tuh, lepas bagitau tujuan kedatangan kami, diorg macam tak expect pulak kedatangan kami. Heran gak... maktab tak hntar apa2 notis ke?
Cikgu Fairus masuk semasa Haji Arifin tgh bersyarah dengan aku plak yang tgh risau sbb hp si ajim dalam poket aku... nak kena serah kat dia time datang ke sekolah ni. Mesej si Miji senyap je... takde nak reply.. Cikgu fairus masuk jmp Haji Arifin mintak lepaskn dia sebb nak carik barang.. dia pandang kat kitorang.. nak lepaskan relief kelas la tuh.. dalam stgh jam si mizi call, aku pun meng excuse kan diri kuar kejap...

Sedar tak sedar sejam dengar ceramah Haji Arifin.. Last2 dia pun nak kuar.. Tiba2 je si aznan nak tanya pasal relief kelas, aku cepat2 potong supaya tak ingat pasal nak relief kelas tuh..Erm.. 1st day kat sekolah xde keje lagi. Jadual pun x dapat lagi... Asyik sibuk nak kena uruskan period hour nak ngajar..

So 1st day berlalu tanpa jumpa mana2 budak2 yang pernah kenal aku..
2nd day,.. hari ni laaaPergi mktb jap pepagi tuh, kononye nak jmp Mr Lim.. dibuatnya dia takde... nampak gak bebudak KPLI baru daftar melawat maktab.. selamat datang ke dunia yang penuh dengan asemen.. egegegege

Lepas jmp mr ruban kejap si aznan ajak makan kat 'koya' .. layan kan aje... Lepas makan shoot ke Sekolah St Michael 1 yang jaraknya lebih kurang 20 minit...
Hari ni pun tak buat apa2.. asyik baca paper hari ni ngan hari lepas2 pun baca gak... berkenalan jgk la dengan beberapa kerat cikgu yang ada,.. yang dah kenal tuh macam cikgu syukri, ery, azman, ida... ada sorang cikgu yang aku panggil akak pun asal dari terengganu... tak sempat nak tanya nama apa...

Dapat tahu aku ngajar darjah 4. si aznan darjah 5.. tapi jadual tak dapat lagi.. Aznan take over kelas Pn Sarala, aku plak Pn Sarojini.. cuak gile.. takde cikgu enggeris melayukah di sekolah ini???

Time rehat aku melepak sendirian, datang la wajah yang aku rindukan selama ni... sape lagi kalo bukan budak yang aku tangkap masa dia tgh ponteng kelas.. si Isma Daniel.. dia dtg kat aku sambil cium tangan.. tanya apa aku wat kat situ, aku cakap la dtg semata2 nak jumpa dia.. dia bantai gelak.. aku cakap betul laa.. rambut dia dah pendek sikit, dah tak selekeh macam dulu... aku tanya dia buli orang tak lagi,, dia cakap tak.. datang budak india sorang tuh cakap si Isma tipu.. tak pasal2 si isma cepuk kepala budak india tuh, aku apa lagi, cepuk si isma plak.. dia tersengih2 je, aku cakap la aku tak ajar darjah nam... dia jadi kecewa.. ntah betul ntah tidak dia kecewa.. last2 aku suh dia masuk kelas...

Budak si isma time aku tangkap tgh memonteng ms PBS dulu

Isk risau sungguh usus aku mengingatkan pelajar tahun 4 yang bakal aku lalui nanti...er..ku nak tido la.. ada masa aku stori mori lagi...


Wednesday, January 7, 2009

Demi Amirul


Jika kita bisikkan gundah gulana di hati kita pada Allah yang Maha Esa, pasti didengari. Rintihan kita sebagai hamba yang dipinjamkan dunia sebagai pentas kehidupan kita, diberikan watak untuk dijadikan peranan, aku hanya mampu mengeluh dan mengadu...mengadu hanya apabila didatangkan dengan musibah dan masalah, sedangkan nikmat yang diberi tidak penah mampu dihitung banyaknya.

Aku yakin, Allah telah gerakkan hati aku, untuk berasa kasih dan pilu atas perubahan diri orang lain. Aku juga yakin Allah telah gerakkan hati beliau untuk menunjukkan diri beliau yang sebenar. Kesabaran aku diuji lagi, cepat benar Kau hantarkan ujian ini, adakah kerana KAU terlalu menyayangi aku?

Hari Isnin, selepas cuti sehari kerana cuti peristiwa perkhemahan last weekend. Aku meneruskan kehidupan macam biasa, bangun awal dan melangkah malas ke sekolah. Sungguhpun alasan untuk tidak ke kelas tahun 6 sudah tiada lagi, tapi aku masih lagi diberi tugas untuk mendidik anak2 bangsa yang lain. Tapi dalam jadual kelas, tahun 6 masih tercatat kukuh di dalam rancangan pengajaran harianku.

Hari ini jadual kelas aku agak senggang. Kelas pertama seawal 745-815pagi (hanya satu masa) adalah tahun 4. Aku laksanakan dengan penuh tanggungjawab. Sejurus selepas kelas tahun 4, jadual aku adalah tahun ENAM!!! Kelas beliau ni... getusku. Tapi aku tahu semua pelajar tahun 6 berada di surau untuk aktiviti surau sehinggalah jam 845 (dah amik 1 masa aku tu).

Aku melangkah berat ke kantin, sebolehnya tidak mahu lagi memasuki kelas itu. Tapi kalau itu takdirnya, lain pula rencana yang menanti aku di sana. PK-Akademik berjumpa dengan aku lalu bertanyakan program ICT yang aku kena handle. Kalau dijadualkan berlangsung pada Khamis ini. Tapi menurut beliau, program itu memerlukan persediaan rapi dari awal. Pertandingan mencipta video menggunakan movie maker. Setiap dari mereka sedia maklum sudah memiliki e-book. Jadi, bukan alasan yang konkrit untuk aku membatalkan pertandingan ini.

Dengan berat aku menghela nafas yang panjang, bersetuju untuk menggunakan masa yang ada pada waktu aku habis bersarapan untuk bertemu muka dengan semua pelajar tahun 6 untuk memberi taklimat pasal pertandingan tersebut.

Semua sudah siap sedia menghadap aku di dalam makmal komputer. Frankly aku masih tidak nampak kelibat beliau. Lalu ku buat2 tanya nama2 pelajar2 lain yang juga tiada.

"Mana Lukman? Izzhadi?"

"Takde dalam kelas..." balas seorang dari mereka.

"Pergi cari" pendek jawapanku tapi tegas.

Sebaik sahaja mereka masuk, sedarlah aku bahawa mereka pergi bermain bola. Seramai 7 orang, Adi, Lukman, Mat Nong, Shami, Asraf, Syafik, dan beliau.

Masing2 berdiri di depan aku. Puluhan pasang mata dan telinga sedang memerhati. Aku bakal membebel lagi...getusku.

Aku bertanya, cikgu mana yang bagi korang main bola?

Diam

Masa subjek apa korang gi main bola?

Diam

Masa saya!! Ada tak korang infom kat saya korang nak main bola?

Diam

Aku sudah lali dengan diam mereka. Bagi mereka, penawar yang terbaik untuk amarah adalah diam. Baik, aku ubah tone suara aku.

Boleh saya tahu, awak semua main bola bawah pengawasan siapa? Sedikit lembut tapi masih mendatar bunyinya.

Tiada guru- salah sorang dari mereka menjawab tapi aku lupa siapa kerana aku memandang ke dinding.

Siapa yang jadi kepala ajak main bola?

Walaupun tiada jawapan, tapi dari ekor mata setiap orang memandang ke arah beliau. Aku tahu..beliau lagi. BELIAU!!!!

Mereka tahu masa itu adalah masa aku. Kejap, aku ubah ayat. BELIAU tahu itu adalah masa aku. BELIAU tahu cara nak menaikkan suhu kemarahan aku. BELIAU tahu apa yang aku tak suka. Dan itulah BELIAU lakukan. Sekali lagi Allah tunjuk, betapa hebatnya kebencian beliau pada aku. Begitu pandai beliau cuba untuk menambahkan jurang keakraban kami. Begitu pandai beliau mencari alasan untuk menunjukkan rasa protes terhadap aku. Dan hati aku menangis lagi.

Kenapa ye, setiap kali berkaitan dengan aku, beliau akan cuba mencari pasal? Sakit hati sangatkah dengan aku? Salah akukah selama ini menegur beliau jika beliau membuat kesilapan? Tak bolehkah aku menjatuhkan hukuman yang adil sekiranya beliau melakukan kesalahan hanya kerana beliau aku nobatkan sebagai WKH?

Jadi, demi beliau, aku akan ikut rentak beliau. Sekiranya beliau lari, aku takkan kejar. Tugas aku sebagai guru sudah tamat sejurus beliau meletakkan pensil menghabiskan ayat2 terakhir dalam kertas 2 BI UPSR baru2 ini. Jika beliau bahagia tanpa aku, aku rela menjauh. Tapi jika beliau masih perlukan aku, masih ingin mendekati.

Aku hanya mahukan yang terbaik. Untuk beliau.

"Kalau Amirul dah berjaya nanti, Amirul pergilah sekolah yang bagus2. Masa tu Amirul sudah pandai, malah lebih pandai dari Sir. Sir masih lagi di sekolah rendah. Kalau ingat, datang la sekali sekala melawat sir di sini"

" Kalau Amirul dah besar nanti, bila Amirul ingat semula apa yang Sir dah buat semua untuk Amirul, Amirul datanglah cari Sir. Masa tu Sir dah tua. Amirul kenalkan Sir dengan isteri dan anak-anak Amirul. Masa tu Sir harap Amirul dah bertambah berjaya"

"Kalau lah Amirul dapat tahu Sir dah tiada di dunia, dah mati, datanglah carik kubur sir ya. Sir tak banyak buat amalan sunat dan pahala. Doakan supaya sir dapat jadi orang yang diredhai Allah"

"Sebagai anak, Amirul jangan sesekali melupakan jasa ibu dan bapa. Jangan derhaka cakap ibu dan bapa. Sebelum melakukan sesuatu yang ke arah keburukan, ingatlah ibu bapa yang mahukan kita jadi yang terbaik"

"Akhir sekali, terima kasih kerana pernah menjadi anak murid kesayangan sir,"


PS : Sedikit sebanyak cara aku menulis seiras seperti cikgu Jimi. Memang aku tiru...