Wednesday, January 13, 2010

N3 tahun baru

Sudah lama tidak mentulis sesuatu di sini.. akhirnya di sinilah aku.. mentinggalkan bumi Ipoh dengan sejuta kenangan… Bumi ipoh bakal kujejakkan sekali lagi kerana di sanalah aku bertemu beliau.. ngeh ngeh ngeh.

Bila je duk depan Pc aku jadi tak tahu nak coret pasal apa. Pasal diri sendiri rasanya tak perlulah diwar warkan pada seluruh alam.. Ada orang kata cara aku menulis sangat tidak berperasaan sekadar mendatar sahaja dan apabila aku memasukkan diri ke dalam satu alam penulisan yang agak puitis, ada pulak kata aku terlalu jiwang. Aku tak faham la dengan orang2 yang xde keje membaca RYP ni pastu sibuk nak ngomen cara aku tulis. Aku nak jadi diri sendiri atau aku nak menjadi orang yang orang lain nak aku jadi? Atau aku nak jadi diri aku sendiri yang orang nak? (aku pun tak paham…) Tapi apa pun.. aku bukan la nak blame orang yang baca tulisan aku sebelum ni.. tu menunjukkan ada jugak kawan2 atau orang2 persendirian yang baca blog ni.. mean ada la orang baca.. takde la macam orang tu.. blog hanya untuk yang SETIA je.. tak reti2 dah nak hebahkan seluruh bimasakti yang dia tu SETIA. Hahahah (sape makan petai mulut dia la berbau petai???) –tengok.. aku saje je merapu meraban semue ni dah siap satu perenggan.. hahahah

Jiwang ke, mendatar ke, xde perasaan ke.. aku peduli hape? Yang duk sibuk komen tu ada ke blog?? Bak mai tengok sekali……………………………

N3 pertama 2010….

Alhamdulillah.. sepanjang 2009 ni aku first time mentulis sesuatu dalam blog – Kira ada blog sendiri la.. dulu aku selalu mentanyakan diri sendiri menatang apa la memblog-blog ni.. goblok kah? Setelah menrajinkan diri mem-blog-hopping-kan-diri sebarang sejam dua (walaupun aku sendiri mentidak ketahuan apakah maknanya blog-hoping ni-KAPAL yang ajar) mostly aku tengok blog2 diorang lebih berkisarkan recap 2009. Ada yang letak gambar.. ada yang citer pasal dapat anak, ada yang cite pasal nikah. Dan aku sendiri tak tahu camne nak menselak semula halaman2 lepas ni.. Tapi biarlah aku bagi tajuk ‘Kekadang sesuatu yang terindah adalah yang tertinggal di belakang’->salah satu caption dalam gambar aku kat frenster yang disukai oleh Khairi AirAsia @ Celcom..

2009-camne nak stat? blog2 sebelum ni dah banyak recap imbas balik camne aku leh ada kat Ipoh, apa yang aku jumpa kat Ipoh, aku lalui apa, jumpa sape kan? 2009 gak aku dah masuk fasa terakhir usia 20-an. Okey nak citer pasal Ipoh pun aku dah tak bernafas di Ipoh pun… Banyak kenangan yang tertinggal kat sana..

Disember 2009-duduk rumah sambil menternak lemak….

Sepanjang duk rumah memang duduk tak selesa selagi mentidak tahu di mana aku bakal dipostingkan. Pemostingan pun hanya diketahui dalam 10 hari terakhir tahun terakhir berakhir –> suka sangeeta gutawa Guatemala menggunakan perkataan berulang.

Mula2 tahu dapat posting di negeri sendiri…(murung) pastu dapat tahu plak posting di daerah sendiri (murung kuasa dua) Bila pikir2 balik dan ‘sayang’ pun pujuk balik baik buruk duk kampung ni ditambah pula dengan keadaan kewangan yang masih gawat ni jadi redup yang panjang beransur-ansur ilang (ceria sikit).
2010 muncul jua- selamat tahun baru!! Jangan lupa azam baru!!

SKBN- Destinasi pertama dipostingkan

Hari pertama menjenguk ke sekolah yang pertama (Insya-Allah ada 2-3-4 hehehe) tempat mencari rezeki ni aku mentemu dengan Hj Aslai-GB.. Kemudian dengan Pn Zaitom PK HEA memberi sambutan yang sangat sangeeta tidak sangka2. Selama ini memang guru Bi sangeeta tidak mencukupi.Bila aku datang je dah membantu guru Bi yang sedia ada seramai 2 orang itu. Tambahan pulak yang salah seorang tu Kak Maria tengah sarat 9bulan. Bila2 masa je boleh meledak.

Hari pertama Gb mensuruh aku berkenalan dengan guru2 yang ada serta mengetahui selok belok sekolah. Sekolah Bukit Nanas tak ramai sangat pelajar. Setiap tahun ada 2 kelas maksimum. Darjah 1 ngan 3 ada 1 kelas je. Sepanjang hari hanya menfolow K. Maria memasuki kelas beliau dan meng-observe beliau untuk sepanjang hari tersebut.

Memandangkan kedatangan aku tidak dikagumi eh silap, tidak diketahui oleh pihak sekolah, maka aku belum mendapat jadual kelas aku lagi. Pn Zaitom cakap aku kena ajar BI darjah 1 ngan 2 tapi kak maria pulak kata aku ajar kelas dia bila dia dah meledak nanti. Pendek kata (panjang tak kata hape2) aku memang tak tau la situasi aku yang sebenar. Pada hari ke2 aku diminta untuk merelief kelas kak maria sebab beliau mentuju ke Klinik 8Malaysia seawal pagi Selasa. So aku memasukkan diri ke dalam salah 2 kelas beliau – 6 Ghazali dan 4 Farabi. OMG… aku tak tahu camne nak mentolong 6G yang bakal exam tahun ni. Aku tanya what is your name pun termangu-mangu je. Haish!!! Oh ya… untuk pertama kalinya aku mempunyai anak murid perempuan…(hehehehe) Ye la sebelum ni kan ST Michael 1 semuanya jantan2. Masuk kelas darjah 6 ni ada 8 orang perempuan dan 12 lelaki. Hohohohohohoho.. asyik tengok perempuan je keje aku.

Hari ke 3 aku dapat jadual sebenar… bermula hari Rabu aku setat ngaja darjah 1 dan 2. Semua 16 masa je. 8 darjah 1 dan 8 darjah 2. Darjah 1 ada 37 orang murid. Semua kepala macam2 ragam, tak reti aku nak buat macam mana. Tapi minggu ni minggu peralihan, mengajar tak sangat cuma bagi diorang mengkaler apa2 yang patut dulu laaa. Aku kenal la beberapa orang – Fatihah, Nurin, Zulhisham, Saifu dan banyak lagi la..
Oh ya sekolah aku ada 3 orang artis – 2 tempatan dan 1 antarabangsa. Yang 2 orang tu Siti Nurhaliza (darjah 5) dengan Dang Suria (Darjah 6). Yang antarabangsa tu Aishwarya Asyikin aka Aishwarya Rai (darjah 4). Glamer kan anak2 kampung ni.

Minggu ke2 hari Ahad aku ngajar macam biasa lagi. Masuk hari Isnin kak Maria dah mula off. Tiba2 Pn Zaitom mempanggil aku dan mensuruh aku menge-take-over kelas kak Maria semua (mean darjah 1 dan 2 akan ditukarkan kepada guru lain) Alhamdulillah syukur. At least aku tak perlu menghadapi si kenit2 yang bermacam2 perangai itu. Mulai Selasa aku ngajar 4 G dan 4 F , 6 G dan 3 F. Okey la tuuuuuu..

Hari ini aku tak tahu dah nak mengstory apa lagi.. cukupla sekadar itu sahaja dulu sebagai pengenalan kepada tahun baru ini. Semoga tahun ini membawa sinar dan rezeki yang melimpah ruah kepada aku. Maafla tiada sebarang foto yang kacis untuk di muat naik. Seperti kata pepatah inggeris-blog tanpa foto umpama makan nasik tanpa lauk.

2 comments:

Aini Faizi Jaslan said...

-blog tanpa foto umpama makan nasik tanpa lauk-
Bila pepatah ni wujud dalam kamusss...???

Rindulah kat M.. ko sunyi je M.. org lain tu ada la jugak bukak fb ke hapa ke.. M, ko nanti gaji beli la berukben ke waimax ke hape ke.. boring la ngadap nani jer..

Mr M said...

Biasa la puan bintang.. duduk di kekampungan ni mesti la kurang IT nyeeee..

Post a Comment