Pandangan
Azura sesekali teralih melihat ke arah Najmiah yang sedang leka menekan butang
berbalas mesej. Kadangkala tersenyum, kadangkala wajahnya serius.
Pelik.
“Miah, kau
nak study ke tak ni? Kita ada kuiz
tau!” segera wajahnya dipanggungkan ke arah Azura yang memerhatikannya sinis.
“Azura,”
namanya dipanggil. Azura berhenti menatap telefon. Wajahnya dipalingkan ke arah
suara yang menyeru namanya.
“Apa?” soal
Azura pendek.
“Hari ni aku
jumpa seseorang tau!” balas Najmiah, suaranya sedikit terangkat apabila dia
menekan perkataan ‘tau’ itu. Azura membetulkan tempat duduknya.
“Lelaki?”
soalan yang ringkas tapi bias mengukirkan senyum di bibir Najmiah. Dia masih
memerhatikan sekeliling.
“Roomate kau,
si Suhaima, mana?” tanpa menjawab soalan Azura, dia kembali bertanya. Azura
menggelengkan kepala.
“Kat bawah
kot, tengah telefon. Eh, kau tak jawab pun soalan aku tadi…”
“Soalan yang
mana?”
“Seseorang
yang kau jumpa tu, lelaki ke?”
Najmiah
menganggukkan kepala, laju. “Kiut sangat, kalau kau tahu macam mana aku kenal
dia, mesti kau tak percaya…”
“Kenapa?”
“Lucu
sangat-sangat,”
“Kau ni nak
cerita ke tak ni, lucu yang macam mana?”
“Dia tegur
aku dulu…”
“Aku tak
nampak pun kelucuannya di situ…”
“Dia tegur
aku sebab dia minta maaf. Tapi bukan dia buat salah, dia wakil untuk kawan
dia..” Najmiah berhenti seketika.
“Oh, pelik.
Apa kawan dia dah buat?”
“Hari tu,
minggu lepas rasanya. Kawan dia lepas geram kat aku sebab marah kat dia.
Esoknya dia datang kat aku sebab nak minta maaf untuk kawannyan tu ler…”
Azura hanya
menganggukkan kepala. Takdelah istimewa sangat pun.
“Apa nama
dia?” soal Azura pula.
“Rahsia,
mana boleh bagitau,”
“Ala, dengan
aku pun kau nak rahsia bagai, cerita je lah.”
“Nantilah,
eh tu meja kau ke?” pandangan Najmiah teralih ke arah meja yang terletak di
sudut bilik.
“Bukan,
Suhaima punya…”
Najmiah
hanya menganggukkan kepala. Dia terpandang kepada sekeping gambar yang terletak
pada meja tersebut.
“Ni siapa? Boyfriend
Suhaima eh?” soal Najmiah semula.
“Sort of
la…”
Najmiah
memerhatikan gambar tersebut dari jarak dekat. Dia merasakan macam kenal je
mamat tu, cuma dia lupa di mana pernah jumpa.
“Aku rasa
macam kenal la mamat ni, tapi aku tak tahu kat mana…” kata Najmiah. Azura hanya
bersikap acuh tak acuh sahaja. “Takpelah, tak kisahlah kat mana aku jumpa.
Azura, aku ada kerja sikit sebenarnya dengan Suhaima, tapi datang sini dia pula
takde. Aku balik bilik aku dulu lah…” kata Najmiah sambil melangkah keluar dari
bilik tersebut. Azura hanya menjeling sahaja.
"Betul
ke apa yang awak cakap ni?" soal Suhaima semula. Istiqlal yang berada di
hujung talian hanya mengiyakan sahaja kata-kata Suhaima.
"Betul,
semalam waktu saya ke perpustakaan, saya nampak dia dengan seseorang,"
kata Istiqlal pula.
"Tak
sangka 'Istiqlal' dah jumpa seseorang," kata Suhaima yang dimaksudkannya
adalah Yadiy.
"Itulah,
saya pun tak sangka. Tapi saya tak sempat pula nak tengok siapa perempuan tu,"
“Sayangnya….”
Istiqlal
terdiam sebentar bila terdengar keluhan Suhaima. Entah kenapa dia terasa
sedikit dengan keluhan Suhaima kerana seoalah-olah Suhaima melepaskan keluhan
yang panjang apabila mengetahui Yadiy sudah berpunya.
“Su?”
Istiqlal memecahkan kesunyian.
“Ya, ada
apa?”
“Boleh saya
tanya sesuatu tak?” soal Istiqlal lagi.
“Apa dia?”
"Macam
ni, saya nak tanya pendapat awak. Kalau lah ada orang tipu awak tanpa awak
sedar, kemudian awak mengetahui hakikat, adakah awak rasa kecewa dengan orang
itu?" soal Istiqlal semula.
"Bergantung
pada keadaan dan sebab dia menipu la. Kenapa?" soal Suhaima semula.
"Sebenarnya…..”
"Alamak
‘Yadiy’, saya kena letak dulu la, duit saya dah habis, nantilah awak beritahu
ye..." kata Suhaima tiba-tiba. Dia meletakkan gagang. Istiqlal hampa,
kerana baru sahaja dia cuba untuk berterus-terang, ada sahaja halangan untuk
dia melaksanakannya.
"Kenapa
bro nampak macam kecewa aja?" tegur Yadiy sejurus Istiqlal masuk semula ke
dalam biliknya. Tadi sebaik sahaja dia mendapat panggilan, terus dia keluar
berborak di luar bilik.
"Tadi
Suhaima telefon. Cakap macam tu ajelah. Baru je aku nak berterus-terang
tiba-tiba kreditnya pula sudah habis .."
"La,
kau la yang telefon dia? Takkan nak tunggu dia telefon kau baru nak cakap?"
Yadiy masih berbaring di tilamnya. Hanya tilam bujang yang mampu dibeli,
maklumlah kehidupan sebagai pelajar memang serba sederhana.
"Entahlah
Yadiy, aku pun tak tahu kenapa. Aku bukan tak mahu telefon, cuma aku takde
kekuatan untuk menelefonnya..." kata Istiqlal semula.
"Suka
hati kaulah..." kata Yadiy semula. Sudah puas dipujuknya supaya Istiqlal
berterus terang.
"Oh ya,
kau tak nak cerita ke kau dengan siapa semalam?"
"Semalam?"
"A'ah,
perempuan yang bersama-sama dengan kau kat perpustakaan semalam.."
"Oh,
namanya Najmiah," kata Yadiy perlahan.
"Najmiah..
Cantik tak?"
Yadiy hanya
menganggukkan kepala. Dia macam keberatan untuk bercakap tentang itu. Hairan
pula Istiqlal boleh lupa siapa Najmiah, padahal perempuan itulah yang dia lepaskan
geram minggu lepas."Macam mana kau boleh kenal dia?" soal Istiqlal semula.
"Adalah…”
“Adalah?
Dengan aku pun kau nak berahsia ke?"
"Bukan
macam tu, cuma susah sikit nak buat kau faham,”
"Ala,
cerita ajelah, aku mesti faham punya..”
"Ah,
nantilah!"
"Aku
nak tahu sekarang juga!"
"Kau ni
sabar-sabarlah sikit. Aku banyak kerja ni..." kata Yadiy semula. Istiqlal hanya
menarik muka masam.
"Kenapa
buat muka macam tu? Merajuk?" tambah Yadiy lagi. Istiqlal terdiam. "Hai
kau ni Is, semakin lama, semakin merepek pula perangai kau kan?" kata Yadiy
lagi.
"Merepek
apa pula?" soal Istiqlal.
"Kau
lah, tak pernah-pernah nak merajuk dengan aku, alih-alih hari ni tarik muka
masam ni apasal?"
"Kau
la, tak nak cerita dengan aku!"
“Pasal tu
ke? Bukan tak nak cerita, tapi nanti laaaa.” Yadiy tersengih dengan telatah
Istiqlal yang kadangkala matang dan kadang kala masih bersikap kebudak-budakan.
"Suka
hati kau la. Aku nak tidur kejap boleh?” soal Istiqlal semula. Dia menghampiri
Yadiy.
“Kau balik la
kalau nak tidur, rumah kau lagi selesa kan?” balas Yadiy.
“Kejap je,
malas nak balik, bukan ada siapa pun kat rumah. Lepak rumah kau boleh belajar
dengan kau…” Istiqlal merebahkan badannya di sebelah Yadiy. “Aku ngantuk
sangat..”
Yadiy
membiarkan sahaja Istiqlal memejamkan matanya. Tak sampai 10 minit kedengaran
dengkuran yang kasar. Ni betul-betul mengantuk ni.
Yadiy marenung
jam di tangan. Hampir pukul 5.30 petang. Sudah setengah jam dia berdiri di situ,
tetapi bayang-bayang Najmiah pun masih belum kelihatan. Puas dia duduk, dia
akan berdiri. Puas dia berdiri, dia akan duduk. Hatinya tertanya-tanya dengan
permintaan Najmiah untuk bertemu dengannya hari itu.
Dia melihat
sekeliling kalau-kalau Najmiah sudah muncul. Mujur juga tiada kelas petang itu.
Maknanya Istiqlal tidak tahu tentang temujanjinya dengan Najmiah. Keadaan
fakulti agak lengang kerana kelas kebanyakannya habis sebelum pukul 5.
"Hai,
maaf lambat," sapa satu suara dari belakang. Yadiy berpaling. Dia hanya
melemparkan sekuntum senyuman kepada Najmiah.
"Takpe,
ada perkara apa yang penting sangat?” soal Yadiy semula.
"Penting?
Bila masa saya cakap ada perkara penting?" soal Najmiah pula.
"Miah,
jangan main-mainkan saya. Awak cakap ada perkara nak jumpa dengan saya, apa
dia?''
"Saya
cuma cakap nak jumpa, bukan ada perkara penting pun!"
"La,
macam tu ke?"
"Jomlah
kita minum kat cafeteria dulu, saya belanja, amacam?" soal Najmiah pula. Yadiy
hanya menganggukkan kepala.
Yadiy mengikuti
Najmiah lalu duduk pada sebuah meja. Keadaan cafeteria agak sunyi kerana kurang
pengunjung.
"Sorang
je ke?" soal Najmiah memulakan bicara sambil mengacau minuman yang
dipesannya sebentar tadi.
"Yelah,
seorang je. Kenapa?"
"Istiqlal
tak ikut sekali?"
"Awak
kenal ke dia?"
"Tak,
tapi dia kan kawan baik awak..”
Yadiy terdiam
apabila mendengar kata-kata Najmiah. Wajahnya turut berubah dengan mendadak.
"Kenapa
ni? Saya salah cakap ke?" soal Najmiah pula.
"Eh,
takdelah. Awak nak cakap pasal Istiqlal ke?"
"Kenapa
pula awak cakap macam tu?"
"Takdelah,
manalah tahu awak berkenan kat kawan saya tu, awak nak berkenalan dengan dia
ke?”
"Mana
ada. Kenapa cakap macam tu?”
“Maklumlah
budak paling handsome fakulti kejuruteraan.."
“Handsome tu
mungkin ada la sikit-sikit. Tapi saya ada benda nak tanya dengan awak, tapi
bukan sebab saya dah berkenan kat dia lah!" balas Najmiah pula. Yadiy tergelak
dengan kata-kata Najmiah sebentar tadi. Najmiah menarik muka tidak puas hati
"Okey,
okey, janganlah marah, saya gurau ajelah!" kata Yadiy semula. Najmiah
tersenyum. Dia meneguk perlahan-lahan minumannya yang hampir sejuk itu.
"Yadiy,
ini kali pertama saya tengok awak tergelak. Tak pernah saya lihat awak ketawa
macam ni..." kata Najmiah membuatkan Yadiy terhenti ketawa.
"Kenapa
awak kata macam tu? Awak bukan kenal sangat pun dengan saya..."
"Bukan
macam tu, maksud saya awak ni wajah redup je, macam susah nak senyum. Erm, apa
nama penuh awak ye?”
“Haryadiy
Mahyudin…”
“Kenapa tak
panggil Mahyudin ke, kan lebih sedap didengar tu,.." kata Najmiah
tiba-tiba. Yadiy terdiam seketika. Dia hanya melihat ke kiri dan ke kanan.
"Yadiy kan
lebih pendek, tapi kalau awak nak panggil saya dengan nama tu pun apa salahnya…”
"Heheh,
takdelah. Saya nak tanya soalan lagi ni, boleh?"
"Tanyalah
cik Najmiah oi, berapa banyak dah soalan yang awak tanya, pernah saya tak jawab?"
soal Yadiy semula kepada Najmiah.
"Hehe,
soalan saya ni ada kaitan sikit dengan kawan baik awak tu. Najmiah terhenti
kata. Yadiy merenung matanya dalam-dalam.
"Siapa?"
"Istiqlal…”
"Kenapa
dengan dia?”
"Pasal
kejadian hari tu, kejadian yang membuatkan kita bertemu kali pertama tu "
"Kejadian
mana?”
"Kejadian
kawan awak melemparkan kata-kata kesat kat saya tu.”
"Oh,
pasal tu. Kenapa?” soal Yadiy semula.
"Saya
nak tanya kenapa awak sanggup datang jumpa saya semata-mata untuk memohon maaf
atas pihak orang lain?” soal Najmiah lagi.
"Salah
ke?"
"Tak
salah, cuma pelik, jarang ada orang yang sanggup pikul kesalahan orang lain
walaupun dia tu kawan baik kita, kenapa?"
"Tak
baik pun ..." kenyataan Yadiy membuatkan mata Najmiah terhenti memandang
ke dalam anak mata Yadiy.
"Apa
maksud awak?" soal Najmiah pula.
Yadiy hanya
terdiam. Dia mengacau-ngacau straw di dalam gelas kepunyaannya itu.
"Ini lagi
pelik, bukan kawan baik tetapi sanggup tanggung kesalahan orang tu,”
"Saya
cuma minta maaf di pihak dia, bukan tanggung kesalahan dia. Awak jumpa saya
semata-mata nak tanya pasal ni ke?" soal Yadiy semula. Najmiah mengalihkan
perhatiannya kepada Yadiy semula.
"L.ebih
kurang macam tu la…”
"Sebab
apa awak nak tahu semua ni?"
Najmiah
terdiam. Dia hanya tersengih
"Sebab
awak pelik ..." Yadiy tersentak dengan kata-kata Najmiah.
"Pelik
yang macam mana?"
"Saya
kagum dengan awak, bukan senang nak cari orang yang macam awak lagi kat dunia
ni..”
"Ala,
awak yang tak jumpa " balas Yadiy semula. Dia dapat merasakan seolah-olah
Najmiah cuba untuk mencungkil kisah silamnya.
"Tapi,
saya dah jumpa awak " kata Najmiah membuatkan Yadiy tersenyum.
"Miah,
awak ni seorang pendengar yang baik ke?" soal Yadiy lagi. Najmiah
mengangguk laju.
"Kenapa
Yadiy?Ceritalah!"
"Seperti
kata awak, susah juga nak cari orang seperti Istiqlal tu,"
"Kenapa?"
"Dia
banyak berjasa pada saya....." Yadiy menceritakan daripada awal sehingga
akhir setiap jasa yang pernah Istiqlal taburkan. Tidak tambah. tidak kurang,
segala jasa Istiqlal dapat dibayangkan oleh Najmiah betapa Yadiy merasakan dia
berhutang dengan lelaki tersebut.
"Jadi,
betullah dia tu kawan baik awak?” kata Najmiah lagi sebaik sahaja Yadiy berhenti
bercerita.
"Saya
tak nak terjemahkan kebaikan dia terhadap saya dengan kata-kata,” kata Yadiy tiba-tiba.
"Kenapa?"
"Saya
takut saya akan kehilangannya lagi,"
“Lagi?
Maksud awak?”
"Miah,
dia bukanlah orang yang pertama yang paling rapat dengan saya. Dulu saya ada
juga kawan yang rapat dengan saya, tapi kini sudah tiada lagi. Saya tak mahu
kehilangan lagi dengan sesiapa yang saya anggap kawan baik." kata Yadiy lagi.
"Setiap
yang bertemu mesti berpisah. Macam kita, kita beilemu hari ini adalah untuk
mengetahui yang kita akan berpisah suatu hari nanti. Macam mana kita akan
berpisah kalau tidak bertemu terlebih dahulu? Proses bertemu dan kenal adalah
proses untuk kita bertemu dengan perpisahan," terang Najmiah, panjang dan
lebar.
“Tapi saya
tidak berpisah dengan Shahrul,”
“Shahrul?"
"Dia
sudah meninggal dunia," Yadiy tunduk.
"Oh. I'm
sorry. Tapi ajal dan maut di tangan tuhan, Yadiy. Kenapa awak macam kesal
dengan pemergian Shahrul?" soal Najmiah semula.
"Miah,
awak tak kenal Shahrul..." Yadiy menarik nafas panjang. Kemudian satu
persatu kisah Shahrul dilontarkan. Sampaikan kisah Shahrul pun Najmiah dapat
tahu. Dia seolah-olah faham dengan penderitaan yang dialami oleh Yadiy. Menurut
Yadiy, Shahrul seolah-olah berdiri di belakang Istiqlal.
Lama Najmiah
terdiam sebaik sahaja Yadiy menghabiskan kata-katanya. Lelaki yang berada di
depannya sekarang begitu banyak penderitaan yang dialaminya. Kekadang dia
sendiri tidak menduga ada lelaki yang melalui pengalaman seperti yang dilalui
oleh Yadiy. Patutlah wajah Yadiy tak macam orang lain. Dia selalu kelihatan dingin
dan redup.
Begitu juga
halnya dengan Yadiy. Dia sendiri timbul perasaan keliru dan hairan bercampur
aduk. Kenapa tiba-tiba dia boleh bercerita dengan seseorang seperti Najmiah
pula pada hari ini. Kisah tentang silam dia pula tu. Mungkin nalurinya mengatakan
dia boleh mempercayai Najmiah.
"Miah,
kenapa saya cerita semua ini pada awak?" soal Yadiy tiba-tiba. Najmiah
hanya tertunduk. Dia sendiri tidak tahu untuk menjawab pertanyaan tersebut.
Baginya mungkin sudah ditetapkan yang dia akan berkongsi semua itu dengan Yadiy.
"Entahlah,
saya pun tak tahu, mungkin awak akan rasa selesa selepas bercerita dengan saya
kot,” balas Najmiah.
"Okey,
awak dah tahu bimyak pasal saya, awak pula macam mana orangnya, Najmiah?"
soal Yadiy.
"Saya?
Macam ni ajelah, saya anak orang yang agak berada, tapi datang dan keluarga
yang bermasalah,"
“Kenapa?"
"Ibu
dan bapa saya dah bercerai."
"Oh,
macam tu,"
"Saya
tinggal dengan ayah saya, dia ada isteri baru. tapi saya tak suka sebab isteri
barunya jahat..."
"Jahat?"
"Depan
ayah saya dia memang baik, tapi selalu bermuka-muka dengan ayah saya. Ayah
selalu menangkan dia. Sampaikan saya benci untuk balik ke rumah,”
"Ibu
awak kat mana?”
"Saya
tak tahu, mereka berpisah sejak saya berusia 5 tahun,”
“Awak tak
nak cuba cari ke ibu awak?"
"Sudah,
tapi tiada tanda-tanda positif,”
Yadiy terdiam.
Tidak disangkanya dalam wajahnya yang ceria tersimpan sebuah luka yang dalam. Yadiy
dapat melihat wajah kerinduan seorang anak terhadap seseorang yang bergelar ibu.
"Sekarang
awak tinggal dengan siapa?" soal Yadiy semula.
"Kalau
tak cuti, saya tinggal di hostel je la. Kalau cuti, mungkin saya balik ke
rumah, tapi dengan keadaan yang tidak selesa sikitlah. Mesti saya akan bergaduh
dengan mak tiri saya tu. Tapi cuti pertengahan penggal minggu depan saya tak
nak balik lah..."
"Tak
nak balik cuti ni? Awak nak buat apa?"
"Tak
buat apa-apa pun. Saya tinggal je la kat hostel. Ala, seminggu sahaja,”
“Ada orang
tak?"
"Ada,
tapi tak ramai "
Yadiy termenung
sejenak
"Apa
kata kalau awak ikut saya balik?" soal Yadiy tiba-tiba.
"Ikut
awak? Ke mana?"
"Rumah
saya, kat kampung. Boleh awak kenal dengan kcluarga saya,"
"Ish,
seganlah saya,"
"Apa
nak segan, dalam keluarga saya, saya, adik dan ayah saya sahaja lelaki, yang
lain semua perempuan. Tapi terus terang saya katakan. keluarga saya orang
susah, mungkin tidak selesa sedikit untuk orang seperti awak ni..."
"Kenapa
pula cakap macam tu? Awak manusia, saya pun manusia juga. Adik beradik awak
berapa orang?" soal Najmiah semula.
"Lima.
Saya kat tengah-tengah. Saya ada dua kakak, dua adik, seorang lelaki, seorang
perempuan. Macam mana? Setuju?"
"Yadiy,
terima kasih atas pelawaan awak. Biar saya fikirkan dahulu, boleh?" tanva
Najmiah. Yadiy hanya tersenyum.
Malam itu Yadiy
banyak menghabiskan masanya dengan termenung. Seperti selalu dia akan
menghitung seberapa banyak kebetulan yang berlaku dalam kehidupan dia. Seperti
apa yang berlaku hari ini pun dia tidak terjangka. Kekadang dia sendiri tidak
menyangka akan hadir seorang perempuan yang akan rapat dengan dia. Wajah
Najmiah silih berganti dengan wajah adik-beradiknya yang lain. Mungkin kerana
minggu depan cuti pertengahan penggal yang akan bermula membuatkan dia menjadi
tidak sabar untuk pulang ke kampong.
Sudah lama
dia rindukan deruan ombak, kicauan burung yang berterbangan, hembusan angin
pantai yang sekian lama ditinggalkan. Bagaimana pula keadaan ibunya. Sudah lama
Yadiy rindu untuk melihat senyuman yang terukir dari wajah ibunya, kerana kali
terakhir dia berjumpa dengan ibunya pun sewaktu selepas hari pembedahan di
hospital.
Najmiah juga
turut merasa apa yang Yadiy rasakan. Dia terbayang-bayang kasih sayang seorang
ibu apabila mendengar sendiri cerita dan mulut Yadiy. Najmiah dapat gambarkan
bagaimana ibu Yadiy yang selama ini terlantar sakit, dan kini sudah sihat,
pasti kegembiraan terpancar di setiap pelusuk rumah mereka. Dia sendiri tidak
tahu apakah keputusannya samada haruskah dia mengikut Yadiy pulang ke
kampungnya atau dia terus sahaja meratapi nasib diri mengenangkan orang yang
tidak pernah dia jumpa selama ini.