Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Saturday, May 11, 2013

Kem Sinar La Pulak

Task seterusnya... Bulan April memang bulan paling BZ yang pernah wa lalui. Kem Sinar ni khas untuk pelajar2 tahun 5 dan 6. Dua tahun lepas ada buat, batch Amirul, tapi batch WKH Hafizam tidak dibuat.

Task kali ni agak superletihs... wa jadik Timbalan Kem Komandan. Tapi semua kerja dilakukan oleh Cikgu Salmi. Kira Cikgu Salmi lah Kem Komandan. Kem Sinar ni more to motivation kem. Semuanya adalah demi mensedarkan anak2 murid wa betapa cepatnya masa berlalu. 

Barisan peserta dibahagi mengikut kumpulan.

Pembentangan kumpulan


Khusyuknye mendengar pembentangan...

Kem bermula seawal jam 8 pagi. Dan berakhir hampir jam 12 tengah malam. So malamnya diadakan majlis solat hajat dan bacaan Yassin bersama parents..



Sebagai guru kelas 6 AG, wa terpaksa menunjukkan muka.

Lepas bacaan Yasin dan solat hajat dan solat Isyak, diadakan pula majlis muhasabah diri bersama ibu bapa. Majlis muhasabah ni biasalah, akan diselangi dengan tangisan mereka yang sedu sedan gituh....
Wajah sebelum di muhasabahkan

Dan nampak nak nangis tuuu



Anak murid wa yang paling lantang bersuara... Sedih jugak akhirnya...

Okey... dah abis kem Sinar... Alhamdulillah... Dah ilang penat. Ntah apa lagi yang sedang menanti wa pun x tau la......

Action Song Yayasan Diraja Sultan Mizan

Dekat PRU ni wa semakin relaks.. Yelah, wa bukan terlibat pun dengan PRU.. Tapi time wa tulis ni wa memang kira rileks jugak la.. Pastu wa terlibat lak dengan Action song untuk tahap 1 dan 2. Lagu telah dipilih oleh ketua panitia BI iaitu Kak Sham, kendian wa ditugaskan bahagian mencari minus one dan mengedit lagu. Pastu dengan pertolongan tecer Izza dan Tecer Tini, wa menlatih depa tiap2 minggu dan koregrafi banyak diterbitkan oleh tecer Tini tapi didemonstrasikan oleh wa sendiri. Alhamdulillah, berkat usaha wa, dapat la no 3.. Hurmmm dapatlah habuan 10 hengget seorang
Bertempat di SMK Bukit Tunggal, dikendalikan oleh 3 orang guru, dan 12 orang pelajar. 4 daripada bebudak ni naik dengan wa. Ada 6 orang lelaki tapi wa amik 4 orang je...Dari belakang Kimi (thn5) Shamil (thn 3) dan Naimullah (thn 6). Duk depan tu Amir (thn 4) adik kepada Anis.


Sesi bermanja dengan Amir.


Bersama dengan sebahagian peserta dari SeKeBuN wa.

Kuiz untuk tahap 2. Photo untuk Action song wa tak dapat amik sebab wa sibuk duk kat back stage. Bahagian teknikal la....Video ada tapi nantilah..


Apa lagi yang sedang menanti wa selepas ni? Huhuhu.. bola baling dan Kem Sinar... Penatnye....

Saturday, April 20, 2013

Wa Kembali Lagi Di Sini

Sebaik sahaja sekolah dibuka selepas seminggu bercuti, wa didatangi oleh Puan Guru Penolong Kanan 1 yang bertanyakan hal porgram peningkatan tahun 6 2013 yang masih belum menampakkan apa2 program. Wa sebagai penyelaras tahun 6 rasa bagai ditusuk benda tajam apabila terdengar desas desus mengatakan program tahun 6 tak bergerak. Kalau tau wa tak reti apasal bagi wa tugas ni???

Thanks God, tahun ni wa mendapat seorang S/U yang sangat berpengalaman malah sangat membantu gua dalam menguruskan segala kerja. Wa cuma kena sain je bila kertas kerja dah siap. Last week camtu gak.. Tengok2 kertas kerja untuk kem Anjung Ilmu 2013 anjuran APMT sekali lagi diadakan di tempat yang sama  seperti tahun lepas telah disiapkan oleh cikgu Zamli. Wa malu yang amat apabila beliau mensiapkan semuanya dan terpampang nama wa sebagai penyelaras dan wa setakat kena sain je. So wa amik alih tugas lain2 seperti mensediakan surat kebenaran dan bayaran lain2 termasuklah taklimat kem. Thanks for everyone.

Back to to the title ...
Last 2 years wa dah pernah menjejakkan kaki ke sini. Masa tuh, wa hanyalah watak picisan yang mempergi sekadar untuk menjadi kuli yang mengikut perintah cikgu2 lain. Masa tu juga watak WKH masih belum wujud, tapi itu adalah tahun Amirul.  Tempat yang sama. Tapi cerita yang berbeza....

Last year pun di sini lagi... Marang Village Resort and Spa. Tahun Hafizam... Dan tahun lepas watak wa macam penting sikit. Sebagai fasi la konon2 nye.... Tahun ni wa dah macam okey la sebab tempat sama. Dah tau selok belok. Tapi tahun ni lagi best. Wa jadik penyelaras dan segala2nya wa. Letih siottt.. Sebab tulah wa tak sempat nak hapdet rayap. Tapi tahun ni tiada sesiapa pun... Wa just folo the rentak.. Mana budak yang mai kat wa, budak tu la yang wa layan. 

Baru menjejakkan kaki ke Marang Village. Tahun ni wa gerak secara solo dengan Shiro. 2 tahun lepas wa naik bas. Tahun lepas lak car-pool dengan WKH. Tahun ni...xpelah..

Melepaskan lelah seketika kerana cuaca yang agak panas.

Sebelum pengagihan bilik, ada taklimat kem dan perasmian oleh GB. Tapi wa tak yah la letak dalam sini kot sebab ni bukan blog sekolah..

Aktiviti riadah petang (guru bertugas - wa jugak!)

Ceramah Umum dari Yadim

Tetiba je watak wa menjadi penting apabila diberi peluang untuk menyampaikan cenderamata kepada penceramah tersebut.

Hari ke 2 - Malaysia cergas dan senam robik (guru yang bertugas - WA LAGI!!!)

Selesai bersenam, aktiviti sarapan

Slot pertama hari kedua adalah slot wa dengan kakak / mama wa nih. Beliau layak jadi mak wa sbb anak sulung beliau tua setahun dari wa, tapi tetap maintain membahasakan diri sebagai kakak. Kadang2 kalau kat luar, wa introducekan beliau sebagai mother-in-law. Pastu pasti ada tangan yang singgah kat peha wa. heheheh...

Calon UPSR 2013 (Putera)

Calon UPSR 2013 (puteri)

Riadah hari kedua, aktiviti membina istana pasir...

Dah nak berpenghujung rupanya.... So ni 1st task wa handle dan sebab kenapa rayap sunyi sepi...

Monday, January 7, 2013

Keluarga Baru Wa 2013

Jangan salah faham, wa belum mendapat ahli keluarga baru, (doa2kan lah ye cepat2) cuma inilah anak2 didikan wa untuk 2013. 6 Al Ghazali tahun ni adalah anak didikan wa yang kali pertama bertemu mata dengan wa, sepanjang wa 3 tahun di Sekebun, wa tak nah berpeluang untuk mengkenali mereka. Mungkin kasih sayang itu belum bertaut, tetapi kemesraan itu mereka cuba wujudkan.

 Putera2 wa dari kiri Amir, Firdaus, Hafiy, Syahrul, Naqib, Ashraf, Alif, Sahrizal

Putera yang istimewa : Omar. Mempunyai masalah tulang belakang dan sentiasa ber'wilca'.





Wa tak nak citer panjang, biar gambar sahaja yang berbicara. Sedang seronak2 bergambar, kedengaran pengumuman dari bangunan utama supaya semua pelajar turun ke dataran perhimpunan. Rupa-rupanya lori hijau ini datang lagi... Aii, bila la koko kranch ke, vitagen ke, school attack ke nak datang sekolah wa....



Pesanan penaja dari Akak Liza


Minum milo anda jadi sihat dan comel!!!


Kebetulan wa menggunakan kamera yang super kacis bagai, so apa lagi, mensnap je la keje wa...


Monday, October 15, 2012

Program Pasca UPSR Pertandingan Memasak

Kalau dikira dah masuk minggu ke-5 pun lepas UPSR. Supposed result dah setel sebab wa pun dah abis marked kertas untuk negeri Selangor dan Sarawak. Total up ada la tiga orang yang dapat 38/40. Huhuhu. Then tahun ni wa sangat letih.Wa tak tau la apa nasib yang menimpa kat wa, wa ingat lepas UPSR bleh la wa bermalas2an di sekolah. Dah la dapat jawatan dari Kak Mi yang kena urus hal2 tahun 6. Pastu lak kena gi mark kertas pekse. Den skarang ni wa tgh mengendalikan kerusus KSSR tahun 3. Gila super nakhorom wa yang kena bagi taklimat. Alhamdulillah wa just mentulong Teacher Zawiyah yang sebetulnya lebih berpengalaman daripada wa.

Sepanjang wa kena keluar ni wa realize satu perkara, wa rasa syukur sangat sebab dihantar ke sekolah sekarang sebab ada lagi guru lain yang ditempatkan di sekolah yang lebih jauh dari wa tapi tinggal di Kuala Terengganu. Thanks GOD!!

Sedikit sebanyak scene dari program pasca minggu lepas yang wa sempat amik bahagian. Wa urus perjalanan ke Gambang tapi wa tak sempat nak update apa2. Mungkin lepas ni la. 

Sesi mensediakan bahan untuk menghidupkan api.

Setahun yang lalu di tempat yang sama batch 2011 mengadakan pertandingan yang sama cuma bahan asas yang tak sama.

Kumpulan campuran

Kumpulan jantan saje

Usaha wa membantu menghidupkan api membuahkan hasil apabila group ni yang pertama siap memasak.



Wajah KH yang sedang excited memasak.





Tak menang pertandingan tapi menang gaya..

Sesi ujian cipta rasa

Pengadilnya adalah PK1 (baju hijau) dan juri jemputan EIO (tudung merah)