Keesokan
paginya Yadiy menunggu Istiqlal seperti lazimnya. Namun keadaan hari itu telah
berubah. Hampir 20 minit Yadiy menunggu, kelibat Istiqlal masih tidak
kelihatan. Akhirnya Yadiy mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke kuliah.
Sesampainya
di kelas, dia ternampak Istiqlal sudah pun sampai. Dia meluru keluar sebaik
sahaja Yadiy melangkahkan kaki memasuki kelas. Yadiy memilih satu tempat yang
lain kerana Istiqlal sudahpun memilih tempat di sebelah Harimi. Selalunya dia
akan duduk sebelah menyebelah kerana mereka selalu datang bersama. Tapi kali
ini Yadiy dapat merasakan bakal ada sesuatu yang mengganggu fikiran Istiqlal.
Kelas
berjalan seperti biasa. Namun untuk Yadiy berlagak biasa agak sukar kerana dia
sering memikirkan perubahan yang jelas ketara berlaku ke atas Istiqlal. Dia
seolah-olah rasa kehilangan yang teramat sangat dengan perubahan sikap Istiqlal.
Istiqlal pun seolah-olah sengaja membuatkan Yadiy tertanya-tanya apakah
kesalahannya.
Sebaik kelas
diumumkan berakhir, Istiqlal segera meninggalkan kelas. Belum sempat Yadiy memanggil
namanya, Istiqlal sudah lesap. Yadiy hanya mengeluh perlahan. Kemudian dia
hanya berjalan sendirian menyusuri lorong menuju ke arah tempat motornya
terletak.
"Yadiy!"
satu suara memanggil namanya. Yadiy berpaling, sangkanya Istiqlal. Namun jelas
kehampaan di wajahnya kerana orang yang disangkakan Istiqlal rupa-rupanya
Harimi.
"Harimi,
apahal?" soal Yadiy.
"Jom
lah minum dulu," kata Harimi .
“Nampak Istiqlal
tak?"
"Dia
dah balik tadi, kenapa hati ni kau tak datang sekali dengan dia? Kau gaduh
ke?" soal Harimi pula. Yadiy hanya duduk di meja sambil diikuti oleh
Harimi, Latif dan Daud sejak tadi sudah pun menikmati hidangan mereka.
"Takde
apa-apalah..." balas Yadiy.
"Takkan lah takde apa-apa?"
"Betul,
takde apa-apa.”
"Okey,
kau tak nak minum ke? Aku pergi order dulu ni,” kata Harimi.
"Bagi
aku milo," kata Yadiy semula.
Harimi
berlalu. Yadiy hanya mengeluh sendirian. Lain betul suasana tanpa Istiqlal di
sisi. Terasa seolah-olah ada sesuatu yang kurang.
“Mana Istiqlal?"
soal L.atif pada Yadiy.
"Entah,
katanya dah balik." jawab Yadiy. Dia agak segan apabila orang mula
bertanva 'mana Istiqlal-mana Istiqlal?’ padanya. Nampak sangat macam ada
sesuatu yang tak kena bila Istiqlal takde di sisinya.
Yadiy tidak
banyak berbual dengan mereka. Sesekali ketawa sesekali terdiam. Yadiy sedar
kehidupannya banyak dipengaruhi oleh Istiqlal. Apabila sahaja Istiqlal tiada,
dia seolah-olah macam ada yang tidak kena. Tiba-tiba Yadiy terpandang pada
sekumpulan pelajar perempuan yang memasuki perkarangan cafeteria tersebut.
Fikirannya cuba memikirkan bila dia pernah terjumpa dengan salah seorang
perempuan di situ. Oh semalam…
"Sekejap
ya, aku nak jumpa seseorang," Yadiy bmgkas bangun. Harimi dan Latif saling
berpandangan.
Yadiy berjalan
menghampiri ke arah kumpulan pelajar perempuan yang seramai 3 orang tersebut.
Dia kemudian duduk di sebelah meja kumpulan pelajar tersebut.
"Maafkan
saya, boleh saya cakap sesuatu dengan cik?" Yadiy menyapa gadis tersebut.
Dia agak terkejut dengan sapaan Yadiy sebentar tadi.
"Awak
siapa?" soal gadis tersebut.
"Awak
ingat lagi tak saya? Sebelum tu apa patut saya panggil awak?" soal Yadiy
"Nama
saya Najmiah. Panggil je Miah,” balas Najmiah.
"Awak
cam tak saya?" soal Yadiy semula. Kawan-kawannya hanya berpandangan.
"Entah,
saya terlupa. Bila saya pernah jumpa awak?" soal Najmiah semula.
"Semalam,
kat sini. Sebenarnya saya nak minta maaf dengan awak.."
"Pasal
apa?"
"Pasal
kawan saya semalam..."
"Oh,
semalam. Pasal kawan awak yang tiba-tiba tak sedar diri tu?" soal Najmiah
agak kasar. Yadiy tertunduk.
"Boleh
ke awak maafkan dia? Sebenarnya dia tidak macam tu.. Tapi semalam.,.."
"Kenapa
awak pula yang minta maaf? Mana dia? Dia ada kat sini ke?" soal Najmiah
pula.
"Dia takde
kat sini. Cuma bila mengenangkan pasal semalam, dia agak melampaui batas
.."
"Awak
tahu tak macam mana perasaan malu saya semalam? Saya dah tak tahu kat mana nak
letak muka saya ni pasal kawan awak tau tak!" kata Najmiah pula. Yadiy tunduk,
boleh tahan garang juga minah ni.
"Awak nak
marah, marah je lah, biar saya kena marah pun tak apa, asalkan awak maafkan
kawan saya tu..." kata Yadiy pula. Najmiah tersentak dengan kata-kata Yadiy.
"Kenapa
awak sanggup bual macam ni semata-mata kawan awak tu? Sepatutnya dia yang kena
terima semua ni, bukan awak.."
"Awak
tidak faham, sebenarnya sayalah punca kemarahan dia semalam, bukan awak. Dia
sebenarnya marah kat saya, bukan awak,"
“Saya tak
faham,"
"Ni masalah
peribadi, tapi dia jadikan awak tempat untuk dia lepaskan kemarahan…"
"Pasal
perempuan ke?” soal Najmiah pula. Wajah Yadiy berubah apabila Najmiah berkata
sedemikian.
"Kenapa
awak nak ambil tahu?" soal Yadiy semula.
"Takdelah, saya teka je. Ok, pasal
semalam saya dah lupakan..."
“Terima kasih cik Najmiah, saya pergi dulu."
kata Yadiy berlalu.
"Awak!"
panggil Najmiah semula. Yadiy berpaling. Najmiah bangun menghampirinya.
"Apa
hal?"
"Awak
tak nak beritahu ke nama awak?" soal Najmiah semula. Yadiy tersengih.
"Yadiy…”
"Oh, Yadiy.....”
"Terima
kasih, awak!" Yadiy berlalu meninggalkan Najmiah bersama-sama
kawan-kawannya. Yadiy berjalan menuju ke arah Harimi dan Latif semula. Mereka
hanya tersengih.
"Wah Yadiy,
cunnya awek kau!" kata Harimi mula-mula.
"Bukan
awek aku la. Aku baru je kenal dia tadi," balas Yadiy semula.
"Tadi?
Macam mana boleh berkenalan tadi?" tanya Latif semula.
"Panjang
ceritanya ..." jawab Yadiy. Harimi dan Latif menganggukkan kepala.
"Rasanya
dia tu bukan budak fakulti kita. " kata Harimi semula.
"Kalau
bukan, fakulti mana?"
"Fakulti
jiran kita la kot."
Kebetulan
lagikah yang berlaku ini? Yadiy tertanya-tanya. Mungkin sudah ditentukan hari
ini akan berlaku. Mungkin sudah ditentukan yang Istiqlal melarikan diri darinya.
Mungkin juga sudah ditentukan dengan kejadian-kejadian yang berlaku
mentakdirkan untuk dia berkenalan dengan Najmiah. Mungkin kejadian ini tidak
akan berlaku sekiranya kejadian Istiqlal melarikan diri tidak berlaku.
Segala-galanya adalah telah ditakdirkan.
Istiqlal serba
salah dengan tindakannya hari ini. Dia memang sengaja buat Yadiy tertanya-tanya
macam tu. Dia tahu Yadiy tidak bersalah apa-apa pun dalam hal ini. Tapi mungkin
sebab tindakannya itu kerana dia terlalu mengikut pcrasaan. Kesian Yadiy. Mesti
dia keseorangan sekarang seperti dirinya. Istiqlal turut merasa sama seperti
yang Yadiy rasakan. Dia betul-betul keseorangan sekarang. Kalau dahulu setiap
perkara dia akan berkongsi bersama-sama dengan Yadiy, tapi bila perkara begini
sudah berlaku, barulah dia dapat merasakan betapa dia memerlukan Yadiy.
"Kenapa
tiba-tiba nak jumpa dengan Su ni?” soal Suhaima tiba-tiba.
"Kenapa?
Tak boleh ke?" soal Istiqlal semula.
"Takdelah,
tiba-tiba je. Macam ada perkara penting je," balas Suhaima semula. Dia
hanya tunduk ke lantai. Istiqlal memilih satu bangku untuk mereka berdua duduk.
Suasana di fakulti masih hingar dengan pelajar. Lagipun waktu itu masih terlalu
awal.
"Su ada
kelas ke?” soal Istiqlal semula.
"Kelas
Su baru je habis tadi, kira petang ni Su takde kelas la. ‘Yadiy’?" soal
Suhaima semula. Istiqlal tersentak apabila nama Yadiy disebut. Baru dia sedar
yang dia masih lagi ‘Yadiy' pada mata Suhaima.
Istiqlal masih
terdiam. Dia agak keberatan untuk memuka mulut. "Kenapa ni? Ada masalah
ke? Kalau ada masalah, ceritalah pada Su, Su sedia mendengarnya..” tambah
Suhaima lagi. Istiqlal mengangkat mukanya.
"Susah
lah saya nak cakap,"
"Susah
apanya? Cakap ajelah. Pasal apa? Pasal kawan-kawan awak ke? Pasal ‘Istiqlal’ ke?"
soal Suhaima semula membuatkan Istiqlal tersentak lagi.
"Kenapa
awak asyik tanya pasal ‘Istiqlal’?" soal Istiqlal semula.
“Takdelah,
saya dah lama tak nampak dia dengan awak, awak ada masalah ke dengan dia?”
'"Ada
la sikit salah faham, kami okey sebenamya..”
"Kalau
macam tu baguslah, senang hati saya mendengarnya…”
"Kenapa
pula awak yang senang hati?" soal Istiqlal semula.
"Takdelah,
kalau awak cakap awak ada masalah dengan dia, saya rasa awak yang rugi besar.
Susah sebenamya nak cari kawan yang rapat macam dia dengan awak," balas
Suhaima semula. Dia memandang tepat ke dalam mata Istiqlal.
"Kenapa
awak selalu bercakap tentang kebaikan dia di depan saya?" soal Istiqlal semula.
Suhaima
tersenyum. Dia dapat rasakan riak-riak cemburu teipancar di wajah 'Yadiy’ itu. Cemburu tandanya sayang.
“ ‘Yadiy’,
kenapa awak cakap macam tu? Awak cemburu ke?" soal Suhaima semula. Dia
tersengih. Istiqlal pula hanya terdiam.
"Bukan
macam tu, cuma ..." belum sempat Istiqlal menghabiskan kata-katanya,
Suhaima pula menyampuk.
"Sebenamya,
saya langsung tak kenal dengan Istiqlal."
"Tak
kenai?"
Suhaima
mengangguk
"Tak tahu
sangat pasal dia. Yang saya tahu dia tu kawan baik awak. Yang lebih mendalam,
saya kurang pasti,” balas Suhaima semula.
" ‘Istiqlal’
tak pernah bercakap dengan awak?" soal Istiqlal yang bermaksudkan Yadiy dengan
kehairanan.
"Tak
pernah. Saya ingat dia sombong, tapi begitulah. Kalau saya tanya sepatah. dia
jawab sepatah. Tak pernah la dia nak borak-borak dengan saya..”
"Telefon
pun tak pernah?" soal Istiqlal lagi untuk mendapatkan kepastian.
"Tak
pernah, kalau bercakap depan-depan pun tak pernah, apatah lagi telefon?"
soal Suhaima semula. Istiqlal semakin yakin dengan kata-kata Suhaima.
"Habis
tu, macam mana awak tahu dia baik orangnya?" soal Istiqlal semula.
"Siapa?
‘Istiqlal’?" soal Suhaima. Istiqlal menganggukkan kepala. "Entahlah,
mungkin dari cara dia dengan awak, saya nampak kebaikan dia. Awak pun baik juga
orangnya, cuma saya tak boleh la puji awak lebih-lebih, nanti kembang semangkuk
pula orang tu ," kata Suhaima cuba berseloroh. Istiqlal hanya tersipu-sipu.
"Jadi,
apa masalah awak dengan dia sekarang?" soal Suhaima mematikan lamunan Istiqlal.
"Kami
takde masalah pun, perkara kecil je semalam. ‘Istiqlal’ menjauhkan diri dari
saya, tu aje .Nantilah saya yang tegur dia dulu,"
"Mesti
awak dah buat sesuatu kan?” soal Suhaima semula.
"Mana
ada?" sebenarnya memang.
"Habis
tu, takkan dia lari kalau awak tak buat sesuatu yang menyinggung perasaannya?"
soal Suhaima lagi. Istiqlal hanya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Sebenarnya dia yang lari, bukannya Yadiy.
“Takdelah,
nantilah saya akan tegur dia dulu…”
"Baguslah
kalau awak yang mula nak tegur dia dulu. Saya puji tindakan awak tu." Istiqlal
tersenyum mendengar kata-kata Suhaima.
" 'Yadiy',
Istiqlal tu takde kawan istimewa ke?" soal Suhaima tiba-tiba.
"Kawan istimewa?
Saya lah kot,"
"Bukan,
maksud saya kawan perempuan, yang gitu-gitu,"
“Oh, yang
gitu-gitu. Tak tahulah, dia bukan takde orang nak, tapi memilih orangnya.
Kenapa? Ada hati ke?" soal Istiqlal semula, soalan menjerat ni.
"Takkanlah
kot, awak ni. Habis tu, awak pula maeam mana?”
"Saya?"
Istiqlal tersengih "Saya tengah tunggu dia setuju je ni. Awak pulak?"
"Saya
pula tengah tunggu dia tanya je ni."
"Dia
dah tanya belum?" soal Istiqlal. Wajahnya sedikit hampa.
"Belum,
awak pula dah tanya belum?”
"Belum
juga ..”
Muka Suhaima
tersipu-sipu malu. Istiqlal perasan akan perubahan tersebut. Namun dia hanya
berbuat tidak tahu.
Istiqlal terdiam.
Dia tidak tahu samada ini adalah peluang terbaik untuk dia menyatakannya atau
tidak. Dia teringat kata-kata Yadiy yang menyatakan dia adalah orang yang
paling berpeluang untuk mendekatinya, bukan Yadiy. Tapi peluang masih belum
muncul. Istiqlal juga risau kalau-kalau Suhaima mengetahui perkara yang sebenar
nanti. Dia sendiri tidak dapat meramalkan apa yang bakal terjadi kalau perkara
itu benar-benar terjadi.
"Baik
awak beritahu dia cepat-cepat, nanti terlepas awak yang menyesal," kata
Suhaima mematikan lamunan Istiqlal.
"Saya
dalam proses mencuba la ni." kata Istiqlal membuatkan wajah Suhaima
berubah. Dia sendiri tidak tahu apa yang bermain di fikiran 'Yadiy' sekarang.
Sudah lama dia menjadi seorang perindu, tetapi lelaki itu terlalu jahil untuk
memahaminya.
"Kalau
macam tu, semoga berjaya la…" kata Suhaima lalu bingkas bangun.
"Awak
nak ke mana ni?" soal Istiqlal semula.
"Awak
kan tengah dalam proses mencuba, mesti awak tengah tunggu dia kan? Kalau dia
nampak saya dengan awak, mesti dia fikir yang bukan-bukan nanti, baik saya
pergi dulu.. " Suhaima mengatur langkah.
"Nanti
dulu Suhaima..."
"Kenapa?"
"Suhaima,
siapa nak salah faham kalau orang itu adalab awak?” Istiqlal membuat pengakuan.
l.angkah
Suhaima terhenti. Wajahnya bertambah merah. Dia memalingkan muka ke arah ' Yadiy
' lalu mengukirkan sekuntum senyuman yang paling manis buat Istiqlal.
Suhaima
berlalu jua. Istiqlal faham dengan perempuan. Mereka akan malu jika melalui
situasi sebegini. Namun yang pasti dia sudah berjaya mengucapkannya. Walaupun
pada dasarnya dia ingin berterus-terang dahulu siapa dirinya yang sebenar. Tapi
keadaan telah memaksa untuk dia berterus terang tentang perasaan terlebih
dahulu. Pasal siapa dia sebenarnya? Nanti lah!
Hampir 3
hari Yadiy tidak menumpang Istiqlal untuk pergi ke kelas. Hampir 3 hari juga Istiqlal
melarikan diri daripadanya. Walaupun berbagai cara yang dilakukan untuk
menghampiri Istiqlal, namun semua usahanya sia-sia belaka. 3 hari 3 malam dia
memikirkan kejadian ini. Kadang-kadang wajah Istiqlal diselangi pula dengan wajah
Najmiah yang baru dikenalinya. Najmiah cantik orangnya, wajahnya cukup ayu
kalau nak dibandingkan dengan mana-mana gadis. Suhaima juga cantik, namun
keadaan telah memaksa hatinya untuk meletakkan pengharapan itu jauh-jauh. Istiqlal
lebih berhak untuk mendampinginya.
Takkan
Najmiah pula kot? Yadiy semakin buntu dengan hatinya sendiri. Wajah Najmiah
tidak lekang dan ingatannya. Tapi dia juga tidak menolak kemungkinan hati
Najmiah sudah terisi.
Sazali
bergegas bangun apabila pintu rumah mereka diketuk. Dia membuka pintu.
Kelihatan Istiqlal tersengih sendirian.
"Masuklah…”
"Yadiy ada?"
soal Istiqlal.
"Takde,
dia pergi ke perpustakaan. Kau tak pergi sekali ke?" soal Sazali semula
Hairan juga apabila melihat Istiqlal datang mencari Yadiy. Selalunya mereka
bersama.
"Oh ya,
aku lupa yang dia ada ajak aku pergi perpustakaan hari ni, kalau macam tu aku
pergi dulu la ."
"Kejap,
kenapa kau tak telefon dia?” Sazali mengajukan perlanyaan demi pertanyaan.
"Aku
ingat dia ada kat rumah,"
"Oh, ok. Kau ada masalah ke dengan Yadiy?" soal
Sazali lagi. Istiqlal tersentak.
"Kenapa?"
"Aku
tengok Yadiy lain macam je sejak akhir-akhir ni,"
"Lain
yang macam mana?"
"Diam je,
macam tak bersemangat."
"Oh,
okey terima kasih kerana beritahu, aku nak pergi cari dia la ni,” kata Istiqlal
sambil berlalu meninggalkan Sazali.
Istiqlal bergegas
menuju ke arah CRV nya. Dia terlupa yang Yadiy ada bercakap tentang minggu
ujian yang akan berlangsung tidak lama lagi. Dia juga lupa yang Yadiy ada
mengajaknya untuk study bersama-sama di perpustakaan.
"Hai.
" sapa satu suara. Yadiy berhenti menulis. Dia mengangkat muka memandang
wajah yang menyapanya.
"Hai,"
Yadiy terkesima memandang wajah Najmiah yang kini berdiri betul-betul di
hadapannya.
"Kalau
tak silap, Yadiy kan?" kata Najmiah.
"Miah?"
kata Yadiy pula.
"Ya,
betul! Awak sorang je ke?" soal Najmiah.
"A'ah,
seorang je. Awak?”
"Saya
dengan kawan-kawan, kat meja hujung sana. Saya nampak awak kat sini, sebab tu
saya datang tegur awak,” Yadiy tersenyum.
"Duduklah
dulu, kenapa berdiri je?" Yadiy mempelawa.
"Takpe
ke?"
"Kenapa
pula tak boleh? Kerusi tu ada tulis name sape-sape ke?" kata Yadiy cuba
berseloroh.
"Bukanlah,
manalah tahu nanti ada orang marah tengok kita berdua je ni..” balas Najmiah.
"Duduk je,
takde sesiapa pun nak marah," Najmiah menurut kata-kata Yadiy. Dia
membetulkan kerusi lalu duduk setentang dengan Yadiy.
Najmiah
memandang sekeliling. Suasana di perpustakaan hari itu agak sunyi kerana kurang
pengunjung. Biasalah, bila hampir dengan peperiksaan, barulah mereka berpusu-pusu
datang ke perpustakaan.
"Apa
yang boleh saya tolong?" kata Yadiy memulakan perbualan apabila dia
melihat Najmiah hanya tediam.
"Apa?"
"Awak
macam nak kata sesuatu je, cakaplah…”
"Saya tengok
sekeliling kalau-kalau kawan awak hari itu ada," kata Najmiah pula.
"Oh, Istiqlal.
Dia takde kat sini,"
“Is… what?”
“Istiqlal…”
"Oh,
jadi nama dia Istiqlal…”
"A'ah, Istiqlal
Iskandar. Dia takde kat sini, awak jangan risau, dia takkan mengamuk kalau kat
perpustakaan…”
"Ada ke
saya nampak risau? Kalau dia ada, dan mengamuk, awak kan ada..”
"Maksud
awak?"
"Ops,
maksud saya, awak kan ada untuk meminta maaf dengan saya,"
Mereka
berdua tergelak kecil.
"Awak
ingat saya nak minta maaf lagi ke untuk pihak dia?"
"Kenapa?
Awak gaduh ke dengan dia?" soal Najmiah membuatkan Yadiy agak terperanjat.
Najmiah ni seolah-olah ingin mencungkil rahsia pula dari dirinya.
"Kenapa
awak tanya macam tu?"
"Takdelah,
saya cuma agak je. Awak tak nak cerita ke kenapa pasal kawan awak hari tu?"
"Awak
ni....."
"Saya
bukannya nak mencampuri urusan awak. Cuma saya kan dah jadi kawan awak. Jadi,
tak salah kan kalau awak berkongsi cerita dengan saya.." kata Najmiah lagi.
Yadiy kagum dengan sifat keterbukaan yang ditunjukkan oleh Najmiah.
"Saya
tahu Istiqlal ni memang ramai peminat yang tergilakan dia, dan saya rasakan
awak ni salah seorang peminat dia kan? Sebab tu awak banyak tanya pasal dia
kan?" kata Yadiy yang membuatkan wajah Najmiah berubah.
"Awak,
sanggup awak kata macam tu. Kenal pun tak mamat Istiqlal tu, saya cuma nak
berbual dengan awak je lah'" kata Najmiah bingkas bangun.
"Miah,
jangan la marah, duduk lah dulu. Saya gurau je," Kata Yadiy membuatkan
Najmiah memalingkan muka.
"Lain
kali jangan buat lagi tau!" kata Najmiah pula. Dia kembali duduk di hadapan
Yadiy.
"Lain
kali? Awak nak jumpa lagi ke dengan saya lain kali?" soal Yadiy semula.
"Kenapa
tidak?"
Tidak
disangkanya Najmiah begitu berani dengannya.
"Awak
masih nak tahu ke?" soal Yadiy semula.
“Terpulang
pada awak la. Saya tak paksa,"
“Apa yang
awak nak tahu?”
"Hari
tu awak kata dia selalu tak macam tu, jadi kenapa dia jadi macam tu?" soal
Najmiah semula.
"Istiqlal
memang tak macam tu selalunya. Dia tertekan dengan situasi dia dengan
seseorang."
"Oh,
perempuan ke?"
"Ada
laaaa,"
“Okey,
takpelah. Tapi, apa kaitan dengan awak?"
"Maksud
awak?"
"Bukan
ke awak kata dia sebenarnya marah pada awak,"
"Oh,
pasal saya ada salah cakap hari tu,”
"Oh, ye ke?"
"Lebih
kurang macam tu la, saya hairan, apa kelebihan untuk awak apabila dengar cerita
saya ni?" soal Yadiy semula.
"Takde
kelebihan pun. Kan saya dah kata saya cuma nak kenal awak, tu aje..."
balas Najmiah.
"Oh
..."
Najmiah
terdiam seketika. Begitu juga dengan Yadiy. Tiba-tiba mata Yadiy terbeliak
melihat seseorang.
"Miah,
dia datang la.." kata Yadiy separuh berbisik.
"Siapa?!"
Najmiah
berpaling ke belakang. Dia dapat melihat Istiqlal menaiki tangga sambil matanya
melilau mencan seseorang. Istiqlal tersenyum apabila matanya bertembung dengan
mata Yadiy.
"Kalau
macam tu, Miah pergi dulu la,"
"Okey,
jumpa lagi..." kata Yadiy semula.
"Okey,
bye!" Najmiah berlalu.
Istiqlal melangkah
perlahan-lahan menuju ke arah Yadiy. Dia kelihatan hairan kerana Yadiy bersama-sama
dengan seorang perempuan.
"Hai,
aku ganggu kau ke?" Istiqlal memulakan pertanyaan.
"Takdelah,"
balas Yadiy semula. Dia turut hairan kerana hampir 3 hari Istiqlal melarikan
diri daripadanya. Alih-alih dia sendiri yang datang kepadanya.
"Tadi
siapa?" soal Istiqlal pula.
"Tadi?
Siapa?"
"Perempuan
tadi. "
"Oh,
kawan...”
"Ganggu
ke?" nampaknya Istiqlal tidak berminat untuk bertanya lebih lanjut dengan
perempuan tadi.
"Aku
kata tak, tak la .."
"Okey,
okey . Tadi aku pergi rumah kau, kau takde, Sazali cakap kau ada kai sini,
sebab tu aku datang sini,"
"Kenapa?"
"Aku
nak jumpa kau, "
"Pasal
apa?"
"Kau
masih marahkan aku ke?" soal Istiqlal tiba-tiba. Yadiy ternganga. Siapa
marah siapa sekarang ni?
"Aku
ingat kau yang masih marah kat aku..." kata Yadiy pula.
"Kau marahkan
aku ke sebab aku macam lari dari kau...?"
"Aku
tak berpeluang untuk mengetahui sebabnya. Dan takde sebab untuk aku merasa
marah pasal tu..”
"Okey,
aku minta maaf. Boleh kau maafkan aku?"
"Hey, kau
dah kenapa? Kau tak buat silap la, aku yang salah Aku yang patut minta
maaf....."
"Yadiy,
kita kawan lagi kan?"
"Mestilah!"
Istiqlal menghulurkan
tangan untuk berjabat. Yadiy hanya tersengih lalu menyambut baik salam yang Istiqlal
hulurkan itu.
"Boleh
aku join kau study?" soal Istiqlal semula
"Boleh….
boleh blah!!!”
“Kau!??"
"Aku
gurau je lah. Jomlah, aku pun dah lama tak berborak dengan kau, rindu pula
rasanya..." kata Yadiy membuatkan Istiqlal ketawa. Syukurlah kerana hujan
yang turun di tengah hari kini sudah mula berhenti. Dan kini matahari kembali
bersinar.
Setiap teman yang bersahabat dengan temannya yang lain walau sekejap mana sekalipun, melainkan ia akan ditanya tentang persahabatan pada hari kiamat, apakah ia telah menunaikan hak persahabatan dengan baik atau ia telah mensia-siakannya.
0 comments:
Post a Comment