Showing posts with label Entry Merapu. Show all posts
Showing posts with label Entry Merapu. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

N3 terakhir 2013

Final n3 untuk tahun ni. Esok 1 Januari 2014. Sebulan lebih melakukan percutian sedikitpun tidak memberi ruang kepada wa untuk menyinggahi di sini. Ok stret to the point wa banyak missed benda nak dipostkan dalam Rayap wa nih. Last n3 pun macam takde apa nak coretkan sangat. Tahun 2013 ni rayap pun macam suram je. Hit viewers pun tak banyak. Bermula cuti wa ingat macam benda wa nak buat. Nak upgrade diri sendiri, nak motivate untuk next year. 

List of things yang wa ter missed nak buat sejak bermulanya cuti sehinggalah esok dah nak bukak sekolah adalah :

1. Kalau termasuk n3 ni wa hanya sempat post 34 n3 sahaja. Ingatkan wa nak la update rayap ni supaya lebih ber update bak kata orang tuh....

2. Wa nak habiskan cerita2 yang wa rekod kat astro especially cerita korea yang kunun2nya nak melayan sampai pagi2.. Tapi sepanjang cuti wa tetap kena bangun seawal pagi keje2 menghantar adik wa ke kelas tahfiz sebab mak wa takde. 6 hari seminggu. Tu yang mengganggu jugak rancangan cuti2 Malaysia.

3. Wa nak main game ps2 yang tertangguh sampai abis tapi tak berdaya jugak nak abiskan.

4. Wa nak start mengarang semula. Novel wa yang terakhir adalah tahun 2005, dah hampir 10 tahun wa tak mengarang sesuatu.

5. Wa nak kemas rumah konon2 nye nak keadaan kemas sentiasa.... Tapi...haram nak kemas.

Okeylah, sempena ini last n3 untuk tahun 2013, wa nak ucapkan selamat datang 2014. Selamat tinggal 2013, kirim salam kat 2012.  Tahun ni azam wa tak tau lagi....

Thursday, March 8, 2012

Wa Kena Trolololl Dengan Ustaz

Dengar tajuk cam hampeh dah, cam x caya lak ustaz pandai trololol kan wa. Mula2 wa nak sakit hati, tapi bila terkenangkan dia seorang ustaz, wa tak jadi kecik ati, wa anggap je trolololnya berjaya.. Sebab ustaz ni jarang2 melawak... sekali melawak, terus trololollll.. hhahahah

Friday, March 2, 2012

Oh P

Sejak hari Selasa lepas, fikiran wa asyik teringatkan pada P. Duk makan pun P, bawak muto pun P. Ish nak tak nak pun masa tdo pun teringatkan kat P. Ish...rindunya pada P. Bila la wa leh jumpa P???

Sunday, February 12, 2012

Dari Hari Itu

Dari hari itu sampai ke la ni wa masih kena basuh.. Wa xdak masa nak update rayap. Wa sangat banyak keje nak kena setel.. Huhuhu,,dengan kesengkekkan wa yang teramat2 ni dengan life wa yang tunggang langgang. Wa nak kena amik tahu hal orang lain lagi. Banyak benda wa tertinggal kat belakang. Tapi wa tenang je.. Wa takde la nak story kat sape2 pun. Ketawa adalah penyamaran yang terbaekkkk...

Ketawa adalah samaran terbaik. Wa tak nafikan, wa disenangi, wa dihormati, wa dikagumi, dan wa diangkat2 selalu oleh colleagues wa yang kunun2nya wa ni xnah buat salah la kan? Hahahah, wa hanya mampu ketawa. Ye, ketawa adalah samaran yang terbaik untuk segala masalah. Mereka yang tanya hanya tahu mentertawakan wa sahaja, tapi tak tau apa masalah yang wa hadapi. Dulu wa sering dihujani dengan soalan bila nak bertunang la, dah ada ke belum la, sekarang ni bila dah tukar status engage, wa masih tak terlepas dari dibelenggu oleh soalan2 yang berkaitan. Bila nak langsung la, dah tua la.. Senang cite wa cakap wa yang nak tangguh. Wa cakap wa belum bersedia. Pastu diorang kutuk wa plak, pompuan dah sedia, laki plak tak sedia, kang dia mintak putus baru ko tau.. Hahaha.. wa ketawa lagi. Diorang tak tau apa yang wa rasa. Takpelah.. wa telan je la cemuhan depa semua.

Saturday, January 7, 2012

Permulaan 2012

No hapdet?? Wa memang nak sangat hapdet pelbagai benda yang bermain di kepala hotak wa. Mula2 sekali wa nak hapdet pasal tugas2 wa tahun ni. Last meeting 27 December 2011 wa just tau wa pegang kelas lagi. Nakhalil!!! Wa guru kelas tahun 6G. So automatic wa tau wa akan ngajar yr 6 lagi. Tapi tahun ni wa agak risau. Wa x tau la 6G wa camne.. Berjayakah wa menghasilkan seorang lagi Amirul seperti Amirul tahun lepas? Bukan melahirkan WKH, tetapi menghasilkan A dalam bahasa inggeris dari kelas 6G. Huhuhu.

Ok, ada jawatan baru dan ada juga jawatan yang kena lucut. Kalo dulu wa adalah Ketua Panitia Bahasa Inggeris, tahun ni wa jadi guru panitia je. Sebabnya Kak Sham dari SK Tok Jiring telah menggantikan Kak Pah yang akan bertugas di Pahang. Kak Sham kalo kira adalah guru AKRAM, tapi sayang pihak sekolah tak pulak bagi dia kelas tahun 6. Wa ok je kalau kak sham nak amik kelas wa, tapi wa kan guru kelas 6G. So.. up to them laa...

Wa tahun ni dah dilucutkan jawatan dari SU Kelab Pencegahan Dadah, dan wa diserap masuk ke dalam badan pengawas. Hahaha... Then wa ada jugak jadi SU tapi wa lupa. Nanti la wa hapdet. 1st Januari ritu adalah hari kelepasan am bagi negeri2 yang mengambil cuti tapi tidak di Terengganu. Cam siak wa bangun pagi jam 730am sebab wa tdo balik dalam 615 gituh. Wa terkocoh2 gak gerak dalam 750 wa sampai ke muka pintu pagar sekebun. Nakhorom hjadooooo... takde sorang lagi yang sampai sekolah. Hari tu bukan main lagi semua cikgu kena ada kat sekolah sebelum kul 8. Menurut encik pak guard, wa la 1st guru yang sampai untuk permulaan 2012 nih.

Wa tunggu punya tunggu ada la jugak cikgu2 lain yang sampai. Wa duk lepak gak tunggu cikgu2 lelaki yang lain sampai.. tapi nakhorom... xde sorang pun yang muncul. Rupa-rupanya tahun ni wa sorang je cikgu laki yang pegang kelas. Dan hari ni sebenarnya memang untuk cikgu yang pegang kelas je datang... Oh ya, tahun ni setelah pemergian Kak Pah ke sekolah baru, sekebun menterima 2 orang guru BI yang baru. Kak Sham ngan Kak Tini (xtau la yang ni akak ke ahdik, tapi wa panggil tecer je). Thanks god, saat itu juga wa bersyukur gila kerana dengan kedatangan 2 orang guru BI baru, bermakna setiap guru akan dapat 3 kelas je la sorang untuk BI. Kalo dulu wa selalu dapat 4 kelas. Nakhorommm... Tahun ni macam biasa wa pegang 6G yang dulunya adalah murid wa jugak dari 5G dan ngajar sekali la. Then wa folo 5F, then wa ingat wa dapat 4G, sekali depa bagi wa tahun 3G. Pergh, ada 2kelas yang G dan 1 yang F. Pastu wa dapat subjek baru iaitu KH utk 4F dan 6G. Hurm... sakit paler lagi la wa tahun ni. Ada satu time sorang kawan wa yang juga cikgu maths rasanya kini mengajar di Selatan kot, dia ada post gambar jadual kelas beliau untuk tahun ni. Dengan caption ' wah.. tahun 6 dalam jadual aku...bla bla bla...' Kononnya teruja sangat terasa diri best la tu? Hahaha.. sian lak, wa tak rasa best pun kena ajar tahun 6, tak rasa hebat, tak rasa bangga sebab wa dah 2 tahun kena ajar tahun 6. Kalau boleh (kalau boleh la), tahun depan wa nak rehat dari tahun 6, tapi boleh ke? Tahun ni wa masih nak tahun 6 sebab budak2 tahun 6 sekarang ni ramai yang sayang kat wa... hahahah nakhorom..... Pernah sekali wa cakap wa sangat letih dengan tahun 6 harap2 tahun depan direhatkan, pastu kak Zan dengar kata2 wa terus menge sound wa dengan kata2 'Ko jangan mimpi la, baru 2 tahun nak rehat, ada orang 7-8 tahun tak pernah pun dapat rehat.' Yer.. wa paham.. its about experiences. Wa memang nak gain more experiences dalam hal tahun 6 ni. Sebab wa memang sebati dengan budak2 yang dah besar. Budak2 cikenit ni wa tak master lagi

Hari 1st sekolah pulak adalah 3rd Januari. Datang sekolah ingat kena ada perhimpunan, sekali tiada. Wa pagi2 lagi dah kena menjengah kelas cikenit2 dari tahun 3. Waaaarhhhh... dah lama wa tinggalkan silibus tahun 3. Nak kena stadi semula, Last time pun masa wa praktikal kat Ipoh dulu 2009 (lama ke??) kelas 3 Bistari Sk St Michael 1. Kelas Akim. La ni Akim dah tahun 6. Camne la rupa dia sekarang. Pergh..terkenang WKH-WKH lame neh. Teringat lak kat Kak N. huhuhu...So cikenit2 tahun 3 ni sebenarnya ada yang pernah jadi anak murid wa masa diorang tahun 1 2010 dulu. Takde la nakhorom sangat just wa je yang belum berjaya mengadaptkan diri.

Kini wa kembali terasa sesak nafas. Wa pernah sembang dengan sorang kawan wa yang kejenya pensyarah di Kolej Komuniti, yang kini masih lagi rileks sebab belum bukak lagi sem baru, katanya beliau akan mula busy stat 10 Januari ni dan beliau takde masa lagi la nak sembang ngan wa ke apa ke kan, sekali wa rasa wa yang stat sibuk  dulu sebab dalam minggu ni sahaja wa tak sempat nak hapdet rayap, wa tak sempat nak tengok tibi, tiap2 malam wa ada kelas. Next week wa akan ada kelas stat hari Ahad, Isnin wa spare untuk sekolah, Selasa Rabu kat pusat Tusyen, Khamis Jumaat pula home tusyen kat rumah K.Ja, Sabtu je wa nak rileks. Gile la.. ada orang cakap wa nak kumpul duit nak kawin.. tapi hal kawin pun xtau la nak setelkan camne. Biaq la kan....

Okeh la setakat ni wa rasa macam x stress sangat lagi.. Just wa nak tekankan wa rasa sangat lega sebab wa hanya kena ajar 3 kelas saja....perrgh best siak...Pastu bleh plak hari pertama persekolahan, datang idea gila dari seorang ustazah ni nak pusing2 meja dalam bilik guru. Patut la setiap kali wa tukar kedudukan murid2 wa setiap sebulan sekali, mesti diorang akan excited semacam. Camtu gak dengan wa.. Excited jugak nak duduk kedudukan baru .Yang penting wa tak nak tukar meja sebab wa dapat meja antara yang terkacis.

Wa tak jumpa pic lain untuk menunjukkan kedudukan meja wa dalam bilik guru tahun lepas. Ini la kedudukan meja dalam bilik guru sebelum berlakunya pertukaran kedudukan.

Dan ini pulak kedudukan wa yang baru. Mengadap satu sama lain dan 4 orang satu group. Kalau dulu memanjang je. Dulu sebelah kanan wa ustaz Muda. Kini Ustaz Muda duk sebelah kiri wa dan tiada sape di sebelah kanan. Depan wa tu tempat duduk Cikgu Norhayati. Wa suka sakat beliau. Sebab tu wa pilih depan beliau. Perhatikan meja wa yang berlainan dari yang lain. Dan perhatikan juga gambar2 atas meja wa. Itu adalah gambar2 WKH2 yang lalu. 


Itu je lah kali ni... lama betul tak hapdet


Sunday, December 25, 2011

Gambar Kontrol Basi

Wa post saje2 gambar ni dalam fesbuku, tak sangka dapat banyak cemuhan... hohoho. Salah wa ke???



Tapi ini yang asal, masa ni umur wa lima tahun. Baru je kehilangan abang kerna penyakit buah pinggang. Masa tu umur abang wa 10. Lepas tu wa plak di diagnosis ada penyakit buah pinggang. Gile tak meroyan arwah ma masa tu, dah la abg wa baru pergi, ni wa plak di diagnosis ada penyakit yang sama. Masa tu nak detect penyakit ni senang je, air kencing akan jadi keruh, dan itu salah satu simptom. Mujur wa dapat kesan peringkat awal, tak macam arwah abang wa, dah peringkat akhir. So doktor sajes wa bersunat. So, berlakulah persunatan tersebut dengan jayanya dan wa bebas dari penyakit buah pinggang tersebut. Wa sempat jugak la lepak wad seminggu kot, tapi wa tak ingat. Hahaha...macam mana bersunat boleh sembuhkan penyakit itu wa tak tau la.. Tapi kalo dah dewasa kena penyakit ni, xkan nak bersunat lagi kan? Betul tak??


Zaman sekarang orang dah tak pakai kelambu macam ni lagi dah kan??

P.S - Sebab gambar di atas juga la ramai kawan2 yang tak pernah mesej wa kembali menegur wa. Ada jugak kawan baru. Ada yang kawan satu sekolah rendah, ada yang tak sekolah.. hahah.. Yang penting, WKH baru.

Sunday, December 4, 2011

Dah December rupanya

N3 semakin kurang, xbanyak cerita nak diberitahu. Bukan blog hangat, bukan blog ramai viewers, bukan blog cerita seluruh dunia yang pelik,aneh seram sejuk, just blog yang penuh dengan tulisan. Perihal sendiri je yang banyak. 

Gua dah masuk minggu ke 3 musim percutian sekolah, bukan musim percutian di kawasan percutian, tetapi di rumah sahaja... Aktiviti harian more to lepaking ngan sleeping. Tapi minggu ni ada banyak kenduri sedara yang kawin. :Last Saturday last week, sepupu gua yang nikah. Then Sabtu kemarin pun sepupu gak belah mak.

Kalo dulu bila berjumpa dengan sedara2 kat mana majlis, soalan wajib tanya kat wa (xwajib jawab dengan sopan ye, bagi pelempang boleh gak) adalah bila mau nikah? Pergh....kentut berdarah wa dengar soklan sebegituan. Itu dulu...

Sekarang ni lain sikit intro soalan. Semua sedara tau gua dah tunang, mean tak lama lagi nak kawin la kan? Xde lagi dah soalan bila nak kawin - sebab selalu soalan ni utk orang yang maybe ada gelfren atau maybe masih solo tapi mak2 sedara xtau.  Bila time jumpa mesti time kenduri sedara2 kan? Pastu plak, time kenduri plak mesti time cuti sekolah kan? So time cuti sekolah wa ngan para cikgu cikgi mesti cuti jugak kan? Soalan pun dah lain sikit temponya. Cuti sekolah tak bercuti ke? Apa punya soalan da.. Ni wa tengah bercuti la ni, mana ada pakai baju kemeja siap bawak lesson plan kan? Soalan lain sikit, cuti sekolah tak ke mana2 ke? Asal cuti je mesti nak kena ke mana mana ke? (Pada gua, orang tanya soalan ni memang nak kena lempang) Tapi kadang2 wa pun start perbualan dengan soklan camtu gak. HJ betui...

Yes... wa tak kemana-mana ........LAGI. Setakat ni menternak lemak dahulu baru pikir macam mana nak singkirkan lemak tersebutl. Hahaha..wa tengah kumpul duit siak, tahun depan wa banyak projek nak pakai duit...

Wednesday, November 30, 2011

N3 merapu

Beberapa jam je lagi nak masuk bulan doblas. Pastu ada 31 hari lagi nak masuk tahun baru 2012. Then bukak sekolah. Seminggu lepas tu gua dah nak kena tambah setahun lagi untuk usia wa. Macam HJadooo. Minggu lepas wa memang berhibernasi je dalam rumah mak wa sebab wa memang tak suka berpeleseran pun (macam Hjadoo lagi). Padahal wa takdak duit nak berpeleseran. Masuk je gaji wa terus berpele...seran dengan meriahnya. Hahaha.

Minggu ni 2 orang mak kepada anak murid wa yang call. Sorang yang pertama ni mak si A. Malas wa nak sebut nama sebenar beliau. A ni bukan anak murid wa pun, ex-Sekebun wa. Tahun ni form 1, kira tahun lepas la dia yr 6 kat sekebun. Tapi memandangkan wa telah membuatkan mak A terpesona dengan kekacisan wa melayan anak beliau last year, tahun ni mak A tanya apasal dah lama tak ajak A jalan2 macam last year. Hahaha... Si A ni pun bukan anak murid wa pun, apatah lagi tahap WKH.. Tapi A kira budak yang baik jugak la... Yang wa heran apasal mak dia leh tanya wa pasai apa wa dah tak ajak anak dia kuar. Tu yang wa heran.

Mak anak murid wa yang ke2 ialah mak si M (wa memang malas nak sebut nama sebenar beliau lagi la). M ni bukan diri wa sendiri tapi panggilan dia memang stat ngan M kat depan. Budak ni memang la anak murid wa tahun ni. Soalan yang sama jugak, tanya wa, ada ke anak dia Si M tu wat salah ke ngan wa sebab wa dah lama tak jenguk anak beliau. Dulu wa selalu bawak M ni jenjalan. Sekarang ni dah jarang pulak nampak wa datang rumah dia. Wa jawab la M takde salah apa pun ngan wa, maybe dia dah x berapa nak mau ikut wa jalan2. Wa pernah ajak dia kuar tapi dia menolak dengan penuh rasa sopan. So wa sendiri dah rasa macam Si M ni tak berapa suka nak kuar lagi dengan wa. Yang penting wa halalkan makan minum dia selama dia kuar dengan wa. 

Mujur la mak si Luqman tak call, kalu tak xtau la camne. Dah la si Luqman tengah kena 'potong'. Sampai ke saat aku cerita ni belum pulih lagi. Sekali mak dia call suh wa bawak anak dia jenjalan gak abis la bentan anak beliau.

Mak mak sekalian, susah wa nak explain. Bila dah kuar, sah sah duit pun ikut kuar sekali. Dah tu yang seronok anak2 mak2 la sebab dapat jalan2 free. Tapi mak A dan mak M, wa sayang 2-2 anak2 makcik. Tapi wa nak tengok diorang tu menjadi orang ke tak bila dah besar nanti. Rasanya dah banyak didikan yang wa beri kat depa. Sekarang ni wa nak rileks. 

Wa ajak la A kuar sebab dah dekat setahun wa tak jumpa dia. Banyak tul benda yang dikongsi dengan si A. Dah semakin petah bercakap. Dulu wa kenal A seorang yang pendiam. Dan dulu jugak wa tau A x suka dengan wa. Sekarang??? Ha.. tau xpe....


Tuesday, November 8, 2011

Aidiladha Yang Biasa Je

Dah masuk hari ke 3 Aidiladha.. Kira yesterday adalah hari paling LOL untuk aku. Kemarin  mean hari raya ke 2. Baek, aku ingin ceritanya pun hari raya in yang ke satu adui.

Day before raya day, (sabtu). Kalau kira Nuna pulang ke Terengganu dah sampai pagi2 tadi. Dah janji nak jumpa petang. Sebab nak bawak gi tengok rumah sewa. So, lepas Zohor lewat sket2 gerak. Amik beliau then head back to North side sebab she lives at South side. Dalam nak masuk Asar jugak la berjanji dengan tn rumah, then tengok rumah pastu berangan2 kejap then blah. Masa belah, melalui jugak SeKeBuN sebab Nuna nak tau tempat aku mengajar. Masa lalu yang pertama tunjuk sekolah macam tu je. Tapi masa patah balik dia ada cakap WKH ada kat pagar sekolah sebab time2 petang WKH akan main bola. Tak sangka walaupun Nuna ni 1st time dia ternampak kelibat WKH, terus beliau perasan. Hohoho...Tapi aku tak perasan pulak, almaklum lah tengah drive.

1st raya day, pagi2 lagi aku terus membuta i pun mataku sebab aku tdo lambat semalam, tidak sembahyang raya pun. Pagi2 lagi tok aku dah bising2 cakap orang dah nak sembahyang, aku lagi la malas nak pergi kalau dengar sore dia. Lagi sedap tarik selimut. Grrrr
(kesimpulannya aku tak semayang sunat hari raya, keh keh)

Tapi aku tdo tak lama, sayup2 dengar orang tengah khutbah aku dah bangunkan diri sendiri pun sebab mak aku nak aku ikut gi sembelih lembu. Mak aku ambil bahagian jugak dalam pengorbanan tahun ini adui. Lepas mensarapkan diri aku membawa mak aku ke tempat penyembelihan. Urm.. Lebih dari 3 jam siak aku terpacak kat sana. Aku takleh tengok sebenarnya time lembu kena sembelih, tapi time melapah tu aku ada lah jugak mentolongkan diri memegang kaki. Masih terngiang-ngiang bau taik lembu di tangan..grrrr...

Petang melepak di rumah mak sedara dia buat sup daging, daging bakar dan segalanya daging. Grr.. Penat gigi mengunyah.

Hari ke 2, dah lah bangun lambat, pastu siap2 makan pagi then sambung tdo. Best apa cuaca yang redup je macam tuan dia jugak. Bangun bila mak aku ajak gi kenduri akikah. But i.ve said Thank You, xnak itot.. Then sambung tdo sampai la kul 3. Memang LOL betul aku hari ni. Petang je aktiviti berfaedah sikit sebab abang ngah datang then leh layan sembang sambil makan stimbot.

Kerja-kerja pengemaskinian buku rekod belum siap, esok masih cuti. Sekarang pun masih tak tdo. Hurm,...


Saturday, October 29, 2011

Bengang

Ok, keputusan Piala Malas Sia adalah NS 2 - Tganu 1
but



Bengang (bukan sebab Teganu kalah)
Bengang (bukan sebab Teganu xcuti Ahad 30 Okt)
Bengang (bukan sebab bilik bersepah)
Bengang kerana tahu akan satu sebab yang paling bodos untuk keep away dari aku...

Yang Benar

Aiden Jaime


Ps : Ni bukan aku yang tulis laaa

Saturday, October 8, 2011

Kenapa Aku Menulis Blog??

Kenapa soalan bodoh yang ditanya? Hahah, aku selalu mem-blog-hopping dari satu blog ke satu blog yang memang bagi aku banyak benda yang boleh memberikan pengetahuan. Ada jugak blog yang berupa caci maki dan ada jugak blog hiburan. Blog keagamaan dan juga blog yang hanya untuk cerita2 pelik je.

Dan setiap blog ada pulak ruangan untuk mengkumen, bila banyak kumen tu mean banyak orang singgah la. Dan begitu jugak setiap penulis blog nak ramai orang singgah dan kumen setiap n3 yang ada.

Bagi aku pulak.... Dulu ye memang aku nak traffic aku cun, ramai orang baca, ramai orang komen, tapi sekarang aku jadi malu bila n3 tak seberapa tapi mempertaruhkan harapan supaya orang baca. Lebih2 lagi banyak kisah sekolah, kisah harian, kisah bebudak dan kisah hampesh. Blog yang orang selalu baca blog yang menarik, cerita lucu dan sebagainya.

Tapi last week aku lepak ngan sorang kawan. All of sudden dia terbagitau dia tulis every single thing yang berlaku dan yang dilakukan olehnya kepada anak sulung dia yang baru masuk umur 2 tahun. Bila ditanya URL, he said that blog is not for public reading, just for his daughter. Katanya blog itu macam diari sang anak, dan she can read once she able to read.

Kendian aku terpikir...betul jugak.. berblogging ni umpama catatan harian yang boleh kita imbas semula bila dah menginjak ke tahun2 akan datang. Macam aku gak, bila dah rasa rindu atmosfera time belajar kat maktab dulu aku akan baca semula n3-n3 tahun 2009. Tahun di mana aku baru je kenal erti berblogging.

So, tujuan aku wujudkan Rayap aku ni sekadar sebagai catatan harian aku selagi aku mampu memiliki keupayaan untuk mentaip sesuatu. Bila dah tua2 nak kenang balik, at least aku leh cek. Kalau zaman2 remaja dulu aku lebih suka menulis diari.

So, ini blog aku, suka hati la aku nak cakap pasal apa. Kenangan adalah untuk dicipta bukan untuk dilupakan.....

Saturday, September 24, 2011

Ahli Keluarga Baru Kami

The KAMI (seploh eko)

Seperti yang aku bagitau last week aku ke Gambang dan singgah ECM dan membeli 2 eko menatang ni. Gila kentang sungguh.

Optimus Prime (Versi Fireburst) dan Sentinel Prime
2-2 dari Dark of the Moon

Jom kite bogelkan kotak (unbox) ada ke istilah unbox???? Ke Outbox?? Ke out of the box? Lantaklah!!!

Optimus robo-mode

Sentinel Prime Vehicle-Mode (Trak bomba)

Optimus Prime Vehicle Mode (Trak Lori)

Selamat datang ke dalam keluarga kami. N3 akan datang la cerita pasal kami

Thursday, September 22, 2011

Lagu Yang Berkampung Dalam Kepala Aku Saat Ini

Seperti yang diceritakan pada n3 yang lepas, aku telah membawa askar2 wataniah seramai 3 orang ke rumah aku untuk majlis tahlil. Sepanjang bermalam di rumah aku, time berinternet je mesti diorang bukak tiub awak lagu ni. Mula2 dengar macam tak best.. Last2 lagu ni duk bersarang dalam palaotak aku sekarang.

Pastu semalam aku gi ngajar tusyen.. Sementara duk menunggu diorang menyiapkan keje, aku pun duk humming la lagu ni. Alih2 sorang budak cakap

"Cikgu, punk rock jalanan eh?"

Waaaa, semua budak2 dah tau, aku je yang ketinggalan....


Yes...lagu nya agak kacis, tapi menurut anak murid aku, lagu ni xtau sape punya..

For My F


Recently n3 aku agak tak bervisi, misi dan wawasan. Bukan apa, asyik menceritakan perihal WKH, perihal merapu, perihal sekolah pun dah kurang. Kadang2 aku terfikir untuk berhenti menulis, yelah, bukan apa, ada ke orang yang mengikuti perkembangan aku yang sedia ada kembang ini?

Yeah, blog sekadar tempat menceritakan pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Pernah satu ketika ada seorang kawan aku meminta aku menghaplod gambar tunang aku since aku tak haplod kat fesbuk. Then aku cakap, kisah cinta aku bukan untuk ditatap umum, jadi biarlah separuh dari perjalanan Rayap ini hanya berkisarkan apa yang aku lalui disekolah dan bukan lagi menceritakan suri aku.

Bila diimbas semula, blog aku banyak dihiasi dengan wajah2 budak Amirul, dari header hinggalah ke n3-n3 yang tak tahu bila akan kesudahannya. Nak buat camne, this is my life, hidup sebagai guru memang akan sentiasa dikelilingi dengan kanak2. Mungkin apa yang aku lakukan sekadar untuk membuang rasa sunyi, rasa rindu, dan rasa sayang pada yang menanti aku jauh di sana. Dulu aku duk tempat budak Amirul, tak pernah cakap TIDAK pada setiap permintaan guru aku. Sampaikan telefon rumah pun aku bagi (kes cikgu aku nak ngorat kakak aku yang belum menikah time tu). Sama la dengan Amirul, dia tak pernah cakap TIDAK pada setiap apa yang aku minta (selagi benda tu tidak melanggar batas2 Agama). Aku tidak tahu bagaimana perasaanya. Mungkin aku senang dengan sikap dia, tapi pada pandangan dia pula macam mana? Betul ke dia senang dengan aku?

Jadi, Rayap aku kini sudah bertukar kepada cerita pahit manis di sekolah sahaja. Aku tidak bersedia untuk berkongsi kisah pribadi aku di sini. Biarlah kisah mahligai kami, kami sahaja yang menjadi watak lakonannya.

For my fiancee.... keep healthy, jaga diri kamu. Jangan ingat sunyi bermakna lupa, sepi bermakna tidak setia....

Tuesday, September 20, 2011

N3 ini merapu

Saje nak tunjuk nombor cantik kalau nombor sifar di depan tu diabaikan..heheheh
Takde motif (motif nak tambahkan bil n3 je la kot)


Thursday, September 15, 2011

Menanti Saat Merdeka

Jam 3.50pm. Lagi seploh minit bebudak ni merdeka. Aku tetap setia di sekolah kerana bertugas (hampeh). Nak tanda kertas bebudak lain pun dah takde semangat. Sabor je la...

Macam baru semalam aku kenal mereka, macam baru semalam akuu memarahi mereka, macam baru semalam jugak bergurau senda dengan mereka, hari ini mereka akan pergi. Tapi selagi result belum kuar, mereka masih di sini. Heheheh....

Aku dan Tecer Nurul (dua2 guru Bi, dua2 masih setia menanti anak masing2). Cikgu lain sudah pulang. Hurm...

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya 2011

Insyaallah raya SINGLE terakhir..........................

Monday, August 22, 2011

Perkara Pelik Hari Ini

Pagi2 singgah ke 7-11 untuk membeli topap. Yelah, 7 am, mana ada kedai yang dah bukak kan?
Masuk ke dalam kedai dan aku memulakan bicara

Aku : Abang, Maxis tiga puluh..

Budak tu : (wordless....)

P/S - Tetap nak berabang kan walaupun budak tu kulihat seperti baru lepas SPM. Tak pun pelajar U yang tengah cuti....

Tuesday, August 9, 2011

Aku Cuti 2 Hari





Waa.... sedih sedih sebab mentinggalkan sekolah dan tidak berjumpa dengan WKH2 yang aku akan rindui selalu... Hahah...

Mode bercuti seketika..... Jumpa lagi sekembaliku nanti ke tanah air

Monday, August 8, 2011

Spongebob Seluor Pettok Ganu Version

------------------------------------------------------------------------------------------
Original Song
----------------------------------------------------------------------

Are you ready kids

Aye Aye Captain

I Can't hear you

AYE AYE CAPTAIN

Ohh...
Who lives in a pineapple under the sea

Spongebob squarepants

Absorbant and yellow and porous is he

Spongebob Squarepants

If nautical nonsense be something you wish

Spongebob Squarepants

Then flop on the deck and plop like a fish

Spongebob Squarepants

READY?

Spongebob squarepants
Spongebob squarepants
Spongebob squarepants

SPONGEBOB SQUAREPANTS! AH AHH AHH AHAHAHAHAHAHAHHH...
(Short flute instrumental on his nose)






------------------------------------------------------------------------------------------------
Spongebob Seluor Petak Versi Teganu
------------------------------------------------------------------------------------------------
sedia dok g budok2?
sedia kapteng!
ndapee..??!!
sedia doh la kapteng!!

...ooo...peye hok duk dalang nanah bawoh lauk!!
spongebob sluor pettok!!

senang menghisap kaler kuning..
spongebob sluor pettok!!

kalu sek2 mu suke bende pelek hok dalang lauk
spongebob sluor pettok!!

meh la noppak pe ikang
spongebob sluor pettok!!

sedia??!!
spongebob sluor pettok
spongebob sluor pettok
spongebob sluor pettok

spongebob... sluor pettok!!! AH AHH AHH AHAHAHAHAHAHAHHH...
(seruling pendek kut idung)





Glosari -

Kepteng - Kapten

ndapee - lebih kurang macam tak dengar sangat la (i cant hear you)

peye- siapa

noppak - melompat

Kalau ada yang tak paham sila angkat tangan ye murid-murid.....