Sunday, September 30, 2012

Kamu Datang Dengan Cinta Secara Banyak Part 2

Persinggahan, datang dan pergi.. Pergh lama betul wa tak mencoret sesuatu dalam rayap wa neh. Ayat biasa bila blog tak berhapdet. Rasanya macam semalam wa kenal diorang, macam semalam baru marah2 diorang, akhirnya tiba juga saat diorang meninggalkan wa. Kenapa part 2? Sebab tajuk yang sama pernah wa guna untuk N3 tahun lepas...


Hahah...rasa macam baru je buat n3 yang part 1, dah sampai masa untuk part 2. Batch lain2. Seperti yang wa pernah cerita pada 2 n3 lepas, diorang kenal wa sejak wa menjejakkan kaki wa ke Sekebun pada 2010.  Dari 4Al-Ghazali lagi diorang telah wa kenali. Tapi masa tu wa ngajar tahun 6 gak dan lebih rapat dengan tahun 6 masa tu yang ada WKH Hisham. Bila difikirkan kenapa bila tahun 6 je wa jadi rapat, maybe sebab dengan tahun 6 lebih banyak masa berjumpa dari segi kelas tambahan, kelas malam, kelas lain2 lagi. Lebih2 lagi tahun ni wa adalah guru kelas diorang, lagi la wa sangat super nakhorom rapat kacis gile babas punye dengan diorang. Walaupun ada yang tidak pernah bermanja dengan wa, ada yang tak pernah bertegur sapa dengan wa hatta memberi salam pun pada wa, apapun diorang memang wa super sayang.


Ini nama dia Zulhimi Mezah, kiri atas dan bawah wajah masa tahun 4, pakai baju kuning masa tahun 5 dan selebihnya adalah tahun 6. Bersaiz comel dan sangat aktif dalam game bola sepak. Wakil sekolah serta zon. Wajahnya tak banyak berubah cuma kelihatan lebih matang berbanding dahulu. Wa selalu jerit nama dia dengan nama bapa beliau. Masa darjah 4 dulu wa nampak dia ada iras si WKH Hisham. Jadi wa ingat dia boleh la jadi pengganti Hisham tahun ni, tapi sangkaan wa meleset 300% sebab beliau memang tidak pernah pun nak datang ke, nak bermesra ke apa ke dengan wa, sangat merangkak bila disuruh membaca especially BI. Dan selalu merah bila setiap kali ujian ke apa ke, tak pernah lulus. Tahun ni wa target dia lulus cukup2 makan pun jadi la sebab wa tekankan bahagian kertas 2 yang buat ayat tu. At least buat ayat simple pun jadi la...

Ummi Hafizah Deraman si cantik manis. Pendiam orangnya. Gambar tengah adalah yang terkini. Bertudung pink semasa tahun 4 (agak comot). Kanan bawah masa darjah 5 dan lain2 adalah tahun 6. Masa darjah 4 kurang menyerlah tetapi semakin baik apabila meningkat ke tahun 6. Konsisten dengan semua subjek dan tidak pernah merah sepanjang tahun 6 ni. Wa target beliau salah sorang student wa yang cemerlang.

Siti Fatimah Kari. Juga seangkatan dengan Ummi, pendiam. Menjawab hanya apabila ditanya. 2 ujian yang terakhir beliau lulus dengan biasa2 je, tapi ok la untuk kelas wa ni. Wa tak rapat sangat dengan beliau tetapi wa doakan keajaiban bakal berlaku tahun ni. Hopefully. Juga target wa tahun ni.

Ainur Asyikin Nazri. Kiri bawah masa tahun 4, kiri atas masa tahun 5, selebihnya adalah wajah terkini. Tak banyak berubah, semakin cantik dan ayu, tapi suka merempit. Pernah datang ke kelas tambahan dengan menunggang motor. Juga seorang yang konsisten dalam setiap subjek. Student target.

Muhammad Syakirin Sulaiman. Semua gambar adalah gambar tahun 6. Masa darjah 4 beliau di kelas pertama, dan wa pun guru bi untuk kelas pertama itu, tetapi kehadiran beliau kurang terasa dek kerana dibayangi oleh perlajar2 lain yang lebih mendahului. Tetapi sejak dipindahkan ke kelas kedua semasa tahun 6, beliau adalah antara pelajar yang boleh dikatakan menjadi penawar dalam kelas tu. Yelah, dulu dikalangan yang terkedepan, beliau tertinggal, tapi sekarang bila di kelas yang terkebelakang ni, beliau pulak yang mendahului. Awal semester menjadi rakyat biasa, tetapi semester kedua beliau dijadikan oleh wa sebagai ketua kelas kerana ada demonstrasi penukaran ketua oleh ahli2 lain. Sejak beliau di kelas 6G barulah beliau mula mendampingi wa. Mudah tersenyum dan selalu jugak beliau bersms dengan wa. Tak pernah merah dan calon target lulus wa. Wa target beliau B (dan harap2 beliau A macam Amirul).

Kalau dikira, budak ni adalah anak sedara kepada Siti Fatimah yang di atas tadi. Mak dan anak sedara satu kelas kerana mak dan anak masing2 beranak pada tahun yang sama la kan..hahaha... Aidil Lukman nama diberi. Seorang yang blur2 dan kadang2 dijadikan simbol untuk buat lawak dalam kelas. Tahun 4 (pegang huruf U) Tahun 5 gambar bawah. Tak banyak sangat kan perubahan beliau. Sorry la Man, sir tak berapa nak target kamu sebab tak pernah lepas pun BI nih.. Tapi harap2 ada keajaiban la yer... 

Nurhafizah Mohamad Zuki. Wa selalu panggil ewok (dari star wars). Sian lak jadi bahan. Tak pendiam sangat tapi antara yang terkacip dengan wa, tapi tak tau la dia kacip dengan wa then sebenarnya belakang wa kutuk bukan main, who knows kan? Tahun 4 (kiri atas dan bawah) dengan sekarang sangat jauh berbeza kebulatannya kan??? Student target wa....

Nurul Aqilah Mat Jaini. Wajahnya persis cina tapi bila dengar bercakap, konfem dah tak rasa cam cina. Masa tahun 4 lagi dia adalah antara pelajar yang selalu mendahului. Dan Trial bru2 ni pun dia dapat B untuk subjek wa. Alhamdulillah syukur. Walaupun selalu kena marah dengan wa sebab2 tindakan yang tak masuk akal tu, wa tau dan wa harap beliau berjaya suatu hari nanti. Calon lulus dan harap2 cemerlang.

Batch ke3 warisan Pak Hitam. Masa 2010 wa adalah cikgu kepada abang dia si Safiq, dan kemudian untuk 2011 plak, wa ngajar abang dia jugak si Ashraf. Kali ni Faiz Hakimi b Hitam adalah waris Pak Hitam yang ke 3 wa berdepan. Beliau mempunyai adik beradik seramai 13 (rasanya, tak pun 14 kot, wa lupa) orang. Dan menanti masih ada 3 di sekebun (Tahun 4, 2 dan Pra) huhuhu.... Berat sikit la nak target, tapi kerajinan beliau menghadiri kelas tambahan wa, mengharapkan ada sesuatu la untuk beliau nanti. Hopefully

Nama glamer Umbrella. Wa pun terkadang tersasul memanggil beliau dengan gelaran itu. Padahal itu adalah panggilan dari kawan2 lain yang menggelarkan dia payung. Nama sebenar Intan Suryani Bakri. Sebab tu dipanggil Intan Payung. Pernah menjadi tempat wa melepaskan kebengangan dan pernah gak la wa tengking2 beliau, hasilnya beliau adalah satu2nya student perempuan yang paling rapat dengan wa (walaupun tidak serapat seperti batch tahun lepas). Pesaing terdekat Aqilah dan Ummi, maksud wa diorang selalu bersaing siapa yang lebih tinggi dari segi pemarkahan. Memang target A wa tahun ni si Intan nih.

Apa wa nak cakap pasal dia nih eh? Hurm... Wa bagitau nama je lah. Nur Idayu Mat Harun. Ok, bye... Sebab banyak sangat tak datang sekolah, tak pernah bercakap dengan wa, sampai wa tak berapa kenal dengan beliau. Mujurlah beliau hadir hari peperiksaan...

Budak senyum sampai ke telinga ni nama dia adalah Abdul Hadi Josli. Umor dah 12 tapi perangai macam darjah 1. Tapi dengan perangai keanak2an itu la yang kadang2 menjadi punca ketawa dan bahan lawak dalam kelas. Last exam beliau lulus... Hopefully lulus jugak la yang sebenar nanti.
Farisha Farhani Fazli, mula menjejakkan kaki ke SKBN pada tahun lepas semasa wa guru kelas tahun 5. Wajah manis kategori glamer jugak la dulu. Tapi disebabkan beliau tidak melayan sangat mana2 jantan yang menterai beliau, akhirnya beliau seolah2 hilang macam tu je. Wa salute jugak la budak ni, tak salahguna kelebihan yang ada. Calon lulus wa jugak. 


Muhammad Firas Zahari, bermata kecik dan mudah kecik ati. Masa darjah 4 dulu beliau pernah mengadu pada maknya yang wa akan pindah sekolah (masa tu wa sebar rumors yang wa akan pergi sbb konon2 wa ni guru praktikal je). Tak semena2 si ibu beliau (tukang sapu sekolah) bertemu dengan wa tanya hal yang sebenar. Bila wa tanya kenapa, si ibu menjawab Si Firas dah suka kat wa. Masa tu wa ingat Firas nak dijadikan WKH wa sebab bila wa tau beliau sudah kehilangan ayah tersayang, langsung wa panggil beliau adik wa (dulu la..) Tapi sekarang ni pun wa masih rapat dengan si Firas ni. Masa tahun 4 kurus je, sekarang dah berisi sikit sejak lepas bersunat. Calon lulus wa jugak...

Budak super nakhorom ni namanya adalah Hafizudin Abdul Wahab. Tak jahat tapi nakal. Dah banyak sangat benda yang beliau buat wa sakit kepala.... Tapi wa maintain je marah beliau. Bila dah acap kali sangat kena basuh dengan wa, sampai dah tak takut langsung dengan wa. Apa nak jadi, jadi lah. Kalau lulus pun sebab nasib, wa target jugak la sebab dia antara budak yang cuba nak jawab walaupun salah dalam kelas. Takdelah seperti orang lain yang takut nak jawab sebab takut salah apabila wa tanya satu2 perkataan tuh...

Farah Farida nama diberi. Kecik comel. Mula2 masa tahun 4 beliau di kelas 4F, tapi entah macam mana boleh tersasar ke kelas wa pun wa tak tau la... Boleh dikatakan antara student wa yang menjadi penawar semasa wa mengajar, jarang bercakap, pendiam dan banyak tersenyum dari berkata-kata. Student target lulus wa jugak.
Tak banyak berlaku perubahan pada budak ni. Dari tahun 4 memang dah kiut dan comel semacam. Adakalanya nakhorom, adakalanya jurus semacam. Walaupun bersaiz lebih kurang je macam wa, tapi beliau sangat menghormati wa. Memang la tak pernah nak lulus subjek wa, tapi sekurang2nya beliau pernah cuba untuk mencari setitis ilmu bersama wa. Che Wan Muhammad Zuhairi CW Yahya nama diberi. Tak banyak sangat perubahan yang berlaku sepanjang 3 tahun wa kenali. Harapan wa, moga ada keajaiban pada tahun ini.

Muhammad Azrie bin Azman, berbadan kurus kering bermata kuyu. Seorang yang suka khayal dalam dunia sendiri dan dunia orang lain jugak. Panggilan glamer adalah 'durian'. Mungkin kerana fizikal rambutnya yang berduri. Seorang anak yatim dan kini dibesarkan sendirian oleh ibunya. Azrie atau durian memang tidak banyak berubah sejak beliau di tahun 4 lagi. Cuma penguasaan bahasanya semakin meningkat dan rajin dalam menghadiri kelas2 tambahan. Wa harap ada keajaiban tapi tidaklah setinggi gunung everest nuuu.

Budak yang comel dan kiut ni diberi nama Muhammad Al-Hafizzuddin bin Mohd Nor. Kehadiran beliau tidaklah terasa sangat pada masa beliau di tahun 4 dahulu sehinggalah beliau maju dalam subjek matematik. Kebanyakan cikgu2 akan bertanyakan perihal beliau kerana kebolehannya dalam subjek lain memungkinkan untuk menjadikan beliau salah seorang lagi calon lulus semua subjek. Budak ni sangat unik kerana mempunyai kelebihan seperti Nabil Raja Lawak. Dan wa pernah cuba menjadikan beliau sebagai calon W...H wa tapi ternyata beliau tidak merestuinya. Hahahaha... orang tak sudi apa boleh wa buat kan? Adalah kawan baik kepada Hafizudin Abd Wahab dan Zulhilmi. Kemana pergi mesti bersama. Antara pelajar yang pertama menunjukkan kematangan dalam bermain awek apabila beliau mula digandingkan dengan seseorang yang akhirnya wa tengok tak kemana2 pun. Setelah puas menasihati beliau, beliau berusaha dulu dalam pelajaran.
Muhammad Arif Azizi bin Mohd Aziz. Memiliki kembar seiras yang bernama Arif Azizan cuma si Azizan bukan dari kelas wa. Dikurniakan oleh Allah dengan bakat dalam menghafaz Al Quran dan juga mempunyai tone suara yang agak gemersik jugalah bunyinya seperti juga si kembar beliau si Azizan. Masa tahun 4 beliau bukanlah dari kelas G, tapi masa tahun 5 baru menyertai kelas 5G kerana wa sendiri pun tak tau pasal apa. Tapi beliau antara student wa yang banyak membantu menjadikan ahli kelas wa yang lulus jugak lah adanya.

Muhammad Asyraf bin Aziz. Dikenali kerana dengan sikapnya yang suka mengadu. Sikit2 mengadu. Penggal pertama wa lantik beliau sebagai ketua kelas, tapi entah kenapa ada bangkangan dari ahli majlis yang lain untuk menukarkan beliau dari menjadi ketua. Bagi wa si Asyraf tidak ada masalah pun semasa menjadi ketua, tapi mungkin sikapnya ada yang tidak disenangi oleh rakan sebaya. Tak banyak berlaku perubahan dari segi watak, cuma masa tahun 4 dan 5 dahulu beliau kelihatan lebih kurus berbanding sekarang. Tak pernah lulus subjek wa, tapi mana lah tau kan kot2 hatinya terbuka untuk sorang lagi calon lulus tahun ni.

Muhammad Afiq bin Salleh. Dugaan yang paling besar dilaluinya adalah apabila beliau kehilangan ayah tersayang pada tahun lepas semasa beliau masih lagi di tahun 5. Mujurlah beliau mempunyai abang dan kakak yang ramai untuk menjadi penjaga beliau. Wa pun pernah juga melawat keluarga beliau dan wa tak sampai hati untuk meneruskan marah wa kalau beliau melakukan sesuatu yang salah bila teringatkan siapa beliau dalam keluarga. Seorang yang dikurniakan Allah dengan bakat yang lain agaknya kerana beliau selalu mendapat no 2 dari belakang dalam kelas wa. Mungkin beliau ada rezeki di jalan yang lain, manalah tahu. Rajin hadir kelas2 tambahan tapi tak berapa nak rajin dalam menyiapkan kerja sekolah. Alasannya adalah tidak tahu membaca. Memang wa tau dia tak pandai membaca..nak buat macam mana....

Nor Afiza Abd Karim. Pendiam dan pasif. Wa tak banyak berinteraksi dengan beliau. Tapi ada kalanya wa menjadi geram lalu wa akan mengeluarkan kata2 yang mungkin mengguriskan hati beliau padahal wa tau beliau sedang cuba menimba ilmu. Banyak kali wa akan meminta maaf semula dengan kata2 wa sekiranya terguris. Tak banyak sangat perubahan yang ketara sejak beliau di tahun 4, cuma beliau semakin matang dan wa harap beliau berjaya di mana jua nanti (walaupun sentiasa merah dalam subjek wa)...

Wan Nur Athirah Wan Amalutdin.  Entah kenapa kelas wa tahun ni ditakdirkan ramai yang pendiam. Termasuklah si Athirah ini. Seorang yang cepat terasa dan juga mudah mengalirkan air mata. Tapi senyuman beliau adalah yang paling manis pernah wa lihat. Jarang berinteraksi dengan wa tapi pernah sekali dua mendapat markah lebih dari yang wa harapkan. Mungkin agak comot semasa di tahun 4 dan lebih berseri ketika berusia 12 tahun ni. Wa harap beliau pun adalah calon lulus wa.

Che Ku Nor Ainsyah Che Ku Mazlan. Dulu wa ingat beliau pasif, dan pendiam.Memang dulu adalah pendiam. Tapi kini makin banyak berinteraksi dengan wa. Selalu menghadiahkan wa Mamee semasa kelas malam. Mula2 wa sangka beliau ada kedai runcit, tapi bila ditanya, beli katanya. Akhir2 ni beliau banyak kelihatan bergaduh manja dengan WKH wa. Ada orang mengatakan mereka ada ehem-ehem tapi ada gak orang yang menafikannya. Tak per la, bila wa tengok diorang bergaduh2 manja, sweeet sangat. Heheheh... Agak comot masa tahun 4 dan lebih 'ustazah' semasa akhir tahun 6 ni. Tak pernah lepas subjek wa tapi wa doakan yang terbaik untuk beliau.

Di mana ye wa mahu mula pasal budak yang last ni. Wa rasa macam tak sanggup nak describe pasal dia. Sebab wa masih nak mengenali dia, wa tak mahu hubungan wa habis setakat di sini. Apa yang wa boleh katakan beliau adalah seperti citer "The Ugly Duckling" atau citer Ulat Beluncas Yang Hodoh atau apa jua yang wa boleh personafikasikan bersama. Kerana apa? Ye... sebab dulu dia tidak se'charming' sekarang. Teramatlah comot dan buruk beliau pada dahulu kala. Tapi hati wa tak pernah salah menilik. Semasa di tahun 4 lagi wa pernah terfikir dia akan menjadi anak kesayangan wa suatu hari nanti, cuma wa tidak terlalu berharap sangat kerana pada masa tu beliau tidak lah rapat mana dengan wa. Cuma ada signal sikit2 je. Kanan atas tu masa tahun 4, comot giler.. tengah plak tahun lima, tembam giler. Lastly jadilah seperti sekarang. 

Dulu semasa Amirul wa takhtakan sebagai WKH, itupun selepas trial beliau meningkat secara mendadak. Awal2 kan wa tak sebulu dengan Amirul, malah wa letak perasaan benci dengan sikap beliau yang berlagak itu. Tapi itulah ironinya. Yang benci menjadi sayang, hahaha.. Eh, wa tak pernah sebut nama beliau lagi kan. Namanya adalah Tengku Hafizam b Tengku Arif, ye keturunan Tengku. Dah banyak wa selitkan pasal beliau yang dulu rapat sebab beliau adalah ketua kelas. Kini salah seorang pengawas sekolah. Suka duka bersama dah banyak dikongsikan. Dari segi akademik... dulu memang teruk. Tak pernah nak lepas. Tapi bila guru2 sekeliling mula bertanya akan prestasi beliau, dan pernah dalam mesyuarat guru pun ada ditanya, apakah itu bakal seperti Amirul yang mendapat A dalam subjek wa, wa mula menukar strategi. Serius wa baik dengan dia sebab dia datang pada wa, bukan seperti kes Amirul yang wa nampak hala tuju. Dia datang dan wa pun cuba untuk menolong dia. Malah satu sekolah tahu akan keakraban wa dengan budak nih. Jadi strategi wa adalah tekankan dia dalam kertas dua especially membina ayat. Sejak tu wa mula nampak kesungguhan beliau lebih2 wa selalu membandingkan beliau dengan Amirul (wa tahu takde siapa pun yang suka diri diperbandingkan). Tujuan wa hanyalah satu, beliau berusaha menjadi seperti Amirul. Wa mendapat restu dari ibubapa beliau untuk lebih rapat, dan akhir sekali wa lihat ada peningkatan. Wa tau wa tak mampu nak jadikan dia A dalam BI tahun ni (kalau dapat alhamdulillah). Tapi sekurang2nya B sudah ada dalam tangan. Penggal kedua beliau mula lulus subjek wa dan paling tinggi dapat 54% iaitu gred C. 

Sejak akhir2 ini Hafizam mula mencuri tumpuan pelajar2 perempuan. Ha, itulah, dulu semasa beliau comot, xde sorang pun nak tackle dia, bila wa dah grooming beliau, baru terhegeh2 tergedik2 nak amik hati dia. Apa yang wa tahu, dia sayang wa, dan wa sayang dia. Malah bini wa pun sayang dia. Hek.

Jadi itulah serba sedikit pasal calon2 dari kelas wa tahun ni. Hampir 3 tahun mengenali dan 3 tahun ini jugaklah pengalaman baru dalam bidang perguruan ini wa mampu kongsikan. Mungkin ini adalah batch yang paling meninggalkan kenangan manis kepada wa kerana inilah batch pertama wa yang wa gilap sejak di tahun 4 lagi. Wa harap semuanya berjaya.....

Tuesday, September 18, 2012

Pasca UPSR 2012

Sejak dua menjak ini, makin kerap ku diganggu visi,
Bila celik uga jbila mimpi
Aku nampak kau tapi bukan aku yang disisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semua kau iakan
Sentuhan jari kau diam dan kau biarkan
Aku redha walau tidak kudamba
Walau hampa semuanya dah dijangka.....

Semakin malas wa nak mencoret sebarang sesuatu dalam rayap wa nih. UPSR just ended. Tapi wa masih dibebani dengan tugasan yang bertimbun. Kertas periksa masih belum bersemak. Untuk tahun 5 la... Macam last year jugak, lepas je UPSR wa tangguh2 check kertas exam 5G (yang mana adalah 6G sekarang). Wa kadang2 terpaksa korbankan diorang hanya kerana untuk memuaskan pihak2 lain yang tertentu. 

Okey, tahun ni kalau kira wa telah menginjak ke satu langkah lagi di mana wa mengikuti kursus KSSR tahun 3 pada pertengahan tahun yang wa sendiri dah lupa bila. Bukan kursus untuk mengajar, tapi untuk menjadi JU dan memberi kursus pulak kepada guru2 lain yang sah2 mesti lebih senior dari wa. Hurm...benci betul dengan tugasan tahun ni. Then yesterday (Ahad) wa dah kena mesyuarat untuk penetapan tarikh nak wat kursus. Pergh... dah la kena handle whole district (KTU dan KTS) lebih kurang 80 buah sekolah gak tuh. Wa pun bukannya native speaker.. mesti wa bagi kursus dalam bahasa melayu jer nanti.

Pergi mesyuarat pun wa jumpa balik dengan kakak2 wa yang ada jugak nak jadikkan wa sebagai menantu. Bila jumpa wa semula, langsung diberitahu yang anak beliau kini sudah masuk UMT. Apekehelnya. Masa wa single bukan main lagi sorok2 anak beliau. Sekarang ni beliau tak tau wa dah nikah, then main2 lagi nak pasang2kan wa dengan anak gadis beliau. Huhuhu... Yang tak tahan ada sorang lagi yang wa panggil kakak jugak siap tanya "nak jauh ke nak yang dekat? anak akak sorang duk Malaysia, sorang lagi kat Melbourne.." Motif??? Nak suh wa jadi menantu dia atau nak bagitau anak dia duk obersi??? Huh... siap tunjuk2 gambar anak2 beliau dalam smartfonnya itu pun. Wa cakap wa dah kawin tapi dia macam buat tak dengar. Okey la wa ok je...

Yang kehairanannya pun, ada jugak kakak2 yang baru kenal masa gi mesyuarat tu guess wa nih masih solo dan lone ranger. Hahahaha....wa rasa bangga lak.. 

Banyak jugak wa tangguh entry lain2. Banyak benda wa tak coret. Tapi wa cuba la apa yang wa mampu.

Monday, September 10, 2012

Selamat Menghadapi UPSR 6 Al Ghazali 2012


2009 yang lalu wa adalah seorang guru pelatih yang masih memerlukan latihan dalam skill2 mengajar kanak2 sekolah rendah. Masa tu wa menjalani latihan praktikum di SK St Michael 1 Ipoh Perak. Kalau kira ini lah sekolah pertama permulaan wa sebagai seorang pendidik. Di sana wa diberi tugas mengajar tahun 3. Masih dalam ingatan wajah2 Akim, Shaun, Keith dan semua2. Then wa akan dipostingkan pada tahun 2010. Tanggapan wa, dimana sahaja wa dicampakkan, wa mesti paling busuk akan diberi tahun 5. Dan paling extreme kalau wa diberi tahun 1. Tak mungkin wa menjadi guru tahun 6, kerana masa wa kat Ipoh pun pandangan wa terhadap pelajar tahun 6 ni macam terlalu extreme bagi wa.

Wa mula menjejakkan kaki ke SEKEBUN pada 4 Januari 2010. Sesaat wa sampai ke sana, wa memang tak diperkenalkan lagi kepada mereka. Yang wa tau wa follow Tecer Maria ke kelas2 yang beliau ajar pada tahun tersebut. Antaranya 4F 6G dan 3F. Tapi pada hari pertama wa ke sana, beliau tiada kelas 4G walaupun beliau juga mengajar 4G. Kemudian wa diberi kelas tahun 1 dan 2. Hanya 2 kelas sahaja. Super heaven bangat. Dan sungguh wa tak pernah mengenali murid2 kelas 4G.

Seminggu wa jadi guru tahap 1, tiba2 Tecer Maria cuti bersalin. Dan secara drastiknya wa kena tukar rentak dari tahap 1 ke tahap 2 apabila wa kena ambik semua kelas Tecer Maria. Pergh... Tiba2 wa kena ngajar tahun 6. Sungguh super siak wa pun tak tau nak ajar camne. Mula2 konon2 wa amik sementara Tecer Maria cuti, tapi, cuuuutiiilah sangat!! Rupa2nya cuti untuk selama2nya apabila beliau bertukar sekolah.

4G kali pertama wa menjejakkan kaki ke kelas diorang, wa rasa cam nak nangis... Ya Allah, nakhoromnya diorang. Dengan peralihan dari tahap 1 ke tahap 2. Kendian kelas G dikenali dengan sikap super siaknye. Dan juga level yang tersangat extreme lah lower nya pun adoi ter ber mer.....


Wajah2 inilah yang pernah suatu masa dahulu tidak ada seorang pun yang menjadi wajah kesayangan hamba wa. Mungkin kerana wa kerap bersama-sama dengan tahun 6 dan menjadikan wa guru yang kurang akrab dengan mereka. Tapi mereka tidak pernah lupakan wa, baju biru yang wa pakai itu adalah hadiah hari guru dari hasil kutipan dikalangan mereka sendiri. Hadiah yang paling bererti buat wa tahun itu. Dan juga mungkin kerana WKH wa tahun itu adalah Hisham, maka mereka seolah2 dianaktirikan.


Mereka membesar dan berubah betul2 di hadapan wa. Dengan mata wa sendiri wa lihat perubahan mereka. Tahun 5 2011 wa diberi tugas menjadi guru kelas buat julung2 kalinya. Dan kelas 5G bertemu dengan wa buat kali ke 2. Tapi wa juga masih mengajar tahun 6 jugak. Asam garam pahit manis sebagai seorang guru kelas dikongsi bersama dengan mereka. Tapi betullah, walaupun wa guru kelas mereka, disebabkan wa lebih banyak meluangkan masa dengan tahun 6, maka mereka masih dipinggirkan oleh wa dengan secara serius. Dibayangi pula oleh WKH wa tahun itu si Amirul, lagi lah wa tak ambil berat dengan diorang. Cuma wa risau kerana 2 tahun bersama wa, mereka semua masih di aras yang sama. Blur2 dan macam tak pernah belajar apa2 pun.
Kemenangan kelas terceria 2011

Ni masa tahun 2010 

Sambutan hari raya tahun 2011 

Kini........
2012 menjelma jua. Wa tahu saatnya semakin hampir, dan wa masih berani mengambil risiko mengajar mereka lagi. Tapi kali ini wa juga menjadi guru kelas mereka. Ini bermakna, dua tahun berturut2 wa jadi guru kelas diorang. Dan diorang pulak buat kali ke3 menatap wajah wa, menahan telinga mendengar tuturkata wa, menerima pengajaran wa. Dan wa tahu, bila mereka tahun 6, bermakna akan banyak masa diluangkan bersama. Ketawa bersama, kadang2 menangis bersama. Dan kali ni hati wa betul2 jatuh pada mereka. Wa kenali mereka selama 3 tahun. Dalam masa 3 tahun ini lah wa belajar cara mengajar dan mereka lah sebenarnya bahan experiment wa yang terulung selepas tiga tahun menuntut ilmu dengan wa.

Gambar kelas 6G 2012

Sambutan hari raya 2012

Kelas malam terakhir (akan diceritakan pada n3 akan datang)

Gambar kelas sambutan hari raya 2012. Baju wa sama dengan tahun lepas...


Dan saat wa menulis n3 ni, dalam masa beberapa jam lagi pada tarikh 11 September 2012, mereka semua akan berjuang menghadapi UPSR. Apabila mereka habis nanti, habis jualah pengajaran wa dengan mereka. Saat ini wa mula rasa sesak dengan mengajar tahun 6. Kalau lah boleh, wa taknak lagi mengajar tahun 6 tahun depan, kerana wa pasti akan jatuh sayang dengan mereka, dan sayang ini bermakna mereka akan pergi. Itu yang wa tak nak lalui. Kalau dulu wa ditinggalkan batch tahun lepas, sekurang2nya wa masih ada batch diorang tahun ini. Tapi lepas mereka pergi nanti, wa sudah tidak ada pewaris legasi lagi. Maybe wa akan diturunkan ke tahun 3. Huhuhu... Mereka datang dengan cinta secara banyak, dan secara banyak jugaklah mereka akan pergi. Wa doakan mereka semua peroleh kejayaan yang selayaknya mereka terima. Selamat berjuang anak2ku.... SIR akan rindukan korang semua....

Saturday, September 8, 2012

Pagi Itu Redup

25 Ogos sudah berlalu, wa bangun pagi tetapi dengan perasaan berbolak balik tak pasti apa yang bakal terjadi. Suasana yang redup menjadikan wa sedikit gugup. Serius pagi itu sangat redup, hatta jam menunjukkan ke angka 12 pun masih terasa seperti jam 8 pagi.

Alhamdulillah, segala-galanya selesai. Dengan tenang wa memandu Shiro dengan bertemankan ibu wa yang hanya mendiamkan diri. Kadangkala diiringi dengan sedu yang berpanjangan menjadikan wa sedikit pilu. Mungkin berat untuk melepaskan wa. Tapi hidup wa sudah ditentukan akan menjadi seseorang pada hari ini.





Dengan ini wa sah menjadi seorang suami.....

Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya

Dah masuk raya ke 6 pun hari ni baru reti nak hapdet blog. Hurm... bukan wa tak nak hapdet, wa balik kampung. Kampung wa takdak strimix, apatah lagi berukbennye pun adoi. Seminggu gak la Rayap wa bersawang dengan hapdet yang last pasal Trial Bi 2012. Then raya tahun ni wa tak rasa cam nak raya sangat sebab esok 7 Syawal ada satu big event dalam hidup wa. Tak tau la wa lepas ke tak. Macam nak gi final exam pun ada gak neh. Tapi wa cuba serahkan segala2nya pada yang kat ATAS nu...

Dua tahun pertama menjadi pendidik ni memang wa tak pernah pun dikunjungi oleh mereka2 yang bergelar anak murid. Alhamdulillah tahun ni boleh dikatakan anak2 wa yang pernah mendampingi wa (rapat la) semuanya datang beraya. Dimulai oleh WKH no 1 si Hisham datang dengan geng motosikalnya. Gila nakhorom datang dengan motor tak pakai helmet. Tapi raya pertama kot pasal tu diorang berani. Wa tak sempat nak rakamkan bukti kedatangan diorang. Tapi yang sure Hisham mai ngan Luqman (like always) dan jugak ada la 4 orang lagi member diaorang yang wa rasa tak yah la nak disebut. Hahahaha...

Selang setengah jam diorang blah (makan nasik pun tak sempat) masa tu dah Zohor kot, wa berkira2 untuk melelapkan mata (padahal Zohor pun tak setel lagi neh), kedengaran mak wa panggil cakap ada anak murid lagi yang datang. Waaaa sapekah... mula2 wa tgk cam tak nak caya pun ada. Macam mirul kata wa dalam ati la... Sekali betul si Mirul yang datang. Erk... ingat dah sombong jumpa wa tepi jalan pun tak pandang sebelum ni.

Mirul cakap leh sesat cari rumah mak wa padahal tahun lepas banyak kali gak beliau datang. Sekali wa tanya abis tu camne jumpa? Dia jawab, cam kete wa si Shiro. Pergh... mana tau Shiro neh? Beliau jawab tau melalui redup. Pergh... masih singgah ke sini kah? Maknanya wa kutuk2 kata2 each other tu dia tau la?

Bulan baik ni layan je la. Rindu gak la budak ni tapi dia dah besar pun.. Harap jadi manusia berguna sudah la..

SI Amirul hari ini.

Raya ke 2, 3 ,4 semuanya di monopoli oleh sedara mara wa yang buat open house. Benci betul la bila dah kena gi open house, sah2 kena harung jem yang superteruk nakhorom cisdelkek... Hari ke 5 Khamis, buat julung kalinya Shiro berjaya merilekskan dirinya pun adoi pada pagi2 tu kerana wa tak kemana2. 

Masuk petang memang takde sape datang tiba2 phone wa menjerit. Nah, 3 orang lagi anak murid wa yang datang bersama WKH tahun ni. Huhuhuhu... Leh dikatakan 3-3 WKH  + 1 (Lukman sorang lagi) datang raya rumah wa...
Budak2 pondok yang kiri dan kanan tuh. Dari kiri Fidaiy (ting 1) WKH (tak tau nama apa ke? Lantak korang la) dan Saufi (ting 1 gak)


Nama nya adalah .............. hahahah....

Friday, August 17, 2012

Trial BI kelas wa

Dah 2 minggu sudah trial UPSR berlalu. Pagi yang sungguh indah itu mengundang kenakhoroman yang tinggi pada bebudak kelas wa kerana time paper English Kertas 2, wa yang invigilate diorang. Memang bila wa yang jadi pengawas, wa akan strict, hatta budak nak pinjam pemadam pun wa tembak sesuka hati wa je. 

Kenapa wa yang buat2 bad mood pagi tu? Sebab last Pre-Trial UPSR sebelum pose, ramai yang meniru semasa menjawab kertas 2. Tu yang wa tak nak pisang berbuah dua kalinya pun adoi ter ber mer... Jadi memang tidak ada aktiviti peniruan berlaku sepanjang wa sebagai invigilator pada pagi yang sunyi itu.

NAH... Kesannya memang anak2 murid wa terbaekkk. Dulu yang lulus hanyalah 12 orang jer yang lulus. Sekarang cuba la bilang sendiri yang kaler merah. Dari 26 orang, 8 orang je kaler merah... Memang super gembira betul masa wa key-in markah. Hari yang supernakhorom menjadi hari yang flying colours. Memang la xde yang A, tapi kelas no 2 what can u expect kan? 

Yang penting WKH wa ada sedikit peningkatan. Wa harap beliau boleh kekal maintain la dalam kedudukan beliau sekarang.

Percubaan BI 2012 6G
Bil Nama Murid % Gred
1 ABDUL HADI BIN JOSLI 48.75 C
2 AHMAD FAIZ HAKIMI BIN HITAM 35 D
3 CW MUHAMMAD ZUHAIRI BIN CW YAHYA 45 C
4 MUHAMMAD AFIQ BIN SALLEH 16.25 E
5 MUHAMMAD AIDIL LUQMAN BIN KAMAROL ZAMAN 26.25 D
6 MUHAMMAD AL-HAFIZZUDDIN BIN MOHAMAD NOOR 40 C
7 MUHAMMAD ARIF AZIZI BIN MOHD AZIZ 47.5 C
8 MUHAMMAD ASHRAF BIN AZIZ 36.25 D
9 MUHAMMAD AZRIE BIN AZMAN 43.75 C
10 MUHAMMAD FIRAS BIN ZAHARI 41.25 C
11 MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ABD WAHAB 43.75 C
12 MUHAMMAD SYAKIRIN BIN SULAIMAN 52.5 C
13 MUHAMMAD ZULHILMI BIN MEZAH 37.5 D
14 TENGKU HAFIZAM BIN TENGKU ARIF 50 C
15 AINUR ASYIKIN BT AHMAD NAZRI 47.5 C
16 CK NOR AINSYAH BT CK MAZLAN 31.25 D
17 FARAH FARIDA BT AHMAD 46.25 C
18 FARISHA FARHANI BT FAZLI 51.25 C
19 INTAN SURYANI BT BAKRI 55 C
20 NOR AFIZA  BT ABD KARIM 28.75 D
21 NOR IDAYU BT MAT HARUN 13.75 E
22 NURHAFIZAH BT MOHAMAD ZUKI 52.5 C
23 NURUL AQILAH BT MAT JAINI 60 B
24 SITI FATIMAH BT KARI 41.25 C
25 UMMI HAFIZAH BT DERAMAN 50 C
26 WAN NUR ATHIRAH BT. AMALUTDIN 40 C

Thursday, August 16, 2012

WKH Evolved!!!


Ni adalah perubahan dari caterpie kepada metapod dan akhirnya menjadi Butterfree. Ye...pokemon, mengalami per'evolve'an dan begitu juga dengan WKH wa. Huhuhu, dari dulu wa hanya menggunakan istilah WKH tapi wa tak pernah sebut pun nama beliau. Wa kenal budak ni dari dia darjah 4. Tak pernah terfikir pun WKH title tu akan diserahkan kepada budak ni sebab memang masa dia darjah 4 tak rapat pun. 

Sejarah istilah WKH.

WKH pernah digunakan oleh akak KAPAL. Beliau la yang mencipta term ni. Kemudian wa sewenang2nya mengambil term itu dan menggunakannya pun adoi ter ber dengan sewenang2nye jugak. Akak jangan mare yer....


WKH masa darjah 4... Tahun 2010 tahun pertama wa menjejakkan kaki ke SeKeBuN. Antara kelas yang wa surrender nak ngajar. Pergh... perangai xdelah nakhorom sangat, tapi samada wa tak reti ngajar lagi atau memang sebab kelas belakang buat stress nak ngajar diorang. Selalu yang lulus pun 2-4 orang je. Huhuhu... WKH masa ni xde la kacis sangat dengan wa pun. Comot lagi nye pun adoi.

Tahun 5 2011.. Wa guru kelas beliau. Wa lantik beliau sebagai ketua kelas. Tapi tahun ni wa jugak mengajar  tahun 6. Walaupun wa guru kelas tahun 5, wa lebih rapat dengan tahun 6. Lebih2 lagi adanya si Amirul time ni telah mengover shadow si beliau. Dia dah stat rapat dengan wa sebab title beliau sebagai ketua kelas. Pastu time si Amirul buat hal pun beliau dah stat ada kat sisi wa. Tapi tak nah terlintas nak menjadikan beliau WKH pun... Heh

2012, tahun ni la. Memang ramai tak tau yang wa penyebab beliau menjadi pengawas tahun ni. Padahal wa hanya mencalonkan beliau je. Tapi since Kak Mi rapat dengan wa, dia setuju je. Sejak beliau menjadi pengawas ni, penampilan dah banyak berubah. Tak comot lagi, kemas sentiasa. Tu yang ramai awek tu. Hahahah...... Dan yang paling best... beliau x kisah dengan gelaran WKH tu. Ok bye