Showing posts with label Aktiviti Luar. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Luar. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

N3s Yang Tertunggak Part 2

Kursus Asas Renang Pengakap


Sebaik sahaja balik dari Marang untuk kem tunas ilmu, hari berikutnya pula adalah kursus untuk budak2 pengakap. Perjalanan bermula seawal 830 pagi menuju ke Sekayu Waterfall (ececece). Wa kali ni naik bas la, malas nak drive Shiro.Giuru yang terpergi adalah wa, Ust Azyan, Tecer Izza, dan 2 orang tecer praktikum Tecer Baiti dan Tecer Heeda (perghhh wa sorang je yang lelaki kot!!!)  Alhamdulillah perjalanan pergi dan pulang selamat walaupun ada sedikit taufan melanda ura2 untuk membatalkan projek wa ini. Lagipun wa ketua untuk lawatan kali ini.

Seriusly time ni wa sangat tak sihat, dari Marang lagi wa dah setat demam dan selsema. Tapi digagahkan jua badan ini bersama2 diorang.

Tiba dalam jam 1030 camtuh....

Mula2 wat kursus, tapi lebih banyak mandi dari kursus rasanya.... Hahahah

Kem Kepimpinan Pengawas dan Pengawas Perpustakaan 


Minggu lepas plak SKBN menganjurkan Kem Kepimpinan seperti tajuk di atas. Wa sebagai guru AJK Badan Disiplin nih turut melakukan penglibatan diri (apa punya ayat daaaa). Kem diadakan selama 3 h 2 m di Kem Askar Sri Pantai Teluk Ketapang dekat je ngan rumah mak wa. 

 Mendengar taklimat

Tengah menunggu sesi pembotakkan

Yer..pelajar lelaki di askarkan kepala mereka...

Bersama 2 puteri kesayangan (konon2 la)

Yeh.. sesi river crossing... bukan river akcelly.. seems like tasik yang airnya sangat ijau... Ada ikan patin ngan tilapia besar2 bawah tu... Seriau gak bagi wa .....

Yes...wa berjaya jugerk

Hari terakhir dan bergambar kenangan sebelum balik....

Apasal la wa hapdet blog kali ni macam hapdet blog sekolah jerk... Hampeh tul.. Tapi pendek kata (panjang tak kata apa2 panjang rileks jer) setakat ni dah 3 hujung minggu wa tak lekat kat rumah. Mula2 Marang, kedua Kem Perkhemahan (oh, yang ni wa tak cerita ek.. Takyah citer la, buat sakit ati jer...) yang ke3 ni la..Kem Pengawas. Minggu ni la rileks sikit... Tu pun ada ura2 nak buat kelas...Tak mooooo

Friday, January 27, 2012

Latihan Merentas Desa Lagi Sesi 2012

Hari ni 26 Januari 2012 Khamis. Setelah mengembalikan diri ke sekolah setelah hampir 5 hari bercuti kerana CNY, sekali lagi latihan cross country diadakan. Ini adalah bertujuan untuk membiasakan bebudak ini dengan trek larian pada hari kejadian sebenar nanti. Sehubungan dengan itu, wa hari ini telah mengambil keputusan untuk turut serta dalam larian cross country ini. 

Latihan larian dimulakan selepas sejurus mendirikan solat Asar secara berjemaah di surau SEKEBUN. Lepas solat tu wa tegur la sorang cikgu yang dalam lingkungan 40an kot umurnya dan beliau adalah lelaki. Wa tanya dia cikgu nak lari x? Padahal mata wa dah tengok penampilan beliau yang berseluar slack dan berselipar BATA. Jawab beliau, dah tua2 ni tak payah la nak lari2 lagi, buat malu je. Sekali dia tanya wa plak. Wa pun jawab, kalau wa tak lari lagi la wa malu sebab wa masih muda dan gagah perkasa (matilah wa kena baling dengan botol oren). 

Mula2 sekali sesi memanaskan badan la of kos. Wa? Wa keje2 mengambil gambor la. Tapi wa ada gak la duk depan sekali sambil jadi instructor.




Last trainin wa naik basikal, so kali ni wa tak nak menjatuhkan air muka wa dengan berbasikal lagi. Last week wa jumpa ex-WKH wa, tp kali ni wa nak kejar cikgu-cikgu pompuan yang konon2 berlari padahal semua naik kereta. Wa kalau boleh tak nak terserempak lagi dengan ex-WKH tuh. Then wa carik la teman kot2 ada yang nak melarikan diri jugak  Sekali lagi wa lupa yang wa antara spesis yang hampir pupus di Sekebun ni. Kalo ada pun tak ramai. Semua pakat2 nak naik moto. Tiba2 wa terpandang 2 org kakak wa yang lengkap berkasut sukan nih. Walaupun Kak Mi sudah masuk 40an, tapi semangat beliau (baju kuning) amat menggerunkan wa (ayat takleh blah). Baju biru adalah Kak Sham (ketua Panitia BI yang baru) dan baju merah adalah Tecer Izza (orang lain panggil Tecer Nurul, wa yang maintain panggil dia Kak Izza, tua setahun je dari wa). Kak Sham tidak berniat untul melarikan diri. Tapi wa ngan Kak Mi dan Kak Izza memang sekepala lutut mengambil keputusan untuk melarikan diri.

Wa, Kak Izza dan Kak Mi je yang berlari2an kot hari tu. Kitorang memang kacip. Maybe sebab kitorang datang Sekebun pada tahun yang sama kot 2010.Tapi wa xnak la orang pandang serong pulak so wa lari dulu dari kakak2 ni. Tapi yang herannya, dorang sampai dulu dari wa.. huhu..
Time ni la diorang pintas wa sebab wa berenti kejap amik gambor permandangan...Dah tak pelik lagi dah...

Wa berenti kejap. Serius kejap je. Sebab nak amik gambor. Seminit pun x sampai. Gambar pun sekeping ni je...

Pegawai lalulintas yang x bertauliah. Hehehehe

Akhirnya wa sampai jua di sekolah. Berenti jap melepaskan batuk di tepi tangga. Wa batuk namblas kali kot. Pastu wa blah. Patutla orang cakap melepaskan batuk di tepi tangga tu keja yang sia2, sebab lepas wa batuk, takde hasil apa pun. (wa tau la batuk yang sebenar dalam pribahasa tersebut adalah sejenis benda, bukan perbuatan)

Yeah...Wa suka sangat dapat lari2 anak ni. 


Saturday, October 8, 2011

Perkhemahan Unit Beruniform SKBN 2011

Perkhemahan yang telah berlangsung pada 6,7,8 Oktober 2011. Kali ini perkhemahan diadakan di tapak belakang surau, tidak seperti tahun lepas di atas bukit kerana cuaca yang tidak menentu. Aku pun tak tau nak citer pasal apa sebab ada benda lain yang bergentayangan di kotak pikiran aku sekarang. Aku just publish pictures je la, kalau ada mood aku citer semula.

Semasa jadi juri pertandingan kawad

Inilah sir Anwar, guru praktikum

Sesi pemeriksaan khemah








Not in mood......

Saturday, October 1, 2011

Pra-Perkhemahan 2011


Sekarang ni musim tak menentu. Nak kata dah masuk fasa tengkujuh, takdelah hujan berterusan. Tetapi sudah tercatat di dalam takwim sekolah bahawan 6,7 dan 8 Oktober adalah hari perkhemahan unit beruniform di tempat aku keje sekarang. Huh... Sekarang ni pulak asal petang je ujan, asal ujan je petang.

Meeting pertama tahun ni adalah 2minggu sebelum perkhemahan. Dan seperti yang aku jangka, jawatan Kem Komandan tahun lepas sudah diberi kepada cikgu Salmi - since dia lebih better dari aku, tak kisah la.. Tapi aku dapat jawatan Penolong Kem Komandan. Kira tugas aku still berat dan mencabar minda. (agaknya laa)
Jadi bersempena perkhemahan yang akan dilangsungkan, last Tuesday diadakan gotong royong membersihkan tapak perkhemahan. Tapaknya adalah di atas bukit depan sekolah yang super banyak daun2 kering....















Benda apa kah yang aku mahu sumbat ke dalam mulut beliau?? Haa menatang ini lah

V

V

V

V


Belalang IJAU



Pose ala2 model dalam hutan la pulak...


Memandangkan kebanyakan gambar sudah berbicara, aku takde idea nak tulis apa2. Just wait n see la minggu depan. Harap2 tak hujan ler....

Sunday, July 24, 2011

Akele Hum Akele Tum


Mode updet n3 2 minggu lepas

Ko 2minggu lepas adalah Persatuan dan Kelab. Kalo kira aku ni Uniform, dah tak pegang mana2 persatuan. Tapi memandangkan aku xde keje, jadi aku mengofferkan diri untuk mengikuti piknik di Lata Apa Nama Ntah dekat area sekolah aku. Bebudak pegi pun just dengan beskal. Seramai 57 orang mempergi.

Tajuk hindi bermaksud - Aku Sorang Ko Sorang. Memandangkan masing2 jauh, (dia kat SHAH ALAM) so aku kat sini menyibukkan diri bersama2 anak2 kesayangan aku semua.

Taklimat sebelum bertolak oleh Ustazah Azyan

Mendengar taklimat dengan khusyuknya...

Mula bergerak

Baru je sampai terus kecebus kecebus (maaf gambar dalam perjalanan tidak sempat di snap kerana sibuk menjaga lalu lintas)

Pose-pose sebelum masuk dalam water
Acara memberi ikan makan (ikan-bebudak ini, orang yang memberi makan- Cikgu Hatijah)





Rasanya ni la kawasan yang paling dalam untuk aku, kalau berdiri tegak, ada la sampai paras peha...

Sedang mengoratkah? Hehe, 2 orang students aku yang paling kacip dengan aku tahun 6

WKH Tak Jadi - Amirul

Bersiap2 nak pulang

Boleh dikatakan perjalanan kali ini ialah perjalanan murid2 membawa guru ke Lata tersebut, sebab bagi guru2 yang ikut sekali, ini lah kali pertama kitorang pegi (termasuk aku) sedangkan tempat tu dah jadi tempat bermain bebudak ini. Not bad la... just for fun. Nak lebih2 tunggu lepas exam.. Kita ke Gambang lagi sekali...

P/s - Kadang2 inilah untungnya mengajar tahun 6. Kebanyakan orang mengelak sebab banyak kena korbankan masa demi mereka, dengan kelas tambahan, kelas malam, hari cuti pun kena luangkan masa demi diorang.. Dan benda2 ni semua akan continuous selagi khidmat aku kepada tahun 6 masih diperlukan. Dan yang paling tamcing (touching) ialah aku semakin kamceng dengan depa. Berbanding dengan kelas sendiri (panjang pulak p/s aku ni). Sebab tu muka aku asyik ada je dalam setiap program tahun 6. Kalo ada orang nak argue pun, sedar2 la diri sikit. Ko tak ngaja tahun 6...