Sunday, May 5, 2019

Takdir Bukan Hukuman (Episod 9)


Pandangan Azura sesekali teralih melihat ke arah Najmiah yang sedang leka menekan butang berbalas mesej. Kadangkala tersenyum, kadangkala wajahnya serius.
Pelik.
“Miah, kau nak study ke tak ni? Kita ada kuiz tau!” segera wajahnya dipanggungkan ke arah Azura yang memerhatikannya sinis.
“Azura,” namanya dipanggil. Azura berhenti menatap telefon. Wajahnya dipalingkan ke arah suara yang menyeru namanya.
“Apa?” soal Azura pendek.
“Hari ni aku jumpa seseorang tau!” balas Najmiah, suaranya sedikit terangkat apabila dia menekan perkataan ‘tau’ itu. Azura membetulkan tempat duduknya.
“Lelaki?” soalan yang ringkas tapi bias mengukirkan senyum di bibir Najmiah. Dia masih memerhatikan sekeliling.
Roomate kau, si Suhaima, mana?” tanpa menjawab soalan Azura, dia kembali bertanya. Azura menggelengkan kepala.
“Kat bawah kot, tengah telefon. Eh, kau tak jawab pun soalan aku tadi…”
“Soalan yang mana?”
“Seseorang yang kau jumpa tu, lelaki ke?”
Najmiah menganggukkan kepala, laju. “Kiut sangat, kalau kau tahu macam mana aku kenal dia, mesti kau tak percaya…”
“Kenapa?”
“Lucu sangat-sangat,”
“Kau ni nak cerita ke tak ni, lucu yang macam mana?”
“Dia tegur aku dulu…”
“Aku tak nampak pun kelucuannya di situ…”
“Dia tegur aku sebab dia minta maaf. Tapi bukan dia buat salah, dia wakil untuk kawan dia..” Najmiah berhenti seketika.
“Oh, pelik. Apa kawan dia dah buat?”
“Hari tu, minggu lepas rasanya. Kawan dia lepas geram kat aku sebab marah kat dia. Esoknya dia datang kat aku sebab nak minta maaf untuk kawannyan tu ler…”
Azura hanya menganggukkan kepala. Takdelah istimewa sangat pun.
“Apa nama dia?” soal Azura pula.
“Rahsia, mana boleh bagitau,”
“Ala, dengan aku pun kau nak rahsia bagai, cerita je lah.”
“Nantilah, eh tu meja kau ke?” pandangan Najmiah teralih ke arah meja yang terletak di sudut bilik.
“Bukan, Suhaima punya…”
Najmiah hanya menganggukkan kepala. Dia terpandang kepada sekeping gambar yang terletak pada meja tersebut.
“Ni siapa? Boyfriend Suhaima eh?” soal Najmiah semula.
Sort of la…”
Najmiah memerhatikan gambar tersebut dari jarak dekat. Dia merasakan macam kenal je mamat tu, cuma dia lupa di mana pernah jumpa.
“Aku rasa macam kenal la mamat ni, tapi aku tak tahu kat mana…” kata Najmiah. Azura hanya bersikap acuh tak acuh sahaja. “Takpelah, tak kisahlah kat mana aku jumpa. Azura, aku ada kerja sikit sebenarnya dengan Suhaima, tapi datang sini dia pula takde. Aku balik bilik aku dulu lah…” kata Najmiah sambil melangkah keluar dari bilik tersebut. Azura hanya menjeling sahaja.

"Betul ke apa yang awak cakap ni?" soal Suhaima semula. Istiqlal yang berada di hujung talian hanya mengiyakan sahaja kata-kata Suhaima.
"Betul, semalam waktu saya ke perpustakaan, saya nampak dia dengan seseorang," kata Istiqlal pula.
"Tak sangka 'Istiqlal' dah jumpa seseorang," kata Suhaima yang dimaksudkannya adalah Yadiy.
"Itulah, saya pun tak sangka. Tapi saya tak sempat pula nak tengok siapa perempuan tu,"
“Sayangnya….”
Istiqlal terdiam sebentar bila terdengar keluhan Suhaima. Entah kenapa dia terasa sedikit dengan keluhan Suhaima kerana seoalah-olah Suhaima melepaskan keluhan yang panjang apabila mengetahui Yadiy sudah berpunya.
“Su?” Istiqlal memecahkan kesunyian.
“Ya, ada apa?”
“Boleh saya tanya sesuatu tak?” soal Istiqlal lagi.
“Apa dia?”
"Macam ni, saya nak tanya pendapat awak. Kalau lah ada orang tipu awak tanpa awak sedar, kemudian awak mengetahui hakikat, adakah awak rasa kecewa dengan orang itu?" soal Istiqlal semula.
"Bergantung pada keadaan dan sebab dia menipu la. Kenapa?" soal Suhaima semula.
"Sebenarnya…..”
"Alamak ‘Yadiy’, saya kena letak dulu la, duit saya dah habis, nantilah awak beritahu ye..." kata Suhaima tiba-tiba. Dia meletakkan gagang. Istiqlal hampa, kerana baru sahaja dia cuba untuk berterus-terang, ada sahaja halangan untuk dia melaksanakannya.

"Kenapa bro nampak macam kecewa aja?" tegur Yadiy sejurus Istiqlal masuk semula ke dalam biliknya. Tadi sebaik sahaja dia mendapat panggilan, terus dia keluar berborak di luar bilik.
"Tadi Suhaima telefon. Cakap macam tu ajelah. Baru je aku nak berterus-terang tiba-tiba kreditnya pula sudah habis .."
"La, kau la yang telefon dia? Takkan nak tunggu dia telefon kau baru nak cakap?" Yadiy masih berbaring di tilamnya. Hanya tilam bujang yang mampu dibeli, maklumlah kehidupan sebagai pelajar memang serba sederhana.
"Entahlah Yadiy, aku pun tak tahu kenapa. Aku bukan tak mahu telefon, cuma aku takde kekuatan untuk menelefonnya..." kata Istiqlal semula.
"Suka hati kaulah..." kata Yadiy semula. Sudah puas dipujuknya supaya Istiqlal berterus terang.
"Oh ya, kau tak nak cerita ke kau dengan siapa semalam?"
"Semalam?"
"A'ah, perempuan yang bersama-sama dengan kau kat perpustakaan semalam.."
"Oh, namanya Najmiah," kata Yadiy perlahan.
"Najmiah.. Cantik tak?"
Yadiy hanya menganggukkan kepala. Dia macam keberatan untuk bercakap tentang itu. Hairan pula Istiqlal boleh lupa siapa Najmiah, padahal perempuan itulah yang dia lepaskan geram minggu lepas."Macam mana kau boleh kenal dia?" soal Istiqlal semula.
"Adalah…”
“Adalah? Dengan aku pun kau nak berahsia ke?"
"Bukan macam tu, cuma susah sikit nak buat kau faham,”
"Ala, cerita ajelah, aku mesti faham punya..”
"Ah, nantilah!"
"Aku nak tahu sekarang juga!"
"Kau ni sabar-sabarlah sikit. Aku banyak kerja ni..." kata Yadiy semula. Istiqlal hanya menarik muka masam.
"Kenapa buat muka macam tu? Merajuk?" tambah Yadiy lagi. Istiqlal terdiam. "Hai kau ni Is, semakin lama, semakin merepek pula perangai kau kan?" kata Yadiy lagi.
"Merepek apa pula?" soal Istiqlal.
"Kau lah, tak pernah-pernah nak merajuk dengan aku, alih-alih hari ni tarik muka masam ni apasal?"
"Kau la, tak nak cerita dengan aku!"
“Pasal tu ke? Bukan tak nak cerita, tapi nanti laaaa.” Yadiy tersengih dengan telatah Istiqlal yang kadangkala matang dan kadang kala masih bersikap kebudak-budakan.
"Suka hati kau la. Aku nak tidur kejap boleh?” soal Istiqlal semula. Dia menghampiri Yadiy.
“Kau balik la kalau nak tidur, rumah kau lagi selesa kan?” balas Yadiy.
“Kejap je, malas nak balik, bukan ada siapa pun kat rumah. Lepak rumah kau boleh belajar dengan kau…” Istiqlal merebahkan badannya di sebelah Yadiy. “Aku ngantuk sangat..”
Yadiy membiarkan sahaja Istiqlal memejamkan matanya. Tak sampai 10 minit kedengaran dengkuran yang kasar. Ni betul-betul mengantuk ni.



Yadiy marenung jam di tangan. Hampir pukul 5.30 petang. Sudah setengah jam dia berdiri di situ, tetapi bayang-bayang Najmiah pun masih belum kelihatan. Puas dia duduk, dia akan berdiri. Puas dia berdiri, dia akan duduk. Hatinya tertanya-tanya dengan permintaan Najmiah untuk bertemu dengannya hari itu.
Dia melihat sekeliling kalau-kalau Najmiah sudah muncul. Mujur juga tiada kelas petang itu. Maknanya Istiqlal tidak tahu tentang temujanjinya dengan Najmiah. Keadaan fakulti agak lengang kerana kelas kebanyakannya habis sebelum pukul 5.
"Hai, maaf lambat," sapa satu suara dari belakang. Yadiy berpaling. Dia hanya melemparkan sekuntum senyuman kepada Najmiah.
"Takpe, ada perkara apa yang penting sangat?” soal Yadiy semula.
"Penting? Bila masa saya cakap ada perkara penting?" soal Najmiah pula.
"Miah, jangan main-mainkan saya. Awak cakap ada perkara nak jumpa dengan saya, apa dia?''
"Saya cuma cakap nak jumpa, bukan ada perkara penting pun!"  
"La, macam tu ke?"
"Jomlah kita minum kat cafeteria dulu, saya belanja, amacam?" soal Najmiah pula. Yadiy hanya menganggukkan kepala.
Yadiy mengikuti Najmiah lalu duduk pada sebuah meja. Keadaan cafeteria agak sunyi kerana kurang pengunjung.
"Sorang je ke?" soal Najmiah memulakan bicara sambil mengacau minuman yang dipesannya sebentar tadi.
"Yelah, seorang je. Kenapa?"
"Istiqlal tak ikut sekali?"
"Awak kenal ke dia?"
"Tak, tapi dia kan kawan baik awak..”
Yadiy terdiam apabila mendengar kata-kata Najmiah. Wajahnya turut berubah dengan mendadak.
"Kenapa ni? Saya salah cakap ke?" soal Najmiah pula.
"Eh, takdelah. Awak nak cakap pasal Istiqlal ke?"
"Kenapa pula awak cakap macam tu?"
"Takdelah, manalah tahu awak berkenan kat kawan saya tu, awak nak berkenalan dengan dia ke?”
"Mana ada. Kenapa cakap macam tu?”
“Maklumlah budak paling handsome fakulti kejuruteraan.."
“Handsome tu mungkin ada la sikit-sikit. Tapi saya ada benda nak tanya dengan awak, tapi bukan sebab saya dah berkenan kat dia lah!" balas Najmiah pula. Yadiy tergelak dengan kata-kata Najmiah sebentar tadi. Najmiah menarik muka tidak puas hati
"Okey, okey, janganlah marah, saya gurau ajelah!" kata Yadiy semula. Najmiah tersenyum. Dia meneguk perlahan-lahan minumannya yang hampir sejuk itu.
"Yadiy, ini kali pertama saya tengok awak tergelak. Tak pernah saya lihat awak ketawa macam ni..." kata Najmiah membuatkan Yadiy terhenti ketawa.
"Kenapa awak kata macam tu? Awak bukan kenal sangat pun dengan saya..."
"Bukan macam tu, maksud saya awak ni wajah redup je, macam susah nak senyum. Erm, apa nama penuh awak ye?”
“Haryadiy Mahyudin…”
“Kenapa tak panggil Mahyudin ke, kan lebih sedap didengar tu,.." kata Najmiah tiba-tiba. Yadiy terdiam seketika. Dia hanya melihat ke kiri dan ke kanan.
"Yadiy kan lebih pendek, tapi kalau awak nak panggil saya dengan nama tu pun apa salahnya…”
"Heheh, takdelah. Saya nak tanya soalan lagi ni, boleh?"
"Tanyalah cik Najmiah oi, berapa banyak dah soalan yang awak tanya, pernah saya tak jawab?" soal Yadiy semula kepada Najmiah.
"Hehe, soalan saya ni ada kaitan sikit dengan kawan baik awak tu. Najmiah terhenti kata. Yadiy merenung matanya dalam-dalam.
"Siapa?"
"Istiqlal…”
"Kenapa dengan dia?”
"Pasal kejadian hari tu, kejadian yang membuatkan kita bertemu kali pertama tu "
"Kejadian mana?”
"Kejadian kawan awak melemparkan kata-kata kesat kat saya tu.”
"Oh, pasal tu. Kenapa?” soal Yadiy semula.
"Saya nak tanya kenapa awak sanggup datang jumpa saya semata-mata untuk memohon maaf atas pihak orang lain?” soal Najmiah lagi.
"Salah ke?"
"Tak salah, cuma pelik, jarang ada orang yang sanggup pikul kesalahan orang lain walaupun dia tu kawan baik kita, kenapa?"
"Tak baik pun ..." kenyataan Yadiy membuatkan mata Najmiah terhenti memandang ke dalam anak mata Yadiy.
"Apa maksud awak?" soal Najmiah pula.
Yadiy hanya terdiam. Dia mengacau-ngacau straw di dalam gelas kepunyaannya itu.
"Ini lagi pelik, bukan kawan baik tetapi sanggup tanggung kesalahan orang tu,”
"Saya cuma minta maaf di pihak dia, bukan tanggung kesalahan dia. Awak jumpa saya semata-mata nak tanya pasal ni ke?" soal Yadiy semula. Najmiah mengalihkan perhatiannya kepada Yadiy semula.
"L.ebih kurang macam tu la…”
"Sebab apa awak nak tahu semua ni?"
Najmiah terdiam. Dia hanya tersengih
"Sebab awak pelik ..." Yadiy tersentak dengan kata-kata Najmiah.
"Pelik yang macam mana?"
"Saya kagum dengan awak, bukan senang nak cari orang yang macam awak lagi kat dunia ni..”
"Ala, awak yang tak jumpa " balas Yadiy semula. Dia dapat merasakan seolah-olah Najmiah cuba untuk mencungkil kisah silamnya.
"Tapi, saya dah jumpa awak " kata Najmiah membuatkan Yadiy tersenyum.
"Miah, awak ni seorang pendengar yang baik ke?" soal Yadiy lagi. Najmiah mengangguk laju.
"Kenapa Yadiy?Ceritalah!"
"Seperti kata awak, susah juga nak cari orang seperti Istiqlal tu,"
"Kenapa?"
"Dia banyak berjasa pada saya....." Yadiy menceritakan daripada awal sehingga akhir setiap jasa yang pernah Istiqlal taburkan. Tidak tambah. tidak kurang, segala jasa Istiqlal dapat dibayangkan oleh Najmiah betapa Yadiy merasakan dia berhutang dengan lelaki tersebut.
"Jadi, betullah dia tu kawan baik awak?” kata Najmiah lagi sebaik sahaja Yadiy berhenti bercerita.
"Saya tak nak terjemahkan kebaikan dia terhadap saya dengan kata-kata,” kata Yadiy tiba-tiba.
"Kenapa?"
"Saya takut saya akan kehilangannya lagi,"
“Lagi? Maksud awak?”
"Miah, dia bukanlah orang yang pertama yang paling rapat dengan saya. Dulu saya ada juga kawan yang rapat dengan saya, tapi kini sudah tiada lagi. Saya tak mahu kehilangan lagi dengan sesiapa yang saya anggap kawan baik." kata Yadiy lagi.
"Setiap yang bertemu mesti berpisah. Macam kita, kita beilemu hari ini adalah untuk mengetahui yang kita akan berpisah suatu hari nanti. Macam mana kita akan berpisah kalau tidak bertemu terlebih dahulu? Proses bertemu dan kenal adalah proses untuk kita bertemu dengan perpisahan," terang Najmiah, panjang dan lebar.
“Tapi saya tidak berpisah dengan Shahrul,”
“Shahrul?"
"Dia sudah meninggal dunia," Yadiy tunduk.
"Oh. I'm sorry. Tapi ajal dan maut di tangan tuhan, Yadiy. Kenapa awak macam kesal dengan pemergian Shahrul?" soal Najmiah semula.
"Miah, awak tak kenal Shahrul..." Yadiy menarik nafas panjang. Kemudian satu persatu kisah Shahrul dilontarkan. Sampaikan kisah Shahrul pun Najmiah dapat tahu. Dia seolah-olah faham dengan penderitaan yang dialami oleh Yadiy. Menurut Yadiy, Shahrul seolah-olah berdiri di belakang Istiqlal.
Lama Najmiah terdiam sebaik sahaja Yadiy menghabiskan kata-katanya. Lelaki yang berada di depannya sekarang begitu banyak penderitaan yang dialaminya. Kekadang dia sendiri tidak menduga ada lelaki yang melalui pengalaman seperti yang dilalui oleh Yadiy. Patutlah wajah Yadiy tak macam orang lain. Dia selalu kelihatan dingin dan redup.
Begitu juga halnya dengan Yadiy. Dia sendiri timbul perasaan keliru dan hairan bercampur aduk. Kenapa tiba-tiba dia boleh bercerita dengan seseorang seperti Najmiah pula pada hari ini. Kisah tentang silam dia pula tu. Mungkin nalurinya mengatakan dia boleh mempercayai Najmiah.
"Miah, kenapa saya cerita semua ini pada awak?" soal Yadiy tiba-tiba. Najmiah hanya tertunduk. Dia sendiri tidak tahu untuk menjawab pertanyaan tersebut. Baginya mungkin sudah ditetapkan yang dia akan berkongsi semua itu dengan Yadiy.
"Entahlah, saya pun tak tahu, mungkin awak akan rasa selesa selepas bercerita dengan saya kot,” balas Najmiah.
"Okey, awak dah tahu bimyak pasal saya, awak pula macam mana orangnya, Najmiah?" soal Yadiy.
"Saya? Macam ni ajelah, saya anak orang yang agak berada, tapi datang dan keluarga yang bermasalah,"
“Kenapa?"
"Ibu dan bapa saya dah bercerai."
"Oh, macam tu,"
"Saya tinggal dengan ayah saya, dia ada isteri baru. tapi saya tak suka sebab isteri barunya jahat..."
"Jahat?"
"Depan ayah saya dia memang baik, tapi selalu bermuka-muka dengan ayah saya. Ayah selalu menangkan dia. Sampaikan saya benci untuk balik ke rumah,”
"Ibu awak kat mana?”
"Saya tak tahu, mereka berpisah sejak saya berusia 5 tahun,”
“Awak tak nak cuba cari ke ibu awak?"
"Sudah, tapi tiada tanda-tanda positif,”
Yadiy terdiam. Tidak disangkanya dalam wajahnya yang ceria tersimpan sebuah luka yang dalam. Yadiy dapat melihat wajah kerinduan seorang anak terhadap seseorang yang bergelar ibu.
"Sekarang awak tinggal dengan siapa?" soal Yadiy semula.
"Kalau tak cuti, saya tinggal di hostel je la. Kalau cuti, mungkin saya balik ke rumah, tapi dengan keadaan yang tidak selesa sikitlah. Mesti saya akan bergaduh dengan mak tiri saya tu. Tapi cuti pertengahan penggal minggu depan saya tak nak balik lah..."
"Tak nak balik cuti ni? Awak nak buat apa?"
"Tak buat apa-apa pun. Saya tinggal je la kat hostel. Ala, seminggu sahaja,”
“Ada orang tak?"
"Ada, tapi tak ramai "
Yadiy termenung sejenak
"Apa kata kalau awak ikut saya balik?" soal Yadiy tiba-tiba.
"Ikut awak? Ke mana?"
"Rumah saya, kat kampung. Boleh awak kenal dengan kcluarga saya,"
"Ish, seganlah saya,"
"Apa nak segan, dalam keluarga saya, saya, adik dan ayah saya sahaja lelaki, yang lain semua perempuan. Tapi terus terang saya katakan. keluarga saya orang susah, mungkin tidak selesa sedikit untuk orang seperti awak ni..."
"Kenapa pula cakap macam tu? Awak manusia, saya pun manusia juga. Adik beradik awak berapa orang?" soal Najmiah semula.
"Lima. Saya kat tengah-tengah. Saya ada dua kakak, dua adik, seorang lelaki, seorang perempuan. Macam mana? Setuju?"
"Yadiy, terima kasih atas pelawaan awak. Biar saya fikirkan dahulu, boleh?" tanva Najmiah. Yadiy hanya tersenyum.
Malam itu Yadiy banyak menghabiskan masanya dengan termenung. Seperti selalu dia akan menghitung seberapa banyak kebetulan yang berlaku dalam kehidupan dia. Seperti apa yang berlaku hari ini pun dia tidak terjangka. Kekadang dia sendiri tidak menyangka akan hadir seorang perempuan yang akan rapat dengan dia. Wajah Najmiah silih berganti dengan wajah adik-beradiknya yang lain. Mungkin kerana minggu depan cuti pertengahan penggal yang akan bermula membuatkan dia menjadi tidak sabar untuk pulang ke kampong.
Sudah lama dia rindukan deruan ombak, kicauan burung yang berterbangan, hembusan angin pantai yang sekian lama ditinggalkan. Bagaimana pula keadaan ibunya. Sudah lama Yadiy rindu untuk melihat senyuman yang terukir dari wajah ibunya, kerana kali terakhir dia berjumpa dengan ibunya pun sewaktu selepas hari pembedahan di hospital.
Najmiah juga turut merasa apa yang Yadiy rasakan. Dia terbayang-bayang kasih sayang seorang ibu apabila mendengar sendiri cerita dan mulut Yadiy. Najmiah dapat gambarkan bagaimana ibu Yadiy yang selama ini terlantar sakit, dan kini sudah sihat, pasti kegembiraan terpancar di setiap pelusuk rumah mereka. Dia sendiri tidak tahu apakah keputusannya samada haruskah dia mengikut Yadiy pulang ke kampungnya atau dia terus sahaja meratapi nasib diri mengenangkan orang yang tidak pernah dia jumpa selama ini.

Monday, September 11, 2017

Takdir Bukan Hukuman (Episod 8)

Keesokan paginya Yadiy menunggu Istiqlal seperti lazimnya. Namun keadaan hari itu telah berubah. Hampir 20 minit Yadiy menunggu, kelibat Istiqlal masih tidak kelihatan. Akhirnya Yadiy mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke kuliah.
Sesampainya di kelas, dia ternampak Istiqlal sudah pun sampai. Dia meluru keluar sebaik sahaja Yadiy melangkahkan kaki memasuki kelas. Yadiy memilih satu tempat yang lain kerana Istiqlal sudahpun memilih tempat di sebelah Harimi. Selalunya dia akan duduk sebelah menyebelah kerana mereka selalu datang bersama. Tapi kali ini Yadiy dapat merasakan bakal ada sesuatu yang mengganggu fikiran Istiqlal.
Kelas berjalan seperti biasa. Namun untuk Yadiy berlagak biasa agak sukar kerana dia sering memikirkan perubahan yang jelas ketara berlaku ke atas Istiqlal. Dia seolah-olah rasa kehilangan yang teramat sangat dengan perubahan sikap Istiqlal. Istiqlal pun seolah-olah sengaja membuatkan Yadiy tertanya-tanya apakah kesalahannya.
Sebaik kelas diumumkan berakhir, Istiqlal segera meninggalkan kelas. Belum sempat Yadiy memanggil namanya, Istiqlal sudah lesap. Yadiy hanya mengeluh perlahan. Kemudian dia hanya berjalan sendirian menyusuri lorong menuju ke arah tempat motornya terletak.
"Yadiy!" satu suara memanggil namanya. Yadiy berpaling, sangkanya Istiqlal. Namun jelas kehampaan di wajahnya kerana orang yang disangkakan Istiqlal rupa-rupanya Harimi.
"Harimi, apahal?" soal Yadiy.
"Jom lah minum dulu," kata Harimi .
“Nampak Istiqlal tak?"
"Dia dah balik tadi, kenapa hati ni kau tak datang sekali dengan dia? Kau gaduh ke?" soal Harimi pula. Yadiy hanya duduk di meja sambil diikuti oleh Harimi, Latif dan Daud sejak tadi sudah pun menikmati hidangan mereka.
"Takde apa-apalah..." balas Yadiy.
 "Takkan lah takde apa-apa?"
"Betul, takde apa-apa.”
"Okey, kau tak nak minum ke? Aku pergi order dulu ni,” kata Harimi.
"Bagi aku milo," kata Yadiy semula.
Harimi berlalu. Yadiy hanya mengeluh sendirian. Lain betul suasana tanpa Istiqlal di sisi. Terasa seolah-olah ada sesuatu yang kurang.
“Mana Istiqlal?" soal L.atif pada Yadiy.
"Entah, katanya dah balik." jawab Yadiy. Dia agak segan apabila orang mula bertanva 'mana Istiqlal-mana Istiqlal?’ padanya. Nampak sangat macam ada sesuatu yang tak kena bila Istiqlal takde di sisinya.
Yadiy tidak banyak berbual dengan mereka. Sesekali ketawa sesekali terdiam. Yadiy sedar kehidupannya banyak dipengaruhi oleh Istiqlal. Apabila sahaja Istiqlal tiada, dia seolah-olah macam ada yang tidak kena. Tiba-tiba Yadiy terpandang pada sekumpulan pelajar perempuan yang memasuki perkarangan cafeteria tersebut. Fikirannya cuba memikirkan bila dia pernah terjumpa dengan salah seorang perempuan di situ. Oh semalam…
"Sekejap ya, aku nak jumpa seseorang," Yadiy bmgkas bangun. Harimi dan Latif saling berpandangan.
Yadiy berjalan menghampiri ke arah kumpulan pelajar perempuan yang seramai 3 orang tersebut. Dia kemudian duduk di sebelah meja kumpulan pelajar tersebut.
"Maafkan saya, boleh saya cakap sesuatu dengan cik?" Yadiy menyapa gadis tersebut. Dia agak terkejut dengan sapaan Yadiy sebentar tadi.
"Awak siapa?" soal gadis tersebut.
"Awak ingat lagi tak saya? Sebelum tu apa patut saya panggil awak?" soal Yadiy
"Nama saya Najmiah. Panggil je Miah,” balas Najmiah.
"Awak cam tak saya?" soal Yadiy semula. Kawan-kawannya hanya berpandangan.
"Entah, saya terlupa. Bila saya pernah jumpa awak?" soal Najmiah semula.
"Semalam, kat sini. Sebenarnya saya nak minta maaf dengan awak.."
"Pasal apa?"
"Pasal kawan saya semalam..."
"Oh, semalam. Pasal kawan awak yang tiba-tiba tak sedar diri tu?" soal Najmiah agak kasar. Yadiy tertunduk.
"Boleh ke awak maafkan dia? Sebenarnya dia tidak macam tu.. Tapi semalam.,.."
"Kenapa awak pula yang minta maaf? Mana dia? Dia ada kat sini ke?" soal Najmiah pula.
"Dia takde kat sini. Cuma bila mengenangkan pasal semalam, dia agak melampaui batas .."
"Awak tahu tak macam mana perasaan malu saya semalam? Saya dah tak tahu kat mana nak letak muka saya ni pasal kawan awak tau tak!" kata Najmiah pula. Yadiy tunduk, boleh tahan garang juga minah ni.
"Awak nak marah, marah je lah, biar saya kena marah pun tak apa, asalkan awak maafkan kawan saya tu..." kata Yadiy pula. Najmiah tersentak dengan kata-kata Yadiy.
"Kenapa awak sanggup bual macam ni semata-mata kawan awak tu? Sepatutnya dia yang kena terima semua ni, bukan awak.."
"Awak tidak faham, sebenarnya sayalah punca kemarahan dia semalam, bukan awak. Dia sebenarnya marah kat saya, bukan awak,"
“Saya tak faham,"
"Ni masalah peribadi, tapi dia jadikan awak tempat untuk dia lepaskan kemarahan…"
"Pasal perempuan ke?” soal Najmiah pula. Wajah Yadiy berubah apabila Najmiah berkata sedemikian.
"Kenapa awak nak ambil tahu?" soal Yadiy semula.
 "Takdelah, saya teka je. Ok, pasal semalam saya dah lupakan..."
 “Terima kasih cik Najmiah, saya pergi dulu." kata Yadiy berlalu.
"Awak!" panggil Najmiah semula. Yadiy berpaling. Najmiah bangun menghampirinya.
"Apa hal?"
"Awak tak nak beritahu ke nama awak?" soal Najmiah semula. Yadiy tersengih.
"Yadiy…”
"Oh, Yadiy.....”
"Terima kasih, awak!" Yadiy berlalu meninggalkan Najmiah bersama-sama kawan-kawannya. Yadiy berjalan menuju ke arah Harimi dan Latif semula. Mereka hanya tersengih.
"Wah Yadiy, cunnya awek kau!" kata Harimi mula-mula.
"Bukan awek aku la. Aku baru je kenal dia tadi," balas Yadiy semula.
"Tadi? Macam mana boleh berkenalan tadi?" tanya Latif semula.
"Panjang ceritanya ..." jawab Yadiy. Harimi dan Latif menganggukkan kepala.
"Rasanya dia tu bukan budak fakulti kita. " kata Harimi semula.
"Kalau bukan, fakulti mana?"
"Fakulti jiran kita la kot."
Kebetulan lagikah yang berlaku ini? Yadiy tertanya-tanya. Mungkin sudah ditentukan hari ini akan berlaku. Mungkin sudah ditentukan yang Istiqlal melarikan diri darinya. Mungkin juga sudah ditentukan dengan kejadian-kejadian yang berlaku mentakdirkan untuk dia berkenalan dengan Najmiah. Mungkin kejadian ini tidak akan berlaku sekiranya kejadian Istiqlal melarikan diri tidak berlaku. Segala-galanya adalah telah ditakdirkan.


Istiqlal serba salah dengan tindakannya hari ini. Dia memang sengaja buat Yadiy tertanya-tanya macam tu. Dia tahu Yadiy tidak bersalah apa-apa pun dalam hal ini. Tapi mungkin sebab tindakannya itu kerana dia terlalu mengikut pcrasaan. Kesian Yadiy. Mesti dia keseorangan sekarang seperti dirinya. Istiqlal turut merasa sama seperti yang Yadiy rasakan. Dia betul-betul keseorangan sekarang. Kalau dahulu setiap perkara dia akan berkongsi bersama-sama dengan Yadiy, tapi bila perkara begini sudah berlaku, barulah dia dapat merasakan betapa dia memerlukan Yadiy.
"Kenapa tiba-tiba nak jumpa dengan Su ni?” soal Suhaima tiba-tiba.
"Kenapa? Tak boleh ke?" soal Istiqlal semula.
"Takdelah, tiba-tiba je. Macam ada perkara penting je," balas Suhaima semula. Dia hanya tunduk ke lantai. Istiqlal memilih satu bangku untuk mereka berdua duduk. Suasana di fakulti masih hingar dengan pelajar. Lagipun waktu itu masih terlalu awal.
"Su ada kelas ke?” soal Istiqlal semula.
"Kelas Su baru je habis tadi, kira petang ni Su takde kelas la. ‘Yadiy’?" soal Suhaima semula. Istiqlal tersentak apabila nama Yadiy disebut. Baru dia sedar yang dia masih lagi ‘Yadiy' pada mata Suhaima.
Istiqlal masih terdiam. Dia agak keberatan untuk memuka mulut. "Kenapa ni? Ada masalah ke? Kalau ada masalah, ceritalah pada Su, Su sedia mendengarnya..” tambah Suhaima lagi. Istiqlal mengangkat mukanya.
"Susah lah saya nak cakap,"
"Susah apanya? Cakap ajelah. Pasal apa? Pasal kawan-kawan awak ke? Pasal ‘Istiqlal’ ke?" soal Suhaima semula membuatkan Istiqlal tersentak lagi.
"Kenapa awak asyik tanya pasal ‘Istiqlal’?" soal Istiqlal semula.
“Takdelah, saya dah lama tak nampak dia dengan awak, awak ada masalah ke dengan dia?”
'"Ada la sikit salah faham, kami okey sebenamya..”
"Kalau macam tu baguslah, senang hati saya mendengarnya…”
"Kenapa pula awak yang senang hati?" soal Istiqlal semula.
"Takdelah, kalau awak cakap awak ada masalah dengan dia, saya rasa awak yang rugi besar. Susah sebenamya nak cari kawan yang rapat macam dia dengan awak," balas Suhaima semula. Dia memandang tepat ke dalam mata Istiqlal.
"Kenapa awak selalu bercakap tentang kebaikan dia di depan saya?" soal Istiqlal semula.
Suhaima tersenyum. Dia dapat rasakan riak-riak cemburu teipancar di wajah 'Yadiy’ itu.  Cemburu tandanya sayang.
“ ‘Yadiy’, kenapa awak cakap macam tu? Awak cemburu ke?" soal Suhaima semula. Dia tersengih. Istiqlal pula hanya terdiam.
"Bukan macam tu, cuma ..." belum sempat Istiqlal menghabiskan kata-katanya, Suhaima pula menyampuk.
"Sebenamya, saya langsung tak kenal dengan Istiqlal."
"Tak kenai?"
Suhaima mengangguk
"Tak tahu sangat pasal dia. Yang saya tahu dia tu kawan baik awak. Yang lebih mendalam, saya kurang pasti,” balas Suhaima semula.
" ‘Istiqlal’ tak pernah bercakap dengan awak?" soal Istiqlal yang bermaksudkan Yadiy dengan kehairanan.
"Tak pernah. Saya ingat dia sombong, tapi begitulah. Kalau saya tanya sepatah. dia jawab sepatah. Tak pernah la dia nak borak-borak dengan saya..”
"Telefon pun tak pernah?" soal Istiqlal lagi untuk mendapatkan kepastian.
"Tak pernah, kalau bercakap depan-depan pun tak pernah, apatah lagi telefon?" soal Suhaima semula. Istiqlal semakin yakin dengan kata-kata Suhaima.
"Habis tu, macam mana awak tahu dia baik orangnya?" soal Istiqlal semula.
"Siapa? ‘Istiqlal’?" soal Suhaima. Istiqlal menganggukkan kepala. "Entahlah, mungkin dari cara dia dengan awak, saya nampak kebaikan dia. Awak pun baik juga orangnya, cuma saya tak boleh la puji awak lebih-lebih, nanti kembang semangkuk pula orang tu ," kata Suhaima cuba berseloroh. Istiqlal hanya tersipu-sipu.
"Jadi, apa masalah awak dengan dia sekarang?" soal Suhaima mematikan lamunan Istiqlal.
"Kami takde masalah pun, perkara kecil je semalam. ‘Istiqlal’ menjauhkan diri dari saya, tu aje .Nantilah saya yang tegur dia dulu,"
"Mesti awak dah buat sesuatu kan?” soal Suhaima semula.
"Mana ada?" sebenarnya memang.
"Habis tu, takkan dia lari kalau awak tak buat sesuatu yang menyinggung perasaannya?" soal Suhaima lagi. Istiqlal hanya menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Sebenarnya dia yang lari, bukannya Yadiy.
“Takdelah, nantilah saya akan tegur dia dulu…”
"Baguslah kalau awak yang mula nak tegur dia dulu. Saya puji tindakan awak tu." Istiqlal tersenyum mendengar kata-kata Suhaima.
" 'Yadiy', Istiqlal tu takde kawan istimewa ke?" soal Suhaima tiba-tiba.
"Kawan istimewa? Saya lah kot,"
"Bukan, maksud saya kawan perempuan, yang gitu-gitu,"
“Oh, yang gitu-gitu. Tak tahulah, dia bukan takde orang nak, tapi memilih orangnya. Kenapa? Ada hati ke?" soal Istiqlal semula, soalan menjerat ni.
"Takkanlah kot, awak ni. Habis tu, awak pula maeam mana?”
"Saya?" Istiqlal tersengih "Saya tengah tunggu dia setuju je ni. Awak pulak?"
"Saya pula tengah tunggu dia tanya je ni."
"Dia dah tanya belum?" soal Istiqlal. Wajahnya sedikit hampa.
"Belum, awak pula dah tanya belum?”
"Belum juga ..”
Muka Suhaima tersipu-sipu malu. Istiqlal perasan akan perubahan tersebut. Namun dia hanya berbuat tidak tahu.
Istiqlal terdiam. Dia tidak tahu samada ini adalah peluang terbaik untuk dia menyatakannya atau tidak. Dia teringat kata-kata Yadiy yang menyatakan dia adalah orang yang paling berpeluang untuk mendekatinya, bukan Yadiy. Tapi peluang masih belum muncul. Istiqlal juga risau kalau-kalau Suhaima mengetahui perkara yang sebenar nanti. Dia sendiri tidak dapat meramalkan apa yang bakal terjadi kalau perkara itu benar-benar terjadi.
"Baik awak beritahu dia cepat-cepat, nanti terlepas awak yang menyesal," kata Suhaima mematikan lamunan Istiqlal.
"Saya dalam proses mencuba la ni." kata Istiqlal membuatkan wajah Suhaima berubah. Dia sendiri tidak tahu apa yang bermain di fikiran 'Yadiy' sekarang. Sudah lama dia menjadi seorang perindu, tetapi lelaki itu terlalu jahil untuk memahaminya.
"Kalau macam tu, semoga berjaya la…" kata Suhaima lalu bingkas bangun.
"Awak nak ke mana ni?" soal Istiqlal semula.
"Awak kan tengah dalam proses mencuba, mesti awak tengah tunggu dia kan? Kalau dia nampak saya dengan awak, mesti dia fikir yang bukan-bukan nanti, baik saya pergi dulu.. " Suhaima mengatur langkah.
"Nanti dulu Suhaima..."
"Kenapa?"
"Suhaima, siapa nak salah faham kalau orang itu adalab awak?” Istiqlal membuat pengakuan.
l.angkah Suhaima terhenti. Wajahnya bertambah merah. Dia memalingkan muka ke arah ' Yadiy ' lalu mengukirkan sekuntum senyuman yang paling manis buat Istiqlal.
Suhaima berlalu jua. Istiqlal faham dengan perempuan. Mereka akan malu jika melalui situasi sebegini. Namun yang pasti dia sudah berjaya mengucapkannya. Walaupun pada dasarnya dia ingin berterus-terang dahulu siapa dirinya yang sebenar. Tapi keadaan telah memaksa untuk dia berterus terang tentang perasaan terlebih dahulu. Pasal siapa dia sebenarnya? Nanti lah!


Hampir 3 hari Yadiy tidak menumpang Istiqlal untuk pergi ke kelas. Hampir 3 hari juga Istiqlal melarikan diri daripadanya. Walaupun berbagai cara yang dilakukan untuk menghampiri Istiqlal, namun semua usahanya sia-sia belaka. 3 hari 3 malam dia memikirkan kejadian ini. Kadang-kadang wajah Istiqlal diselangi pula dengan wajah Najmiah yang baru dikenalinya. Najmiah cantik orangnya, wajahnya cukup ayu kalau nak dibandingkan dengan mana-mana gadis. Suhaima juga cantik, namun keadaan telah memaksa hatinya untuk meletakkan pengharapan itu jauh-jauh. Istiqlal lebih berhak untuk mendampinginya.
Takkan Najmiah pula kot? Yadiy semakin buntu dengan hatinya sendiri. Wajah Najmiah tidak lekang dan ingatannya. Tapi dia juga tidak menolak kemungkinan hati Najmiah sudah terisi.
Sazali bergegas bangun apabila pintu rumah mereka diketuk. Dia membuka pintu. Kelihatan Istiqlal tersengih sendirian.
"Masuklah…”
"Yadiy ada?" soal Istiqlal.
"Takde, dia pergi ke perpustakaan. Kau tak pergi sekali ke?" soal Sazali semula Hairan juga apabila melihat Istiqlal datang mencari Yadiy. Selalunya mereka bersama.
"Oh ya, aku lupa yang dia ada ajak aku pergi perpustakaan hari ni, kalau macam tu aku pergi dulu la ."
"Kejap, kenapa kau tak telefon dia?” Sazali mengajukan perlanyaan demi pertanyaan.
"Aku ingat dia ada kat rumah,"
"Oh, ok.  Kau ada masalah ke dengan Yadiy?" soal Sazali lagi. Istiqlal tersentak.
"Kenapa?"
"Aku tengok Yadiy lain macam je sejak akhir-akhir ni,"
"Lain yang macam mana?"
"Diam je, macam tak bersemangat."
"Oh, okey terima kasih kerana beritahu, aku nak pergi cari dia la ni,” kata Istiqlal sambil berlalu meninggalkan Sazali.
Istiqlal bergegas menuju ke arah CRV nya. Dia terlupa yang Yadiy ada bercakap tentang minggu ujian yang akan berlangsung tidak lama lagi. Dia juga lupa yang Yadiy ada mengajaknya untuk study bersama-sama di perpustakaan.


"Hai. " sapa satu suara. Yadiy berhenti menulis. Dia mengangkat muka memandang wajah yang menyapanya.
"Hai," Yadiy terkesima memandang wajah Najmiah yang kini berdiri betul-betul di hadapannya.
"Kalau tak silap, Yadiy kan?" kata Najmiah.
"Miah?" kata Yadiy pula.
"Ya, betul! Awak sorang je ke?" soal Najmiah.
"A'ah, seorang je. Awak?”
"Saya dengan kawan-kawan, kat meja hujung sana. Saya nampak awak kat sini, sebab tu saya datang tegur awak,” Yadiy tersenyum.
"Duduklah dulu, kenapa berdiri je?" Yadiy mempelawa.
"Takpe ke?"
"Kenapa pula tak boleh? Kerusi tu ada tulis name sape-sape ke?" kata Yadiy cuba berseloroh.
"Bukanlah, manalah tahu nanti ada orang marah tengok kita berdua je ni..” balas Najmiah.
"Duduk je, takde sesiapa pun nak marah," Najmiah menurut kata-kata Yadiy. Dia membetulkan kerusi lalu duduk setentang dengan Yadiy.
Najmiah memandang sekeliling. Suasana di perpustakaan hari itu agak sunyi kerana kurang pengunjung. Biasalah, bila hampir dengan peperiksaan, barulah mereka berpusu-pusu datang ke perpustakaan.
"Apa yang boleh saya tolong?" kata Yadiy memulakan perbualan apabila dia melihat Najmiah hanya tediam.
"Apa?"
"Awak macam nak kata sesuatu je, cakaplah…”
"Saya tengok sekeliling kalau-kalau kawan awak hari itu ada," kata Najmiah pula.
"Oh, Istiqlal. Dia takde kat sini,"
“Is… what?
“Istiqlal…”
"Oh, jadi nama dia Istiqlal…”
"A'ah, Istiqlal Iskandar. Dia takde kat sini, awak jangan risau, dia takkan mengamuk kalau kat perpustakaan…”
"Ada ke saya nampak risau? Kalau dia ada, dan mengamuk, awak kan ada..”
"Maksud awak?"
"Ops, maksud saya, awak kan ada untuk meminta maaf dengan saya,"
Mereka berdua tergelak kecil.
"Awak ingat saya nak minta maaf lagi ke untuk pihak dia?"
"Kenapa? Awak gaduh ke dengan dia?" soal Najmiah membuatkan Yadiy agak terperanjat. Najmiah ni seolah-olah ingin mencungkil rahsia pula dari dirinya.
"Kenapa awak tanya macam tu?"
"Takdelah, saya cuma agak je. Awak tak nak cerita ke kenapa pasal kawan awak hari tu?"
"Awak ni....."
"Saya bukannya nak mencampuri urusan awak. Cuma saya kan dah jadi kawan awak. Jadi, tak salah kan kalau awak berkongsi cerita dengan saya.." kata Najmiah lagi. Yadiy kagum dengan sifat keterbukaan yang ditunjukkan oleh Najmiah.
"Saya tahu Istiqlal ni memang ramai peminat yang tergilakan dia, dan saya rasakan awak ni salah seorang peminat dia kan? Sebab tu awak banyak tanya pasal dia kan?" kata Yadiy yang membuatkan wajah Najmiah berubah.
"Awak, sanggup awak kata macam tu. Kenal pun tak mamat Istiqlal tu, saya cuma nak berbual dengan awak je lah'" kata Najmiah bingkas bangun.
"Miah, jangan la marah, duduk lah dulu. Saya gurau je," Kata Yadiy membuatkan Najmiah memalingkan muka.
"Lain kali jangan buat lagi tau!" kata Najmiah pula. Dia kembali duduk di hadapan Yadiy.
"Lain kali? Awak nak jumpa lagi ke dengan saya lain kali?" soal Yadiy semula.
"Kenapa tidak?"
Tidak disangkanya Najmiah begitu berani dengannya.
"Awak masih nak tahu ke?" soal Yadiy semula.
“Terpulang pada awak la. Saya tak paksa,"
“Apa yang awak nak tahu?”
"Hari tu awak kata dia selalu tak macam tu, jadi kenapa dia jadi macam tu?" soal Najmiah semula.
"Istiqlal memang tak macam tu selalunya. Dia tertekan dengan situasi dia dengan seseorang."
"Oh, perempuan ke?"
"Ada laaaa,"
“Okey, takpelah. Tapi, apa kaitan dengan awak?"
"Maksud awak?"
"Bukan ke awak kata dia sebenarnya marah pada awak,"
"Oh, pasal saya ada salah cakap hari tu,”
 "Oh, ye ke?"
"Lebih kurang macam tu la, saya hairan, apa kelebihan untuk awak apabila dengar cerita saya ni?" soal Yadiy semula.
"Takde kelebihan pun. Kan saya dah kata saya cuma nak kenal awak, tu aje..." balas Najmiah.
"Oh ..."
Najmiah terdiam seketika. Begitu juga dengan Yadiy. Tiba-tiba mata Yadiy terbeliak melihat seseorang.
"Miah, dia datang la.." kata Yadiy separuh berbisik.
"Siapa?!"
"Istiqlal.."
Najmiah berpaling ke belakang. Dia dapat melihat Istiqlal menaiki tangga sambil matanya melilau mencan seseorang. Istiqlal tersenyum apabila matanya bertembung dengan mata Yadiy.
"Kalau macam tu, Miah pergi dulu la,"
"Okey, jumpa lagi..." kata Yadiy semula.
"Okey, bye!" Najmiah berlalu.
Istiqlal melangkah perlahan-lahan menuju ke arah Yadiy. Dia kelihatan hairan kerana Yadiy bersama-sama dengan seorang perempuan.
"Hai, aku ganggu kau ke?" Istiqlal memulakan pertanyaan.
"Takdelah," balas Yadiy semula. Dia turut hairan kerana hampir 3 hari Istiqlal melarikan diri daripadanya. Alih-alih dia sendiri yang datang kepadanya.
"Tadi siapa?" soal Istiqlal pula.
"Tadi? Siapa?"
"Perempuan tadi. "
"Oh, kawan...”
"Ganggu ke?" nampaknya Istiqlal tidak berminat untuk bertanya lebih lanjut dengan perempuan tadi.
"Aku kata tak, tak la .."
"Okey, okey . Tadi aku pergi rumah kau, kau takde, Sazali cakap kau ada kai sini, sebab tu aku datang sini,"
"Kenapa?"
"Aku nak jumpa kau, "
"Pasal apa?"
"Kau masih marahkan aku ke?" soal Istiqlal tiba-tiba. Yadiy ternganga. Siapa marah siapa sekarang ni?
"Aku ingat kau yang masih marah kat aku..." kata Yadiy pula.
"Kau marahkan aku ke sebab aku macam lari dari kau...?"
"Aku tak berpeluang untuk mengetahui sebabnya. Dan takde sebab untuk aku merasa marah pasal tu..”
"Okey, aku minta maaf. Boleh kau maafkan aku?"
"Hey, kau dah kenapa? Kau tak buat silap la, aku yang salah Aku yang patut minta maaf....."
"Yadiy, kita kawan lagi kan?"
"Mestilah!"
Istiqlal menghulurkan tangan untuk berjabat. Yadiy hanya tersengih lalu menyambut baik salam yang Istiqlal hulurkan itu.
"Boleh aku join kau study?" soal Istiqlal semula
"Boleh…. boleh blah!!!”
“Kau!??"

"Aku gurau je lah. Jomlah, aku pun dah lama tak berborak dengan kau, rindu pula rasanya..." kata Yadiy membuatkan Istiqlal ketawa. Syukurlah kerana hujan yang turun di tengah hari kini sudah mula berhenti. Dan kini matahari kembali bersinar.




Setiap teman yang bersahabat dengan temannya yang lain walau sekejap mana sekalipun, melainkan ia akan ditanya tentang persahabatan pada hari kiamat, apakah ia telah menunaikan hak persahabatan dengan baik atau ia telah mensia-siakannya.