Saturday, April 30, 2011

SIR nak tupai????

Salah sorang budak yang team bola baling adalah budak ni, Akram nama beliau. (Yer, dia WKH baru aku). Semasa pertandingan pun dia selalu nak naik kereta aku yang buruk itu walaupun Unser ustaz Muda lagi best.


Lepas pertandingan, on the way balik aku bawak beliau bersama 4 lagi budak2 lain, telah singgah ke Pet Shop sebab nak beli mealworms untuk kelisa-kelisa aku. Sebaik sahaja selesai urusan pembelian, si budak Akram ni tanya aku pasal haiwan peliharaan. Aku cakap aku memang suka bela ikan, kura2, tupai, kucing... Tapi tupai xde pun.

"Sir nak tupai?" tanya dia membuatkan mata aku terlopong.
"Nak.."
"Rumah kita ada, baru tangkap kelmarin, nak ke??"
"Nak bagi ke?"
"Ambik la..."
"Macam mana tangkap?"
"Mula2 kucing kejar menatang tu, menatang tu jadi letih, pastu kita pulak yang kejar sampai lagi letih beliau..."

Dipendekkan cerita, tupai kampung tersebut telah berpindah ke tangan aku dan aku letak pulak dalam sangkar arwah SUGAR GLIDER aku tu.. Apa? Aku tak pernah cerita eh yang aku bela Sugar Glider? Malas la nak cerita, mensedihkan diri sendiri ada laaa...



TETAPI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jeng jeng jeng..... baru 2 hari aku membelanya, terasa kesian yang amat, dah la saiznya yang gedabak.. dan satu lagi ini tupai kampung yang sangat liar... Setiap malam menangis.. Aku pun tak tau nape.. makan xnak, asyik menangis je.... last sekali aku rasa tak pe la, aku melepaskan beliau dengan perasaan yang senang lenang dan tidak rasa bersalah kepada Akram lagi (sebab aku bayor la masa aku amik menatang ni- upah kejor)


Baik tak aku?????

4 comments:

marina anakcikbob said...

yup.. tupai xleh d bela.. melainkan jumpa masa dia kecik sgt2.. tupai ni dia mesti ada keluarga dia. ataupun pasangan. dia xhidup soekor2 je.. lepaskan dia kat mana tu? baik lepaskan dekat area d jumpai..

marina anakcikbob said...

lupa nak cakap. dulu tupai suka kawan dengan adik aku masa kecik2. nanti adik aku letak la makanan kat tingkap, dia amek la. ingat lagi masa 1st tu, adik aku bagi epal. dia amek.. teruja tengok, tp tu mas adia baby2 lagi. makin dia besar, tupai tu da xdatang lagi..

whitelilies island said...

sehat tol tupai tuh

Bintang-Bintang Ke Syurga said...

M bela chipmunks laaa

Post a Comment