Saturday, November 19, 2011

Senyum Dalam Tangisan

Kenapa tiap kali Allah turunkan hujan, diiringi dengan guruh yang berdentum, petir dan kilat sabung menyabung. Dan saat itu kita mengeluh. Tidak dapat meneruskan langkah kerana hujan menghalang perjalanan kita, tidak dapat mengeringkan pakaian kerana matahari bersembunyi di sebalik awan. Tidak dapat menjalankan aktiviti yang bisa memuaskan hati kita kerana keadaan tidak mengizinkan. Hujan yang turun begitu dibenci, sehinggakan keluhan demi keluhan meniti di setiap bibir. Namun kita tidak tahu, Dia menghadiahkan kita dengan pelangi yang indah. Biarpun pelangi yang muncul seketika cuma, namun saat yang terlampir itulah bisa menghilangkan segala keluhan di hati.

Setiap kali kita terdengar ayat-ayat bahawa sangatlah tidak elok apabila ada perasaan pilih kasih dalam bidang yang aku ceburi sekarang. Aku tak tau samada aku ini seorang yang memilih kasih atau memberi perhatian yang lebih? Memang la sebagai pendidik, tidak harus wujud perasaan pilih kasih kerana ianya hanya membuatkan kita tidak adil kepada yang lain. Bila berlaku tiada keadilan bermakna, aku telah bertindak kejam. Kejam membawa maksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Habis tu di manakah tempatnya???

Dua mukaddimah untuk aku meneruskan bait-bait ayat n3 yang sudah lama bersarang di minda aku ini tapi masih ditahan-tahan dari terus menari-narikan jari menaip baris ayat yang aku sendiri tidak pandai menyusun kata. 

Mukaddimah yang pertama.... Dua minggu terakhir untuk melengkapkan hari persekolahan sesi 2011 bagaikan satu tempoh kesengsaraan yang paling maksima bagi aku. Kesabaran diuji apabila pelbagai perkara yang pernah dilakukan oleh beliau diaktifkan semula untuk menguji aku. Satu perkara yang aku tidak dapat nak selesaikan sendiri apabila sudah melibatkan kes jenayah kecil yang aku rasa tak perlulah aku utarakan di sini. Cukuplah sekadar aku tau perkara sebenar.

Menuju hari2 terakhir persekolahan kurasakan terlalu panjang. Lebih-lebih lagi dengan sikap Amirul yang semakin membeku sejuk. Aku dipandangnya dengan penuh tanda tanya. Kadang2 sikap menjauhkan diri beliau menjadikan aku sangat sakit hati, memikirkan apakah salah aku, rindukan sikap mesra yang pernah beliau tonjolkan. Pandangan mata yang selalu diangkat setiap kali aku membalas renungannya rupa-rupanya tersimpan sebuah kisah rasa bersalah dalam dirinya.

Setiap hari aku bangkit dari tidur berharapkan semoga hari ini cepat berlalu, aku sudah serik berhadapan dengan beliau. Namun jauh di sudut hati aku juga berharap masih ada masa untuk menghabiskan sisa-sisa tirai penghujung sesi 2011 ini.

Ya...Ayat2 di atas adalah sangat tidak paham oleh diri aku sendiri. Apa kata kita terus masuk ke situasi sebenar dengan gaya penceritaan yang biasa aku buat. Ok x?

Ok, ada satu n3 pasal 11.11.11 yang hari paling sedih di dunia tu kan? Memang melibatkan Amirul. Melibatkan sekolah, melibatkan tatatertib. Tapi biarlah benda itu habis di sini kerana aku sendiri sudah selesai menguruskannya. Tapi sepanjang penyiasatan di lakukan, hari2 sebelum aku soal siat, memang aku stress, kadang2 tak percaya Amirul boleh buat semua benda tu. Aku cuba memujuk diri sendiri mengatakan semua benda yang aku dengar adalah fitnah.

Lain pula halnya apabila aku menyoal tuan badan sendiri. Ahad, 14 Nov 2011, 2jam aku berbicara dari hati ke hati, bertanyakan kebenaran khabaran tersebut. Ternyata segalanya benar. Memang beliau yang melakukannya. Sedih yang amat sangat aku rasa time tu. Just aku ucap terima kasih sebab dia berterus terang pada aku dan tidak berselindung dari mana2 awan lagi. 2jam perbualan singkat kami memang mengundang air mata dari beliau. Itu lah last time aku lihat beliau berkeadaan sedemikian.

Of kos la dah lepas nangis2 bagai, takkan beliau nak datang bermanja2 dengan aku lagi keesokan harinya. Sudah tentu lah kelibat beliau pun tidak kelihatan. So, aku sendiri dah janji, aku akan lepaskan dia perlahan-lahan. Kalau dia yang nak lari, aku tak akan kejar.

Tiba hari nya. 17 Nov 2011...

Kalau setahun yang lalu, (aku pun dah lupa tarikh pengumuman bila, google jap) ha.. 11 November 2010, sehari sebelum tarikh pengumuman, memang aku takleh tdo. Dari petang sampai ke malam aku duk bermesej2an dengan kak Zan (sorang cgu Math tahun lepas, tahun ni dia tak ngajar yr 6), memang risau teramat sangat. Yelah, tahun lepas batch pertama. Tiada sorang murid target tapi aku nak ada yang lulus. WKH 2010 pun aku tak target. Alhamdulillah, tahun lepas 4 orang kelas aku lulus dalam Bahasa Inggeris. Pencapaian tertinggi ialah Dan Suria yang mendapat B untuk BI tahun lepas. Lain2 seperti Nisa, Shima dan Ain aku terpaksa berpuas hati dengan C masing-masing.

Tahun ini harapan aku tinggi. Aku meletakkan 7 orang calon lulus aku yang aku gelarkan sebagai M7 (magnificient 7). So selalunya bila time ujian2 selaras, yang selalu lulus ialah mereka semua kecuali Nathassa dan Shahira. Takpelah, target aku lebih 3 orang tahun ni.


Aini, Ain, Luqman, Amirul, Izzhadi, Shahira, Nathassa

Berbalik kepada malam sehari sebelum keputusan UPSR, aku tiada perasaan apa-apa. Mungkin gundah itu wujud tetapi tidak segundah tahun yang lalu. Mungkin kerana tahun ini aku memiliki tahap keyakinan yang tinggi terhadap mereka.

Pagi 17 November 2011, macam biasa hari terakhir persekolahan bakal aku lalui jugak. Pagi itu aku mensetelkan beberapa perkara yang belum selesai disetelkan, berkaitan dengan register kedatangan, buku rekod pelajar, dan buku rekod harian. Fail2 pelajar aku susun semula mengikut kelas mereka tahun depan. Aku banyak menghabiskan masa di bilik guru berbanding menjejakki ke kelas bertemu anak2 aku buat kali terakhir.

Jam 10.00 pagi henset ku berdering. Satu nombor yang asing bagiku tertera di skrin telefon. Antara rasa mahu dengan tidak aku akhirnya menekan butang hijau. Satu suara yang asing menerpa di hujung corong telingaku.

"Ini mak Amirul..." satuu ayat yang membuatkan aku rasa lega.

"Oh, makcik, apa yang boleh saya tolong?"

"Keputusan dan tahu ke belum?"

"Belum la makcik, Gubesau belum balik"

"Nanti dah tau kontek makcik ye..."

Talian diputuskan selepas aku berjanji akan menghubunginya. Hati aku bertambah gusar apabila semakin banyak sms masuk yang bertanyakan tentang keputusan sekolah aku dari kawan2 sekolah lain. Lebih perit apabila mendapat tahu sekolah-sekolah jiran mula melahirkan belas-belas calon yang mendapat 5A. Antaranya SK Bukit Wan dan SK Bukit Chempaka. Sedangkan sekolah itu lebih pendalaman berbanding Sekebun aku ni.

Puan Zaitom memasuki bilik guru dengan wajah penuh tanda tanya dan membuatkan orang yang memandangnya juga akan menjadi tanda tanya. Dia tidak menjawab soalan2 yang diajukan sebaliknya berbisik2 dengan Cikgu Halim. Aku tidak berniat untuk mengambil tahu tetapi aku terlihat akan jari cikgu Halim menunjukkan angka 3. Aku dapat agak, 3 orang je 5A tahun ni. Tahun lepas 4 orang, tahun ni 3. Okey la kot. Tapi aku sedikitpun tidak berminat dengan diorang. Yang aku nak tahu berapa orang kelas aku yang lulus, dan yang penting, keputusan Amirul.

Kali ini Pn Zaitom memasuki bilik guru dengan slip keputusan UPSR di tangan. Perkataan 3 orang je sudah mula meniti ke bibir-bibir guru yang berada di dalam bilik guru. Nama2 yang diumumkan juga sangat mengejut mereka. Apatah lagi 3 orang yang mendapat 5A itu tidak termasuk salah seorang yang selalu mendapat 5A apabila ujian2 yang lepas. Aku tak berminat lagi.

Antara surprise dengan tahu terlebih dahulu, aku masih berkira2 untuk menghampiri meja depan yang mula dikerumuni oleh guru2 lain. Aku nak tahu secara kejutan atau aku tahu sekarang. Kejutan bermakna aku nak let Amirul tahu dulu then baru aku tahu. Tapi naluri aku tidak kuat untuk melawan diri dari tidak mengambil tahu.

Mula-mula Pn Zaitom mengeluarkan analisa. Mata aku tertumpu pada Bahasa Inggeris dan angka 4 pada bawah kumpulan A. Bermakna hanya 4 orang calon sahaja yang mendapat A dalam bahasa Inggeris tahun ini. Kurang seorang dari tahun lepas. So aku dah dapat agak, 3 orang yang dapat 5A itu dan seorang lagi yang bertuah mendapat A dalam bahasa Inggeris.

Slip yang panjang berjela2 itu aku terus membelek2 bahagian atas kerana aku tahu kedudukan Amirul adalah 5 yang  pertama. Mata aku tak berkelip melihat susunan A yang berderet ke bawah diapit oleh B di bahagian atas dan bawah.

Satu je kalimat yang terpacul di mulut aku saat itu

"Amirul dapat A dalam subjek aku????"


Saat itu aku dapat rasakan ada empangan jernih mengalir di kelopak mataku. Aku tahu semua guru mendengar kata2 aku dan turut faham perasaan aku tatkala ini. Tiba2 sahaja nama Amirul menjadi popular, apatah lagi Amirul yang dari kelas belakang, mendapat A dalam subjek killer ini. Maknanya Amirul la orang yang keempat mendapat A dalam Bahasa Inggeris. Yes I know everybody is looking at me. Lantakla diorang nampak aku menangis pun. Aku sekadar expresskan perasaan aku.

Aku meraup wajah dengan kedua belah tangan. Sungguh aku bersyukur padaMU Ya Allah. Kau terbitkan jua pelangi indah selepas berminggu2 redup yang panjang. Ya Allah, syukurnya aku dengan pengkhabaran ini. Aku terus kembali ke tempat duduk aku tapi dudukku menjadi tidak menentu. Antara hendak dan tidak ku khabarkan pada makcik si ibu Amirul. Apatah lagi sudah ku alunkan kalimat janji tadi.

Lantas aku keluar dari bilik guru, kucapai henset lalu menekan butang call. Khabaran itu langsung kusampaikan kepada mereka yang agak terkejut dengan keputusan itu. Dapat ku dengar suara kakaknya yang terkejut gembira mendengar Amirul beroleh A untuk BI. Keputusan itu sudah tersebar tetapi tuan empunya badan masih belum mengetahuinya.

Jam 11.30 pagi, kelihatan calon2 UPSR 2011 mula berkumpul di kantin. Ucapan alu2an dari guru besar sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi pelajar2 ini. Aku duduk jauh di belakang dewan memerhatikan satu persatu nama pelajar yang dipanggil menerima slip mereka.

Saat nama beliau dipanggil oleh cikgu Salmi, sekali lagi cikgu Salmi membuat kenyataan bahawa satu calon kejutan yang mendapat A dalam BI adalah adik angkat sir. Dia memanggil nama Amirul dan aku dapat lihat kejutan diwajahnya tatkala menatap slip keputusan tersebut.

Aku kini puas. Aku kini bahagia. Walaupun sedih hari ini adalah hari terakhir beliau sebagai anak murid SKBN, aku bahagia kerana perginya Amirul bersama satu kejayaan bagi aku memperoleh A dalam BI. Mungkin ini sejarah untuk aku apatah lagi beliau satu2nya pelajar lelaki yang mendapat A untuk BI. Dan beliau adalah dari kelas belakang.

Selesai penyerahan slip, aku menghampiri beliau, aku mengucapkan tahniah dan beliau berterima kasih kepada aku. Sekali lagi aku menarik beliau keluar dan menyerahkan sebuah kotak kecil kepada beliau. Aku tahu hadiah ini berbaloi dengan apa yang telah beliau ciptakan. Dia menjerit riang melihat perkataan CASIO di tengah2 kotak. Lantas dia memeluk aku, mungkin pelukan yang terakhir.

Kalaulah salah aku kerana pilih kasih, rasanya perkataan itu tidak sesuai untuk aku. Sepanjang beliau menjadi anak murid aku, tidak pernah sekali pun aku memberi markah yang tinggi apatah lagi A. Aku adili seadil-adilnya. Malas aku terkenal dengan sikap kedekut memberi markah. Jadi bagi aku, aku tak pilih kasih, cuma aku memberi perhatian yang lebih kepada beliau.

Berakhir sudah episod suka duka WKH / Amirul bersama aku pada tahun ini. Ending yang bahagia. Ending yang tidak pernah aku sangka kan. Amirul adalah satu watak yang singgah seketika pada perjalanan hidup aku yang masih belum berpenghujung. Begitu juga dengan beliau. Aku adalah satu persinggahan dalam beliau mendaki cita-cita beliau. Terima kasih untuk kasih sayang ini yang mungkin sukar untuk aku lupakan. Perjalanan ini mungkin singkat tetapi kesannya adalah sampai bila-bila.





Gambar terakhir disnap bersama aku pada hari keputusan dikeluarkan



Kotak hitam di tangan beliau digenggam kemas bagai tidak mahu dilepaskan



Ucapan yang boleh dilagakkan...Harap minat beliau dalam subjek killer ini akan terus bertambah..

6 comments:

anis..Lie said...

kau memang pendidik la Maz.

Don Daughter's said...

TERHARU. GURU YANG CEMERLANG. INSYAALLAH

whitelilies island said...

waaahhh hebatnyaaaaa... sir hebat student pun hebat.. nnt mu ajar ank aku pulok deh :D

Mr M said...

Anis lie..ni anis ke lie yg komen? heheh.. syaz..tq

tQa - insyaallah sama2 cemerlang dalam bidang memasing

Lilies - no hal la... sape bapaknya? aku nak kenal neh

Kumbang Jingga said...

ajaq subject english??giler hebat..kagum dgn org melayu yg mengajaq english..

Mr M said...

Ala encik Kumbang, apa la sangat. Bukan Bi sek menengah ke atau maktab atau U. Best apa bahasa inggeris...huhuh.

Post a Comment