Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Imbasan 2012

Niat super asal wa memang xnak bagi Rayap wa ni bersawang ke atau berabuk ke apa kan... Tapi apakan daya, wa sangatlah super malas walaupun hari2 keje wa tak buat apa pun just bangun tdo makan dan tdo balik. Tapi wa sibuk jugak lah minggu-minggu akhir ni sebab wa ada program besar minggu depan. Memang wa sangat tak tahu nak hapdet blog. 

Wa baru je balik lepak2 dengan kawan wa minum2 dekat kul 12++ gak la tadi, sebelum tido saje la wa cek Rayap kot2 ada bloglist wa yang hapdet benda baru.. Tapi haram, xtau la samada wa ni mendapat kawan se spesis dengan wa yang super malas nak hapdet atau kawan2 wa memang bukan blogger tegar macam blogger2 lain. Dulu wa pernah cakap wa ni bukan blogger tegar, tapi blogger tegur, bila ada orang tegur baru la wa terkial2 nak hapdet sesuatu. Bila je wa baca ada komen mensuruh wa menghapdet sesuatu dari sangkuriang ke hapa tah nama beliau, wa jadi bersemangat. Ada rupanya yang mengharap wa mentulis sesuatu. Tiba2 je wa rasa bersemangat pulak nak mentulis sesuatu...

BTW 2012 dah nak berpenghujung, dan wa masih kekurangan beberapa n3 untuk menggenapkan 100 n3s tahun ni. Tahun lepas wa memang super rajin nak mamp*s wa pun xtau pasal apa. Maybe sebab ada benda kot nak dijadikan kenangan kot.

Bercakap pasal 2012, konon2nya nak end of the day la, itu la, ini la... Tapi dalam sedar tak sedar, dah nak habis 3 tahun wa bergelar seorang pendidik. Banyak kenangan manis yang tercipta pada tahun ni.So, n3 kali ni ialah pasal apa yang berlaku dalam 2012 ni lah..

Januari 2012 -  Wa memulakan hidup wa dengan menjejakkan kaki ke rumah sewa yang baru. Wa nak stat hidup sendiri. Wa tak nak lagi asyik bergantung dengan mak wa. Lagipun wa dah stat nak berkeluarga.

Rumah sewa tapi wa sempat stay sampai bulan 2 je.

 Antara sebabnya adalah kebocoran dalam bilik utama dann juga masalah2 lain yang menghantui hidup wa. Sekarang ni wa dah pindah rumah no 2. Okey la sikit walaupun lebih kecil dari rumah 1st. Yang penting selesa.

 Wa memperkenalkan putera2 wa dalam kelas 6 Al Ghazali 2012. Puteri2nya dah mula malu2 nak bergambar

Untuk Februari 2012

 Acara merentas desa walaupun musim hujan belum berhenti

 Cross Country

Sambutan Maulidur Rasul

Ini lah julung2 kali wa memperkenalkan Shiro wa secara terang2an. Setat akhir Februari 2012 beliau menjadi tanggungjawab wa, bukan kereta wa lagi sebab wa pinjam je kete ni. Nama Shiro


Mac 2012

 Kem Tunas Ilmu di Marang untuk pelajar2 tahun 6

 Ni perkelahan untuk pasukan pengakap

April 2012

Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber

Mei 2012
 Jamuan Hari Guru

 Aktiviti Hari Guru

Semasa cuti bulan Jun 2012, satu trip ke Kuching Sarawak anjuran sekolah wa. Wa pun pegi okay...




 Ni masa Hari Temu Murni. Bukan bertemu dengan cikgu Murni ye. Para ibu bapa datang berjumpa guru kelas menanda tangani buku laporan adab belajar.. Wa guru kelas tahun 6 AG

Jamuan perpisahan Ust Azyan yang bertukar ke SK Bkt Wan sebgai PK KO di sana.

Perjimbaan ke Barat. Mula2 ke Nilai 3

Dari Nilai 3 mentuju ke Kuala Lumpur untuk memanjat KL Tower

Dari KL ke Shah Alam. Masuk I-City kat Snow walk tuh..

Keesokannya ke Melaka Wonderland pulak!!

Dari Melaka Wonderland ke sini. Apa yang semua orang pandang tu?

Oh, menara taming sari di Bandar Melaka

Julai 2012

Menghantar pasukan sekolah dalam pertandingan Smart English. Menjadi koreografer untuk action song..Dapat la naib juara.

Bulan ni jugak bulan Ramadhan. Kenangan berbuka bersama2 bekas anak2 murid.

Ogos 2012
Selain hari raya, tarikh penting wa jadi suami orang

 
Sambutan hari raya peringkat sekolah.







Jamuan akhir kelas malam sebelum UPSR 2012

September 2012 - Selepas UPSR


Berjimba dan bergedumbek di Gambang buat kali ke3 untuk wa.


Oktober 2012 - Program pasca Upsr

 Pertandingan memasak berasaskan mee

Perkhemahan unit beruniform tahunan


Dan akhir sekali wa ditugaskan menjadi JU untuk penyebaran kursus KSSR tahun 3 untuk zon Setiu dan Kuala Terengganu.

Itulah sahaja dahulu kenangan wa tahun ni. Ini yang kerja la. Pasal WKH wa akan usulkan kemudian lepas wa dah setel majlis wa esok luse...

PS - Sapekah anda wahai Sangkuriang??

.

Monday, July 16, 2012

Jadual Anjal Yang Terkanjal


Jadual anjal wa dapat last week sebelum pergi kursus..mujur la datang 3 org guru praktikum dan amik sebahagian dari kelas wa..tapi bila dah amik kelas wa,wa pulak bertambah untuk tahun nam.xpe la Hari Ahad ngan isnin je letih, lain hari heaven la.



Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, January 15, 2012

UPSR 2012 1st Meeting

Yesterday wa ada meeting (macam siak je start ngan yesterday). Meeting ngan cikgu cikgi yang ngajor tahun 6. Perkara2 yang utama mestilah UPSR 2011 punya analisa. Yang pasti BI la jatuh merudum. Macam biasa setiap cikgu kena bagi sepatah dua kata tentang apa yang terjadi tahun lepas. 2010 5A 4 orang, then 2011 5A 3orang jerk.  Macam BI pun sama la, tahun lepas 5 orang tahun ni 4 orang termasuk budak kesayangan hamba wa tuh. Mula cikgu BM yang bercakap, prong preng prong preng percakapan dari orang pengalaman 5-6 tahun mengajar. Pastu cikgu2 Maths. 7-8 tahun pengalaman..Wa duk penjuru meja berdiam diri jer sambil menjeling ke arah Tecer Izza yang sama-sama pengalaman 2 tahun UPSR. Dia setahun di Sarawak dan setahun di Sekebun. Wa 2-2 tahun di Sekebun. Masing2 menikuskan diri berharapkan tiada orang meminta untuk BI dianalisiskan. In your dreams la wa tak perlu nak bercakap... hahaha.. So dengan kondifennya wa menceritakan pasal kondisi kelas wa tahun lepas. Turn tecer izza plak berkali2 beliau meminta maaf sebab ketidakbolehan membanyakkan A dalam BI tahun lepas. Bagi wa, 3 orang dari kelas beliau adalah satu kejayaan sebab kalo dulu, tiada sorang pun yang A rasanya.

Paling best bila GPK wa mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada wa kerana menge'A'kan WKH wa aka Amirul Hakimi dalam subjek BI ni. Katanya lagi bukan senang nak menge'A'kan murid dari kelas G instead of kelas F. Wa tersipu2 kononnya. Hahaha padahal bangga. Yang wa risau 6G tahun ni. Wa tak jumpa lagi sape yang boleh ganti tempat Amirul, wa tak nampak sapa wa boleh polish sungguh2 macam tahun lepas.

Speaking of WKH, semalam wa dah citer pasal laptop wa kena virus autorun nakhorom hjadoo tu kan, so wa telah menemui juru IT sekolah wa aka Kak Diana si penjaga makmal untuk menolong wa menghapuskan autorun tersebut. Masa duk sembang, tiba2 je Kak Diana bertanya pada wa, tahun ni sape plak WKH Sir M? Hahahaharun Salim Bachik!!! Susah betul idup wa ni kalo semua orang duk perati sape plak jadik WKH wa tahun ni...


Saturday, December 17, 2011

Hah amik aku!!

Antara kerjaya cikgu anda selain jadi cikgu.

masa pertandingan bola.. cikgu jadi REFEREE..
masa aktiviti KH.. cikgu jadi PETANI..
masa kutip yuran.. cikgu jadi AKAUNTAN..
masa RMT.. cikgu jadi PELAYAN..
masa budak pecah kepala.. cikgu jadi DOKTOR..
masa ceramah.. cikgu jadi MOTIVATOR..
masa hias kelas.. cikgu jadi PELUKIS SENI..
masa persembahan hari guru.. cikgu jadi PENYANYI..
masa baiki kerusi rosak.. cikgu jadi TUKANG KAYU..
masa budak muntah dlm kelas.. cikgu jadi TUKANG SAPU..
masa budak mencuri.. cikgu jadi DETEKTIF..
masa perkhemahan.. cikgu jadi MASTERCHEF..
masa hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
masa masuk waktu solat.. cikgu jadi TOK IMAM..
masa budak bergaduh.. cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH..
masa budak sakit kecemasan.. cikgu jadi PEMANDU AMBULANS..
masa merentas desa.. cikgu jadi POLIS TRAFIK..
masa budak sedih.. cikgu jadi PELAWAK SARKIS..

This is why, I LOVE BEING TEACHER, we are the star among the darkest hour..~!!

Dikopi sewenang2nya dari fesbuk...

ni aku tambah sendiri

masa WKH sedih...aku la yang turut sama2 sedih... hhuhuuh

Friday, October 21, 2011

Cerita Sedih

Sangat sedih sebab semua guru tahun 6 di Terengganu dipanggil menghadap YAB MB Terengganu...





SILA JELES.....

Sunday, May 22, 2011

Hadiah Hari Guru


Hehehe. sekadar untuk meng"ADA"kan n3, so letak la n3 ni.. Hadiah tahun ni same je macam tahun lepas, pemberinya pun sama gak muka2 yang sama cam tahun lepas.... Hadiah yang paling bermakna ialah senduk kayu itu....

Tuesday, August 31, 2010

2hari lagi maka bermulalah satu pengembaraan....


Dah masuk 20 Ramadhan dah ni.. tinggal seploh hari je lagi untuk umat Islam (yang berpose) menunaikan kewajipan sebagai hambaNya. Dan sejurus selepas itu maka bermula la lagi satu pengembaraan di alam CUTI sekolah!!!!

Tapi raya ku yang pertama sebagai seorang GURU kali ini sangat mentidakkan kaciskan usus perut aku. Tahun pertama sudah memegang tanggungjawab yang besar, memastikan anak didikku berjaya mendapat ilmu untuk UPSR akan datang. Tapi aku tengok, guru yang lebih tak seronak dari anak murid, especially tahun 6 Ghazali. Aku tengok diorang rilex je.. tak de rasa runsing langsung.

Erm.. sejak akhir2 ni Rayap agak berhabuk... tak organize, buruk, busuk, tiada hapdet... mungkin adrenaline untuk menjadi blogger sudah pudar dan luntur???? Kepada kawan2 yang sedang selesema tu. ingat la semua itu adalah COBAANNNNN.. Jangan jadi alasan nak makan obat sampai pose pun tak jadi... hahahaha

Sempena sambutan hari kemerdekaan ini, SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG ke 53 (aku tau la, tak macam sesetengah orang yang tak tau)..

Wednesday, January 13, 2010

N3 tahun baru

Sudah lama tidak mentulis sesuatu di sini.. akhirnya di sinilah aku.. mentinggalkan bumi Ipoh dengan sejuta kenangan… Bumi ipoh bakal kujejakkan sekali lagi kerana di sanalah aku bertemu beliau.. ngeh ngeh ngeh.

Bila je duk depan Pc aku jadi tak tahu nak coret pasal apa. Pasal diri sendiri rasanya tak perlulah diwar warkan pada seluruh alam.. Ada orang kata cara aku menulis sangat tidak berperasaan sekadar mendatar sahaja dan apabila aku memasukkan diri ke dalam satu alam penulisan yang agak puitis, ada pulak kata aku terlalu jiwang. Aku tak faham la dengan orang2 yang xde keje membaca RYP ni pastu sibuk nak ngomen cara aku tulis. Aku nak jadi diri sendiri atau aku nak menjadi orang yang orang lain nak aku jadi? Atau aku nak jadi diri aku sendiri yang orang nak? (aku pun tak paham…) Tapi apa pun.. aku bukan la nak blame orang yang baca tulisan aku sebelum ni.. tu menunjukkan ada jugak kawan2 atau orang2 persendirian yang baca blog ni.. mean ada la orang baca.. takde la macam orang tu.. blog hanya untuk yang SETIA je.. tak reti2 dah nak hebahkan seluruh bimasakti yang dia tu SETIA. Hahahah (sape makan petai mulut dia la berbau petai???) –tengok.. aku saje je merapu meraban semue ni dah siap satu perenggan.. hahahah

Jiwang ke, mendatar ke, xde perasaan ke.. aku peduli hape? Yang duk sibuk komen tu ada ke blog?? Bak mai tengok sekali……………………………

N3 pertama 2010….

Alhamdulillah.. sepanjang 2009 ni aku first time mentulis sesuatu dalam blog – Kira ada blog sendiri la.. dulu aku selalu mentanyakan diri sendiri menatang apa la memblog-blog ni.. goblok kah? Setelah menrajinkan diri mem-blog-hopping-kan-diri sebarang sejam dua (walaupun aku sendiri mentidak ketahuan apakah maknanya blog-hoping ni-KAPAL yang ajar) mostly aku tengok blog2 diorang lebih berkisarkan recap 2009. Ada yang letak gambar.. ada yang citer pasal dapat anak, ada yang cite pasal nikah. Dan aku sendiri tak tahu camne nak menselak semula halaman2 lepas ni.. Tapi biarlah aku bagi tajuk ‘Kekadang sesuatu yang terindah adalah yang tertinggal di belakang’->salah satu caption dalam gambar aku kat frenster yang disukai oleh Khairi AirAsia @ Celcom..

2009-camne nak stat? blog2 sebelum ni dah banyak recap imbas balik camne aku leh ada kat Ipoh, apa yang aku jumpa kat Ipoh, aku lalui apa, jumpa sape kan? 2009 gak aku dah masuk fasa terakhir usia 20-an. Okey nak citer pasal Ipoh pun aku dah tak bernafas di Ipoh pun… Banyak kenangan yang tertinggal kat sana..

Disember 2009-duduk rumah sambil menternak lemak….

Sepanjang duk rumah memang duduk tak selesa selagi mentidak tahu di mana aku bakal dipostingkan. Pemostingan pun hanya diketahui dalam 10 hari terakhir tahun terakhir berakhir –> suka sangeeta gutawa Guatemala menggunakan perkataan berulang.

Mula2 tahu dapat posting di negeri sendiri…(murung) pastu dapat tahu plak posting di daerah sendiri (murung kuasa dua) Bila pikir2 balik dan ‘sayang’ pun pujuk balik baik buruk duk kampung ni ditambah pula dengan keadaan kewangan yang masih gawat ni jadi redup yang panjang beransur-ansur ilang (ceria sikit).
2010 muncul jua- selamat tahun baru!! Jangan lupa azam baru!!

SKBN- Destinasi pertama dipostingkan

Hari pertama menjenguk ke sekolah yang pertama (Insya-Allah ada 2-3-4 hehehe) tempat mencari rezeki ni aku mentemu dengan Hj Aslai-GB.. Kemudian dengan Pn Zaitom PK HEA memberi sambutan yang sangat sangeeta tidak sangka2. Selama ini memang guru Bi sangeeta tidak mencukupi.Bila aku datang je dah membantu guru Bi yang sedia ada seramai 2 orang itu. Tambahan pulak yang salah seorang tu Kak Maria tengah sarat 9bulan. Bila2 masa je boleh meledak.

Hari pertama Gb mensuruh aku berkenalan dengan guru2 yang ada serta mengetahui selok belok sekolah. Sekolah Bukit Nanas tak ramai sangat pelajar. Setiap tahun ada 2 kelas maksimum. Darjah 1 ngan 3 ada 1 kelas je. Sepanjang hari hanya menfolow K. Maria memasuki kelas beliau dan meng-observe beliau untuk sepanjang hari tersebut.

Memandangkan kedatangan aku tidak dikagumi eh silap, tidak diketahui oleh pihak sekolah, maka aku belum mendapat jadual kelas aku lagi. Pn Zaitom cakap aku kena ajar BI darjah 1 ngan 2 tapi kak maria pulak kata aku ajar kelas dia bila dia dah meledak nanti. Pendek kata (panjang tak kata hape2) aku memang tak tau la situasi aku yang sebenar. Pada hari ke2 aku diminta untuk merelief kelas kak maria sebab beliau mentuju ke Klinik 8Malaysia seawal pagi Selasa. So aku memasukkan diri ke dalam salah 2 kelas beliau – 6 Ghazali dan 4 Farabi. OMG… aku tak tahu camne nak mentolong 6G yang bakal exam tahun ni. Aku tanya what is your name pun termangu-mangu je. Haish!!! Oh ya… untuk pertama kalinya aku mempunyai anak murid perempuan…(hehehehe) Ye la sebelum ni kan ST Michael 1 semuanya jantan2. Masuk kelas darjah 6 ni ada 8 orang perempuan dan 12 lelaki. Hohohohohohoho.. asyik tengok perempuan je keje aku.

Hari ke 3 aku dapat jadual sebenar… bermula hari Rabu aku setat ngaja darjah 1 dan 2. Semua 16 masa je. 8 darjah 1 dan 8 darjah 2. Darjah 1 ada 37 orang murid. Semua kepala macam2 ragam, tak reti aku nak buat macam mana. Tapi minggu ni minggu peralihan, mengajar tak sangat cuma bagi diorang mengkaler apa2 yang patut dulu laaa. Aku kenal la beberapa orang – Fatihah, Nurin, Zulhisham, Saifu dan banyak lagi la..
Oh ya sekolah aku ada 3 orang artis – 2 tempatan dan 1 antarabangsa. Yang 2 orang tu Siti Nurhaliza (darjah 5) dengan Dang Suria (Darjah 6). Yang antarabangsa tu Aishwarya Asyikin aka Aishwarya Rai (darjah 4). Glamer kan anak2 kampung ni.

Minggu ke2 hari Ahad aku ngajar macam biasa lagi. Masuk hari Isnin kak Maria dah mula off. Tiba2 Pn Zaitom mempanggil aku dan mensuruh aku menge-take-over kelas kak Maria semua (mean darjah 1 dan 2 akan ditukarkan kepada guru lain) Alhamdulillah syukur. At least aku tak perlu menghadapi si kenit2 yang bermacam2 perangai itu. Mulai Selasa aku ngajar 4 G dan 4 F , 6 G dan 3 F. Okey la tuuuuuu..

Hari ini aku tak tahu dah nak mengstory apa lagi.. cukupla sekadar itu sahaja dulu sebagai pengenalan kepada tahun baru ini. Semoga tahun ini membawa sinar dan rezeki yang melimpah ruah kepada aku. Maafla tiada sebarang foto yang kacis untuk di muat naik. Seperti kata pepatah inggeris-blog tanpa foto umpama makan nasik tanpa lauk.