Showing posts with label Lain-lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-lain. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Kerja Luar Bidang Tugas

Kalau disebut memang tajuk cam nakhorom je...Takdelah senakhorom sangat. Minggu depan kan sekolah wa akan adakan pertandingan merentas desa, so wa dengan rasa rendah diri telah diberi tugasan untuk melakar pelan / melukis pelan laluan larian merentas desa nanti. Tapi sebenarnya takdelah kena lakar, tapi more to terap semula peta yang dah usang ituh.... 
Kenapa kena letak di tingkap? Sebab wa tak nampak kalo terap atas meja saja.. Bila kat tingkap tu ada la jugak cahaya menembusi kertas, so dapat la wa terap dengan cantekkkk sangat...

Cantek ke hasil lukisan wa???


Friday, June 15, 2012

Jiwa Wa Separuh Pergi


Wa la ni kan, memang penyakit super malas wa nak hapdet memang membuak2 bagai ombak memukul pantai. Bagai angin semilir yang menari2. Dah la bukak tenet pun pakai encik HTC je, malas la nak taip semua bagai. Tapi hari ni wa ada sedikit perasaan yang separuh jiwa wa macam dah pergi wa kuatkan semangat wa nak hapdet rayap wa. Mula2 wa nak bagi tajuk 

WA DIABADIKAN DI SITU

Macam tak percaya jugak wa bila mensaksikannye pun adoi. 

Ni meja Pn Norizan bt Mat Dris (as shown in the photo, her name was there rite??)

Ni pulak meja wa (yang sangat super nakhorom bersepah)


Ni kedudukan meja wa dari meja beliau yang sangat super kemas dan suchiiiii


Mari kita menghampiri meja beliau..... Ada kepingan photo yang diabadikan di sana

Ku melihat dari dekat.. yer wajah kacis wa ter sesat masuk dalam gambar ni. Apa wa buat kat sini? Huhuhuh...Tak sangka wa telah menjadi salah seorang adik yg disenangi oleh beliau. Bukan senang tau nak beliau mensukai seseorang. 

Itulah wa... bersama 3 orang kakak wa yang super kacis di sekebun ni. Tapi ....

Jiwa Wa Separuh Pergi....

Salah seorang dari kakak-kakak wa itu akan pindah. Wa....(ini meraung). Sedih siak. Wa mcm speechless bila dapat tau Kak Mi akan tukar sekolah. Tiada lagi senda gurau dan tempat wa mengadu. Dah la wa dapat tau yg 1st.. pulak tu secepat ini pulak kak mi akan pergi. Minggu depan ok!!! Waaa (meraung lagi)

Saturday, March 17, 2012

Cuti Dah Nak Abissss

Seminggu sudah pun hampir berpenghujung. Hari ni dah Sabtu, esok dah sekolah bagi negeri2 Terengganu, Kelantan, dan Kedah. Rindunya wa pada anak2 wa memang tak dapat nak digambarkan. Bukan apa, wa happy sangat apabila bertambah lagi 2 orang anak murid wa yang lulus subjek BI. Last time exam hanya 6 orang je dapat C, selebihnya 20 orang dapat D. Tapi untuk latest OTI 1 bertambah lagi 2 orang. Kira dah ada 8 orang calon lulus dari kelas wa. Alhamdullillah.. Cuma yang wa terkilan, anak murid wa yang dicalonkan sebagai WKH wa tahun ni dapat markah antara yang terendah pulak. Sedih la wa camni. 

Cuti seminggu macam tak cuti. Wa pergi melancong ke Sarawak. So far wa memang hati sangat berat nak pergi. Dah la takdak kawan, pegi sekadar jadik anak ikan kepada cikgu2 lain. Hahaha ayat takleh blah. Mujurlah ada cikgu Salmi leh la layan citer2 dia. Pastu dengan Kamal si budak baru abis SPM yang mula2 macam nak tak nak je tegur wa akhirnya leh lepak sekali jalan2 di bandar Kuching.

Macam nak haplod gambar2 di Sarawak, tapi kamera pulak tertinggal kat rumah sewa (wa sekarang duk kat rumah mak wa). Sepanjang duk Sarawak, wa asyik teringat kat WQH. Setiap kali teringat wa akan bukak pic beliau. Gile babs la.. ada ke rindu kat bende tak bernyawa tuh. Heheheh... 

Oh ya, wa sebut pasal WQH, teringat plak kat WKH lama, si Amirul. Baru2 ni dia mesej wa, macam pelik sebab tak macam dia pun yang mesej. Wa ragu2 gak nak reply sebab tu mesej kat FB. Dah lah ari tuh wa kena trolol dengan orang lain yang pakai nama beliau. Tapi pagi tu wa saje la berbasa basi jawab kaba baik sebab beliau tanya kaba wa. Sekali dia tengah online, berchatting bagai leh wa tanya soklan sebagai bukti dia adalah dia. Hahahah... Xpelah, as long as dia ingat wa, wa ok je.

Wa harap lepas abis cuti ni live wa semakin stabil, wa dah nak idup dalam keadaan tenang, walaupun kadang2 badai tu tetap datang melanda.

Thursday, March 8, 2012

Countdown

Hari ni last day sebelum cuti seminggu ye ye yeh!!! Pastu gi Sarawak  ye ye yehhhhh

Sunday, January 29, 2012

Edisi Mencari WQH

Tidak perlu membetulkan kaca mata anda sekiranya anda berkaca mata. Memang WQH bukan WKH lagi. Wa sengaja taip WQH, sebab wa memang mencari WQH. Jumaat lepas 27 Jan wa dengan bangganya menggerakkan diri wa ke Kota Bharu, menjejakki rumah abang ngah wa di sana. Niat super asal wa adalah untuk mencari WQH (berapa kali nak bagitau daaaa). Wa gerak ke sana dengan bas, sampai dalam 430pm. Wa call abang wa, sekali beliau sedang berkenduri, pastu bagitau wa, beliau datang sejam lagi. Wa mati akal, mana wa nak pergi? Perut lapar neh. Wa ingat dapat la wa melantak masakan kakak ipar wa yang superkacis. So, memandangkan wa super nakhorom punya lapar, wa pun menapak sekitar bandar KB tapi masih area bus stand la. Wa nak makan nasik2 kan dah masuk senja. Wa pikir wa nak makan fast food. 

Mula2 wa memang la pusing2 dalam parkson. Cari KFC dalam tu. Sekali wa xjumpa. Rupa2nya ada kat luar kot. Kot la sebab wa nampak McD kat luar. Wa feberet memang McD, tapi baru je makan Prosperity dengan Mat Duang ari tuh. Wa lalu kat McD tetiba wa nampak ....FC. Beres, ada KFC sangka wa. Laju je wa jalan menuju ke arah restoran yang dimaksudkan. Sampai je pintu wa terus tolak, di sambut dengan 2 orang penyambut tetamu sambil ucap 'Selamat Datang...'

Wa heran gak, xpernah2 masuk KFC sambut macam tu bagai. Wa tengok sekeliling xde orang, ada la satu meja yang terisi. Lain2 kosong je. Wa tak perasan lagi sebab design dia sebijik macam KFC. Sekali bila wa sampai ke kaunter baru wa perasan yang menunya lain dari KFC. Alamak... cmne ni? MFC????

Perut dah lapar, wa dah laje ke kaunter yang takde pelanggan lain pun. Sekali wa kata, ok la makan je la apa yang ada. Wa order set nasik. Ada nasik ala2 briyani kot, ayam goreng dengan soft drink. Wa mintak coleslaw sebijik. Ada la dalam 9.80 kot. Then layan.. Sedap siot. Tak tau la sedap sebab wa lapar atau memang sedap. Tapi wa kagum la sebab wa rasa MFC ni maybe kepunyaan bumi kot. Staff dia cute2 gak. Hahahah.......


Orang panggil wa Sir M. MFC? Milik wa kah? Jangan tak percaya yer....


Oh, rupa2nya Muzdalfa Fried Chicken... Sedap jugak la...

Okeh, berbalik kepada tajuk n3. Wa datang KB sebab wa nak bawak balik benda alah ni. Wa nak sambar nombor dia sebenarnya. Wa nak letak kat kapal terbang wa akan datang. So wa beli benda alah ni sekali dengan nombor2nya. Wa pecut dari KB dalam 330pm wa layan je, walaupun sejuk tapi tak hujan, wa selamat sampai jam 630 ptg. Terima kasih encik penjual.


WQH **

Tuesday, January 10, 2012

Besday Gift



Yeah... one and only.. The Saya Setan Paper Bag.. That's the gift. Hehehe. Thanks kak Mi...

Sunday, December 18, 2011

Ombak Jahat


Niat nak carik pic novel, tapi taip je ombak rindu kuar gambor maya ngan aron atas katil. APa? Pasal apa wa search pic ombak rindu? Sebab wa nak letak dalam ini blog la.. Okey wa amik cover novel versi dulu2. Kan wa menjelajah ke barat kan minggu lepas. Salah satu aktiviti wa dengan Nuna ialah mewayangkan diri. Shreyas wa tak sudi pun nak tengok cerita ni tapi dah permintaan orang tersayang kan? Sebelum ni wa dah pernah baca cerita ni, kalau tak silap wa pinjam dari ex-gf wa di Puan Farini (just kidding dia dah bersuami okeh). Versi novel sangat super kacis la bagi wa, then wa sambung sekuel dia dan wa pinjam pula dari Cikgu Mahdatul Hana kat UiTM. Tajuk dia ....


Ok... bukan nak ulas novel ngan nak ulas citer tu... tapi sebelum wa masuk dewan panggung, wa dinasihatkan oleh nuna supaya sediakan tisu. Wa baca ulasan2 sebelum ni banyak adegan air mata dari pelakon dan penonton. Ok bila wa tonton memang banyak adegan air mata dari pelakon pompuan, tapi wa tak rasa apa2 pun, maybe tak sampai.

TAPI... ha ada tapinya. Wa telah gagal menahan air mata wa masa Hariz yang menangis,.. waaaa wa takleh tengok Hariz menangis sebab wa rasa wa lah Hariz;.... kah kah kah....nakhorom...... Jantan tak guna tak guna....

Time scene ni la kot


Ps : Korang gelak sebab wa layan citer jiwang ek... ek lantak la.. wa kan Hariz, Nuna wa kan Izzah. Mujur ada Lisa Surirumah dalam citer ni...

Saturday, December 17, 2011

KANK

Oh, Kabhi Al Vida Na Kehna tu maksud dia Never Say Godbye ghopenya

(mode tengah hapdet sambil tv duk pasang lagu hindi)



Ps - Saje nak bagi banyak n3

Friday, December 16, 2011

AKu....

Tiada apa nak dikatakan......

Wednesday, November 23, 2011

Selamat Datang

Selamat Datang Kumbang Jingga....  Dekat 40 tahun dah tak bertambah2 pun folower aku tuh.. Hang la latest follower. Camne hang dapat trace aku pi blog hang ek? Mai ajaq aku sikit.. Maklum la... super junior lagi bidang blogging ni...


Sila klik gambar untuk ke blog beliau

Tuesday, November 8, 2011

Aidiladha Yang Biasa Je

Dah masuk hari ke 3 Aidiladha.. Kira yesterday adalah hari paling LOL untuk aku. Kemarin  mean hari raya ke 2. Baek, aku ingin ceritanya pun hari raya in yang ke satu adui.

Day before raya day, (sabtu). Kalau kira Nuna pulang ke Terengganu dah sampai pagi2 tadi. Dah janji nak jumpa petang. Sebab nak bawak gi tengok rumah sewa. So, lepas Zohor lewat sket2 gerak. Amik beliau then head back to North side sebab she lives at South side. Dalam nak masuk Asar jugak la berjanji dengan tn rumah, then tengok rumah pastu berangan2 kejap then blah. Masa belah, melalui jugak SeKeBuN sebab Nuna nak tau tempat aku mengajar. Masa lalu yang pertama tunjuk sekolah macam tu je. Tapi masa patah balik dia ada cakap WKH ada kat pagar sekolah sebab time2 petang WKH akan main bola. Tak sangka walaupun Nuna ni 1st time dia ternampak kelibat WKH, terus beliau perasan. Hohoho...Tapi aku tak perasan pulak, almaklum lah tengah drive.

1st raya day, pagi2 lagi aku terus membuta i pun mataku sebab aku tdo lambat semalam, tidak sembahyang raya pun. Pagi2 lagi tok aku dah bising2 cakap orang dah nak sembahyang, aku lagi la malas nak pergi kalau dengar sore dia. Lagi sedap tarik selimut. Grrrr
(kesimpulannya aku tak semayang sunat hari raya, keh keh)

Tapi aku tdo tak lama, sayup2 dengar orang tengah khutbah aku dah bangunkan diri sendiri pun sebab mak aku nak aku ikut gi sembelih lembu. Mak aku ambil bahagian jugak dalam pengorbanan tahun ini adui. Lepas mensarapkan diri aku membawa mak aku ke tempat penyembelihan. Urm.. Lebih dari 3 jam siak aku terpacak kat sana. Aku takleh tengok sebenarnya time lembu kena sembelih, tapi time melapah tu aku ada lah jugak mentolongkan diri memegang kaki. Masih terngiang-ngiang bau taik lembu di tangan..grrrr...

Petang melepak di rumah mak sedara dia buat sup daging, daging bakar dan segalanya daging. Grr.. Penat gigi mengunyah.

Hari ke 2, dah lah bangun lambat, pastu siap2 makan pagi then sambung tdo. Best apa cuaca yang redup je macam tuan dia jugak. Bangun bila mak aku ajak gi kenduri akikah. But i.ve said Thank You, xnak itot.. Then sambung tdo sampai la kul 3. Memang LOL betul aku hari ni. Petang je aktiviti berfaedah sikit sebab abang ngah datang then leh layan sembang sambil makan stimbot.

Kerja-kerja pengemaskinian buku rekod belum siap, esok masih cuti. Sekarang pun masih tak tdo. Hurm,...


Monday, November 7, 2011

Ko Biar Betik

Result UPSR Khamis ni? 10 Nov 2011?????? 

Agrhhhhhh -sawan

Friday, November 4, 2011

Diorang



Latest komen dari N3 ini -KLIK- aku tak sangka diorang dah reti nak mengkumen..Tapi kumen macam tak berapa nak menkumen pun... Ni la salah satu sebab aku nak tutup blog ni (kalau buleh). Tapi ada ke????

Wednesday, November 2, 2011

Exhausted

Macam tak percaya je bila dah nak abis tahun ke2 aku bergelar sebagai seorang pendidik. Dah masuk 2 batches pun yang telah mengambil UPSR. Pulak, tinggal lagi 8 hari persekolahan untuk tahun ini setelah ditolak dengan cuti2 raya dan cuti weken. N3 aku pun dah tak macam dulu, selalu aku akan taip panjang2 kemudian aku post, recently aku senang dan seronok dengan melayan karenah anak2 (muridlah) aku yang bakal menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah...

Minggu ni adalah the most hectic week. With all the students sitting final year exam, with four classes that i have to mark. Then dengan acara2 akhir tahun, dengan proses buku rekod mereka yang kunjung tak siap, dengan Borang SKT yang dah nak kena submit esok, dengan karenah budak2 yang tak matang lagi. Aku kini cuma mengharap satu keajaiban berlaku dan harap semua dapat diselesaikan dengan tenang. 

Dengan raya haji yang semakin menghampiri, bermakna tak banyak hari lagi yang tinggal. Keputusan UPSR maybe 2minggu lagi. Macam2 perkara yang akan kutempuh. Semoga pengalaman ini mengajar aku untuk jadi lebih gigih.

Tuesday, November 1, 2011

Khas Untuk Puan Bintang


Tak beli ke cekelat ni? ada gift gambar M.Nasir lagi....

Dijumpai di Giant, tapi mana2 mesti ada kot....

Tengok M Nasir, teringat la kat Akak Bintang

Monday, October 31, 2011

Cara nak tengok timeline status FB

Klik Link Kat Bawah (Terima kasih Khalis)


M Mazyudin Aku di observe hari ni...by guru pembimbing (Tue, 21 Jul 2009 08:12:55 GMT)
M Mazyudin 4 days to go.... nak school holidays!!!!! (Tue, 18 Aug 2009 01:57:27 GMT)
 
M Mazyudin waaaa... my wife is leaving me.......... (Wed, 09 Sep 2009 22:02:53 GMT)
M Mazyudin Sesungguhnya memakai wangi-wangian yang berlebihan adalah makruh dalam bulan ramadhan.. (Sun, 13 Sep 2009 05:42:16 GMT)
M Mazyudin Aku akan rindukan kamu secara banyak.... (Wed, 16 Sep 2009 05:51:41 GMT)
M Mazyudin Baru terasa nikmatnya jika dapat menunaikan sembahyang secara normal.. ni kemalangan ni mesti sebab ada dosa yang Allah nak tunjuk kan?(Wed, 07 Oct 2009 13:50:20 GMT)
M Mazyudin my mom just called.. i thout she knew about me got accident.. rupa2nya mentidak.. aku pun malas nak bagtau...kang panggung kerisauan pulak dia.. (Thu, 08 Oct 2009 13:00:33 GMT)
M Mazyudin Sakit ....... (Sun, 11 Oct 2009 08:37:33 GMT)
M Mazyudin ~in my hati ada kamu~ (Tue, 13 Oct 2009 17:49:37 GMT)
M Mazyudin Always being deserted.... (Wed, 14 Oct 2009 14:59:49 GMT)
M Mazyudin M Kashikovo.... (Fri, 23 Oct 2009 10:43:33 GMT)
M Mazyudin Mimpi yang tak sudah... (Sun, 25 Oct 2009 14:27:41 GMT)
M Mazyudin Selalu Menonton Go Diego Go (Sun, 01 Nov 2009 16:01:19 GMT)
M Mazyudin off to exam....the final chapter before being the real one (Thu, 05 Nov 2009 05:10:40 GMT)
M Mazyudin Lambatnya habis kursus.. aku ingin lari dari kedosaan ini.....selama2nya... (Mon, 09 Nov 2009 11:12:12 GMT)
M Mazyudin Solat Hajat... Solat hajat hanya apabila 1.Malam nak exam 2.malam kuar result exam 3.malam nak kuar result panggilan interview 4.malam nak gi INTERVIEW 5.malam kuar result interview 6.malam PERTAMA... hek hek hek (Tue, 01 Dec 2009 11:46:05 GMT)
M Mazyudin dah xde motif lagi untuk berlama-lamaan di IPOH (Wed, 02 Dec 2009 04:51:03 GMT)
M Mazyudin Terengganu..here i come!!!! (come ke? bukan return ke???) (Sun, 27 Dec 2009 04:57:03 GMT)
M Mazyudin Ramai sangat yang wish ashita no hapi so aku ucap thanks to all... internet kat sini 'laju giller!!' tak dapat nak thanks kat sorang2.. Thanks a lot(Wed, 13 Jan 2010 01:38:45 GMT)
M Mazyudin Ada 4 budak maktab KT datang praktikal dan amik kelas aku untuk tahun 3.. yes kurang sikit masa aku.... (Mon, 01 Feb 2010 08:03:01 GMT)
M Mazyudin Teman baru- nama timangan- LISA (Thu, 22 Apr 2010 14:01:02 GMT)
M Mazyudin Sedang mentuju ke Kota Bharu untuk cuti2 Malaysia... (Fri, 30 Apr 2010 01:09:41 GMT)
M Mazyudin Masih belum bersedia... (Mon, 03 May 2010 14:07:38 GMT)
M Mazyudin Sudah bersedia.... (Thu, 06 May 2010 12:17:49 GMT)
M Mazyudin Seronok apabila tahu diri ini disayangi, tapi tak berapa menseronokkan diri apabila tahu orang yang disayangi pula tidak menyayangi kiter.... (Sat, 22 May 2010 11:50:17 GMT)
M Mazyudin Kembali ke zaman maktab - M Diego Koshikov (Sat, 22 May 2010 11:54:49 GMT)
M Mazyudin Tiba-tiba je rasa nak meminang Anne Ngasri.... (Sat, 12 Jun 2010 01:56:48 GMT)
M Mazyudin Mana hidung tamilku dan motor game....... (Wed, 11 Aug 2010 06:48:08 GMT)
M Mazyudin Kasi murah kalkulator yeay encik tabooo (Thu, 12 Aug 2010 08:18:01 GMT)
M Mazyudin Kepada yang tinggal di Terengganu, Kelantan dan Kedah... hari ni keroje!!!! Dah pi keroje... (Sat, 14 Aug 2010 23:04:25 GMT)
M Mazyudin nak duit raya??? datang le romah... bagi yang 12 tahun ke bawah jeeee (Thu, 09 Sep 2010 12:48:30 GMT)
M Mazyudin Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri khas buat barisan pentadbir, guru2 SKBN aka SeKeBuN aka Sek Bukit Nanas K.Trg, ex-student SMKATJ 1996-1998,MRSM Muadzam Shah 1999-2000,Dip and Ijazah Elektrikal Engr UiTM 2001-2006, graduan KPLI-Bi 2009 IPGM Ipoh serta buat semua anak didik SKBN terutama pljr thn 6..Jangan lupa UPSR dah dekat...jangan ingat nak raya je.... (edisi copy dari adik gueee) (Thu, 09 Sep 2010 13:58:47 GMT)
M Mazyudin Wah,dapat melombong idung sewenang-wenangnya di siang hari pada hari ini. Selamat Hari Raya !!!! (Fri, 10 Sep 2010 01:13:10 GMT)
M Mazyudin .....:....:.....:....... (Sat, 11 Sep 2010 10:43:09 GMT)
M Mazyudin Masih merindukan Dia..... (Sun, 12 Sep 2010 02:52:06 GMT)
M Mazyudin Masih Jua Merindukan NANI (Sun, 12 Sep 2010 04:32:32 GMT)
M Mazyudin NASiB Cikgu Junior...kena buli.................. (Wed, 15 Sep 2010 15:47:56 GMT)
M Mazyudin mmmmm...... (Fri, 17 Sep 2010 12:54:31 GMT)
M Mazyudin back to school....back to normal life (Sat, 18 Sep 2010 22:53:32 GMT)
M Mazyudin Sungguh sombong frenlist aku malam ni... Dah tegur buat deek je... (Fri, 24 Sep 2010 18:12:02 GMT)
M Mazyudin Ich bin wirklich stolz frenlist heute abend ... Geschrieben am Deek kommentiert je .. (Sat, 25 Sep 2010 04:33:40 GMT)
M Mazyudin Ahad adalah hari bekerja untuk Trganu, dah2 jgn ngade2 nk tdo balik lps subuh ye (Sat, 25 Sep 2010 22:48:03 GMT)
M Mazyudin oh, Alif....
Minyak masak bang....!
 (Sun, 26 Sep 2010 14:45:05 GMT)
M Mazyudin Muhamad Zubir Yusof (Tue, 28 Sep 2010 11:44:54 GMT)
M Mazyudin Rakan2 seperjuangan,seperguruan,seperkuliahan, seperIPGMan, sekolah aku bakal kehilangan KP BI kerana Teacher Rozifah Azizan sedang memohon (baru memohon) untuk bertukar. Sape nak ganti tempat beliau??? (minta dipanjangkan umur di SKBN - sori kak Pah) (Wed, 29 Sep 2010 12:15:08 GMT)
M Mazyudin Seksanya PJJ ni .. (Perhubungan Jarak Jauh) (Fri, 01 Oct 2010 15:01:22 GMT)
M Mazyudin Puan Ma akan berlepas ke Mekah beberapa jam lagi. Halalkan makan minum  anakmu ini semoga ibadat diterima olehNya. Selamat pergi dan pulang(Mon, 11 Oct 2010 23:53:11 GMT)
M Mazyudin Jumaat yang sunyi.... (Fri, 15 Oct 2010 04:29:01 GMT)
M Mazyudin Rindunya xjmpaWKH sehari (Thu, 21 Oct 2010 11:37:18 GMT)
M Mazyudin kursus penyebaran kssr tahun 1 ,mujur ada wifi (Wed, 27 Oct 2010 01:12:00 GMT)
M Mazyudin menyesal aku bank in rm200,bukan nak berterima kasih pun... (Thu, 28 Oct 2010 04:05:38 GMT)
M Mazyudin Day 2 kursus bahasa inggeris kssr .... (Thu, 28 Oct 2010 04:21:16 GMT)
M Mazyudin Rasanya aku la kot dating yang paling singkat dalam dunia... (Sat, 20 Nov 2010 14:24:21 GMT)
M Mazyudin No calendar birthdays please!!!! (Tue, 07 Dec 2010 15:35:41 GMT)
M Mazyudin Masakan dari tangan seorang ibu adalah yang terbaik di dunia, selepas 55hr tanpa pn Ma,akhirnya beliau selamat pulang ke tanah air..huhu bagi yg ada ibu tu,hargailah mereka...sekali lg pn Ma telah merosakkan program diet aku.. (Fri, 10 Dec 2010 09:43:43 GMT)
M Mazyudin meatball ikea (Fri, 17 Dec 2010 00:04:28 GMT)
M Mazyudin bangangnya jiran aku ni!! aku xsuke ko jangan la kacau idup aku ..... (Thu, 23 Dec 2010 15:40:21 GMT)
M Mazyudin adil sungguh rasanya apabila sekolah di terengganu pun bermula hari ni (isnin) sama seperti negeri pantai barat...instead of semalam-ahad...(Mon, 03 Jan 2011 02:33:20 GMT)
M Mazyudin Lupe lak hari ni hari apa...bila ada org stat wish baru ingat..... (Thu, 06 Jan 2011 17:12:15 GMT)
M Mazyudin Happy Besday to me.. hahah patutnya pic ni aku upload semalam.... (Fri, 07 Jan 2011 11:44:45 GMT)
M Mazyudin Stop sending me request in City Ville!! Aku cepuk laju2 kang!! (Fri, 14 Jan 2011 01:24:34 GMT)
M Mazyudin Any teachers around KT utara..Teachers for tuition are needed..Sains n Maths (Tue, 18 Jan 2011 14:03:46 GMT)
M Mazyudin guru sendiri memalukan air muka guru lain depan anak2 murid,apa ni?kalau nak wat lawak pun,takkan aku je selalu kena jadi bahan lawak?? Cikgu lain ada ko berani wat lawak??? Xde kan???? (Wed, 02 Feb 2011 01:45:23 GMT)
M Mazyudin Waser sakir ati lagi teringatkan kejadian dimalukan di depan anak murid...malas nok gi koloh ahad ni (Fri, 04 Feb 2011 16:06:19 GMT)
M Mazyudin .......................................................... (Sun, 06 Feb 2011 01:09:27 GMT)
M Mazyudin menonton  dhadkan- mahima chaudary sgt shantek (Wed, 16 Feb 2011 14:53:51 GMT)
M Mazyudin lambatnya 1 mei... Dah tak sabar neh (Thu, 28 Apr 2011 01:49:35 GMT)
M Mazyudin 1 mei dah berlalu..tunggu 17 Mei la plak (Mon, 09 May 2011 10:03:31 GMT)
M Mazyudin Ye Ye Esok gi Pulau Redang!!! (Mon, 16 May 2011 15:28:23 GMT)
M Mazyudin balik kampung...ooooo balik kampung....oooo balik .. eh, dah sampai ke kampung ke? alamak, aku memang keje kat kampung..cuti sekolah macam cuti weekend je la aku...CIk Norzienani Manaf lain la..kampung dia ada patblas... (Thu, 26 May 2011 12:12:21 GMT)
M Mazyudin Wira feveret saya malam ni ialah Daudsu (Sat, 11 Jun 2011 15:44:38 GMT)
M Mazyudin Perak....  I'll be back Neon dashi nareul chajeul geoya   ( Perak, i'll be back, i'll be back sampai aku KOYA)... Norzienani Manaf jom gi Perak semula(Thu, 16 Jun 2011 02:01:40 GMT)
M Mazyudin Perak!!! Here I come!! (Thu, 23 Jun 2011 08:22:05 GMT)
M Mazyudin beberapa jam sebelum perjimbaan (Thu, 23 Jun 2011 11:34:31 GMT)
M Mazyudin 23 June yang ditunggu2 tiba jua (Thu, 23 Jun 2011 12:12:22 GMT)
M Mazyudin Sedang meng observe Sir Khairul (Praktikum Teacher from UnisZa) (Mon, 27 Jun 2011 04:35:49 GMT)
M Mazyudin Hari ni holiday utk Tganu..tapi tetap siap2 ke sekolah utk kelas tambahan UPSR (Tue, 19 Jul 2011 23:30:07 GMT)
M Mazyudin Tragis 1 Ramadhan - Bodoh sombong, bodoh tak boleh diajar, sombong tak boleh dibentuk lagi dah.... (Mon, 01 Aug 2011 03:56:31 GMT)
M Mazyudin Mok aku memang 'jahat', beliau telah menggagalkan program aku untuk "TIDAK MENAMBAH NASI SEMASA BERBUKA".. hasilnya 3 pinggan senyap dalam perut... Asam Pedas Bunga Kantan... (Sat, 06 Aug 2011 11:45:39 GMT)
M Mazyudin Segala yang terpendam tak perlu diluahkan lagi, keadaan pulih kembali (harap2) (Sat, 20 Aug 2011 12:02:39 GMT)
M Mazyudin masih berjaya menahan nafsu makan di pagi raya,tapi tak tahan melihat orang yang makan penuh bernafsu.... (Tue, 30 Aug 2011 03:49:50 GMT)
M Mazyudin comelnye bebudak merengek meminta bukak cenel kartun..tapi super tidak comel apabila nak tengok siaran lain pun x boleh!!! (Fri, 02 Sep 2011 11:12:42 GMT)
M Mazyudin bebudok nok upsr,cgunye yg debor perut (Sat, 10 Sep 2011 07:57:25 GMT)
M Mazyudin WKH semakin jauh...... (Sun, 09 Oct 2011 12:29:39 GMT)
M Mazyudin Eh natam!!! (Mon, 17 Oct 2011 13:34:56 GMT)
M Mazyudin Eh Beravut.............. (Fri, 21 Oct 2011 08:40:25 GMT)
M Mazyudin Tensen ngguh insurans nih.. asal petang je tepun aku, asal tepun je aku pun petang.... eh?? (Fri, 21 Oct 2011 08:49:08 GMT)
M Mazyudin Tak rat cetang (Sat, 29 Oct 2011 14:42:15 GMT)
M Mazyudin Yes, penyu menangis lagi (Sat, 29 Oct 2011 14:57:08 GMT)

Rupanya 1st posting dalam fesbuk ni pada 2009. Pastu aku baru perasan tak aktif mane pun posting fesbuk aku neh.....


Tuesday, October 25, 2011

Keberlagakkan Itu Milik Setiap Insan

Sejak memiliki En Topit, En Compaq tetap menjadi pujaan hati aku. Tapi berlagak kan? On 2-2 sekali gus. Bukan apa, satu untuk hapdet RAYAP, satu lagi untuk hapdet blog sekolah. Tak payah la nak sign in sign out berkali-kali. Baru lah ada hapdetan untuk blog sekolah..

En Topit (adik) kiri dan En Compaq

Satu untuk hapdet Rayap, satu lagi hapdet Sekebun
Sila jeles sekali lagi.. Terima kaseeyyyy

Monday, October 24, 2011

Permintaan Yang Bukan2 Dari Kakak2ku


Rentetan dari peristiwa cerita sedih yang di sini, mereka telah mensoal aku kes apa yang mensedihkan sangat. Then banyak pulak soklan2 dan permintaan dari mereka untuk melihat sendiri buah hati terbaru aku itu....



Ni la rupa laptop baru itu. Pemberian encik MB Terengganu khas untuk cikgu2 yang ngajor tahun 6 2011. Yang ngajor tahun lepas tapi tak ngajor tahun ni, takleh...heheheh.

Permintaan untuk melihat hadiah ini segera ku hapdetkan..Terimalah

Encik Topit


Brand apa kah? Compaq? HP? Acer?





Top It Uolsssss

Friday, October 21, 2011

Koleksi Agung


Dari kiri Of A Man (Bodyshop), Polo Black, Guess, Armani Mania, Armani Code, Givenchy Play, Playboy. Emporio Armani Diamond, Hugo Boss Bottled, Hugo Boss.

Zaman2 aku mula2 pakai perfume yang berjenama ni masa belajar kat UiTM. Tapi beli pun yang rejek punya. Ni la perfume 1st - Boss Bottled No 6. Sekali beli tahan setahun (dua sem). Rasanya sepanjang duk UiTM nuu aku sempat beli 2 kali kot. Zaman sekolah menengah pakai Dashing je yang Remy Ishak jadi duta tuh. Dah takde rasanya, Dashing kaler merah Macho.


Yes, aku akan pakai satu2 brand sampai ke titisan akhir barulah aku akan cari baru. Nak save budget la katakan. Tapi botolnya sampai sekarang ada lagi.

Polo Black
Aku lupa siapa yang suggest tapi setahu aku perempuan. Haa dah ingat, dia rakan sekerja ngan aku semasa aku masih berkhidmat dengan Telekon Streamyx. Nama dia Hudzma. So setahun aku keje sebagai CSR, inilah fragrance yang aku pakai. So sekarang bila aku pakai semula POLO BLACK ni, aku teringatkan atmosfera di ofis KPV Kelana Jaya. Rindunya aku pada diri aku 4 tahun yang lalu.

Emporio Armani Diamond
2009, aku menjejakkan kaki ke Ipoh. Dapat je tunggakan elaun, aku kuar ngan tecer Dayah. Dia masa tu suggest Diamond neh. Aku terpengaruh gak sebab model dia Josh Hartnett (perasan smat la kunun). So, beli la yang kecik 50ml kot sebab aku beli kat kaunter original punyer. 


So diamond ni citer lain plak.. atmosfera di Maktab Ipoh dan juga SK St Michael 1. 3 bulan di St Michael 1, (ni bukan nama gereja ye) memang sinonim dengan diamond. Bau dia long lasting gak, tapi bila dah abis, aku takde pulak niat nak beli lagi sebab ada lagi yang aku suke.

Boss Hugo Boss
Masa aku belajar kat maktab, one of my fren yang pakai ni. Bau yang nice tapi sebab dia kawan aku dan kawan aku dah pakai, so aku malas la nak beli jugak. Lastly bila dapat posting kat Terengganu, dapat je gaji, ni la benda yang aku 1st beli (xde la 1st, antara yang terawal). So, fragrance ni jadik atmosfera untuk aku di SeKeBuN di awal 2010....




Armani Mania

Masih dalam tahun yang sama, Mania ni aku beli lepas Hugo Boss abes.. Ye, aku akan guna sampai abis baru la aku stat pakai baru. Mania nih pulak atmosfera akhir2 tahun 2010. Antara bau yang kacis la, tapi xterniat nak beli lagi.

Armani Code
Pemberian kakak, masih penuh, tak berapa best untuk idung aku...




Givenchy Play 
Beli kat LCCT masa ke Sabah Ramadan yang lepas. Baunya kacis jugak dan terpengaruh dengan iklan jugak nih sebenarnya. Kalau kira tahun ni la tahun pertama aku beli fragrance tanpa tunggu fragrance lama abes..


Guess...

Aku beli guess sebab terpedaya dengan promoter tuh. Hampeh..Baunya leh tahan. tapi tak terasa nak pakai selalu


Kalau ditanya sekarang aku pakai apa, aku kembali kepada Polo Black. Baru je beli minggu lepas dengan WKH. Huhuhuh...

Thursday, October 20, 2011

Erk....

Hari ni 20 Oktober 2011 (Khamis). Tinggal 4 minggu lagi sesi persekolahan tahun ini akan berakhir.

Bersediakah aku melepaskan mereka?????