Monday, January 31, 2011

Aku nak hapdet blog


Type message

+ Aku nak hapdet blog hari ni - send to SeKuDis
31/01/2011
5.53pm

1 minit
2 minit
3 minit
..
.
.
.
.
.
32 minit

tetet....mesej masuk


- Encore2.... aku dok bercita2 dr mggu lepas tp xberjaya gak...huhuhu...
31/01/2011
6.29pm

(akhirnya aku hapdet jugak blog ini)

Tuesday, January 18, 2011

Soalan Cepu Emas


Dua minggu pertama selepas buka sekolah

30hb December 2010 - Hari pendaftaran bebudak.. Biasa la mengutip segala yuran dan PIBG.

2 Januari 2011 - Ahad yang pertama tahun 2011 dan kalau kira memang hari persekolahan bermula pada hari ini, tetapi memandangkan Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki menentang Indonesia, maka diumumkan cuti pada 31 December 2010 - tapi ni hari Jumaat, Terengganu Kedah ngan Kelantan sedia cuti. Jadi untuk bersikap adil dan saksama, hari ni 2 Jan cuti... Sekolah stat esoknya 3 Jan 2011 sama dengan pantai barat.

3 Jan 2011 - Isnin Minggu 1 (M1)

Pagi macam biasa menjalankan tugas2 baru. Amik buku Register, buku Rekod mengajar, jadual kelas, dan resit bayaran. Sebagai penyapu baru, masih terkial2 nak guna buku register kedatangan.

Petang sampai rumah tidu kejap pastu bangun siapkan soalan untuk tusyen malam....

Malam kelas tusyen PMR Maths.

4 Jan - Selasa M1

Pagi - di sekolah macam biasa

Petang - tidur sekejap pastu bangun prepare kelas malam

Malam - Tusyen English yr 5

5 Jan - Rabu M1

Pagi - di sekolah macam biasa

Petang - tidur sekejap pastu bangun prepare kelas malam

Malam - Tusyen English Yr 6

6 Jan - Rabu M1

Pagi - di sekolah macam biasa

Petang - tidur sekejap pastu bangun prepare kelas malam

Malam - Takde tusyen tapi settlekan buku register dengan menulis nama setiap anak murid. (no mistake!!!)

7 Jan - Jumaat M1 (Hari UT aku)

Pagi - Kat rumah mensettlekan buku register

Malam - Home tusyen kat rumah Pn Jamilah

8 Jan - Sabtu M1

Pagi - Kat rumah mensettlekan buku register

Malam - Home tusyen kat rumah Pn Jamilah

9 Jan - Ahad M2

Pagi - di sekolah macam biasa

Petang- Mesyuarat JKS (Jawatan Kuasa Sekolah - Aku kan ketua panitia)

Malam - Takde tusyen tapi mensettelkan buku resit pulak!!!

10 Jan - 13 Jan (Isnin - Khamis) - Aktiviti sama seperti di M1 cuma dah stat aktiviti Ko seperti permainan sukan dan unit beruniform.

Jumaat Sabtu (14 dan 15) - Home tusyen kat rumah Pn Jamilah dan bila kat rumah siapkan jadual kelas yang kena naik dalam minggu ke 3 ini....

Minggu ke 3

Dan hari ni Selasa 18 Jan 2o11 - aku xde apa2 petang ni sebab unit uniform dah wat minggu lepas dan minggu ni Kelab dan Persatuan - aku tak terlibat... aku amik masa yang sedikitan cuma ini untuk menjawab soalan cepu emas

"KENAPA RAYAP SEPI???"

Boleh bagitahu agak2 bila la aku leh hapdet Rayap nih...huhuhuhu....