Dah masuk minggu ke 4 dah aku mengajar di SeKeBuN (SKBN) ni. Minggu ni ada TOV dan kelas pun ditiadakan la untuk bagi laluan untuk TOV (sape2 yang cikgu tu tahu la apa itu TOV).
Cerita awal tahun…
Dah lebih dua minggu aku menyambut ulang tarikh keramat aku dan untuk tahun ni aku rasa sama je macam tahun2 lepas.. ye la.. takde apa yang istimewa pun.. Tapi dalam dah tua2 ni aku dapat jugak la besday present.. Ye la zaman la ni kan semuanya ber fesbuk je.. hantar hadiah pun kut fesbuk. Tak terasa berbaloi pun nak bukak… tapi sape2 yang ingat tu.. thanks laaa…..
Belalang Tempur bersinar kembali.
Minggu lepas weekend yang ke2 sebagai orang yang dah keje ni… aku telah merajinkan diri membasuh si Belalang sambil bermain sabun.. ni la kali ke 2 aku membasuh beliau sepanjang dia berada di sisi aku – jahat tak tuan?? Sian lak.. bila dah bersinar2 ni baru la rasa bersemangat skit nak gi sekolah pagi2 sambil mencilok bersama beliau.
Hari Sabtu pulak diadakan rehearsal kawad untuk tenaga pengawas sekolah dan aku pulak di minta oleh kak pah untuk datang bagi arahan kawad. Aku mentolong je laaa dan untuk disenaraikan sebagai guru penasihat badan pengawas tu aku mintak jauh laaaaa.
Kehidupan di SeKeBuN sangat meletihkan aku. Macam entry yang lepas aku citer ngajar yr 1 ngan 2 pastu ditukau ke yr 3,4 dan 6.. Minggu ni TOV yr 6 aku kena membual ramalan sape yang boleh score.. murung (-_-). Aku tak tahu la sapa yang aku leh target lulus. Khairul – aku target lulus je.. Ashima, Dan Suria dan Nisa – aku target B. Lain2?? Ontah laaaaa….
Kesepanjangan minggu lepas- mula2 aku dilantik sebagai guru darjah 6 (sebab ganti Kak Maria) pastu plak secara tak langsung segala aktiviti darjah 6 aku kena folo. Nak tak nak minggu lepas meeting pertama guru2 darjah 6 aku kena participate. GB kata aku la guru paling junior kena ajar yr 6. Semua mata tengok kat aku.. Dah la meeting tu sejam setengah.. pening gak la mendengar target mereka untuk UPSR tahun ni. Bagi aku kalo budak2 6G tuh dapat jawab soalan bila aku tanya what is your name pun dah satu kejayaan bagi aku.
Pastu plak ada 2 kali trainin untuk merentas desa yang diadakan pada 21 Jan 2010. Bila trainin cikgu2nya pun kena la datang jugak. Pertandingan pulak mengikut rumah. Sebut pasal rumah sukan aku ada satu cerita la nak story. Mula2 masa aku datang aku disuruh masuk rumah Kuning sebab rumah kuning ni sorang je cikgu laki- Cikgu Z. Dan disuruh pulak oleh PK-KO. So aku mendatangkan diri la untuk perjumpaan rumah kuning. Dah kenal semua2 guru dan bebudak, aku kira ok la.. esp dengan Ketua Pasukan Kak H. Kak H syukur la sebab ada gak ADAM lain dalam rumah kuning.
Lepas tu minggu lepas ada guru lelaki yang bertukar sekolah dari rumah BIRU. Guru tersebut telah bertukar ke Sekolah Chabang 3. Pastu datang la PK-KO jumpa aku suh ganti tempat guru tersebut dalam rumah biru.. AKu tanya la siapa lagi ADAM2 dari rumah biru dan beliau menjawab cikgu H dan Ustaz M (M selain aku laaa) –kira dah ada 2 orang la ADAM, termasuk aku nanti dah jadi 3. Aku ok je laa dah arahan dari orang atas. Aku menstory kat Kak H, dia mengamuk dan tak puas hati sebab menarik seorang ADAM dari rumah kuning yang hanya 2 orang je tu.. Dia cakap dia akan jumpa sendiri PK-KO dan mintak aku masuk rumah kuning balik. So skang ni aku tak tahu la status aku macam mana. KUNING ke BIRU??? (Aku nak HIJAU sebab rumah tu aku nampak kuat). Kira sekarang ni aku digantung tak bertali la.. Nak tanya PK-KO rasa macam biar la.. Dari cara cikgu2 kat sini macam diorang tak berapa nak masuk je dengan beliau. Lantak laaaa
Actually banyak benda aku nak tulis... tapi kesengkekan dalam mensediakan internet membuatkan aku mentunggu masa dulu untuk memiliki internet. Oklah... see u again