Niat super asal wa memang xnak bagi Rayap wa ni bersawang ke atau berabuk ke apa kan... Tapi apakan daya, wa sangatlah super malas walaupun hari2 keje wa tak buat apa pun just bangun tdo makan dan tdo balik. Tapi wa sibuk jugak lah minggu-minggu akhir ni sebab wa ada program besar minggu depan. Memang wa sangat tak tahu nak hapdet blog.
Wa baru je balik lepak2 dengan kawan wa minum2 dekat kul 12++ gak la tadi, sebelum tido saje la wa cek Rayap kot2 ada bloglist wa yang hapdet benda baru.. Tapi haram, xtau la samada wa ni mendapat kawan se spesis dengan wa yang super malas nak hapdet atau kawan2 wa memang bukan blogger tegar macam blogger2 lain. Dulu wa pernah cakap wa ni bukan blogger tegar, tapi blogger tegur, bila ada orang tegur baru la wa terkial2 nak hapdet sesuatu. Bila je wa baca ada komen mensuruh wa menghapdet sesuatu dari sangkuriang ke hapa tah nama beliau, wa jadi bersemangat. Ada rupanya yang mengharap wa mentulis sesuatu. Tiba2 je wa rasa bersemangat pulak nak mentulis sesuatu...
BTW 2012 dah nak berpenghujung, dan wa masih kekurangan beberapa n3 untuk menggenapkan 100 n3s tahun ni. Tahun lepas wa memang super rajin nak mamp*s wa pun xtau pasal apa. Maybe sebab ada benda kot nak dijadikan kenangan kot.
Bercakap pasal 2012, konon2nya nak end of the day la, itu la, ini la... Tapi dalam sedar tak sedar, dah nak habis 3 tahun wa bergelar seorang pendidik. Banyak kenangan manis yang tercipta pada tahun ni.So, n3 kali ni ialah pasal apa yang berlaku dalam 2012 ni lah..
Januari 2012 - Wa memulakan hidup wa dengan menjejakkan kaki ke rumah sewa yang baru. Wa nak stat hidup sendiri. Wa tak nak lagi asyik bergantung dengan mak wa. Lagipun wa dah stat nak berkeluarga.
Rumah sewa tapi wa sempat stay sampai bulan 2 je.
Antara sebabnya adalah kebocoran dalam bilik utama dann juga masalah2 lain yang menghantui hidup wa. Sekarang ni wa dah pindah rumah no 2. Okey la sikit walaupun lebih kecil dari rumah 1st. Yang penting selesa.
Wa memperkenalkan putera2 wa dalam kelas 6 Al Ghazali 2012. Puteri2nya dah mula malu2 nak bergambar
Untuk Februari 2012
Acara merentas desa walaupun musim hujan belum berhenti
Cross Country
Sambutan Maulidur Rasul
Ini lah julung2 kali wa memperkenalkan Shiro wa secara terang2an. Setat akhir Februari 2012 beliau menjadi tanggungjawab wa, bukan kereta wa lagi sebab wa pinjam je kete ni. Nama Shiro
Mac 2012
Kem Tunas Ilmu di Marang untuk pelajar2 tahun 6
Ni perkelahan untuk pasukan pengakap
April 2012
Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber
Mei 2012
Jamuan Hari Guru
Aktiviti Hari Guru
Semasa cuti bulan Jun 2012, satu trip ke Kuching Sarawak anjuran sekolah wa. Wa pun pegi okay...
Ni masa Hari Temu Murni. Bukan bertemu dengan cikgu Murni ye. Para ibu bapa datang berjumpa guru kelas menanda tangani buku laporan adab belajar.. Wa guru kelas tahun 6 AG
Jamuan perpisahan Ust Azyan yang bertukar ke SK Bkt Wan sebgai PK KO di sana.
Perjimbaan ke Barat. Mula2 ke Nilai 3
Dari Nilai 3 mentuju ke Kuala Lumpur untuk memanjat KL Tower
Dari KL ke Shah Alam. Masuk I-City kat Snow walk tuh..
Keesokannya ke Melaka Wonderland pulak!!
Dari Melaka Wonderland ke sini. Apa yang semua orang pandang tu?
Oh, menara taming sari di Bandar Melaka
Julai 2012
Menghantar pasukan sekolah dalam pertandingan Smart English. Menjadi koreografer untuk action song..Dapat la naib juara.
Bulan ni jugak bulan Ramadhan. Kenangan berbuka bersama2 bekas anak2 murid.
Ogos 2012
Selain hari raya, tarikh penting wa jadi suami orang
Sambutan hari raya peringkat sekolah.
Jamuan akhir kelas malam sebelum UPSR 2012
September 2012 - Selepas UPSR
Berjimba dan bergedumbek di Gambang buat kali ke3 untuk wa.
Oktober 2012 - Program pasca Upsr
Pertandingan memasak berasaskan mee
Perkhemahan unit beruniform tahunan
Dan akhir sekali wa ditugaskan menjadi JU untuk penyebaran kursus KSSR tahun 3 untuk zon Setiu dan Kuala Terengganu.
Itulah sahaja dahulu kenangan wa tahun ni. Ini yang kerja la. Pasal WKH wa akan usulkan kemudian lepas wa dah setel majlis wa esok luse...
PS - Sapekah anda wahai Sangkuriang??
.