Tuesday, December 23, 2014

First Time Dalam Hidup

Pagi tadi, wa bangun dekat kul 11 lebih. Hujan mengiringi kesyahduan pagi. Adoiii bahasa.... Percubaan untuk menghapdet Rayap akhirnya berjaya apabila wa dah siap 3 n3s tapi belum nak publish. Wa publish yang ni dulu lah.

Citernya wa nak gerak ke bandar, nak pegi bank bayar segala hutang. Dalam perjalanan wa mentuju ke bandar, wa dengan sengaja memotong kereta belah kiri di sebuah simpang 4 dimana jalan sebelah kiri tu sepatutnya untuk masuk belah kiri tapi wa terus stret ke depan. 100 meter ada kete peronda polis. Waaaaaaaaa!!!!! Tangan sorang anggota menunjuk ke arah wa supaya berhenti.

Wa bagi signal, Parking leklok kat tepi, bukak tingkap, terbayang RM 300 bakal melayang. Beliau menghampiri wa.

Polis :  Lesen.

Wa menghulurkan lesen.

Polis : Tahu dok saloh tadi?

Wa : Tahu encik. (wa macam nak gelabah, tapi tenang je)

Polis : Nak kemana lorat sangat (lorat mean in hurry)

Wa : Nak gi bank

Polis : Bakpe lorat?

Wa : Janji ngan orang nok jupe

Polis : Bank mana?

Wa  : Maybank (laju je wa jawab, tak sekat2 pun)

Polis : Urusan mende? (sibuk je polis ni, wa tengok nama beliau - Zulkifli)

Wa : Urusan loan encik.

Polis : Tahu dok saya boleh saman kamu. Tahu berapa kena bayar kalau kena saman?

Wa : Tahu, saya layak disaman, tak tahu berapa...

Polis : RM 300,  lain kali bila saya tangkap awak lagi, saya x bagi amaran ye.... (dia berlalu selepas menyerahkan semula lesen wa.)

Wa : Terima kasih encik (terpinga-pinga... ingatkan kena saman tadi.....)

Alhamdulillah, dalam hidup wa ni kali pertama wa kena tahan polis, dan tak kena saman.... Thank you Allah, RM 300 insyaallah masih lagi rezeki wa sekeluarga. Buat abang polis name Zulkifli tu wa ucapkan terima kasih bebanyak. Padahal wa tak pakai seatbelt pun mujur dia tak saman.

Sorry

Sorry Rayap Berhabuk!!!!

Friday, December 19, 2014

WKH no 4

Alhamdulillah, wa mengizinkan beberapa minit yang ada untuk menghapdet Rayap, beberapa insan sudi menjengah. Malah ada beberapa insan sudi mencoretkan komen di bahagian komen. Terima kasih kerana masih sudi menjengah ke sini. Hari ni dah masuk minggu kedua terakhir sebelum tahun baru menjelang tiba. Wa banyak sangat perkara yang hendak dicoretkan di sini.

WKH no 4? Wujudkah?

Persoalan timbul apabila seorang budak yang sangat rapat dengan wa seolah2 dinobatkan sekali lagi sebagai WKH. Segelintir cikgu mengiyakan beliau sebagai anak kesayangan wa tahun ni. Malah beliau sering menemani wa di rumah biarpun tidak sekerap Hafizam dahulu.

UPSR WKH no 4?

Yup, sedikit sebanyak tentang beliau. Membaca tersekat-sekat. Matematik lemah. Sains tidak pernah lulus. Apatah lagi BAHASA ALIEN yang wa ajar. Tapi berkat usaha cikgu Norizan sebagai guru BM, lama kelamaan dia mampu membaca. Dan sedikit sebanyak membantu dalam menguasai subjek wa. UPSR bebaru ini dah la timbul isu re-sit paper. Paper kali pertama memang wa dah yakin beliau lulus (sebab dah nama soalan bocor, wa pun terima, tipulah kalau wa cakap wa tak terima soalan tu), tapi bila dah kena re-sit ni, wa macam tak yakin. Alhamdulillah bila result yang sebenar keluar, subjek wa beliau lulus. Dapat C. Yang sedihnya Bahasa Melayu yang diajar oleh cikgu Norizan dapat D ngan E. Mengamuk la Kak Zan.

Hakikatnya budak ni lagi terer dalam subjek wa dari subjek bahasa Melayu. Hebat!!



Sentiasa mengukirkan senyuman...itulah Miro. 



Wa akan rindukan beliau.....

Thursday, December 18, 2014

Rindu Yang Pergi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah berbulan2 rayap still berdebu dan berabuk. Wa sangat super malas extra ya amat. Padahal sekarang ni musim cuti je pun.Tapi cuti wa pun dah nak berakhir. Kadang2 wa tak paham la nape wa super malas nak hapdet rayap ni. Kalau dulu pantang ada story wa cepat2 hapdet. Skrg ni macam yang wa pernah story segala online wa online ikut smartfon. Alhamdulillah, dah masuk 2 tahun phone wa masih berfungsi dengan baik. Layan 9gag pun ikut phone.

Akhir2 ni hujan turun membanjiri beberapa kawasn di area Terengganu. Kehidupan wa hanyalah berhibernasi di dalam rumah dan kadangkala membawa adik wa menghadiri ujian2 kemasukan ke tingkatan 1. Alhamdulillah, adik wa salah seorang pelajar yang mendapat 5A UPSR 2014.

Okey...jom kita masuk mood sedih.

Kadangkala Tuhan sengaja menguji kita dengan kasih sayang yang hadir bukan sahaja dalam bentuk lisan, praktikal, malah ihsan juga mampu menguji perasaan persahabatan yang terjalin walaupun sebentar cuma (awat? dah pelik semacam ke bila wa berpuitis bagai?)

17 Disember 2014 yang lalu wa sekali lagi merasa kehilangan. Bukan kehilangan orang tersayang, tetapi salah sorang yang menyayangi wa sebagai adiknya. Wa menguatkan diri untuk mencalit sedikit sebanyak kenangan bersama beliau di sini.

Wa hadir di Sekebun 2010 dan wa masih meng-scan beberapa orang guru di situ untuk menaruhkan sepenuh kepercayaan dan mungkin juga separuh kepercayaan pada mana2 individu. Beliau adalah seorang guru yang pada pandangan wa sangatlah sukar untuk dihampiri, malah sangat diva dari segi lagaknya. Suaranya yang lantang dan terkenal dengan sikap bengis. Pada pandangan wa lagi, beliau sangat tidak mungkin menjadi kawan dengan wa yang sangat pendiam ni (kadang-kadang je bising). Tapi mungkin disebabkan kami bekerjasama dalam jentera tahun 6 pada tahun tersebut, memberanikan diri merapati beliau dan barulah wa sedar beliau seorang kakak yang peramah.

Dari seorang yang zero dalam bidang ni, mejadikan wa semakin matang dalam setiap perkara, menemukan wa dengan 3 orang kakak yang sangat super sporting. Dah lah 2012 salah seorang dinaikkan pangkat bertukar ke sekolah lain, itupun dalam pahit manis harung bersama, beliau pergi jua. Hari2 tanpa kakak sulung pada mulanya agak sukar, malah wa tanpa segan silu menitiskan air mata di khalayak ramai semasa beliau memberi ucapan selamat. Maka tinggalah wa bersama kakak no 2 dan 3.

Kenangan bergambor bersama dengan kakak sulung. Berdiri dari kiri Ustazah Azyan (no 1), Tecer Nurul (no 3) ngan Kak Zan (Kakak no 2). Depan tu takde kakak ye..dia adik bongsu. Hahahah


Kali ni empangan air jernih pecah sekali lagi, meskipun tanpa dihadiri oleh khalayak ramai, malah banjirnya lebih laju apabila tarikh keramat 17 Disember beliau iaitu kakak no 2 yang selama ini banyak bekerjasama dengan wa dalam jentera tahun 6 menyatakan bahawa beliau tidak lagi akan menjejakkan kaki ke Sekebun pada tahun depan. Wa pun tak tau kenapa, kalau cikgu lain wa bersahaja dengan khabaran itu, tapi apabila beliau yang wa panggil kakak no 2 ni, wa rasakan memang pada hari tersebut adalah hari yang redup seredupnya bagi wa.  Bagi wa kerja2 selama ni menjadi lebih seronok apabila bekerja dengan beliau. Tapi tahun depan tiada lagi gelak tawa (atau wa boleh panggil hilaian) suara beliau lagi. Makin tidak serunak rasanya untuk wa bekerja tahun depan.

Walaupun beliau kini semakin jauh, wa rasa sukar untuk menerima hakikat yang beliau kini bukan lagi warga Sekebun. Dahulu kenal pun 2 tahun dengan kakak sulung, tapi setahun baru wa buleh terima hakikat, kini Kak Norizan pula mengikut jejak beliau, maybe setiap hari la wa merindui beliau.


Puan Norizan bt Mat Dris di tengah-tengah. Pemergian beliau (ke sekolah lain je...bukan jauh pun) diiringi dengan tangisan kami berdua yang masih di Sekebun.

Wednesday, December 17, 2014

Regret With No Regret

Akhir tahun 2010, semasa YES (Year End Sales), wa telah berjaya meminang Canon Ixus 300 HS Digital Camera. Memang wa suka amik gambar sejak dulu lagi. Almost 1k rasanya. So, sejak memiliki Ixus ni banyak la gambar2 menghiasi Rayap wa nih. So beliau sangat banyak berjasa dengan wa. 

Tetapi, sejak 2012, wa stat kenal Kak Tini, dan beliau memiliki adik yang memiliki DSLR. Brand NIKON. So far bila DSLR ni gambar same je dengan Ixus aku, cuma bila pegang kamera dia tu, aura dia lain macam sikit. Of kos la bukan fotografer, tapi perasaan tu lain. Hahahaha... paham ke tak ni. Banyak program sekolah wa dilantik sebagai AJK Dokumentasi ataupun sebagai wartawan sekolah. Konon2 nak hapdet blog sekolah. Tapi haremmmmmm... sama berdebu dengan rayap.


Awal tahun 2014 atau tahun ini la..wa telah mengsambar encik Canon ni plak 1000D. Seriusly pembaca2 blog, wa bukan nak menunjuk2 wa beli just nak kabo wa regret sekejap bila beli beliau.

Kenapa?

Kerana wa tak rasa kekacisan seperti wa menggunakan Nikon kepunyaan kawan wa tu. Gambar superkacis kalau nak dibandingkan dengan wa. Tapi nak buat mcm mana, wa dah terbeli. BTW wa beli seken hen. Bukan baru pun. Cari dalam MUDAH je.



Nak dijadikan cerita, adik wa yang jantan keje kat KL pun memang ada DSLR Canon, wa tak tau model apa. Yang pasti lebih kacis dari wa la... Lens pun besar.  Tapi maybe jasa apa yang telah wa buat dalam hidup beliau, tetibe beliau menghadiahkan lens baru kat wa. Kebetulan wa pakai brand Canon, so buleh la masuk. Lens yang boleh catch picture super kacis dari yang asal. Alhamdulillah....


So, what can I say, I have no regret by having u. Hopefully dapat cari lens yang lebih kacis lepas ni. Adik wa pun maybe superkaya sangat la kot sampai boleh bagi free je lens yang kacis ni. Katanya nak sambar lens baru. Ikut ko lah!!!

Monday, October 13, 2014

Redup Semakin Panjang

Bila melihatkan perbezaan perbandingan antara post awal2  wa menulis blog dengan sejak akhir2 ni sangatlah mendukai citanya pun. Awal2 dulu wa selalu ada je benda nak dituliskan. Sampaikan pernah sekali seorang ustaz di sekolah wa yang wa tak pernah terfikir pun akan membaca blog wa ini bertanya kat wa

"Kenapa Redup Semakin Panjang?"

Wa tanya balik, apa maksud ustaz? Beliau jawab, dah lama tak hapdet? Ustaz pun tahu perkataan HAPDET. KAU GHASE??? Kalau kire tahun 2010 tu macam tahun banyak sangat benda nak diceritakan sampaikan wa sanggup berulang alik ke rumah member wa masa tu yang terletak di Kg Losong semata2 nak update blog... Gigih betul wa masa tu... TAHU? Yelah, masa tu wa takde internet lagi. 

Setelah bergaji sendiri dan merasa mampu untuk membayar bil bulan2, wa pun subscribe la internet, walaupun dulu wa sangat jaki dengan customer TM, sekarang wa adalah salah seorang dari mereka yang bergelar customer. (Oh, the irony...)


Then selepas wa ada internet sendiri, time tu wa duduk ngan mak wa, masih bujang, masih takdak kereta, masih guna motor yang dah abis bayar, dah pakai kete peninggalan arwah abah, wa dengan sengajanya telah melanggan astro plak. Kira wa pun baru mengkenali apa itu responsibility membayar segala bil2 bagai. Tapi keghairahan mentulis blog tetap ada. Boleh dikatakan setiap malam ada sahaja nak dicoretkan. Antara penyebab lain yang buat wa rasa nak hapdet adalah kerana itu adalah 1st year wa bergelar cikgu. So macam2 la nak citer. Budak salah spelling pun nak dicoretkan. Dan of kos la.. WKH antara penyebab RYP wa ni keep hapdeting. Ada je kisah WKH, wa akan citer. Dulu kalau sebut WKH wa sebenarnya refer pada WKH pada tahun tersebut lah. Kalau 2010, WKH hat sulung, 2011 plak WKH yang no 2, 2012 WKH agung. Tapi skrg kalau sebut WKH je wa akan terbayang sorang je la skrg ni. WKH agung. Sampai sekarang menjadi WKH wa. Mebi wa akan jaga beliau dengan isteri wa sampai bila2 kot. Hatta wa dah ada WKH sendiri darah daging sendiri (Insyaallah).

Penyebab kedua RYP dulu dekat seratus lebih n3 adalah kerana masa itu belum wujud smartphone. Bukan takde lagi, just wa yang tidak memilikinya lagi. So, wa sentiasa online dengan laptop takpun dengan PC. Sekarang ni, baca blog ke, tgk FB ke, insta ke... semua dengan semak fon. Dan, kerterujaan menhapdet blog ni kurang bila bukak semak fon. 

Sebab ke seterusnya, dulu wa duduk ngan mak wa. Balik sekolah, memerap dalam bilik. Kadang2 tengok tv, kadang2 mak wa pun nak tgk tv. So, wa ngan tv pun jadi agak limited. Hampir 2 tahun w menumpang kasih duduk rumah mak wa, wa mencari sarang sendiri. Bila dah duduk sarang sendiri, segala2 nya wa bebas buat apa sahaja. Lebih2 lagi wa langgan pakej movie. Sah2 wa duk depan tv doplohpat jam. Kadang2 nak bukak laptop pun hanya bila nak bayar online, ataupun nak print sesuatu. Tu la pasal RAYAP semakin merayap ntah ke mana. Citer pun dah semakin lesu. Tapi dalam lesu2 sebegini wa ada pengikut wa sendiri. Pengikut yang macam mana? Nanti wa akan story dalam next n3. Wa pegi dulu...

Tuesday, September 16, 2014

Bila WKHs Berkumpul

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Ramadhan dah lepas.. Salam Syawal lah plak.tu pun dah lepas...... sebenarnya ni cerita lama. Wa nak post n3 ni sejak lepas aidilfitri lg tapi asyik draf je...

Wah...bersopan santun lak kali ni wa siap beri salam bagai. Takpelah, jwb la salam kalo terbaca salam di atas. Apa nak coret kali ni ek? Sementara masih ingat, ekcelly this thing happen oredi more than 5 weeks ago... Hahahaha.. itulah terjadi bila wa mencuba menspeaking London. Raya dah lepas beberapa minggu lepas. Tahun ni raya serba sederhana. Bukan apa, kerana keadaan tidak begitu memihak.

Wa mengajar dah hampir 5 tahun dan Insyaallah tahun ni merupakan batch yang ke-5 yang mengambil UPSR dibawah didikan dan ajaran sesat wa. Haish... tak la sampai sesat. Insyaallah ada je yang berjaya.

Tahun pertama menjadi tecer, wa tak rasa sangat kehadiran anak2 murid wa datang beraya. Almaklumlah, bebudak sekolah rendah. Wa bukan duduk sebelah sekolah pun kan? Sah-sah takde budak yang mampu datang beraya rumah wa pada masa itu. Campak belakang sikit lah boleh? Tahun pertama WKH wa adalah.... jeng jeng jeng si budak penangis Fairul Hisham. Masa tahun 6 wa dah banyak kali citer dan boleh dikatakan menjadi sebahagian besar sebab-sebab rayap ini hidup kerana banyak pengalaman kali pertama menjadi guru diceritakan di dalam rayap. Tak yah la campak banyak sangat k.
Ni la WKH no 1. Namanya Fairul Hisham. Kalau di flashback balik, mostly bebudak yang jadik WKH wa memang berasal dari budak yang wa tak suka pada awalnya. Dia antara pelajar yang suke menjawab dan agak kurang ajar. Pernah sekali kena basuh dan menangis, barulah beliau berubah menjadi baik.


Wajah beliau kini


Tahun 2011 - WKH no 2, sape lagi kalo bukan Si Amirul. Antara pelajar yang paling banyak menguji wa sebagai cikgu. Kadangkala mesra, kadangkala jauh. Sebelum mentinggalkan sekolah pun ada kes dengan wa. Tapi beliaulah satu2nya bukti wa mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dari kelas belakang yang mendapat A dalam subjek wa.
Penampilan istimewa Hafizam. Dulu wa selalu rasa Hafizam ni macam merimaskan sebab dia selalu mengganggu bila wa dengan Amirul. Tapi yang mengganggu itulah kini menjadi WKH agung wa sampai sekarang...

Lagi gambar si Amirul

WKH 3? Rasanya tak perlu dimasukkan dalam citer kali ni. Sebab dah banyak sangat citer beliau. Tapi amiklah pic ni sebagai hiasan




Kenapa wa nak citer semua benda ni? Boleh dikatakan 2 orang WKH wa yang pertama tu kini semakin membesar. Sorang tingkatan 4 dan sorang tingkatan 3. Macam wa cakap tadi, awal2 dulu tiap kali raya memang takde la anak murid yang nak datang raya. Tapi sekarang anak murid sulung dah tingkatan 4, dah reti nak merempit. Mereka datang bersama2. Bersama2 pelajar yang pernah wa ajar jugak. Tak sangka jugak Si Amirul yang datang. Bukan apa, last2 sekolah dulu dia antara pelajar yang melarikan diri dari wa. 

Enam orang datang sekaligus. 2 wkh datang sekali. Cuma WKH3 je tak datang. Boleh dikatakan pelajar yang pernah kena tangan dengan wa yang datang. Depan sekali Akram, dulu pelajar yang nakal dan selalu kena tarik telinga, baju pepel si Hafizuddin, baya Hafizam. Pernah ada kes bertiga wa sendiri dah lupa kes apa... Dalam rayap ada citer tapi wa malas nak carik.. Kanan sekali si Fairul Hisham, dah citer kat atas. Si Luqman, sebelah Hisham antara pelajar yang banyak bersaing dengan Amirul satu masa dulu dalam subjek BI. The pink one is Amirul, semakin berisi dan tinggi. Dan sebelah wa sorang lagi adalah Aizad, bukan kelas wa dulu, tapi dia pernah cakap dia jeles bila wa asyik dengan Amirul.


Datang melepak dari Zohor sehinggalah Asar. Lama jugak diorang lepak rumah wa sambil melayan movie. Tapi Si Amirul macam kurang sembang dengan wa. Mungkin kejanggalan dulu masih terasa sampai ke hari ni kot. Tak kisahlah, asalkan diorang sudi datang raya rumah wa. 



Wa hantar pic kat Hafizam yang menunjukkan diorang datang beraya ke rumah wa, sekali beliau balas...

"Takleh jadi ni, esok Fizam kena datang beraya dengan Sir"


Nak jadikan citer, esoknya si Fizam datang. Tapi wa tak amik gambar plak. Sebab mungkin dia datang bersama2 sepupu2 dia yang kurang mengkenali wa, so x berapa nak rasi untuk bergambar. Lagipun mungkin sebab dah berlambak gambar beliau wa snap...

Sampai jumpa lagi.....

Tuesday, September 9, 2014

Kamu Datang Dengan Cinta Secara Banyak Part 4

Dah lama betul RAYAP ni berhabuk. Tapi hit views tetap mencecah puluhan (puluhan je...tade la sampai ratusan).

Hari ni 9 September 2014, Selasa. Sedang wa mentaip segala benda alah ni, anak2 wa bertempur di medan UPSR dengan 3 kertas sekaligus pada hari pertama. Macam tahun2 sudah, selang beberapa n3 je dari n3 ni, wa pernah coret pasal Keluarga_Wa_2014. Macam baru sangat wa kenal depa dan kini mereka sekali lagi akan membuatkan wa merasa sayu kerana mereka akan pergi jua. Part-part lain kat SINI dan last2 year kat 2012, 2011

Macam biasa wa akan describe la serba sedikit pasal anak2 wa ni. Bermula dengan seorang budak yang sangatlah super bermasalah ....
Nama seperti yang tercatat. Masa wa mula2 masuk Sekebun ni, beliau baru darjah 2. Kebanyakan cikgu akan bermasalah apabila mahu mengajar kelas beliau. Entah apa perangai yang budak bawak wa pun tak tahu. Mula2 masa wa kena jadik guru kelas diorang, budak ni la wa paling risau. Dengarnya paling tak hormat cikgu, paling tak makan saman, paling worst la.... Alhamdulillah sepanjang wa jadik guru kelas beliau, takde lak masalah yang pernah beliau buat kat wa. Tapi pernah sekali la tangan wa naik ke badan beliau, itu pun sebab tangan beliau yang naik ke badan budak lain dulu. Itu la last tangan wa naik pada badan beliau. Kalo part mengamuk...banyak kali dah rasanya. Semalam last day pun sebatang pembaris patah sebab wa mengamuk. hahahahah... Apa pun harap2 keajaiban akan berlaku sebab budak ni bukan budak target lulus. Membaca pun merangkak.

 Haaaaa..... kadang2 kesian sangat dengan budak ni si Fais. Selalu diperlekehkan oleh kawan2 sebab kependiamannya apabila ditanya sebarang soalan. Kadang2 dia macam nak dekat ngan wa, kadang2 macam lari. Tapi antara pelajar yang kerap kena marah jugaklah.. Apapun harap keajaiban terjadi.

Setiap kali bergambar, wa akan suruh dia sengih sebab bagi wa gigi dia sangat cantik. Tak seperti setengah bebudak yang gigi dah rosak sebab selalu makan junk food. Budak target wa harap2 dapat B untuk subjek wa. Pernah sekali merajuk tak tegur wa sebab wa marah dia tengok jawapan belakang buku latihan. Seminggu x bercakap... last2 mintak maaf sambil nangis2...

Kaki mengadu. Sikit2 mengadu. Tapi bila turn dia yang buat kat orang bukan main lagi segala kaki tangan naik nak bergaduh. Kuat jugak bergaduh. Pernah 2x kalau tak silap wa beliau lulus subjek BI ni. Masa tahun 2010 wa ajar kakak beliau dan syukurlah kakak beliau dapat B. Ini budak wa tak tau la camne. Apapun salah sorang budak target lulus.

Anak yang ke 4 dalam keluarga beliau yang wa mengajar. Tahun 2010 wa ajar si abang, 2011 pun ada, 2012 pun ada. Cuma last year je mak dia tak beranak kot selang setahun. Pastu tahun ni wa ajar beliau. Banyak cakap tapi pendiam bila wa tanya soalan yang pelik2. Keajaiban berlaku hopefully. Kalo wa sebut keajaiban tu maknenya bukan budak target wa la ni...

Sorang lagi Firdaus. Padam je perkataan Asfa tukar body. Super sangat pendiam. Jarang2 wa dapat dengar sore beliau. Alhamdulillah, 3 ujian terakhir menunjukkan pencapaian yang baik, dan target lulus wa jugaklah si beliau ini..

Sepupu WKH wa si Hafizam. Tapi beliau bukan la WKH wa tahun ni. Hehehe... pendiam jugak. Dah cuba yang terbaik dan harap keajaiban berlaku...

Ini budak istimewa. Tapi kadang-kadang dia lagi bagus dari budak biasa. Tapi anugerah lain yang diberikan kepada beliau oleh Allah SWT. Paling kurang memberi kesusahan kepada cikgu2nya. Senang dikawal dan tak banyak perangai. Selalunya dia yang dibuli....

Izzat yang pertama asalnya dari kelas pertama. Tapi wa tak tau la kenapa beliau dipindahkan ke kelas belakang. Agaknya adalah untuk menjadi penawar kepada cikgu apabila mostly soalan2 yang ditanya tak boleh dijawab oleh orang lain. Takpelah Izzat, kelas mana2 pun sama je. Insyaallah antara pelajar yang akan cemerlang dari kelas wa nanti....

Izzat yang kedua. Senang je...guna nama yang sama tapi tukar body. Ini Izzat Aiman. Chengeng, pantang kena tegur, pernah kena tangan, pernah ponteng sekolah, pernah wa call mak beliau dan dia yang angkat, bila tau wa yang call terus dia letak telefon.... Tapi bila kena dengan angin dan caranya, dia antara pelajar yang paling suka membuat kerja yang disuruh oleh wa. Biasanya macam tu lah... pelajar2 bawah par ni memang sukar nak score tapi paling cemerlang dalam attitude dan praktikal. Apapun, antara pelajar keajaiban yang diharapkan....
Budak ni pun dari kelas 1st. Dek kerana lebih banyak bermain, dipindahkan ke kelas ke2 selepas memasuki tahun 6. Bila dah masuk kelas wa, perangai pun dah jadi supernakhorom. Selalu kena marah dengan wa sebab sikap kurang ajarnya. Sebulan sebelum exam, wa lucut jawatan pengawas perpustakaan beliau. Sejak dilucutkan jawatan, baru perangai macam nak berubah jadi baik. Dan akhir2 ni pun dah semakin rapat dengan wa. Calon lulus.

Pelajar yang ke3 dari kelas 1st yang turun kelas 2nd masa naik tahun 6. Pendiam, dan tak banyak bercakap.Budak tak cemerlang sangat dan tak la teruk sangat. Average je la... Calon lulus.

Budak yang manja. Selalu kena buli, seorang playboy, ramai awek, mat bunga dan juga seorang yang sangat sopan dengan cikgunya. Dia ni anak yatim, tinggal dengan ibunya dan adik beradik yang lain. Antara budak yang rapat dengan wa jugak.. tapi keajaiban je laaaa...

Erm.... apa aku nak cakap ek? Anak guard sekolah. Tapi rekod tak datang sekolah lebih 30 hari. Dalam seminggu mesti ada tak datang sekolah. Bila wa cakap nak jemput kat rumah kalau x datang sekolah, baru la rajin mendatangkan diri ke sekolah. Wajah tampan, dan badan agak tegap, tapi pendiam. Selalu claim dia kena buli sebab tu xnak datang ke sekolah. Keajaiban plissss

Antara bunga yang wujud dikalangan kumbang2 dari kelas wa. Selalunya bunga tak banyak masalah, lebih2 lagi diorang tak ramai. So, sopan2 je la perangai diorang. Tapi beliau antara pelajar yang menjadi penawar dalam kelas, maksudnya, kalau orang lain xtau nak jawab, dia ni la penyelamat suasana. Target lulus.

Nama betul Danisal. Dulu masa batch WKH wa, kakak beliau yang wa ajar. Tapi kakak beliau tidak le menjadi harapan wa sangat. Terus terang wa katakan, kalau la dia ni lelaki, maybe dah jadi WKH wa yang ke4. tapi bila dia ni pompuan, takleh la lebih2. Tertinggi beliau mendapat B semasa Trial. Harap2 beliau macam Amirul yang mampu dapat A nanti.

Words!! I need words!!! Wordless... Tak tau nak describe apa. Keajaiban plissss....


Ada sebab budak ni wa letakkan terakhir.  Biasalah...kalo terakhir mesti terpanjang describenya. Ada ura2 dia ni macam nak jadi WKH wa, sampaikan wa pun dah kenal famili beliau. Tapi maklumlah bukan semua budak boleh masuk dengan wa. As long as dia respek wa sudah memadai. Dia terpilih sebagai ketua pun atas undian. Bila dah jadi ketua, paling banyak kena interact dengan wa. Several times jugak datang ikut wa, dan kadang2 seronok layan karenah buidak ni. Bermula dari tidak pandai membaca, tapi disebabkan cikgu BM beliau adalah kakak wa Cikgu Norizan, dalam tempoh sehingga UPSR ni beliau berjaya membaca. Menurut kak Zan lagi, kalau lah ada setahun lagi Si Shamirul ni di bawah beliau, insyaallah berjaya untuk BM. Bagi wa pun bila beliau berjaya membaca, sekurang2nya menyenangkan jugak untuk subjek wa.6 ujian yang dilakukan, ujian terakhir beliau lulus subjek wa. Harap2 la beliau berjaya membuat kejutan nanti. 

Keluarga beliau pun dah macam kacis jugak dengan wa. Cuma, biasalah budak2 kan.. Kadang2 ada masa dia kena ikut angin kita dan kadangkala kena ikut angin dia. Jarang menangis tapi pernah 2x menangis depan wa sebab yang wa sendiri dah lupa. Banyak kali jugak kena marah dengan wa. Bila dah kena marah, terus tak tegur wa. Pernah kena rotan, pernah kena lempang dan juga pernah tercedera di pipi sebab kena sagat dengan janggut wa yang tajam... hahahah.

Foto kenangan diorang yang bakal aku rindukan nanti.......


























Taraaa..... wa dah masuk gambar mesra alam plak.... Biasa la gurau dengan bebudak... Tapi agak pilih kasih la sebab budak lain xde lak nak angkat dukung bagai.... hahahaha....

Keajaiban 10 orang dan target 8 orang. Tapi target sekolah nak 6 orang je yang tak lulus... Adoi...penin la wa.....

Semoga kalian cemerlang dalam UPSR kali ni.