Thursday, April 29, 2010

Menjengah Cinta Seketika

Menjengah Cinta Seketika.. Gila la tajuk!! Memang superb abis laa.. Tukau sikit.. Cinta yang terjengah, atau perjengahan cinta seketika. Atau akukah yang terjengah. Atau aku yang seketika.Sebab nak rasa lebih kesyahduan naluri.. aku guna la tajuk Menjengah Cinta Seketika..Bukan Seketiak ye…

Penampilan Istimewa - Inilah nanas yang terletak atas bukit, jadilah SK Bukit Nanas aka SeKeBuN.


Jom semak semula apa yang berlaku bulan 3-4 lepas….
Once Scout, Alwizzz Scout..
Minggu pertama bulan March turn aku bertugas untuk KO-Pengakap. Tak tahu la nak wat apa.. Ni first time bertugas menjadi guru yang bertugas dan ditugaskan untuk menjayakan aktiviti yang akan menarik minat bebudak ini untuk menghadirkan diri pada waktu KO. Maka setelah membuat semakan secara meluas dan menyeluruh, aku mengimbau semula kenangan di dalam KRESMA UiTM 2005-2006, teringat jugak pada satu aktiviti-masakan rimba.
Check punya check aku bertugas dengan K.Pah (memang tak dapat di pisahkan la..) Dengan seberapa pantas aku mencari beliau tapi ketemu dengan cikgu Sofian dulu (Ketua Pemimpin Pengakap). Aku saje la mentanyakan diri dulu adakah okey sekiranya mengadakan aktiviti membakar kayu di dalam utan ni. Sekali Cikgu Sofian memberi lampu kehijau-hijauan. Aku apa lagi terus menroger K.Pah dan mentanyakan pendapatan beliau. Beliau cakap la ada la dalam 4 angka. Aku membetulkan pertanyaan aku dari pendapatan kepada pendapat. Mulanya aku risau kot2 beliau sudah memiliki rancangan beliau sendiri. Mujurlah beliau dengan kuasa lapan menyeru ke angkasa supaya semua Pengakap aka Perangkap mengadakan perjumpaan di makmal semasa waktu rehat.
Perjumpaan diadakan seraya loceng-kelas-berbunyi-waktu-rehat-dah-abis berbunyi. Perjumpaan sekejapan cuma itu adalah untuk mempaksa pelajar2 membawa kayu api sendiri petang nanti. Berikutan adalah aktiviti mereka sepanjang waktu KO berlangsung.
Aktiviti yang dijalankan ialah membuat roti bakar atas unggun api. Sah-sah aktiviti ini begitu mendapat sambutan yang sangeeta menggalakkan dari semua pihak. Jadi saya ucapkan tahniah kerana berjaya menghadirkan diri pada majlis anugerah tersebut..Apa aaa aku melalut ni.


Mula2 sekali kita gaul tepung dan air dengan menggunakan mesin pengadun yang asli-tangan manusia. Inilah chef yang bertanggungjawab.

Nama budak ini Firas. Ingat betul2 sebab ada kisah beliau selepas ini. Antara kayu api yang berjaya dipungut oleh beliau.

Setiap orang mentunjukkan skill masing2 dengan mesin pengadun masing-masing


Chef utama telah beralih tugas kepada tukang jaga api


Model jemputan bersama hasil masakan beliau (apa yang beliau pegang itu adalah roti gulung ya, dan boleh dimakan). Jemputan khas dari Timbuktu.-penampilan khas Teacher Soe


Bergambar kenangan selepas menikmati keenakan roti gulung perancis bakar.



Kursus Pedagogy Enhancement in English Teaching

Ahad yang penuh bermakna telah mentemukan aku dengan hujan yang turun seketika sampaikan assembly yang diadakan terpaksa dibatalkan berikutan kedatangan hujan yang seperti cats and dogs (saje menselitkan BI di sini). Aku masuk kelas macam biasa pada waktu pagi tuh. Dalam kul 11 sedang asyik aku memerhatikan riak ikan di dalam kolam.. tiba-tiba.....

"Awak kena pergi Maktab sekarang?" penteguran telah berlaku di antara aku dan PK Akademik PN Zaitom. Aku mentanya la untuk apa. Pura-puranya JPNT telah menge-call beliau dan bertanyakan kenapa SeKeBuN takde guru yang datang sedangkan nama yang naik adalah K.Pah. Dan nak dijadikan novel bersiri, Kak Pah telah meng-MC-kan diri pada hari tersebut. Maka terpaksa la aku menghadirkan diri walaupun jam hampir menunjukkan ke angka 1130 am. Nak tak nak aku terpaksa masuk kursus slot ke-2. Dah la mula2 salah tempat kursus. Melilau aku mencari tempat kursus yang sepatutnya.

Kursus berjalan dengan jayanya dan aku lalui hari pertama dengan jayanya jugak. Tapi esok kena datang lagi.. Ah tensen.. kursus 3 hari menkenalkan aku dengan Sir Tamizi ngan Sir Wan. SK Banggol Peradong dan SK Geliga. Si Wan tak ubah macam Boden-sebab dia menjadikan diri beliau sebagai KU. Macam biasa 3 hari kursus berlangsung aku hanya menjadi seseorang yang bersembunyi di belakang kerusi. Tidak berani untuk memulakan perbualan. Ini baru phase 1, Phase 2 and 3 lepas cuti hari pekerja dari 3-7 Mei 2010-seminggu la aku mentidak nampakkan diri di sekebun. Berikut adalah gambaran semasa aktiviti berkumpulan dijalankan~ boobboooring..



Perbincangan hangat Kump 2 dalam menyediakan pembentangan. Aku? Tuh yang duk sibuk amik gambar tuh aku leee.


Masih ingat Benson and Hedges? Ni la dia pasangan Benson and Hedges. Hedges kat depan pakai songkok.


Pelajar tahun 6 Al-Ghazali sekali lagi interframe.Gambar diambil sewaktu kelas tambahan pada hari Jumaat bulan lepas. Famizi (yang baring kat depan aku tuh) dalam kenangan sebab dah pindah sekolah.

Drama Queen....

Kenapa slot ke3 ni aku namakan sebagai Drama Queen??? Sebabnya akan aku ceritakan. Beberapa n3 yang lepas aku telah menceritakan tentang kehadiran beberapa orang guru praktikum ke Sekebun.. dan kini telah berpenghujung. Hari ni (29Mei) adalah hari terakhir Teacher Anis, Soraya, Sir Dhiya dan Izzudin bertugas di Sekebun. Dan sempena meraikan berakhirnya tugas2 mereka, Kak Pah telah mengorganizekan satu majlis dengan kelas 5 G.


Parti yang telah berlakunya adegan Drama Queen oleh K.Pah

Aku tiba2 menjadi watak utama dalam drama kali ini. Dengan secara berseloroh K.pah telah mengannounce-kan yang majlis ini adalah untuk meraikan perpindahan semua guru praktikal dan aku sekali. K.Pah cakap minggu depan aku xde kat Sekebun (betul, k.pah tak tipu sebab minggu depan aku akan Kursus seminggu di IPG KDRI sekali lagi untuk phase 2 and 3. Drama nya hanya berlangsung di 5 G tetapi Astro Awani telah tersampai ke kelas yang aku ajar-4G. Hampir separuh bebudak 4G tanya pengcorfirman tentang perpindahan aku, aku hanya jawab aku memang takde minggu depan, tu aje. Mohd Firas Azhari-salah seorang anak murid aku 4G dan ibunya adalah pekerja tukang sapu di Sekebun. Si Firas ni bukannya reti nak tanya aku sendiri, disuruhnya mak beliau bertanyakan tentang betul ke aku akan pindah. isk isk... Kelakar lak.. xkan aku nak mengiyakan nye pulak kan? Last2 aku citer perkara yang sebetunya kepada mak beliau tapi aku mintak mak beliau membiarkan si Firas menganggap aku betul2 nak pindah. Hahahaha, sekali mak beliau setuju. Menurut mak si Firas ni, Firas risau bila tau aku nak pindah. Dia bukan apa, risau la kot-kot ada guru baru yang ganti aku nanti. Aku terharu sekejapan cuma. Kwang-kwang.


Bergambar kenangan dengan Sir Dhiya dan 3F- one of my best buddy sepanjang beliau di sini.


Haaa, jangan sangka guru prkatikal je dapat hadiah. Aku pun dapat hadiah gak.... hehehe dari guru praktikal- Dhiya dengan Izzuddin. Thanks le...

Jadi setakat ini yang dapat diceritakan sedikit sebanyak tentang March dan April yang telah berlalu. Tunggulah kedatangan Mei moga ada rahmat dari Mu. Kau bukakan lah hatinya untuk terus setia kepada aku Ya Allah. Amin...

Slot khas untuk Kak Kapal... Sudah lama tidak memberi assignment kat akak..Agak-agak apakah persamaan yang terdapat pada gambar ini. (kalo beza aku tau laaa aku rasa aku dah bertambah kembang)


SeKeBuN Vs St Michael 1
Rindu kat Akim



Gambar tajaan oleh whitelillies...



Setakat itu dahulu, jumpa lagi.. Renung2kan dan selamat beramal...

Tuesday, April 20, 2010

Edisi Mencari Tenang Yang Tak Tenang2

Hoho ho ho - macam santa claus la plak... Setakat ke hari ini masih tiada reaksi untuk melakukan perjimbaan di sana sini. Dah 4 bulan duk ulang alik ke SeKeBuN.. Istilah SeKeBuN telah ku gunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah...


Geram dengan Telekom..

Sebaik je dapat gaji aku terus mencari TMPoint huntuk mengapply no tepun dan streamyx sekali en harun. Ingat sekejapan je.. tengok2 dekat 2minggu jugak line tepun nak menjengah tiba ke rumah aku.. Lepas 2 minggu line tepun dah masuk.. tapi line streamyx pulak dalam 7 hari bekerja.. Hampes tul.. Dah nak masuk gaji bulan 4 pun tak masuk2 lagi ------------- draf pertama ditaip pada 20 April 2010. Sejurus aku mentaip semua ni tiba2 hphone aku menyanyikan lagu Lady Gaga menandakan ada panggilan yang sedang mentunggu untuk di angkat. Pura2nya EnCIk Amirul dari Streamyx yang datang nak mentolong memasang modem.


Akhirnya setelah berbakul2 seranah yang kulemparkan tapi mentidak mengena akhirnya aku berjaya juga bersiaran secara langsung dan bersenang lenang menggunakan internet ber fesbukk sakan di ruang tamu di kediaman 255 Telaga Daing ini.

Arakian banyak story yang hendak dihapdet tapi sampai la ni belum dihapdet2. Seminggu yang lepas.. dah masuk minggu ke 16 aku berada di SeKeBuN..Pasal sentap yang melanda minggu lepas2 tu aku biarkan je berlalu. Aku wat tak tahu je la.. Ingat takde orang tanya...(memang takde orang tanya pun..)

Minggu yang sama untuk pertama kali aku keluar dari sekolah waktu persekolahan dan membawa budak keluar. Semua adalah untuk program Smart English yang di adakan di SK Tok Jiring. 6 orang pelajar yang terpilih dan aku membawa pasangan kembar Benson and Hedges (Azizi dan Azizan). Nak selit sikit camne name ni terjadi. Dah 16 minggu aku masuk mengajar tahun 4 Al-Farabi, pasangan kembar ni aku tak pernah reti nak acknowledge yang mane satu Azizi yang mane satu Azizan.. so dengan sesuka hati mak cik tiri laki sebelah jiran pakcik dia aku mempanggil diorg sebagai Benson and Hedges (diorang setuju je.. tak yah tau plak asal usul BNH tu dari mana..hahahah)..

Mempergi ke SkTJ dengan barisan pelajar seramai 6 orang dan cuba mencari kenalan baru.. Bila sampai tang guru pengiring..aku sorang je yang free hair - mean aku sorang je laki2.. Segan gak.. Mujur la ada akak tuh yang ajak aku borak. Rupanye akak tuh ngajar di Sk Gong Badak dan sebelah kampung aku je rumah dia.. Mujur dah nikah..heheheh..

Erm.. dah lame tak mentulis sesuatu di sini rasa macam tak best je entry kali ni.. Tunggu la n3 akan dtg,...

Sunday, April 11, 2010

Rentetan Sepanjang Minggu (edisi memplagiat tajuk Setia) ... Jiwa Kacau....

Balik dari sekolah perasaan tak tenteram.. mcm2 benda yang bermain kat fikiran aku. Memang dah jadik lumroh alam kalo fikiran dok tenang macam2 benda rasa mengganggu.. Sampai nok tido pun rasa dok lena.. Adui geram sungguh.

Berlakon? Aku memang minat untuk berlakon.. Tapi sememangnya aku memang tak reti berlakon. Pagi2 lagi selepas assembly pagi Kak Pah dah tanya nape aku macam moody je.. Aku sengih la kononnya takde paper.. Tapi k.pah tetap dengan terjahannya yang mengatakan ada sesuatu yang mengganggu aku... Lantas aku wat muka tenang dengan kata-kata yang aku ada kelas lepas ni... So aku memasuki 6 G dengan muka toye.. BtW aku still leh jadi pelakon terbaeeek sebab sebaik saje aku masuk 6 G, segala perkara yang mengganggu aku semalam aku wat wat tak tahu.. Aku layan je diorang semua dengan aku ajar sentences yang diorang hanya tahu There is There Are.. Sekarang ni karenah diorang buat aku terhibur.. last-last kelas pun abis aku pun turun ke lab komp jumpe lagi dengan kak pah vogue... sekali lagi dia tanya.. isk isk isk.. aku memang tak ready nak shared dengan sape2 lagi.. last2 senang je aku jawab..Gloomy Sunday (yela selalu Monday.. tapi kan Sunday hari pertama keje kat Teganu..)
Alhamdulillah dia yakin dengan jawapan aku..

Aku bukan bekeng, bukan sensitif.. Tapi kalo dengan orang yang laju je mulut dia mengucapkan sesuatu yang tak profesional.. aku memang anti.. Lebih2 lagi dari mulut seorang yang bakal bergelar pendidik.. Mempermainkan nama ayah orang.. dia bercakap seolah2 dia tak pernah mempunyai ayah.. Tapi itulah.. manusia selalu buat silap tapi takkan hal2 mak ayah pun boleh wat main2?? Aku memang teringat sapa sekarang kata-kata makhluk tu.. Tapi biarlah.. sebab sikap profesional aku, aku pandai kawal perasaan.

Pastu hari ni aku terlepas geram pulak kat anak murid aku.. Sian dia.. bila teringatkan balik rasa menyesal pulak..

Cakap banyak tak guna..bengang tetap bengang.. ni pun mencari tenet rumah orang.. biarpun tuan rumah pun mulut laser tak hingat.,.. tapi mengenangkan dia dah bagi aku pakai internet dia ni kira untung laa.. lantak laa aku malas nak pikir pasal tu lagi.. yang pasti dia yang perasan cantik dari aku.. kata la nak kata apa pun..

(Kak Mee.. bila nak ada blog sendiri?? War warkan la Url blog anda...)