Sunday, October 16, 2011

Waris Kuali Hangit / Hitam / Hangus

Dahulu time aku tengah sedih, bengang, blog la tempat aku bercerita. Dengan harapan blog ni aku dapat luah semua then aku akan rasa release. Dalam aku menaip setiap huruf dan perkataan, aku cukup berhati-hati sebab RYP aku ni adalah open public, aku tak blok, tak buat 'for invited readers only' dan juga tak tau pun sape yang  baca.. kan? Jadi aku banyak mengalirkan rasa karenah hati melalui ketukan keyboard di rayap ini. (Sekali rayap, sekali RYP, sama je lah).

Lately n3 aku mostly pasal WKH, kisah dia memprotes, menjauhi, rebellious, dendam dan sebetulnya aku tak tahu pun punca sebenar protes beliau. Apa yang aku tahu dia memang ada reason dia sendiri, but he still a kid. So what can i expect? Bila aku teringat balik aku sedih jugak, ye lah macam kacang lupakan kulit pulak. Dah banyak berjasa, alih2 buat tak reti je. Salah cakap sikit, mula jauh hati. Bila jauh hati, mula rasa nak lempang je aku kan? Harap aku ni cikgu je dia tak berani nak lempang.

I ve promised to myself to avoid him for a week. But over the past two days I fled, I felt sorry to see him that seemed to expect me to approach him first. Yelah, dia kan kid, xkan dia nak mai kat aku dulu kan? So, i did break my promise, aku tarik dia sebab aku tengok dia macam nak aku tegur dulu. Satu soalan je aku tanya, "Hang nak lari lagi dari aku noooo???" konon2 tanya dalam bahasa Kedah la ni.. Xdak nya aku pi kecek Kedah pun. Dia reply pendek "Tak ndak dahhhhhh". So dipendekkan cerita, aku dan si budak WKH tu dah ok kembali. Tapi kalo dia lari aku xkan kejar. Biaq pi lah.

Ada tapi lagi neh, aku ada jugak habaq kat sorang cikgu neh, aku tak mau lagi dah buat baeek kat WKH, cikgu tu sokong 100%. Bukan apa, si cikgu tu pun ada la sikit2 rasa sakit ati dengan perangai WKH. Tak tau la pasai apa, rasanya aku sorang je yang leh sabar dengan kekurangan ajaq WKH, lain2 semua macam takde perasaan pun. So, since aku dah janji jugak ngan cikgu tu, aku try la untuk berpura2 masih jauh dari beliau (WKH). Sehingga hari Khamis lepas ok lagi.

Tapi hari ni aku tersilap suruh beliau mentolong aku amik barang kat dalam bilik guru lalu la depan cikgu tuh. Kebetulannya.... Sekali cikgu tu tanya "Okeh dah ke ngan Wak Koleh H...?" pada aku yang ada kat belakang. Aku tengok WKH, WKH tengok aku, aku tengok cikgu tu balik kendian senyum... 

Itu cerita pasal ke'ok'an aku dengan budak tuh. Tapi ada satu lagi kes, masa makan (sebelum aku suruh beliau amik barang kat bilik guru) aku panggil beliau. Beliau datang kat aku dan time tu aku tak perasan ada bebudak tahun 6 yang lain sedang ada belakang aku. Aku bagi arahan itu ini pada beliau tapi beliau tersengih2 melihat kelibat2 di belakang aku. Aku soal la kenapa? Dia jawab, budak2 perempuan gelarkan diri dia kuali. Aku pelik, 'Kuali??'

"Warisan Kuali Hitam, Kuali Hangit pun ada gak" jawab beliau selamba.

"Meaning?"

"Dari perkataan WKH"

Aku angguk. Baru aku ingat yang bebudak lain ada merayap di sini (ha..korang yang tengah baca nih, suka2 je kan create maksud baru untuk WKH neh).

"Kamu malu ke?" soal aku semula.

"Tak kisah pun..."

Kuali pun kuali lah.... As long as dia tak lari lagi...


His heart is fragile.... Tapi kadang2 aku pk itu satu lakonan.

0 comments:

Post a Comment