Wednesday, November 30, 2011

N3 merapu

Beberapa jam je lagi nak masuk bulan doblas. Pastu ada 31 hari lagi nak masuk tahun baru 2012. Then bukak sekolah. Seminggu lepas tu gua dah nak kena tambah setahun lagi untuk usia wa. Macam HJadooo. Minggu lepas wa memang berhibernasi je dalam rumah mak wa sebab wa memang tak suka berpeleseran pun (macam Hjadoo lagi). Padahal wa takdak duit nak berpeleseran. Masuk je gaji wa terus berpele...seran dengan meriahnya. Hahaha.

Minggu ni 2 orang mak kepada anak murid wa yang call. Sorang yang pertama ni mak si A. Malas wa nak sebut nama sebenar beliau. A ni bukan anak murid wa pun, ex-Sekebun wa. Tahun ni form 1, kira tahun lepas la dia yr 6 kat sekebun. Tapi memandangkan wa telah membuatkan mak A terpesona dengan kekacisan wa melayan anak beliau last year, tahun ni mak A tanya apasal dah lama tak ajak A jalan2 macam last year. Hahaha... Si A ni pun bukan anak murid wa pun, apatah lagi tahap WKH.. Tapi A kira budak yang baik jugak la... Yang wa heran apasal mak dia leh tanya wa pasai apa wa dah tak ajak anak dia kuar. Tu yang wa heran.

Mak anak murid wa yang ke2 ialah mak si M (wa memang malas nak sebut nama sebenar beliau lagi la). M ni bukan diri wa sendiri tapi panggilan dia memang stat ngan M kat depan. Budak ni memang la anak murid wa tahun ni. Soalan yang sama jugak, tanya wa, ada ke anak dia Si M tu wat salah ke ngan wa sebab wa dah lama tak jenguk anak beliau. Dulu wa selalu bawak M ni jenjalan. Sekarang ni dah jarang pulak nampak wa datang rumah dia. Wa jawab la M takde salah apa pun ngan wa, maybe dia dah x berapa nak mau ikut wa jalan2. Wa pernah ajak dia kuar tapi dia menolak dengan penuh rasa sopan. So wa sendiri dah rasa macam Si M ni tak berapa suka nak kuar lagi dengan wa. Yang penting wa halalkan makan minum dia selama dia kuar dengan wa. 

Mujur la mak si Luqman tak call, kalu tak xtau la camne. Dah la si Luqman tengah kena 'potong'. Sampai ke saat aku cerita ni belum pulih lagi. Sekali mak dia call suh wa bawak anak dia jenjalan gak abis la bentan anak beliau.

Mak mak sekalian, susah wa nak explain. Bila dah kuar, sah sah duit pun ikut kuar sekali. Dah tu yang seronok anak2 mak2 la sebab dapat jalan2 free. Tapi mak A dan mak M, wa sayang 2-2 anak2 makcik. Tapi wa nak tengok diorang tu menjadi orang ke tak bila dah besar nanti. Rasanya dah banyak didikan yang wa beri kat depa. Sekarang ni wa nak rileks. 

Wa ajak la A kuar sebab dah dekat setahun wa tak jumpa dia. Banyak tul benda yang dikongsi dengan si A. Dah semakin petah bercakap. Dulu wa kenal A seorang yang pendiam. Dan dulu jugak wa tau A x suka dengan wa. Sekarang??? Ha.. tau xpe....


Tuesday, November 29, 2011

N3 bengang

Gi KFC (selepasa bengang tak dapat parking depan kedai biasa)

Ada bebudak pompuan queue depan gua (3 orang)

Semua maybe SM lagi tapi macam budak U pun ada gak

Yang SM ni time order ayam, setiap kali akak tu tanya dia, dia akan tanya kawan dia.

Akak KFC : Selamat datang.. Makan sini atau bawak balik?

Budak SM : (toleh kat kawan) makan sini ke bawak balik? - kawan dia jawab bungkus.

Akak KFC : Nak set atau ala carte?

Budak SM : (toleh lagi) set ke ala carte?

Akak KFC : Original ke Hot n SPicy?

Budak SM : (mari toleh menoleh)

.....kesudahannya.. setiap kali tanya setiap kali itu la toleh kawan.. Menyampah tul gua. Dah tadi beratur panjang2 bukannya nak decide dari awal pun. Gua tengok line sebelah lebih laju dari line gua.

Turn aku

Akak KFC : (akak ke? Taraf adik ngan wa) Selamat datang....

Gua : Makan sini, 2 set snack plate,satu ori satu hot, air tukar satu milo, satu stroberi, tambah cheesy wedges.

Akak KFC : Tu aje? Ada lagi?

Gua : Tu aje....

Kan bahagia orang yang beratur belakang gua....


Saturday, November 26, 2011

Routine

Perbualan kosong suatu masa dahulu (lebih kurang 5 tahun dulu)

Randu (ex-schoolmate gua, masa perbualan ni dikenang kembali, beliau buat degree di UMS)
M (gua, degree di UiTM)

Randu : Aku dah final semester, tahun depan leh carik keje, ko?

Gua : Aku ada setahun lagi kot. Gila la ko dah nak keje siak!!!

Randu : Ala, sah-sah aku bukan engineering tu yang cepat grad. Sah-sah ko abis nanti dah ada keje kan?

Gua : Mana ko tau. Sekarang ni keje pilih orang, bukan orang yang pilih kerja....

Randu : Jadi cikgu best kan?

Gua : Awat best?

Randu : Banyak cuti sekolah. Cuba ko remind balik selalu cuti sekolah bulan berapa?

Gua : Doblas

Randu : Bulan doblas musim apa?

Gua : Musim hujan.

Randu : Pergh best siot tido musim ujan... Takyah gi keje...

Gua : Yelah tu....

Setahun kemudian Randu sudah berjaya bekerja sebagai Pegawai ******* di bahagian logistik Jusco. Dan gua pulak baru je grad. Pernah sekali lepak rumah Randu.

Gua : Best siot kerja ko. Siang tidur malam kerja.

Randu : Best kepala lutut ko, keja shif ma, bukan dapat OT pun.

Gua : Aku gak yang menganggur.

Randu : Aku bukan nak keja ni sampai bila2 pun.

Gua : Awatnya???

Randu : Nanti susah2 kita apply KPLI nak?

Gua : Menatang apa KPLI tuh? (sumpah gua 1st time dengarnya)

Randu : Jadi cikgu la cerdik!!

Gua : Serius?

Randu : Apa tak serius plak? Ko nak tau pasal apa jadi cikgu best?

Gua : Pasai pa?

Randu : Housemate aku cikgu KPLI la, lepas waktu sekolah je tido. Balik sekolah tido.

Gua : Cambest gak tu.. Jom la apply KPLI.


Dipendekkan cerita, sama2 apply, sama-sama ujian, interview lain2, dapat pun maktab lain2. Dan kini sudah dipostingkan ke negeri yang sama. Masing2 bergelar SIR sebab 2-2 cikgu BI. Hahah. Ironinya apa yang pernah dicakapkan oleh Randu itu aku dapat rasakan sekarang.

Rutin hari biasa.

6.00 am - Dah bangun tapi tekan snooze, 630am baru bangun yang diertikan sebagai bangun yang sebenar.

7.00 am - Gerak ke sekolah. Kalo hari Ahad bersedia untuk perhimpunan pagi. Kalau hari biasa sarapan dulu kat kantin.

745-115 - Time kat sekolah. Paling penat pun ada 4 kelas straight dalam satu hari. Tapi ada yang satu masa, dan ada yang 2 masa.

1.15pm -  dah boleh blah. Selalu aku Zohor kat sekolah sebab bila dah balik akan menjadi2 kemalasan itu.

2.00-4.00pm - Kalau ada persatuan ke unit beruniform ke, baru kena datang sekolah semula. Kalau tak, dah boleh berpeleseran di mana jua atau selalunya atas katil la....

8.00pm - Dalam seminggu ada la sekali kena datang kelas malam UPSR.

Keesokannya ulang semula dari awal.



Rutin hari ini (stat 18 Nov 2011 hari tu)

6.00 am - Terjaga sebab alarm then kadang2 snooze, kadang2 off terus. Tu yang Subuh kadang2 Subuh2 dinasor. Tapi selalunya perform solat dulu la then tdo balik.

8.00 am - ZZZZZZ

10.00am - Baru celik mata. Menggeliat dulu. Hujan dooooh, sejuk nak mandi.

11.00am - sarapan pagi. Kadang2 kul 12 pun redup je, macam kul 8 lagi.

2.00 - kadang2 layan astro/tenet. Kadang2 berpeleseran kat luar atau atas katil

8.00 pm - Layan tv lagi. Dah leh folo cerita bersiri sebab takde kelas apa2 pun malam.

12.00am - belum tentu tido, kadang2 bloghopping, kadang2 layan series yang belambak2 dalam hardisk.

2.00am - time ni baru nak letak kepala atas bantal. Belum tentu tido.

Ulang balik dari awal

Ironinya, itulah rutin gua sekarang. Blog pun dah jarang hapdet. Nanti la kalau gua ada mood. Banyak benda gak nak story.

Antaranya :

1. Luqman dah bersunat
2. Gua ada jumpa balik WKH no 1
3. Kehidupan gua selepas watak WKH no 2 beransur2 pergi
4. Gua dah lama tak hapdet blog sekolah gua.


Ps : Watak Randu tuu bukan nama sebenar eh....

Wednesday, November 23, 2011

Selamat Datang

Selamat Datang Kumbang Jingga....  Dekat 40 tahun dah tak bertambah2 pun folower aku tuh.. Hang la latest follower. Camne hang dapat trace aku pi blog hang ek? Mai ajaq aku sikit.. Maklum la... super junior lagi bidang blogging ni...


Sila klik gambar untuk ke blog beliau

Tuesday, November 22, 2011

UPSR M7

Yeah, result UPSR dah lama dah tau. Just nak highlight semula M7 aku yang lalu. (BI SHJ)


Shahira
D 


Izzhadi
 C


Nathassa
 C


Ain
 D


Luqman
C

Aini
C


Buat2 tak kenal pulak budak kat bawah neh...
A

Ps: M7 (Magnificient 7) adalah budak2 yang aku pilih untuk diberi extra lesson, so mana ada aku pilih kasih kan? Mereka yang bertujuh ni sendiri yang datang.

Saturday, November 19, 2011

Senyum Dalam Tangisan

Kenapa tiap kali Allah turunkan hujan, diiringi dengan guruh yang berdentum, petir dan kilat sabung menyabung. Dan saat itu kita mengeluh. Tidak dapat meneruskan langkah kerana hujan menghalang perjalanan kita, tidak dapat mengeringkan pakaian kerana matahari bersembunyi di sebalik awan. Tidak dapat menjalankan aktiviti yang bisa memuaskan hati kita kerana keadaan tidak mengizinkan. Hujan yang turun begitu dibenci, sehinggakan keluhan demi keluhan meniti di setiap bibir. Namun kita tidak tahu, Dia menghadiahkan kita dengan pelangi yang indah. Biarpun pelangi yang muncul seketika cuma, namun saat yang terlampir itulah bisa menghilangkan segala keluhan di hati.

Setiap kali kita terdengar ayat-ayat bahawa sangatlah tidak elok apabila ada perasaan pilih kasih dalam bidang yang aku ceburi sekarang. Aku tak tau samada aku ini seorang yang memilih kasih atau memberi perhatian yang lebih? Memang la sebagai pendidik, tidak harus wujud perasaan pilih kasih kerana ianya hanya membuatkan kita tidak adil kepada yang lain. Bila berlaku tiada keadilan bermakna, aku telah bertindak kejam. Kejam membawa maksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Habis tu di manakah tempatnya???

Dua mukaddimah untuk aku meneruskan bait-bait ayat n3 yang sudah lama bersarang di minda aku ini tapi masih ditahan-tahan dari terus menari-narikan jari menaip baris ayat yang aku sendiri tidak pandai menyusun kata. 

Mukaddimah yang pertama.... Dua minggu terakhir untuk melengkapkan hari persekolahan sesi 2011 bagaikan satu tempoh kesengsaraan yang paling maksima bagi aku. Kesabaran diuji apabila pelbagai perkara yang pernah dilakukan oleh beliau diaktifkan semula untuk menguji aku. Satu perkara yang aku tidak dapat nak selesaikan sendiri apabila sudah melibatkan kes jenayah kecil yang aku rasa tak perlulah aku utarakan di sini. Cukuplah sekadar aku tau perkara sebenar.

Menuju hari2 terakhir persekolahan kurasakan terlalu panjang. Lebih-lebih lagi dengan sikap Amirul yang semakin membeku sejuk. Aku dipandangnya dengan penuh tanda tanya. Kadang2 sikap menjauhkan diri beliau menjadikan aku sangat sakit hati, memikirkan apakah salah aku, rindukan sikap mesra yang pernah beliau tonjolkan. Pandangan mata yang selalu diangkat setiap kali aku membalas renungannya rupa-rupanya tersimpan sebuah kisah rasa bersalah dalam dirinya.

Setiap hari aku bangkit dari tidur berharapkan semoga hari ini cepat berlalu, aku sudah serik berhadapan dengan beliau. Namun jauh di sudut hati aku juga berharap masih ada masa untuk menghabiskan sisa-sisa tirai penghujung sesi 2011 ini.

Ya...Ayat2 di atas adalah sangat tidak paham oleh diri aku sendiri. Apa kata kita terus masuk ke situasi sebenar dengan gaya penceritaan yang biasa aku buat. Ok x?

Ok, ada satu n3 pasal 11.11.11 yang hari paling sedih di dunia tu kan? Memang melibatkan Amirul. Melibatkan sekolah, melibatkan tatatertib. Tapi biarlah benda itu habis di sini kerana aku sendiri sudah selesai menguruskannya. Tapi sepanjang penyiasatan di lakukan, hari2 sebelum aku soal siat, memang aku stress, kadang2 tak percaya Amirul boleh buat semua benda tu. Aku cuba memujuk diri sendiri mengatakan semua benda yang aku dengar adalah fitnah.

Lain pula halnya apabila aku menyoal tuan badan sendiri. Ahad, 14 Nov 2011, 2jam aku berbicara dari hati ke hati, bertanyakan kebenaran khabaran tersebut. Ternyata segalanya benar. Memang beliau yang melakukannya. Sedih yang amat sangat aku rasa time tu. Just aku ucap terima kasih sebab dia berterus terang pada aku dan tidak berselindung dari mana2 awan lagi. 2jam perbualan singkat kami memang mengundang air mata dari beliau. Itu lah last time aku lihat beliau berkeadaan sedemikian.

Of kos la dah lepas nangis2 bagai, takkan beliau nak datang bermanja2 dengan aku lagi keesokan harinya. Sudah tentu lah kelibat beliau pun tidak kelihatan. So, aku sendiri dah janji, aku akan lepaskan dia perlahan-lahan. Kalau dia yang nak lari, aku tak akan kejar.

Tiba hari nya. 17 Nov 2011...

Kalau setahun yang lalu, (aku pun dah lupa tarikh pengumuman bila, google jap) ha.. 11 November 2010, sehari sebelum tarikh pengumuman, memang aku takleh tdo. Dari petang sampai ke malam aku duk bermesej2an dengan kak Zan (sorang cgu Math tahun lepas, tahun ni dia tak ngajar yr 6), memang risau teramat sangat. Yelah, tahun lepas batch pertama. Tiada sorang murid target tapi aku nak ada yang lulus. WKH 2010 pun aku tak target. Alhamdulillah, tahun lepas 4 orang kelas aku lulus dalam Bahasa Inggeris. Pencapaian tertinggi ialah Dan Suria yang mendapat B untuk BI tahun lepas. Lain2 seperti Nisa, Shima dan Ain aku terpaksa berpuas hati dengan C masing-masing.

Tahun ini harapan aku tinggi. Aku meletakkan 7 orang calon lulus aku yang aku gelarkan sebagai M7 (magnificient 7). So selalunya bila time ujian2 selaras, yang selalu lulus ialah mereka semua kecuali Nathassa dan Shahira. Takpelah, target aku lebih 3 orang tahun ni.


Aini, Ain, Luqman, Amirul, Izzhadi, Shahira, Nathassa

Berbalik kepada malam sehari sebelum keputusan UPSR, aku tiada perasaan apa-apa. Mungkin gundah itu wujud tetapi tidak segundah tahun yang lalu. Mungkin kerana tahun ini aku memiliki tahap keyakinan yang tinggi terhadap mereka.

Pagi 17 November 2011, macam biasa hari terakhir persekolahan bakal aku lalui jugak. Pagi itu aku mensetelkan beberapa perkara yang belum selesai disetelkan, berkaitan dengan register kedatangan, buku rekod pelajar, dan buku rekod harian. Fail2 pelajar aku susun semula mengikut kelas mereka tahun depan. Aku banyak menghabiskan masa di bilik guru berbanding menjejakki ke kelas bertemu anak2 aku buat kali terakhir.

Jam 10.00 pagi henset ku berdering. Satu nombor yang asing bagiku tertera di skrin telefon. Antara rasa mahu dengan tidak aku akhirnya menekan butang hijau. Satu suara yang asing menerpa di hujung corong telingaku.

"Ini mak Amirul..." satuu ayat yang membuatkan aku rasa lega.

"Oh, makcik, apa yang boleh saya tolong?"

"Keputusan dan tahu ke belum?"

"Belum la makcik, Gubesau belum balik"

"Nanti dah tau kontek makcik ye..."

Talian diputuskan selepas aku berjanji akan menghubunginya. Hati aku bertambah gusar apabila semakin banyak sms masuk yang bertanyakan tentang keputusan sekolah aku dari kawan2 sekolah lain. Lebih perit apabila mendapat tahu sekolah-sekolah jiran mula melahirkan belas-belas calon yang mendapat 5A. Antaranya SK Bukit Wan dan SK Bukit Chempaka. Sedangkan sekolah itu lebih pendalaman berbanding Sekebun aku ni.

Puan Zaitom memasuki bilik guru dengan wajah penuh tanda tanya dan membuatkan orang yang memandangnya juga akan menjadi tanda tanya. Dia tidak menjawab soalan2 yang diajukan sebaliknya berbisik2 dengan Cikgu Halim. Aku tidak berniat untuk mengambil tahu tetapi aku terlihat akan jari cikgu Halim menunjukkan angka 3. Aku dapat agak, 3 orang je 5A tahun ni. Tahun lepas 4 orang, tahun ni 3. Okey la kot. Tapi aku sedikitpun tidak berminat dengan diorang. Yang aku nak tahu berapa orang kelas aku yang lulus, dan yang penting, keputusan Amirul.

Kali ini Pn Zaitom memasuki bilik guru dengan slip keputusan UPSR di tangan. Perkataan 3 orang je sudah mula meniti ke bibir-bibir guru yang berada di dalam bilik guru. Nama2 yang diumumkan juga sangat mengejut mereka. Apatah lagi 3 orang yang mendapat 5A itu tidak termasuk salah seorang yang selalu mendapat 5A apabila ujian2 yang lepas. Aku tak berminat lagi.

Antara surprise dengan tahu terlebih dahulu, aku masih berkira2 untuk menghampiri meja depan yang mula dikerumuni oleh guru2 lain. Aku nak tahu secara kejutan atau aku tahu sekarang. Kejutan bermakna aku nak let Amirul tahu dulu then baru aku tahu. Tapi naluri aku tidak kuat untuk melawan diri dari tidak mengambil tahu.

Mula-mula Pn Zaitom mengeluarkan analisa. Mata aku tertumpu pada Bahasa Inggeris dan angka 4 pada bawah kumpulan A. Bermakna hanya 4 orang calon sahaja yang mendapat A dalam bahasa Inggeris tahun ini. Kurang seorang dari tahun lepas. So aku dah dapat agak, 3 orang yang dapat 5A itu dan seorang lagi yang bertuah mendapat A dalam bahasa Inggeris.

Slip yang panjang berjela2 itu aku terus membelek2 bahagian atas kerana aku tahu kedudukan Amirul adalah 5 yang  pertama. Mata aku tak berkelip melihat susunan A yang berderet ke bawah diapit oleh B di bahagian atas dan bawah.

Satu je kalimat yang terpacul di mulut aku saat itu

"Amirul dapat A dalam subjek aku????"


Saat itu aku dapat rasakan ada empangan jernih mengalir di kelopak mataku. Aku tahu semua guru mendengar kata2 aku dan turut faham perasaan aku tatkala ini. Tiba2 sahaja nama Amirul menjadi popular, apatah lagi Amirul yang dari kelas belakang, mendapat A dalam subjek killer ini. Maknanya Amirul la orang yang keempat mendapat A dalam Bahasa Inggeris. Yes I know everybody is looking at me. Lantakla diorang nampak aku menangis pun. Aku sekadar expresskan perasaan aku.

Aku meraup wajah dengan kedua belah tangan. Sungguh aku bersyukur padaMU Ya Allah. Kau terbitkan jua pelangi indah selepas berminggu2 redup yang panjang. Ya Allah, syukurnya aku dengan pengkhabaran ini. Aku terus kembali ke tempat duduk aku tapi dudukku menjadi tidak menentu. Antara hendak dan tidak ku khabarkan pada makcik si ibu Amirul. Apatah lagi sudah ku alunkan kalimat janji tadi.

Lantas aku keluar dari bilik guru, kucapai henset lalu menekan butang call. Khabaran itu langsung kusampaikan kepada mereka yang agak terkejut dengan keputusan itu. Dapat ku dengar suara kakaknya yang terkejut gembira mendengar Amirul beroleh A untuk BI. Keputusan itu sudah tersebar tetapi tuan empunya badan masih belum mengetahuinya.

Jam 11.30 pagi, kelihatan calon2 UPSR 2011 mula berkumpul di kantin. Ucapan alu2an dari guru besar sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi pelajar2 ini. Aku duduk jauh di belakang dewan memerhatikan satu persatu nama pelajar yang dipanggil menerima slip mereka.

Saat nama beliau dipanggil oleh cikgu Salmi, sekali lagi cikgu Salmi membuat kenyataan bahawa satu calon kejutan yang mendapat A dalam BI adalah adik angkat sir. Dia memanggil nama Amirul dan aku dapat lihat kejutan diwajahnya tatkala menatap slip keputusan tersebut.

Aku kini puas. Aku kini bahagia. Walaupun sedih hari ini adalah hari terakhir beliau sebagai anak murid SKBN, aku bahagia kerana perginya Amirul bersama satu kejayaan bagi aku memperoleh A dalam BI. Mungkin ini sejarah untuk aku apatah lagi beliau satu2nya pelajar lelaki yang mendapat A untuk BI. Dan beliau adalah dari kelas belakang.

Selesai penyerahan slip, aku menghampiri beliau, aku mengucapkan tahniah dan beliau berterima kasih kepada aku. Sekali lagi aku menarik beliau keluar dan menyerahkan sebuah kotak kecil kepada beliau. Aku tahu hadiah ini berbaloi dengan apa yang telah beliau ciptakan. Dia menjerit riang melihat perkataan CASIO di tengah2 kotak. Lantas dia memeluk aku, mungkin pelukan yang terakhir.

Kalaulah salah aku kerana pilih kasih, rasanya perkataan itu tidak sesuai untuk aku. Sepanjang beliau menjadi anak murid aku, tidak pernah sekali pun aku memberi markah yang tinggi apatah lagi A. Aku adili seadil-adilnya. Malas aku terkenal dengan sikap kedekut memberi markah. Jadi bagi aku, aku tak pilih kasih, cuma aku memberi perhatian yang lebih kepada beliau.

Berakhir sudah episod suka duka WKH / Amirul bersama aku pada tahun ini. Ending yang bahagia. Ending yang tidak pernah aku sangka kan. Amirul adalah satu watak yang singgah seketika pada perjalanan hidup aku yang masih belum berpenghujung. Begitu juga dengan beliau. Aku adalah satu persinggahan dalam beliau mendaki cita-cita beliau. Terima kasih untuk kasih sayang ini yang mungkin sukar untuk aku lupakan. Perjalanan ini mungkin singkat tetapi kesannya adalah sampai bila-bila.





Gambar terakhir disnap bersama aku pada hari keputusan dikeluarkan



Kotak hitam di tangan beliau digenggam kemas bagai tidak mahu dilepaskan



Ucapan yang boleh dilagakkan...Harap minat beliau dalam subjek killer ini akan terus bertambah..

UPSR Result????

Hard to start, although its already 2 days have passed, UPSR results is still menjadi tanda tanya para penjejak redup aku kang? (ada ke? perasan sungguh aku neh).



Jam neh aku beli 14 Nov 2011. Aku tak tau sebab apa tapi aku rasa ada sebab aku beli jam ni....

Next n3 aku citer pasal resut UPSR deh....