Sunday, May 5, 2019

Takdir Bukan Hukuman (Episod 9)


Pandangan Azura sesekali teralih melihat ke arah Najmiah yang sedang leka menekan butang berbalas mesej. Kadangkala tersenyum, kadangkala wajahnya serius.
Pelik.
“Miah, kau nak study ke tak ni? Kita ada kuiz tau!” segera wajahnya dipanggungkan ke arah Azura yang memerhatikannya sinis.
“Azura,” namanya dipanggil. Azura berhenti menatap telefon. Wajahnya dipalingkan ke arah suara yang menyeru namanya.
“Apa?” soal Azura pendek.
“Hari ni aku jumpa seseorang tau!” balas Najmiah, suaranya sedikit terangkat apabila dia menekan perkataan ‘tau’ itu. Azura membetulkan tempat duduknya.
“Lelaki?” soalan yang ringkas tapi bias mengukirkan senyum di bibir Najmiah. Dia masih memerhatikan sekeliling.
Roomate kau, si Suhaima, mana?” tanpa menjawab soalan Azura, dia kembali bertanya. Azura menggelengkan kepala.
“Kat bawah kot, tengah telefon. Eh, kau tak jawab pun soalan aku tadi…”
“Soalan yang mana?”
“Seseorang yang kau jumpa tu, lelaki ke?”
Najmiah menganggukkan kepala, laju. “Kiut sangat, kalau kau tahu macam mana aku kenal dia, mesti kau tak percaya…”
“Kenapa?”
“Lucu sangat-sangat,”
“Kau ni nak cerita ke tak ni, lucu yang macam mana?”
“Dia tegur aku dulu…”
“Aku tak nampak pun kelucuannya di situ…”
“Dia tegur aku sebab dia minta maaf. Tapi bukan dia buat salah, dia wakil untuk kawan dia..” Najmiah berhenti seketika.
“Oh, pelik. Apa kawan dia dah buat?”
“Hari tu, minggu lepas rasanya. Kawan dia lepas geram kat aku sebab marah kat dia. Esoknya dia datang kat aku sebab nak minta maaf untuk kawannyan tu ler…”
Azura hanya menganggukkan kepala. Takdelah istimewa sangat pun.
“Apa nama dia?” soal Azura pula.
“Rahsia, mana boleh bagitau,”
“Ala, dengan aku pun kau nak rahsia bagai, cerita je lah.”
“Nantilah, eh tu meja kau ke?” pandangan Najmiah teralih ke arah meja yang terletak di sudut bilik.
“Bukan, Suhaima punya…”
Najmiah hanya menganggukkan kepala. Dia terpandang kepada sekeping gambar yang terletak pada meja tersebut.
“Ni siapa? Boyfriend Suhaima eh?” soal Najmiah semula.
Sort of la…”
Najmiah memerhatikan gambar tersebut dari jarak dekat. Dia merasakan macam kenal je mamat tu, cuma dia lupa di mana pernah jumpa.
“Aku rasa macam kenal la mamat ni, tapi aku tak tahu kat mana…” kata Najmiah. Azura hanya bersikap acuh tak acuh sahaja. “Takpelah, tak kisahlah kat mana aku jumpa. Azura, aku ada kerja sikit sebenarnya dengan Suhaima, tapi datang sini dia pula takde. Aku balik bilik aku dulu lah…” kata Najmiah sambil melangkah keluar dari bilik tersebut. Azura hanya menjeling sahaja.

"Betul ke apa yang awak cakap ni?" soal Suhaima semula. Istiqlal yang berada di hujung talian hanya mengiyakan sahaja kata-kata Suhaima.
"Betul, semalam waktu saya ke perpustakaan, saya nampak dia dengan seseorang," kata Istiqlal pula.
"Tak sangka 'Istiqlal' dah jumpa seseorang," kata Suhaima yang dimaksudkannya adalah Yadiy.
"Itulah, saya pun tak sangka. Tapi saya tak sempat pula nak tengok siapa perempuan tu,"
“Sayangnya….”
Istiqlal terdiam sebentar bila terdengar keluhan Suhaima. Entah kenapa dia terasa sedikit dengan keluhan Suhaima kerana seoalah-olah Suhaima melepaskan keluhan yang panjang apabila mengetahui Yadiy sudah berpunya.
“Su?” Istiqlal memecahkan kesunyian.
“Ya, ada apa?”
“Boleh saya tanya sesuatu tak?” soal Istiqlal lagi.
“Apa dia?”
"Macam ni, saya nak tanya pendapat awak. Kalau lah ada orang tipu awak tanpa awak sedar, kemudian awak mengetahui hakikat, adakah awak rasa kecewa dengan orang itu?" soal Istiqlal semula.
"Bergantung pada keadaan dan sebab dia menipu la. Kenapa?" soal Suhaima semula.
"Sebenarnya…..”
"Alamak ‘Yadiy’, saya kena letak dulu la, duit saya dah habis, nantilah awak beritahu ye..." kata Suhaima tiba-tiba. Dia meletakkan gagang. Istiqlal hampa, kerana baru sahaja dia cuba untuk berterus-terang, ada sahaja halangan untuk dia melaksanakannya.

"Kenapa bro nampak macam kecewa aja?" tegur Yadiy sejurus Istiqlal masuk semula ke dalam biliknya. Tadi sebaik sahaja dia mendapat panggilan, terus dia keluar berborak di luar bilik.
"Tadi Suhaima telefon. Cakap macam tu ajelah. Baru je aku nak berterus-terang tiba-tiba kreditnya pula sudah habis .."
"La, kau la yang telefon dia? Takkan nak tunggu dia telefon kau baru nak cakap?" Yadiy masih berbaring di tilamnya. Hanya tilam bujang yang mampu dibeli, maklumlah kehidupan sebagai pelajar memang serba sederhana.
"Entahlah Yadiy, aku pun tak tahu kenapa. Aku bukan tak mahu telefon, cuma aku takde kekuatan untuk menelefonnya..." kata Istiqlal semula.
"Suka hati kaulah..." kata Yadiy semula. Sudah puas dipujuknya supaya Istiqlal berterus terang.
"Oh ya, kau tak nak cerita ke kau dengan siapa semalam?"
"Semalam?"
"A'ah, perempuan yang bersama-sama dengan kau kat perpustakaan semalam.."
"Oh, namanya Najmiah," kata Yadiy perlahan.
"Najmiah.. Cantik tak?"
Yadiy hanya menganggukkan kepala. Dia macam keberatan untuk bercakap tentang itu. Hairan pula Istiqlal boleh lupa siapa Najmiah, padahal perempuan itulah yang dia lepaskan geram minggu lepas."Macam mana kau boleh kenal dia?" soal Istiqlal semula.
"Adalah…”
“Adalah? Dengan aku pun kau nak berahsia ke?"
"Bukan macam tu, cuma susah sikit nak buat kau faham,”
"Ala, cerita ajelah, aku mesti faham punya..”
"Ah, nantilah!"
"Aku nak tahu sekarang juga!"
"Kau ni sabar-sabarlah sikit. Aku banyak kerja ni..." kata Yadiy semula. Istiqlal hanya menarik muka masam.
"Kenapa buat muka macam tu? Merajuk?" tambah Yadiy lagi. Istiqlal terdiam. "Hai kau ni Is, semakin lama, semakin merepek pula perangai kau kan?" kata Yadiy lagi.
"Merepek apa pula?" soal Istiqlal.
"Kau lah, tak pernah-pernah nak merajuk dengan aku, alih-alih hari ni tarik muka masam ni apasal?"
"Kau la, tak nak cerita dengan aku!"
“Pasal tu ke? Bukan tak nak cerita, tapi nanti laaaa.” Yadiy tersengih dengan telatah Istiqlal yang kadangkala matang dan kadang kala masih bersikap kebudak-budakan.
"Suka hati kau la. Aku nak tidur kejap boleh?” soal Istiqlal semula. Dia menghampiri Yadiy.
“Kau balik la kalau nak tidur, rumah kau lagi selesa kan?” balas Yadiy.
“Kejap je, malas nak balik, bukan ada siapa pun kat rumah. Lepak rumah kau boleh belajar dengan kau…” Istiqlal merebahkan badannya di sebelah Yadiy. “Aku ngantuk sangat..”
Yadiy membiarkan sahaja Istiqlal memejamkan matanya. Tak sampai 10 minit kedengaran dengkuran yang kasar. Ni betul-betul mengantuk ni.



Yadiy marenung jam di tangan. Hampir pukul 5.30 petang. Sudah setengah jam dia berdiri di situ, tetapi bayang-bayang Najmiah pun masih belum kelihatan. Puas dia duduk, dia akan berdiri. Puas dia berdiri, dia akan duduk. Hatinya tertanya-tanya dengan permintaan Najmiah untuk bertemu dengannya hari itu.
Dia melihat sekeliling kalau-kalau Najmiah sudah muncul. Mujur juga tiada kelas petang itu. Maknanya Istiqlal tidak tahu tentang temujanjinya dengan Najmiah. Keadaan fakulti agak lengang kerana kelas kebanyakannya habis sebelum pukul 5.
"Hai, maaf lambat," sapa satu suara dari belakang. Yadiy berpaling. Dia hanya melemparkan sekuntum senyuman kepada Najmiah.
"Takpe, ada perkara apa yang penting sangat?” soal Yadiy semula.
"Penting? Bila masa saya cakap ada perkara penting?" soal Najmiah pula.
"Miah, jangan main-mainkan saya. Awak cakap ada perkara nak jumpa dengan saya, apa dia?''
"Saya cuma cakap nak jumpa, bukan ada perkara penting pun!"  
"La, macam tu ke?"
"Jomlah kita minum kat cafeteria dulu, saya belanja, amacam?" soal Najmiah pula. Yadiy hanya menganggukkan kepala.
Yadiy mengikuti Najmiah lalu duduk pada sebuah meja. Keadaan cafeteria agak sunyi kerana kurang pengunjung.
"Sorang je ke?" soal Najmiah memulakan bicara sambil mengacau minuman yang dipesannya sebentar tadi.
"Yelah, seorang je. Kenapa?"
"Istiqlal tak ikut sekali?"
"Awak kenal ke dia?"
"Tak, tapi dia kan kawan baik awak..”
Yadiy terdiam apabila mendengar kata-kata Najmiah. Wajahnya turut berubah dengan mendadak.
"Kenapa ni? Saya salah cakap ke?" soal Najmiah pula.
"Eh, takdelah. Awak nak cakap pasal Istiqlal ke?"
"Kenapa pula awak cakap macam tu?"
"Takdelah, manalah tahu awak berkenan kat kawan saya tu, awak nak berkenalan dengan dia ke?”
"Mana ada. Kenapa cakap macam tu?”
“Maklumlah budak paling handsome fakulti kejuruteraan.."
“Handsome tu mungkin ada la sikit-sikit. Tapi saya ada benda nak tanya dengan awak, tapi bukan sebab saya dah berkenan kat dia lah!" balas Najmiah pula. Yadiy tergelak dengan kata-kata Najmiah sebentar tadi. Najmiah menarik muka tidak puas hati
"Okey, okey, janganlah marah, saya gurau ajelah!" kata Yadiy semula. Najmiah tersenyum. Dia meneguk perlahan-lahan minumannya yang hampir sejuk itu.
"Yadiy, ini kali pertama saya tengok awak tergelak. Tak pernah saya lihat awak ketawa macam ni..." kata Najmiah membuatkan Yadiy terhenti ketawa.
"Kenapa awak kata macam tu? Awak bukan kenal sangat pun dengan saya..."
"Bukan macam tu, maksud saya awak ni wajah redup je, macam susah nak senyum. Erm, apa nama penuh awak ye?”
“Haryadiy Mahyudin…”
“Kenapa tak panggil Mahyudin ke, kan lebih sedap didengar tu,.." kata Najmiah tiba-tiba. Yadiy terdiam seketika. Dia hanya melihat ke kiri dan ke kanan.
"Yadiy kan lebih pendek, tapi kalau awak nak panggil saya dengan nama tu pun apa salahnya…”
"Heheh, takdelah. Saya nak tanya soalan lagi ni, boleh?"
"Tanyalah cik Najmiah oi, berapa banyak dah soalan yang awak tanya, pernah saya tak jawab?" soal Yadiy semula kepada Najmiah.
"Hehe, soalan saya ni ada kaitan sikit dengan kawan baik awak tu. Najmiah terhenti kata. Yadiy merenung matanya dalam-dalam.
"Siapa?"
"Istiqlal…”
"Kenapa dengan dia?”
"Pasal kejadian hari tu, kejadian yang membuatkan kita bertemu kali pertama tu "
"Kejadian mana?”
"Kejadian kawan awak melemparkan kata-kata kesat kat saya tu.”
"Oh, pasal tu. Kenapa?” soal Yadiy semula.
"Saya nak tanya kenapa awak sanggup datang jumpa saya semata-mata untuk memohon maaf atas pihak orang lain?” soal Najmiah lagi.
"Salah ke?"
"Tak salah, cuma pelik, jarang ada orang yang sanggup pikul kesalahan orang lain walaupun dia tu kawan baik kita, kenapa?"
"Tak baik pun ..." kenyataan Yadiy membuatkan mata Najmiah terhenti memandang ke dalam anak mata Yadiy.
"Apa maksud awak?" soal Najmiah pula.
Yadiy hanya terdiam. Dia mengacau-ngacau straw di dalam gelas kepunyaannya itu.
"Ini lagi pelik, bukan kawan baik tetapi sanggup tanggung kesalahan orang tu,”
"Saya cuma minta maaf di pihak dia, bukan tanggung kesalahan dia. Awak jumpa saya semata-mata nak tanya pasal ni ke?" soal Yadiy semula. Najmiah mengalihkan perhatiannya kepada Yadiy semula.
"L.ebih kurang macam tu la…”
"Sebab apa awak nak tahu semua ni?"
Najmiah terdiam. Dia hanya tersengih
"Sebab awak pelik ..." Yadiy tersentak dengan kata-kata Najmiah.
"Pelik yang macam mana?"
"Saya kagum dengan awak, bukan senang nak cari orang yang macam awak lagi kat dunia ni..”
"Ala, awak yang tak jumpa " balas Yadiy semula. Dia dapat merasakan seolah-olah Najmiah cuba untuk mencungkil kisah silamnya.
"Tapi, saya dah jumpa awak " kata Najmiah membuatkan Yadiy tersenyum.
"Miah, awak ni seorang pendengar yang baik ke?" soal Yadiy lagi. Najmiah mengangguk laju.
"Kenapa Yadiy?Ceritalah!"
"Seperti kata awak, susah juga nak cari orang seperti Istiqlal tu,"
"Kenapa?"
"Dia banyak berjasa pada saya....." Yadiy menceritakan daripada awal sehingga akhir setiap jasa yang pernah Istiqlal taburkan. Tidak tambah. tidak kurang, segala jasa Istiqlal dapat dibayangkan oleh Najmiah betapa Yadiy merasakan dia berhutang dengan lelaki tersebut.
"Jadi, betullah dia tu kawan baik awak?” kata Najmiah lagi sebaik sahaja Yadiy berhenti bercerita.
"Saya tak nak terjemahkan kebaikan dia terhadap saya dengan kata-kata,” kata Yadiy tiba-tiba.
"Kenapa?"
"Saya takut saya akan kehilangannya lagi,"
“Lagi? Maksud awak?”
"Miah, dia bukanlah orang yang pertama yang paling rapat dengan saya. Dulu saya ada juga kawan yang rapat dengan saya, tapi kini sudah tiada lagi. Saya tak mahu kehilangan lagi dengan sesiapa yang saya anggap kawan baik." kata Yadiy lagi.
"Setiap yang bertemu mesti berpisah. Macam kita, kita beilemu hari ini adalah untuk mengetahui yang kita akan berpisah suatu hari nanti. Macam mana kita akan berpisah kalau tidak bertemu terlebih dahulu? Proses bertemu dan kenal adalah proses untuk kita bertemu dengan perpisahan," terang Najmiah, panjang dan lebar.
“Tapi saya tidak berpisah dengan Shahrul,”
“Shahrul?"
"Dia sudah meninggal dunia," Yadiy tunduk.
"Oh. I'm sorry. Tapi ajal dan maut di tangan tuhan, Yadiy. Kenapa awak macam kesal dengan pemergian Shahrul?" soal Najmiah semula.
"Miah, awak tak kenal Shahrul..." Yadiy menarik nafas panjang. Kemudian satu persatu kisah Shahrul dilontarkan. Sampaikan kisah Shahrul pun Najmiah dapat tahu. Dia seolah-olah faham dengan penderitaan yang dialami oleh Yadiy. Menurut Yadiy, Shahrul seolah-olah berdiri di belakang Istiqlal.
Lama Najmiah terdiam sebaik sahaja Yadiy menghabiskan kata-katanya. Lelaki yang berada di depannya sekarang begitu banyak penderitaan yang dialaminya. Kekadang dia sendiri tidak menduga ada lelaki yang melalui pengalaman seperti yang dilalui oleh Yadiy. Patutlah wajah Yadiy tak macam orang lain. Dia selalu kelihatan dingin dan redup.
Begitu juga halnya dengan Yadiy. Dia sendiri timbul perasaan keliru dan hairan bercampur aduk. Kenapa tiba-tiba dia boleh bercerita dengan seseorang seperti Najmiah pula pada hari ini. Kisah tentang silam dia pula tu. Mungkin nalurinya mengatakan dia boleh mempercayai Najmiah.
"Miah, kenapa saya cerita semua ini pada awak?" soal Yadiy tiba-tiba. Najmiah hanya tertunduk. Dia sendiri tidak tahu untuk menjawab pertanyaan tersebut. Baginya mungkin sudah ditetapkan yang dia akan berkongsi semua itu dengan Yadiy.
"Entahlah, saya pun tak tahu, mungkin awak akan rasa selesa selepas bercerita dengan saya kot,” balas Najmiah.
"Okey, awak dah tahu bimyak pasal saya, awak pula macam mana orangnya, Najmiah?" soal Yadiy.
"Saya? Macam ni ajelah, saya anak orang yang agak berada, tapi datang dan keluarga yang bermasalah,"
“Kenapa?"
"Ibu dan bapa saya dah bercerai."
"Oh, macam tu,"
"Saya tinggal dengan ayah saya, dia ada isteri baru. tapi saya tak suka sebab isteri barunya jahat..."
"Jahat?"
"Depan ayah saya dia memang baik, tapi selalu bermuka-muka dengan ayah saya. Ayah selalu menangkan dia. Sampaikan saya benci untuk balik ke rumah,”
"Ibu awak kat mana?”
"Saya tak tahu, mereka berpisah sejak saya berusia 5 tahun,”
“Awak tak nak cuba cari ke ibu awak?"
"Sudah, tapi tiada tanda-tanda positif,”
Yadiy terdiam. Tidak disangkanya dalam wajahnya yang ceria tersimpan sebuah luka yang dalam. Yadiy dapat melihat wajah kerinduan seorang anak terhadap seseorang yang bergelar ibu.
"Sekarang awak tinggal dengan siapa?" soal Yadiy semula.
"Kalau tak cuti, saya tinggal di hostel je la. Kalau cuti, mungkin saya balik ke rumah, tapi dengan keadaan yang tidak selesa sikitlah. Mesti saya akan bergaduh dengan mak tiri saya tu. Tapi cuti pertengahan penggal minggu depan saya tak nak balik lah..."
"Tak nak balik cuti ni? Awak nak buat apa?"
"Tak buat apa-apa pun. Saya tinggal je la kat hostel. Ala, seminggu sahaja,”
“Ada orang tak?"
"Ada, tapi tak ramai "
Yadiy termenung sejenak
"Apa kata kalau awak ikut saya balik?" soal Yadiy tiba-tiba.
"Ikut awak? Ke mana?"
"Rumah saya, kat kampung. Boleh awak kenal dengan kcluarga saya,"
"Ish, seganlah saya,"
"Apa nak segan, dalam keluarga saya, saya, adik dan ayah saya sahaja lelaki, yang lain semua perempuan. Tapi terus terang saya katakan. keluarga saya orang susah, mungkin tidak selesa sedikit untuk orang seperti awak ni..."
"Kenapa pula cakap macam tu? Awak manusia, saya pun manusia juga. Adik beradik awak berapa orang?" soal Najmiah semula.
"Lima. Saya kat tengah-tengah. Saya ada dua kakak, dua adik, seorang lelaki, seorang perempuan. Macam mana? Setuju?"
"Yadiy, terima kasih atas pelawaan awak. Biar saya fikirkan dahulu, boleh?" tanva Najmiah. Yadiy hanya tersenyum.
Malam itu Yadiy banyak menghabiskan masanya dengan termenung. Seperti selalu dia akan menghitung seberapa banyak kebetulan yang berlaku dalam kehidupan dia. Seperti apa yang berlaku hari ini pun dia tidak terjangka. Kekadang dia sendiri tidak menyangka akan hadir seorang perempuan yang akan rapat dengan dia. Wajah Najmiah silih berganti dengan wajah adik-beradiknya yang lain. Mungkin kerana minggu depan cuti pertengahan penggal yang akan bermula membuatkan dia menjadi tidak sabar untuk pulang ke kampong.
Sudah lama dia rindukan deruan ombak, kicauan burung yang berterbangan, hembusan angin pantai yang sekian lama ditinggalkan. Bagaimana pula keadaan ibunya. Sudah lama Yadiy rindu untuk melihat senyuman yang terukir dari wajah ibunya, kerana kali terakhir dia berjumpa dengan ibunya pun sewaktu selepas hari pembedahan di hospital.
Najmiah juga turut merasa apa yang Yadiy rasakan. Dia terbayang-bayang kasih sayang seorang ibu apabila mendengar sendiri cerita dan mulut Yadiy. Najmiah dapat gambarkan bagaimana ibu Yadiy yang selama ini terlantar sakit, dan kini sudah sihat, pasti kegembiraan terpancar di setiap pelusuk rumah mereka. Dia sendiri tidak tahu apakah keputusannya samada haruskah dia mengikut Yadiy pulang ke kampungnya atau dia terus sahaja meratapi nasib diri mengenangkan orang yang tidak pernah dia jumpa selama ini.