Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

Cuti Yang Masih Bersisa

Pernah ke korang menonton wayang dalam masa satu hari dalam dua negeri berbeza? Wa pernah, tahu! Kejadian bermula apabila member gua si Duang V3 ni membuat cadangan untuk menonton Protokol Hantu di Mesra Mall. Untuk pengetahuan anak2 murid sekalian, Mesra Mall terletak di Kemaman dan perjalanan mengambil masa sejam setengah (kalau cara Si Duang yang bawak kete la) dari Kuala Terengganu. Sementelahan pula wa telah didatangi tetamu dari Sabah, en Kaza namanya. Perancangan untuk memprotokol hantu telah berlangsung selama seminggu sebelum wa mendapat gaji. Jadi, walaupun wa ada tetamu si Kaza ni, wa tetap nak turun ke Kemaman jugak sebab modus operandi untuk melayan Protokol Hantu ni sejak sebelum en Kaza datang. Jadi tiada alasan untuk membatalkan niat memprotokol hantu.

Hari yang telah ditetapkan untuk melangsungkan perjalanan ini adalah hari Rabu (21/12/11). So seawal pagi lagi Duang telah menjempot kami di rumah wa la sebab tetamu wa lepak sini.

Wa cek protokol hantu ada showtime kul 1230 ngan 330 je. So, bajet2 bertolak kul 9am tu macam sempat la kot nak sampai sebelum kul 12. Perjalanan kali ni boleh dikatakan diiringi dengan angin kencang dan hujan yang sekali sekala je datang melanda.

Wa memang suka perjalanan ke Barat sebab akan melalui persisiran pantai hampir setiap daerah. So, banyak la pantai2 yang boleh disinggah sebentar untuk diperkenalkan kepada cik Tetamu kita tuh.

Perhentian pertama : Pantai Kelulut. Angin Kuat masa ni. 

Tiba di Kertih (dimana terdapatnya Mesra Mall) lebih kurang jam 12 jugak la. Sebab banyak perhentian tadi. Mujur la orang tak ramai. Destinasi pertama of kos la TGV, walaupun saat itu berlaku kentikan untuk berarak (nok kecing kentik2 dos), masih teruja untuk melihat tingket dahulu. Sekali show hari ni jam 1.10pm. Dan masih banyak kekosonan. Ala, baris kitorang pun ada 4 orang je yang ada, wa, duang, en tetamu dan sorang mamat yang wa rasa dia dtg sorang2 telah duduk bersama2 kitorang yang betul2 di tengah2. Kacis ah. 

Ulasan? Tak payah, korang tengok la sendiri, citer ni tak seram. Nama je citer hantu, wa rasa tertipu. Hahaha.. 

Then, perancangan nak ke Kuantan sebenarnya dibuat dalam masa yang tiba2 je. Jom kite lepak kuantan la kata Mat Duang. Wa pun layan je. Tak kisah sangat. Time ke Kuantan, wa yang drive. Macam siak. Dah la time petang. Jalan kat Chukai yang super jem dengan jalan yang nak kena ubahcuai lagi, terpaksa la wa mensiput semasa mendrive TBB mat duang tersebut.

Masuk Kuantan lebih kurang lepas Maghrib. Tu pun sebab banyak kete. Destinationnya adalah TC aka Teluk Chempedak Jadi Nangka. Nak cari hotel murah. Dapat la jugak hotel yang superkacis. Hotel Annexe kot (dah sama macam nama dewan kat UiTM plak). RM 100 semalam. So shared 3 orang. Ok lah dari xde kan. Bila dah check in, kuar semula mentuju ke MegaMall. Niat nak tengok Puss Dalam Kasut Boot. Layan la kitorang kat sana plak. See, 2movie, 2negeri, 1hari. Kerja gilo. Superkelakar siak citer tersebut.

Lepas movie, balik hotel terus collapse. 

Keesokannya.....
Bersama Mat Duang (penganjur lawatan kali ini) depan hotel sebelum chek-out. (sengaja disalahkan ejaan check itu)


Pagi2 tu pergi meneroka alam ke Pantai Teluk Chempedak goreng dulu. Angin superkuat siak. Terasa sejuk hingga ke pankreas.

Destinasi hari ke 2 pi ke Kuantan Parade. Mengebreakpas di sinun. Sungguh mengembalikan nostalgia sebab Ktn Parade la tempat wa lepak 11 tahun yang lalu. Masa tu kan wa belajar kat Muadzam Shah, so sebelum balik Muadzam, selalu la hangout kat situ. Wa carik gak kedai komik yang selalu wa singgah time dulu2, sbb wa pengumpul Penyiasat Remaja ngan Shin Chan. Sekali wa lost. Lantak la..

Lepas tu perjalanan ke ECM (East Coast Mall) sebab mat duang mencari padini, ada diskon 70% katanya. Hoho, wa memang x terniat nak mencari baju padini pun, setakat gi skolah, perlu ke ber branded bagai kan? Bukannya jumpa client ke apa ke nak smat bagai. Tapi kan.. dah sampai ECM, wa telah diracun rumput oleh mat duang untuk menyambar selai 2 baju padini. Ok, memang berbaloi. Sebab 70% la. Macam Aaron Aziz (kata mat duang dengan niat meracuni aku) SIAKKKKK.

Jalan2 then tak sedar masa merangkak ke petang. Lepas tu terus membalikkan diri ke Terengganu. Sempat singgah ke Cherating. Pantai Cherating SuperChantek Sangat. 

Mat Duang n Kaza



Pic ni konon2nya mat duang sama tinggi la ngan wa, padahal...sila tengok kaki beliau. Menjenjet tu....


Pic ni kemudian diminta supaya tidak nampak kaki. Sebab beliau masih menjenjet


Masih di Cherating


Galaxy Note (orang punya)

Perjalanan diteruskan.. Rantau Abang... Ombak yang sangat besar siak. Time ni dah dekat Maghrib. Atas permintaan tetamu, singgah jugak la sebentar. Yes... ombak superbesar dan wa rasa sangat takut melihat keadaan itu.



Hahaha, mat duang, sori aku snap pic mu sedang menguap.. Sian co-pilot, ngantuk.

Perjalanan diteruskan dan singgah sebentar di pantai kelulut untuk makan malam. Menu utama-ikan bakar, sotong celup tepung. Tapi aku x makan bersungguh2 sebab teringatkan pada WKH, buleh??? hahahah

Saturday, December 17, 2011

Perjalanan Ke Barat

Yes, last week aku telah membawa diri ke Barat (KL dan Selangor). 7 hari berada di Selangor, 4 malam lepak di rumah encik sepupu. Gila super nakhorom hjadoo boring. Bukan sepupu gua yang boring, tetapi sebab gua pergi time hari kerja, terpaksa la wa duk termehek2 sajah di rumah beliau. Sepupu wa keje best, kuar pagi balik malam (tu pun best ke????) Hahahah. Hari pertama wa pose dari makan tengah hari sebab wa tak tau nak carik makan kat area situ. Lepas sepupu wa bagitau selok belok dan straight baru la wa jumpa cara nak carik makan. Hari ke 2 wa jumpa nasik kukus. Pergh.. sedap siot. Hari ke 3 wa sambar 2 bungkus nasik kukus tersebut. Punyalah pelahap. 

Hari ke 2 tak silap wa, wa ada jumpa sorg university mate wa, pompuan, ajak makan. Dia cakap wa hebat jadik cikgu. Apa kejadoonya hebat wa neh. Bila ditanya memang wa layak jadik cikgu. Sebabnya wa berjaya menge'A'kan seorang student wa (WKH). Hahaha... Wa seronok bila anak2 murid wa paham apa yang wa ajar..Nama dia Ada. Setoke blog wa rupanya...

Malam ke 3 pulak wa pergi rumah encik Apisblur. Rumah besar siot. Bersama-sama cik Nuna. Malam tu la baru wa tengok alam selepas 3 hari berkurung kat rumah sepupu wa. Tapi wa lupa nak snap gambar Apisblur dan keluarga.

Tq apisblur..lu memang sahabat sejati wa dunia akhirat, wa cayang lu.. Memang wa rindu lawak2 lu time kita sebilik dulu. Anak apis pun cute..dapat gak jumpa si Maisarah.

Tapi kan wa terkejut satu soklan dari Apisblur, dia tanya apakah kriteria2 untuk menjadi WKH wa. Apa kejadoonya. Apasal ko tanya Apis? Saje, jawab beliau. Hahaha.. aku dah serik. Biarlah WKH last yang paling last... Hahahaha. Ko Pis Stoker jugak blog wa rerupanya....

Sabtu wa kuar dari Sri Damansara straight ke S.Alam amik Nuna wa. Gila banyak benda yang tumbuh sekelip mata. Setahun wa tinggalkan Selangor, dah banyak berubah. Yang penting dan yang best sebab wa kembali ke puncak menara gading (sebab kat sini wa berjaya menggenggam segulung ijazah. Heheh.. rindunya kat bangunan pink ni.... Jalan2 dalam UiTM imbau kenangan lama. Dengan Nuna wa la.. Dulu masa belajar kat sini wa tak pernah pun kenal Nuna wa, alih2 hari ni jadi F wa plak. Dah jodoh insyaallah. Banyak benda yang berubah. Bilik kuliah, dewan kuliah, la ni ada vending machine dah (dulu xde lagi). Pastu wifi setiap pelusuk dapat. Nakhorom betul. Tapi apa pun biar pun wa tak jadi engineer.. sebab wa dapat ijazah kat sini la wa layak apply KPLI. Thanks a lot... 



Menara ni bilik pensyarah. Kan best cikgu ada bilik memasing..



Sepanjang hari minggu wa tukar tempat lojing. Sepupu wa ada program so wa lojing la rumah kakak angkat wa (langsung dah jadi kakak angkat kan???) rumah kak Aini macam hotel la plak kan bleh di lojing bagai. Kak Aini adalah kakak se-KPLI dengan wa 2 tahun yang lalu. Kini mengajar di SK Sri Damansara (berapa ek?).  Setahun lalu wa datang beliau berbadan 2, kini beliaa berbadan ramping sebab yang 2 tu dah keluar. Macam siak plak sbb laki beliau sudah berjaya menyambar seko PS3 baru, ni yang wa jeles. Tahun lepas ada Wii je, uiii jeles siot.... Pulak tuh kereta pun dah tukar. Pakai Honda Civic. Banyak betul perkara yang menjeleskan wa. Tapi apa pun buat Encik Rahmat, Puan Aini, Qn1 ngan Qn2.. Tq for the hospitalities. Nasik goreng akak sedap sangat....


Dari kiri Qn2, Pn Aini, Qn1 dan wa yang muka macam ngantuk gile. Tukang amik gambar adalah Encik Suami...

Setakat itu sahaja la perjalanan wa ke barat. Siang2 hari wa bersama Nuna cari barang2 skit. Kan tengah YES ni.. ooo Wa ada satu n3 pasal Ombak Jahat. Nanti la wa stori, maybe n3 lain

Thursday, November 3, 2011

Merapu Lagi

Permulaan tak reti nak start. Aku bukan bukan blogger yang berkata2 puitis bagai seperti semua guru BM. Bahasa aku sempoi dan kadang2 mengarut lebih banyak dari isi. Cerita hari Khamis 3 November 2011. Genap 5 hari aku kawal segala pergerakan aku, memerhatikan dari jauh, gerak geri wajah yang aku akan kehilangan. Aku semakin kehilangan mereka, setidak2nya aku mengelak dari mendekati mereka, biarlah kenangan hari2 terakhir di SKBN buat mereka adalah sesuatu yang tidak perlu diingati.

Apa motif semua Budak Hati Dingin? Hahaha, ada jugak yang tanya, ada juga yang dah tahu. Yer, recently memang dah takde langsung N3 pasal Megat, semua orang boring menjenguk Rayap kerana hanya dipenuhi dengan Megat/WKH/Amirul je. Minggu lepas pun ada kes tapi aku xmahu lagi memalukan dia dengan menceritakan di sini. Dah banyak sangat air mata dia yang mengalir sejak menjadi WKH aku. Kini biarlah dia pergi dengan tenang (bukan pergi mati yer). Aku tengok dia beriya-iya nak melarikan diri dari aku, so apa aku buleh buat. Bila aku marah bertubi2 pun, last2 aku lak kena marah. Yes!! Ada sorang ustazah marah kat aku tentang apa yang telah aku buat. Biasalah, cikgu yang tak matang lagi. Baru 2 batch yang jumpa. Banyak batch lagi akan aku lalui, tapi bila dah usia makin meningkat, tak akan berlaku lagi kes2 macam sekarang kan?? Rasanya....

Aku ada berura2 nak tukar Rayap aku kepada url baru, tapi bila dipikirkan RYP tu dah jadi macam trademark aku sendiri, jadi aku hold dulu proses penukaran itu. Sebab tu muncul BHD (berhad???)

Oklah, hari ni Khamis 3Nov2011, seminggu yang lalu (maybe kali terakhir) aku kuar dengan Megat. Pastu aku ada cakap nak ajak gi Pikom PC Fair minggu depan which is hari ni. Dia kata ok. Tapi belum sampai hari ni, dia buat perangai lagi. So, itulah motif sebenar BHD, aku target seminggu membiarkan dia lari sebab aku janji aku tak akan kejar dia lagi. Walaupun aku rindu nak menghampiri beliau tapi aku paksa diri aku sendiri apabila teringatkan keceluparan kata2 dia masa dia marah/protes/bengang pada aku dulu. Ok full stop.

Jam 12 aku janji untuk melihat rumah sewa dengan tuan rumah. Pastu nak trus shoot ke Pikom PC Fair, dan kali ni aku janji nak bawak Lukman. So, kul 12 terus aku kuar dari sekolah sekali dengan Lukman. Agak gila sebab bawak kuar budak bukan pada waktunya (mean masih waktu persekolahan). Alhamdulillah semua selamat. Tapi dengan Sopi pun aku ada janji gak.

Pergi PC Fair dengan niat nak cari ext hardisk je. Sekali beli skin laptop (sebab nak cover perkataan Top It) tuh la.

Antara barang yang dibeli - ext hardisk , skin laptop trasnformers dan mousepad. Top It ngan printer tuh sedia ada.

Wajah sebelum di skin kan


Wajah Top It sekarang, atau name baru Si Tensfomes

Nak cerita pasal Lukman ngan Sopi. Time kuar dengan diorang aku happy je. Tapi lagi happy kalo Megat ada. Megat lagi? Kadang2 tu aku tersasul nama Megat then aku buat2 marah diri aku pasal sebut nama dia. Kadang2 si Sopi pun ada sebut nama Megat then dia mintak maaf kalau buat aku tersinggung (sebab sebut nama Megat). Aku tak cakap apa pun. Megat is Megat, Sop is Sopi n Lukman is Lukman. Lepas tuh gi lepak pantai. Tu pun sebab si Lukman yang beriya2 nak pergi. Kan senang, aku just ask nak gi mana? Gi pantai sir, boleh? Jom..


Sepanjang kat pantai aku tengok diorang 2 org sungguh super excited. Heran gak aku. Wpun hujan rintik2, diorang tetap nak turun main pantai. Macam siak. Bila aku tengok diorang bergelak2an, aku sedikit terhibur. Lumrah, budak2 sukakan air. Dalam masa yang sama aku terkenangkan Megat. Aku rindu sangat kat Megat. Tapi aku cuba untuk menafikan yang aku bawak diorang ni semata2 kerana perubahan Megat,Tapi kerana mereka memang kacis dengan aku.

Monday, October 17, 2011

Sesi Release Tension


Last week punya story lagi.. Motif nak post secara pukal malam nih. Minggu lepas adalah minggu yang berat untuk aku lalui. Seperti sedia maklum aku dibebani dengan tugas2 sepanjang Perkhemahan dan juga dibebani dengan pertanyaan perubahan sikap Kuali aku (stat panggil kuali lah pulak lepas ni, kenapa kuali? Sila klik nama kuali itu). Jadi dengan bebanan yang berat difikirkan, aku harus melepaskannya pergi (lepaskan bebanan la). 3 hari 2 malam perkhemahan, mereka inilah yang menjadi peneman aku (kadang2 peneman buat sakit ati pun ada jugak)

Ini Lukman 
Ini Izzhadi
Satu pepatah cliche yang selalu orang sebut - Jangan suka sangat kat orang yang kita suka, mana tahu akan membenci, jangan benci sangat kat orang yang kita benci, mana tau kot tersuke...

Dua dua eko nih, aku xdelah benci dan xdela suka, tapi mereka datang kat aku sebab mereka lah yang paling banyak kena SLL (esp Izzhadi). Lukman tuh rasanya jarang la kena SLL, just kena BEBEL ada la sekali sekala. Izzhadi memang hebat dalam menyampuk. Kadang2 sampukan dia tuh buat cikgu2 lain sakit ati. Tapi bila cikgu2 lain citer perangai Adi, aku macam tak percaya. Tak pernah pulak dia menyampuk time aku ngajar. Aku ingatkan setiap kali aku SLL ke, BEBEL ke, Adi semakin menjauh (macam Kuali), tapi setakat ni Adi takde plak dia dendam ngan aku.


Lukman? Kebaikannya aku rasa diwarisi dari sikap ayahnya sendiri. Aku kenal ayah dia, aku tak kenal mak dia sebab time aku gi rumah Lukman ni si maknya takde kat rumah. Tahun ni boleh dikatakan aku akrab dengan ramai budak tahun 6 yang lelaki kalau nak dibandingkan dengan calon2 tahun lepas. Tengok la tahun depan macam mana, apakah diorang masih sudi meng kontek aku....




Sesi me'release'kan tension ni sebab aku ada janji dengan depa 2 orang nak belanja makan sebab jadi peneman bercerita aku sepanjang berkhemah. Lepak kat khemah aku, tolong aku, banyak jugak la keja2 yang depa tulon. Masa tuh memang aku nak kalau boleh Kuali pun ada sekali, tapi apakan daya Kuali sedang menyombongkan diri dengan aku. Memang time ni aku tengah duk kaji pasai apa Kuali protes banyak perkara kalau ada kaitan dengan aku..

Lastly... 3-3 aku sayang. Baik Kuali, Lukman atau Izzhadi. Tapi Kuali Hangit sorang dah la (WKH)


P/S : Aku baru je selesai kursus kahwin. Hahahaha

Saturday, September 24, 2011

Perjimbaan Ke Gambang 2011


Wah.. Gambang again!!! Sekali lagi trip main-main air untuk bebudak tahun 6 Sekebun 2011. Dan sekali lagi juga aku mengikut serta trip kali ini. Mulanya ada ura2 nama aku hendak digugurkan oleh orang yang berpangkat lebih tinggi dari aku, tapi mujurlah pengarah program ini mem'backing' aku. Thanks ustazah...

Trip kali ini memang havoc, sebab guru2 yang pergi sahaja dah dekat 10 orang.
1. GB
2.GPK 1
3.AKU (motif aku duk tangga ke 3??)
4. Ustzh Azyan
5. Ustz Muda
6. Cgu Halim
7. Cgu Nasri
8. Cikgu Salmi
9. Tecer Izza
10. Cgu Zamli
kendian ada 2 orang lagi Pengerusi PIBG ngan Timb Pengerusi PIBG pun ikut sekali

So, dah 12 orang dewasa kat situ, so tingglah 28 tempat je lagi untuk bebudak. Tak termasuk anak2 cgu yang sengaja bawak yang xdak dalam list tempat duduk tuh.

Atas kiri = Ustaz Muda dan Cikgu Salmi (Salmi is a HE ye)
Atas kanan = GB dengan anak beliau
Bawah kiri = GPK 1 dengan anak beliau
Bawah kanan = Cgu Zamli dan Cgu Nasri

Perjalanan kali ini bermula seawal jam 730 pagi. Ye la nak mentunggu orang2 besar ni memang terpaksa la. Kalo aku, 630 dah gerak, dalam 650 dah sampai sekolah. Punya la semangat kan? Kejadian yg buat aku hot temper pagi tu ialah kes si Amirul tercicir wallet sebelum bas gerak. Mensarsi (instead of menyirap) je bila aku dengar. Tapi aku memang tak sampai hati nak marah bila terpandangkan wajah dia yang redup je mengenangkan duitnya yang hilang.

Pagi tu kalau awal2 bagi aku pegang wallet kan senang. Ini dah la duit berpuluh riyal kat dalam tu. Trip pun rasa hambar je bila duit dah tarak. BTW kedudukan aku dalam bas adalah seat paling belakang. Seat yang aku tak suka sebab belakang sekali tak leh turun kerusi. Tapi itu harga yang aku kena bayar sebab si budak Amirul yang pilih. Yer.. aku duduk dengan budak Wajah Kesayangan Hamba.

Perhentian yang pertama ialah tandas kat Bukit Besi. Bukan apa, ada kes budak nak berak (sape lagi kalo bukan si WKH). Alang2 stop ramai je bebudak yang menturunkan diri sendiri. Kebetulan pulak dekat toilet tu ada playground.

Aku dan cikgu Salmi (Salmi is a HE).

Tepat jam 1145 pagi, bas mula memasuki kawasan Gambang Waterpark. Gambar feberet nak menunjukkan yang kami pernah sampai kat sini.



Masuk je ke dalam, terus bedecum decum (macam tu ke bunyi masuk dalam air) ke dalam air. Kali ini aku sempat rembat sebiji pelampung dari bebudak, so takyah la aku kuar duit sewa sendiri macam kat Bukit Merah ari tuh.


Koya sungguh aku

Ni sebenarnya aku tengah buang air..hehehe (for real)


Asyik menulis tentang trip kali ini aku dah lupa tentang anak murid aku yang seorang ni. Dah la n3 khas pasal dia pun tak ber'continued' lagi (saat n3 ini ditulis). Sian dia, kawan baik dia tak ikut, so terpaksa la dia ikut ke mana aku pergi. Orang lain tak heran sangat pun kalo lihat si WKH aku ni asyik berkepit je dengan aku. Naik glider dia ikut, main ombak dia ikut. Masuk terowong pun dia ikut. Aku sebenarnya risau kalau2 dia rasa aku kongkong dia, ye lah, aku dah cakap dia leh ikut kawan2 dia mane2 pun. Sebab for sure aku leh masuk dengan sesape saje yang ada di sekeliling. But he still there, menjaga amanah pelampung yang dibawa ke mana2.

Perkataan WKH pun dia tak tau lagi maksudnya apa. Kalau aku tanya dia akan jawab "Waris Keturunan Hensem". Hohoh.. Teringat pula former WKH (ada plak former2 nih) Dulu WKH aku ialah si Fairul Hisham, budak cengeng, suke nangis tapi kiut. Ada satu saat dia sendiri yang membahasakan diri dia as WKH. Contohnya 1st time dia sms aku pastu diikuti dengan nama Hisham. Aku tanya Hisham mana, dia reply Hisham WKH. Hahahah.... sekarang ni apa citer pun xtau la. Maybe the same thing will happen to Amirul next year.

Seronak2 mandi, main glider 3 kali aku terasa mual. Rupanya perut aku kosong. Ye lah, xsempat nak sarap kat rumah. Kat sekolah pulak aku takut sakit perut dalam perjalanan. So, aku dengan tak malunya mendahului orang lain memakan bekal yang ada dan disimpan sikit untuk makan pada waktunya. Hehe.. Waktunya tiba apabila jam menunjukkan ke angka 1.00 pm. Masa makan...




Aktiviti air disambung semula


Ada orang perasan yang ini adalah WKH-to-be yang pernah aku canangkan pada awal tahun 2011. Masa tu aku senang dengan sikap budak ni yang happy sokmo. Siapakah yang perasan itu? Nantikan di penghujung cerita ini.

Dah time nak balik......
WKH aku lebih macho kot dari aku yang dah kertu ini

Perjalanan diteruskan menuju ke East Coast Mall Kuantan. Sempat meng 'sms' salah seorang rakan SeKPLIan dulu yang kini bertugas di Pahang. So dipendekkan cerita, berlakulah sesi reunion di sini. Beliau la yang perasan WKH-to-be aku bukan lagi WKH skrg... Hahaha..


Kenapa budak Amirul ini bersama aku? Kan dia hilang duit. Pastu dia tak tau nak makan apa. So aku mengofferkan beliau untuk ikut aku (Amirul sahaja, orang lain aku siap warning awal2 jangan ikut aku - Super PILIH KASIH kan????) Lantakla orang nak cakap apa. Ada orang cakap student kesayangan, ada jugak cikgu Salmi sound member kacip. Hahaha... Sebaik sesi pertemuan aku dengan kawan seKPLIan aku itu, aku telah mengoffer duit kepada Amirul untuk ikut kawan2 dia berjalan sekali. (Aku nak halau Amirul sebab kacau je aku nak date dengan kawan aku) Sekali Amirul tolak. Dia nak ikut aku..(Dalam hati hampeh ko kacau daun) tapi bila kenangkan dia memang xde duit, aku biar la dia folo... Langkah kanan betul dia sebab si kawan seKPLIan aku tu telah sudi menghabiskan wang ringgit untuk kami berdua menikmati Chunky Loaded yang tak berapa nak loaded.

Terima kasih Teacher Nani sebab sudi meluangkan masa bersama kami.

Teacher Nani mengajar di SK Maulana. Pernah bergedumbek bersama2 dahulu selain disertai oleh Puan Bintang. Rasanya aku kacip dengan dua orang akak ini lah.

Lepas makan, teacher Nani mentinggalkan aku dan Amirul merayau di East Coast Mall. Tak best
sangat la ECM ni. Tapi dekat 5 rat gak aku habis. Beli Transformers baru 2 ekor, baju JM 2 lai dan juga selai jaket. Hahaha.. Si Amirul pandang je bila tengok aku berbelanja.

Dekat jam 9.15 malam si Amirul pulak ingin memerut. So, aku bagi la dia memerut seketika. Selesai memerut, satu lagi permintaan si budak WKH ni, nak makan KFC (tapau). Hampesh.. So, tapau la aku snek plate. Jam 9.28, (janji 9.30 kat bas). Hphone aku berbunyi, Cgu Nasri yang call. Ala.. sekejap la...

Kemudian Cgu Zamli plak call... cepat sikit, semua orang dah kat dalam bas..

Lastly, Cgu Halim pulak!!! Bas dah masuk gear 1 neh!! Kata beliau...

Adusss.. glamernya aku masa naik bas. Semua orang pandang kat aku dan barang2 yang aku pegang especially robot transformer yang 2 ekor tu besar gedabak. Mujur la beg Parkson warna gelap. Bagi aku biarlah malu masa naik bas sebab si WKH berak, dari malu nak stop bas dalam perjalanan sebab nak turun berak (kata2 ni aku petik dari sms kawan aku).

Itu la last time aku bersama2 anak2 didik aku yang bakal tinggalkan aku nanti. Esp WKH Amirul. Perangai dia sepanjang berada di Gambang membuatkan aku susah nak lepaskan dia nanti (eleh, mcm WKH tahun lepas gak, last2 ko dilupakan, buat penat je bagi kasih sayang). Hahahah

Sunday, July 24, 2011

Akele Hum Akele Tum


Mode updet n3 2 minggu lepas

Ko 2minggu lepas adalah Persatuan dan Kelab. Kalo kira aku ni Uniform, dah tak pegang mana2 persatuan. Tapi memandangkan aku xde keje, jadi aku mengofferkan diri untuk mengikuti piknik di Lata Apa Nama Ntah dekat area sekolah aku. Bebudak pegi pun just dengan beskal. Seramai 57 orang mempergi.

Tajuk hindi bermaksud - Aku Sorang Ko Sorang. Memandangkan masing2 jauh, (dia kat SHAH ALAM) so aku kat sini menyibukkan diri bersama2 anak2 kesayangan aku semua.

Taklimat sebelum bertolak oleh Ustazah Azyan

Mendengar taklimat dengan khusyuknya...

Mula bergerak

Baru je sampai terus kecebus kecebus (maaf gambar dalam perjalanan tidak sempat di snap kerana sibuk menjaga lalu lintas)

Pose-pose sebelum masuk dalam water
Acara memberi ikan makan (ikan-bebudak ini, orang yang memberi makan- Cikgu Hatijah)





Rasanya ni la kawasan yang paling dalam untuk aku, kalau berdiri tegak, ada la sampai paras peha...

Sedang mengoratkah? Hehe, 2 orang students aku yang paling kacip dengan aku tahun 6

WKH Tak Jadi - Amirul

Bersiap2 nak pulang

Boleh dikatakan perjalanan kali ini ialah perjalanan murid2 membawa guru ke Lata tersebut, sebab bagi guru2 yang ikut sekali, ini lah kali pertama kitorang pegi (termasuk aku) sedangkan tempat tu dah jadi tempat bermain bebudak ini. Not bad la... just for fun. Nak lebih2 tunggu lepas exam.. Kita ke Gambang lagi sekali...

P/s - Kadang2 inilah untungnya mengajar tahun 6. Kebanyakan orang mengelak sebab banyak kena korbankan masa demi mereka, dengan kelas tambahan, kelas malam, hari cuti pun kena luangkan masa demi diorang.. Dan benda2 ni semua akan continuous selagi khidmat aku kepada tahun 6 masih diperlukan. Dan yang paling tamcing (touching) ialah aku semakin kamceng dengan depa. Berbanding dengan kelas sendiri (panjang pulak p/s aku ni). Sebab tu muka aku asyik ada je dalam setiap program tahun 6. Kalo ada orang nak argue pun, sedar2 la diri sikit. Ko tak ngaja tahun 6...