Tuesday, October 18, 2011

Redup Yang Terakhir

Aku ditanya oleh seorang kawan aku melalui FB, katanya aku banyak cerita pasal Amirul. Pastu aku jugak maklumkan dalam blog yang blog ni dibaca oleh student2 aku dari Sekebun. Pastu soalan beliau, Amirul sendiri baca ke tak pasal perkara2 yang aku tulis esp pasal "Susahnya menjadi juri, demi Amirul, dan sebagainya lagi. Apa perasaan budak tu kalau dia baca aku menceritakan perihal dia dalam rayap aku nih.

Bagi aku si WKH tak baca blog aku nih. Aku sure sangat2. Kalau aku pergi kat diorang, aku perasan budak2 pompuan je yang duk baca, lain2 esp laki2 maintain main game, fesbuk dan seumpamanya lagi.

Sebab2 aku kata Amirul tak baca

1. Takde beza pun dia dahulu dengan dia selepas n3 akhir2 ni ditulis. Mean kalau dulu dia macam deek je, sekarang pun macam deek jugak, buat muka seposen.

2. Dia takde pun nak datang kat aku kalau aku tak panggil, bukan seperti setengah2 budak yang suka tegur aku dari jauh. Dia tetap maintain tak bagi salam kat aku dan tetap maintain macho seolah2 dia tak pernah buat salah.

3. Dia still budak2 yang tak reti nak ambik hati cikgu2 esp aku. Aku bukan nak suruh dia amik ati pun just tunjuk la sikit yang dia dah reti nak hormatkan cikgu2 lain esp aku.

4. Kalau dia tau aku tulis kata2 harapan aku yang terakhir tu, pasti dia janji datang kat aku cakap 'Insyaallah'.

5. Dia tak reti2 nak bagi salam kalau jumpa aku.

6. Dia tak rasa malu pun kat aku sebab n3 akhir2 macam banyak perihal dia.

7. Dia tau dia akan pergi jugak nanti. So buat apa nak baik2 dengan cikgu kalau dah tau akan pergi kan???

Tengah aku duk membelek2 blog aku nih, barulah aku terperasankan sesuatu. Amirul pernah muncul di dalam Rayap pada 2010. Dan untuk ke n3 tersebut sila Klik sini .



N3 ini aku telah notice gambar dia as WKH, tak sangka betul2 jadi WKH aku lak tahun nih.
Awal-awal tahun rupa2nya wajahnya pernah aku jadikan tajuk sebagai WKH. Heheh.. Dulu aku suka dengan tenderness beliau. Tapi tahun lepas aku tak ngajar beliau, jadi tiada alasan untuk aku merapati beliau.  Hah, maybe korang dah boring kan pasal WKH je aku asyik stori. 

Last week aku ada mengutarakan pasal keinginan aku untuk mencari rumah sewa dan duduk sendiri berdikari dari terus menyusahkan mak aku sekarang. Ramai yang setuju aku stat kehidupan sendiri lebih2 lagi aku akan mendirikan masjid tahun depan (Insyaallah). Lepas tu sorang ustazah nasihatkan aku supaya sekarang la time yang paling sesuai untuk aku memulakan kehidupan sendiri. Meaning aku keluar dari rumah mak aku sementara aku dengan mak aku tidak ada pergeseran. Sementara masih sayang dan masih ok ni la aku patut cuba membawa diri. Maksudnya bukan sampai saat mak aku dah tak suka aku menyusahkan dia baru aku terhegeh2 nak stat kehidupan sendiri.

Bersangkut paut dengan situasi di atas dengan kes aku dan WKH. Sama jugak, sekarang ni aku dan dia tengah ok, jadi aku terpaksa cuba lepaskan dia pergi perlahan2. Aku tak nak perkara seperti WKH tahun lepas. Maybe aku malas nak cerita. Dengan Amirul aku janji aku akan kontek dia lagi tahun depan as long as dia kontek aku.

Dah...malas nak pikir lagi. 

Monday, October 17, 2011

Mana Mak


Bukan style aku sebenarnya mengcopy and paste dalam blog sendiri. Cerita ni might be dah bersepah2 kat facebook sana. Tapi adalah untuk ingatan aku sendiri. Jadi, cerita ni adalah nukilan orang lain tapi kita sebagai hamba patut mengambil iktibar



Jam 6.30 petang.


Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Sesi Release Tension


Last week punya story lagi.. Motif nak post secara pukal malam nih. Minggu lepas adalah minggu yang berat untuk aku lalui. Seperti sedia maklum aku dibebani dengan tugas2 sepanjang Perkhemahan dan juga dibebani dengan pertanyaan perubahan sikap Kuali aku (stat panggil kuali lah pulak lepas ni, kenapa kuali? Sila klik nama kuali itu). Jadi dengan bebanan yang berat difikirkan, aku harus melepaskannya pergi (lepaskan bebanan la). 3 hari 2 malam perkhemahan, mereka inilah yang menjadi peneman aku (kadang2 peneman buat sakit ati pun ada jugak)

Ini Lukman 
Ini Izzhadi
Satu pepatah cliche yang selalu orang sebut - Jangan suka sangat kat orang yang kita suka, mana tahu akan membenci, jangan benci sangat kat orang yang kita benci, mana tau kot tersuke...

Dua dua eko nih, aku xdelah benci dan xdela suka, tapi mereka datang kat aku sebab mereka lah yang paling banyak kena SLL (esp Izzhadi). Lukman tuh rasanya jarang la kena SLL, just kena BEBEL ada la sekali sekala. Izzhadi memang hebat dalam menyampuk. Kadang2 sampukan dia tuh buat cikgu2 lain sakit ati. Tapi bila cikgu2 lain citer perangai Adi, aku macam tak percaya. Tak pernah pulak dia menyampuk time aku ngajar. Aku ingatkan setiap kali aku SLL ke, BEBEL ke, Adi semakin menjauh (macam Kuali), tapi setakat ni Adi takde plak dia dendam ngan aku.


Lukman? Kebaikannya aku rasa diwarisi dari sikap ayahnya sendiri. Aku kenal ayah dia, aku tak kenal mak dia sebab time aku gi rumah Lukman ni si maknya takde kat rumah. Tahun ni boleh dikatakan aku akrab dengan ramai budak tahun 6 yang lelaki kalau nak dibandingkan dengan calon2 tahun lepas. Tengok la tahun depan macam mana, apakah diorang masih sudi meng kontek aku....




Sesi me'release'kan tension ni sebab aku ada janji dengan depa 2 orang nak belanja makan sebab jadi peneman bercerita aku sepanjang berkhemah. Lepak kat khemah aku, tolong aku, banyak jugak la keja2 yang depa tulon. Masa tuh memang aku nak kalau boleh Kuali pun ada sekali, tapi apakan daya Kuali sedang menyombongkan diri dengan aku. Memang time ni aku tengah duk kaji pasai apa Kuali protes banyak perkara kalau ada kaitan dengan aku..

Lastly... 3-3 aku sayang. Baik Kuali, Lukman atau Izzhadi. Tapi Kuali Hangit sorang dah la (WKH)


P/S : Aku baru je selesai kursus kahwin. Hahahaha

Sunday, October 16, 2011

Waris Kuali Hangit / Hitam / Hangus

Dahulu time aku tengah sedih, bengang, blog la tempat aku bercerita. Dengan harapan blog ni aku dapat luah semua then aku akan rasa release. Dalam aku menaip setiap huruf dan perkataan, aku cukup berhati-hati sebab RYP aku ni adalah open public, aku tak blok, tak buat 'for invited readers only' dan juga tak tau pun sape yang  baca.. kan? Jadi aku banyak mengalirkan rasa karenah hati melalui ketukan keyboard di rayap ini. (Sekali rayap, sekali RYP, sama je lah).

Lately n3 aku mostly pasal WKH, kisah dia memprotes, menjauhi, rebellious, dendam dan sebetulnya aku tak tahu pun punca sebenar protes beliau. Apa yang aku tahu dia memang ada reason dia sendiri, but he still a kid. So what can i expect? Bila aku teringat balik aku sedih jugak, ye lah macam kacang lupakan kulit pulak. Dah banyak berjasa, alih2 buat tak reti je. Salah cakap sikit, mula jauh hati. Bila jauh hati, mula rasa nak lempang je aku kan? Harap aku ni cikgu je dia tak berani nak lempang.

I ve promised to myself to avoid him for a week. But over the past two days I fled, I felt sorry to see him that seemed to expect me to approach him first. Yelah, dia kan kid, xkan dia nak mai kat aku dulu kan? So, i did break my promise, aku tarik dia sebab aku tengok dia macam nak aku tegur dulu. Satu soalan je aku tanya, "Hang nak lari lagi dari aku noooo???" konon2 tanya dalam bahasa Kedah la ni.. Xdak nya aku pi kecek Kedah pun. Dia reply pendek "Tak ndak dahhhhhh". So dipendekkan cerita, aku dan si budak WKH tu dah ok kembali. Tapi kalo dia lari aku xkan kejar. Biaq pi lah.

Ada tapi lagi neh, aku ada jugak habaq kat sorang cikgu neh, aku tak mau lagi dah buat baeek kat WKH, cikgu tu sokong 100%. Bukan apa, si cikgu tu pun ada la sikit2 rasa sakit ati dengan perangai WKH. Tak tau la pasai apa, rasanya aku sorang je yang leh sabar dengan kekurangan ajaq WKH, lain2 semua macam takde perasaan pun. So, since aku dah janji jugak ngan cikgu tu, aku try la untuk berpura2 masih jauh dari beliau (WKH). Sehingga hari Khamis lepas ok lagi.

Tapi hari ni aku tersilap suruh beliau mentolong aku amik barang kat dalam bilik guru lalu la depan cikgu tuh. Kebetulannya.... Sekali cikgu tu tanya "Okeh dah ke ngan Wak Koleh H...?" pada aku yang ada kat belakang. Aku tengok WKH, WKH tengok aku, aku tengok cikgu tu balik kendian senyum... 

Itu cerita pasal ke'ok'an aku dengan budak tuh. Tapi ada satu lagi kes, masa makan (sebelum aku suruh beliau amik barang kat bilik guru) aku panggil beliau. Beliau datang kat aku dan time tu aku tak perasan ada bebudak tahun 6 yang lain sedang ada belakang aku. Aku bagi arahan itu ini pada beliau tapi beliau tersengih2 melihat kelibat2 di belakang aku. Aku soal la kenapa? Dia jawab, budak2 perempuan gelarkan diri dia kuali. Aku pelik, 'Kuali??'

"Warisan Kuali Hitam, Kuali Hangit pun ada gak" jawab beliau selamba.

"Meaning?"

"Dari perkataan WKH"

Aku angguk. Baru aku ingat yang bebudak lain ada merayap di sini (ha..korang yang tengah baca nih, suka2 je kan create maksud baru untuk WKH neh).

"Kamu malu ke?" soal aku semula.

"Tak kisah pun..."

Kuali pun kuali lah.... As long as dia tak lari lagi...


His heart is fragile.... Tapi kadang2 aku pk itu satu lakonan.

Hari Hangin Sedunia


Dah lama aku mentidak merayap di sini. Sejak akhir2 ni jugak n3 aku semakin kurang pic. Lebih banyak tulisan  plak. Lepas tu pulak, kerajinan mentulis di sini pula hanya jika aku ada mood. Kadang2 mood ok pun rasa malas nak mentulis. Pendek kata (panjang tak kata apa-apa) kalau ada cerita baru la aku mentulis. 

Back to the title, memang hari Khamis lepas adalah hari aku hangin sedunia. Bukan kerana aku 'masa tu' sebab aku kan jantan, bukan kerana WKH, (oh, update terbaru pasal WKH? Takder lagi), bukan juga pasal WQH (ini Qeqasih Hati), tapi kerana bebudak yang declair sebagai anak murid aku. Khamis lepas tempat aku kerja telah mengadakan majlis 'khatam Al-Quran'. So lepas waktu rehat sampai balik memang tiada jadual untuk memasuki kelas. Pagi je ada kelas sebelum rehat. Ha, nak jadi cerita pagi kelas macam biasa, aku dengan langkah yang anggun dan kacak (sebab hari tu pakai baju melayu) menuju ke kelas kesayangan aku - 5 Al-Ghazali (bakal 6G tahun depan...huhu). Baru sampai kat tangga (kelas 5G betul2 depan tangga tingkat 3) aku dengar sorakan dan laungan suara yang akan menimbulkan soalan 'eh takde cikgu ke kat dalam kelas ni?' oleh cikgu kelas sebelah. 

Sebaik aku muncul, bergegas bebudak2 yang terang2nya adalah jantan berlari2an ke meja masing-masing. Aku lihat ada sebiji bola kertas di depan kelas. Oooo main bola yek???

Di pendekkan cerita, 4 orang budak yang telah ditahan. Nak aku senaraikan satu-satu memang hangin jugak. Takpelah, walaupun aku kawal lagi amarah aku, tangan dah naik dah selepuk untuk setiap orang. Lepas tu hangin aku bertambah apabila ada pulak 5 budak yang tiada dalam kelas sebab menziarahi kelas lain tanpa sebab. 

Dipendekkan lagi cekikrama aku nih, aku rupa-rupanya berpostensi membebel sejam tanpa henti hanya kerana 9 orang budak ini. Satu pencapaian yang tak perlu dibanggakan. Diorang lagi serunak sebab nggak perlu belajar BI pada hari tersebut (sebab aku dah membebel sampai abis masa).

Next, baru ada kaitan dengan Majlis Khatam (bukan khatan!!). Sepanjang majlis berkhatam pulak, semua murid berkumpul di dalam kantin. Aku pulak dengan sengaja meronda2 kawasan sekolah (selain malas nak duk kantin). Jumpa lagi 3 ekor budak yang sama dari 9 orang yang buat aku hangin hari ni memonteng dari pergi ke kantin. Sekali lagi la aku hangin. Dah la lepak dalam kelas, kang ada kes kecurian ke apa ke.

Kehebatan aku masih terserlah kerana bebelan aku kali ini seiring dengan majlis khatam Al-Quran. Majlis dah abis pun aku masih belum sodaqallahul azim......

Aku tak paham la nape asyik time aku je budak2 ni nak cari pasal.......

Wednesday, October 12, 2011

Demi Amirul 2


Hah, sudah ada sekuel kah? Sebenarnya tujuan last n3 aku post sekadar untuk berkongsi dengan beberapa orang yang sedia maklum dengan perangai aku. Dan aku rasa si Amirul tak sedar pun apa yang aku pernah titipkan dalam n3 yang pertama. Nak jadikan cerita, hari ni sekali lagi (12 10 11) turn aku mengajar para student yr 6 untuk meneruskan projek mereka dalam mencipta movie menggunakan movie maker. So sekali lagi makmal komputer digunakan. Internet memang superkacis di makmal dan mereka2 yang terdiri dari pelajar2 aku ni sesuka hati je mengunjungi RAYAP aku tanpa rasa segan2 lagi. Dah la n3 terakhir tu agak emosi, budak2 ni plak sesuka hati membaca.

Jadi, aku faham... Kedudukan WKH (masih belum digugurkan takhta itu) kalau orang lain tahu kisah dia. Jadi, demi Amirul, aku telah menghiddenkan n3 yang pertama itu. Hanya yang pandai2 je tahu cara nak carik. Xpelah, kesian gak kalo aku asyik protes dia pulak. He is still a kid.

Sunday, October 9, 2011

Susahnya menjadi juri kepada wajah kesayangan hamba.


Seperti dalam n3 lepas, aku baru jek abis perkhemahan. Deng sekali lagi aku telah menjadikan diri sebagai timbalan Kem Komandan (kalo last year aku jadi Komandan, kali ni turun pangkat sikit, jadi timbalan jer....)

Yer, ini blog aku, aku nak citer apa suka ati aku (apasal tibe2 je, xdak orang komplen pun)
Sepanjang camping banyak perkara yang buat aku terpikir balik, setiap kejadian, setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab. Dalam n3-n3 yang lepas aku suka sangat meng-inter-frame-kan wajah WKH aku yang sorang tu sampaikan header blog pun wajah beliau (punya la sayang budak yang sorang ni).

Tapi satu benda yang paling susah untuk aku sebagai komandan apabila WKH aku yang buat hal. Bila dia yang menjadi punca suhu kemarahan aku menggelegak naik ke paras berbahaya. Sukarnya untuk aku menjadi juri, menjatuhkan hukuman jika beliau buat silap. Tapi aku tetap seorang pro. Kalau dah buat salah, aku pukul sama rata dengan orang lain.

Seminggu sebelum perkhemahan :

Aku naik berang dengan sikap dia dan kawan dia yang sesuka hati keluar kelas time aku sebab nak ke kantin sedangkan waktu rehat dah lepas. Aku marah ke2-2nya sekali depan kelas. By the time nak abis kelas aku saje je panggil dia hampiri aku dengan niat nak ajak dia keluar lepas sekolah. Mata dia berkelip2 tak pandang aku, asyik pandang atas bawah atas bawah. Aku macam dah boleh agak apa yang bakal berlaku. Yes...modal air mata. Sensitif sebab aku yang marah beliau atau malu sebab kena marah depan kawan2? Kalo malu kena marah depan kawan2 kenapa yang sorang lagi kena marah dek aku jugak tak dak pun modal air mata???

Sehari sebelum perkhemahan :

Selepas solat Zohor aku tegur dengan begitu lemah lembut yang aku risau kalau barang amanah yang aku bagi dia pegang dirosakkan oleh orang lain kalo dia bagi orang lain main2 dengan barang amanah aku tu. Aku tegur je, tak marah pun, tapi modal air mata jugak.

Hari pertama perkhemahan :

Masa pembahagian khemah cikgu Sofian meminta ketua kumpulan mengangkat tangan untuk ambik khemah. Beliau angkat tangan... Tapi sebaik sahaja cikgu Sofian suruh ketua kumpulan yang telah angkat tangan itu ikut aku ke stor khemah, secara tiba2 sahaja ketua kumpulan beliau bertukar. (kes tak nak interaksi dengan aku la tu?) Xpe, aku sabar lagi.

Masa bertembung di jalanan, beliau mengelak jauh punya dan kadang2 buat2 panggil orang lain untuk tidak bersemuka dengan aku. Aku tak kisah lagi. Aku ternampak beliau sedang memakankan nasik di kantin berdua dengan sorang kawan, aku menghampiri, saja berbasa basi bertegur sapa. Tiba2 sang kawan selesai terlebih dahulu, tiba2 beliau meminta sang kawan tunggu beliau habis makan. Janggalkah tinggal berdua dengan aku? Selama ini tak perlu ada orang ketiga pun? Aku pandang dengan sepi lagi. Sabar lagi.

Masa waktu memasang khemah, aku berada agak jauh dari khemah beliau. Tiba2 aku dengar panggilan "SIR!!!" yang agak kuat dan aku tau itu suara beliau. Aku rasa aku je kot 'sir' kat sekolah ini (selepas 2 orang sir yang praktikum sudah tamat latihan). Aku berpaling, rupanya Sir Anwar yang praktikum dah tamat tu datang. Dan beliau sengaja memanggil sir Anwar dan bersembang2 dengan sir itu. Motif beliau panggil nama sir kuat2 tu kenapa? (Sedikit jeles melihat dia memesrakan diri dengan cikgu lain)

Waktu aku berjalan sendirian di koridor berhampiran tandas pelajar. Aku nampak beliau dan beliau nampak aku. Tiba2 beliau masuk tandas sedangkan tadi terang2 beliau duk kat luar tunggu sang kawan. Nak lari dari aku kan?

Waktu aku dan bersama beberapa orang lagi murid lain sedang lepak2 di tengah2 kawasan camping. Kawan2 beliau mengajak lepak sekali, beliau terpandang aku dan terus tak jadi nak lepak sekali tanpa kata sepatah haram pun apa2 alasan tak jadi nak lepak. Seriesli aku rasa beliau ada merajuk dengan aku.

Hari kedua perkhemahan :

Subuh2 lagi aku menarik tangan beliau, dan bertanya adakah beliau ingat step poco2 yang pernah aku ajar masa kem anjung ilmu dulu. Beliau angguk. Jadi aku meminta beliau naik ke pentas bila time riadah pagi nanti, dan beliau kata ok. So pagi itu time aku tanya sapa ingat step poco2, beliau kuar dengan sendirinya. Hati aku terubat sikit sebab melihatkan beliau masih nak tampil ke atas pentas.

Waktu petang selepas solat Asar aku memanggil salah seorang sang kawan untuk meminta mengangkat sesuatu. Kebetulannya arahan aku depan beliau. Sebaik aku memberi arahan, beliau tiba2 bersuara supaya jangan lambat sangat sebab ada latihan malam kebudayaan. Persoalannya sekarang beliau seolah2 menentang arahan aku dengan memberi arahan lain pulak kepada sang kawan. Beliau memang ada niat nak buat aku marah.

Sepanjang perkhemahan berlangsung, tiada sekalipun beliau melintas di hadapan aku.

Hari terakhir :

Aku agak sedih nak coretkan di sini. Sebab semuanya terjadi depan mata dan telinga aku sendiri mendengarnya. Pagi2 lepas Subuh memang slot riadah bersama aku. Kalau semalam aku telah berpoco, hari ni aku macam takde mood sangat. Semuanya gara2 perkhemahan kali ini tak macam tahun lepas. Tahun ini redup seredup redupnya. Sebaik sahaja selesai Subuh, waktu riadah macam biasa. Pendek kata ade je terus bebudak yang dah duk tunggu kat depan dataran. Tapi dekat 15 minit ada lagi pelajar2 yang duk berlari2 mengambil kasut. Termasuklah beliau. Aku memang dah pantang sangat dengan semua lebih2 lagi beliau yang baru macam datang dari khemah terus mengambil tindakan menahan murid2 yang lewat. Fine dekat 20 orang yang lewat. Bila ditanya kenapa lewat, semua bagi alasan balik ke khemah. Yang aku heran siap ada alasan rehat kat khemah. Berdesing betul telinga aku mendengarnya. Aku dapat tahu lagi beliau yang jadi kepala mengajak bebudak lain balik berehat, siap cakap time riadah start kul 7, padahal aku 630 dah terpacak kat sana. Frankly memang nampak sangat beliau sengaja menaikkan kemarahan aku, beliau SENGAJA menentang aku, beliau sengaja mahu aku marahkan beliau. Aku tahu semua gara2 aku marah beliau. Beliau nak tunjuk protes, beliau mahu aku sengaja benci beliau.

Cerita belum berakhir di situ, ke20 orang tersebut aku denda mengutip sampah di kawasan sekolah. Bab riadah memang aku dah malas nak amik tahu langsung diserahkan 100% kepada sir Anwar. Aku cuma pantau ke20 orang ni. Ada satu part aku mintak diorang lalu belakang kelas, (aku pun ikut sekali) masa tu beliau ada memegang penyapu. Kemudian terserempak dengan jaga yang kebetulan ada lalu di belakang. Sengaja pulak jaga tu sound direct dan tanpa tapis2 kepada beliau pulak tu (sebab encik jaga mention nama). "Buat keja leklok nanti nak gi rumah cikgu lagi" maksud encik jaga, beliau kena wat keje nanti cikgu (aku) nak ajak gi rumah lagi. Beliau dengan selamba je menjawab "Dok gi doh nye..." seriously sh**, aku dengar dengan telinga aku sendiri. Sape tak berdesing. Hanya kerana aku denda kau yang buat onar, hanya kerana aku denda yang beramai2 tu sebab nak tunjuk gangster nak lawan cakap aku, jasa2 aku selama ini seperti dilemparkan sebegitu saja? Memang beliau sengaja nak lawan aku. Beliau nak aku benci beliau.

Yes, hati aku sakit dan menangis. Aku sudah sedar kedudukan aku dimana selama ni. Penat aku mengajar, korbankan masa aku demi melihat beliau berjaya, meletakkan kedudukan yang tinggi kepada beliau, melebih2kan perhatian. Tetapi ini yang beliau nak. Beliau nak aku benci beliau. Beliau nak aku tahu beliau tak suka aku pada asalnya.

Takpelah, kalau inilah harga yang terpaksa aku bayar, kalau inilah balasan yang aku kena telan, kalau dia dapat A dalam BI pun tak guna gak. Memang susah untuk menjadi juri, hakim serta untuk menjatuhkan hukuman kepada beliau yang telah aku letakkan sebagai wajah kesayangan hamba (WKH).