Menjengah Cinta Seketika.. Gila la tajuk!! Memang superb abis laa.. Tukau sikit.. Cinta yang terjengah, atau perjengahan cinta seketika. Atau akukah yang terjengah. Atau aku yang seketika.Sebab nak rasa lebih kesyahduan naluri.. aku guna la tajuk Menjengah Cinta Seketika..Bukan Seketiak ye…
Penampilan Istimewa - Inilah nanas yang terletak atas bukit, jadilah SK Bukit Nanas aka SeKeBuN.
Jom semak semula apa yang berlaku bulan 3-4 lepas….
Once Scout, Alwizzz Scout..
Minggu pertama bulan March turn aku bertugas untuk KO-Pengakap. Tak tahu la nak wat apa.. Ni first time bertugas menjadi guru yang bertugas dan ditugaskan untuk menjayakan aktiviti yang akan menarik minat bebudak ini untuk menghadirkan diri pada waktu KO. Maka setelah membuat semakan secara meluas dan menyeluruh, aku mengimbau semula kenangan di dalam KRESMA UiTM 2005-2006, teringat jugak pada satu aktiviti-masakan rimba.
Check punya check aku bertugas dengan K.Pah (memang tak dapat di pisahkan la..) Dengan seberapa pantas aku mencari beliau tapi ketemu dengan cikgu Sofian dulu (Ketua Pemimpin Pengakap). Aku saje la mentanyakan diri dulu adakah okey sekiranya mengadakan aktiviti membakar kayu di dalam utan ni. Sekali Cikgu Sofian memberi lampu kehijau-hijauan. Aku apa lagi terus menroger K.Pah dan mentanyakan pendapatan beliau. Beliau cakap la ada la dalam 4 angka. Aku membetulkan pertanyaan aku dari pendapatan kepada pendapat. Mulanya aku risau kot2 beliau sudah memiliki rancangan beliau sendiri. Mujurlah beliau dengan kuasa lapan menyeru ke angkasa supaya semua Pengakap aka Perangkap mengadakan perjumpaan di makmal semasa waktu rehat.
Perjumpaan diadakan seraya loceng-kelas-berbunyi-waktu-rehat-dah-abis berbunyi. Perjumpaan sekejapan cuma itu adalah untuk mempaksa pelajar2 membawa kayu api sendiri petang nanti. Berikutan adalah aktiviti mereka sepanjang waktu KO berlangsung.
Aktiviti yang dijalankan ialah membuat roti bakar atas unggun api. Sah-sah aktiviti ini begitu mendapat sambutan yang sangeeta menggalakkan dari semua pihak. Jadi saya ucapkan tahniah kerana berjaya menghadirkan diri pada majlis anugerah tersebut..Apa aaa aku melalut ni.
Mula2 sekali kita gaul tepung dan air dengan menggunakan mesin pengadun yang asli-tangan manusia. Inilah chef yang bertanggungjawab.
Nama budak ini Firas. Ingat betul2 sebab ada kisah beliau selepas ini. Antara kayu api yang berjaya dipungut oleh beliau.
Setiap orang mentunjukkan skill masing2 dengan mesin pengadun masing-masing
Chef utama telah beralih tugas kepada tukang jaga api
Model jemputan bersama hasil masakan beliau (apa yang beliau pegang itu adalah roti gulung ya, dan boleh dimakan). Jemputan khas dari Timbuktu.-penampilan khas Teacher Soe
Bergambar kenangan selepas menikmati keenakan roti gulung perancis bakar.
Kursus Pedagogy Enhancement in English Teaching
Ahad yang penuh bermakna telah mentemukan aku dengan hujan yang turun seketika sampaikan assembly yang diadakan terpaksa dibatalkan berikutan kedatangan hujan yang seperti cats and dogs (saje menselitkan BI di sini). Aku masuk kelas macam biasa pada waktu pagi tuh. Dalam kul 11 sedang asyik aku memerhatikan riak ikan di dalam kolam.. tiba-tiba.....
"Awak kena pergi Maktab sekarang?" penteguran telah berlaku di antara aku dan PK Akademik PN Zaitom. Aku mentanya la untuk apa. Pura-puranya JPNT telah menge-call beliau dan bertanyakan kenapa SeKeBuN takde guru yang datang sedangkan nama yang naik adalah K.Pah. Dan nak dijadikan novel bersiri, Kak Pah telah meng-MC-kan diri pada hari tersebut. Maka terpaksa la aku menghadirkan diri walaupun jam hampir menunjukkan ke angka 1130 am. Nak tak nak aku terpaksa masuk kursus slot ke-2. Dah la mula2 salah tempat kursus. Melilau aku mencari tempat kursus yang sepatutnya.
Kursus berjalan dengan jayanya dan aku lalui hari pertama dengan jayanya jugak. Tapi esok kena datang lagi.. Ah tensen.. kursus 3 hari menkenalkan aku dengan Sir Tamizi ngan Sir Wan. SK Banggol Peradong dan SK Geliga. Si Wan tak ubah macam Boden-sebab dia menjadikan diri beliau sebagai KU. Macam biasa 3 hari kursus berlangsung aku hanya menjadi seseorang yang bersembunyi di belakang kerusi. Tidak berani untuk memulakan perbualan. Ini baru phase 1, Phase 2 and 3 lepas cuti hari pekerja dari 3-7 Mei 2010-seminggu la aku mentidak nampakkan diri di sekebun. Berikut adalah gambaran semasa aktiviti berkumpulan dijalankan~ boobboooring..
Perbincangan hangat Kump 2 dalam menyediakan pembentangan. Aku? Tuh yang duk sibuk amik gambar tuh aku leee.
Masih ingat Benson and Hedges? Ni la dia pasangan Benson and Hedges. Hedges kat depan pakai songkok.
Pelajar tahun 6 Al-Ghazali sekali lagi interframe.Gambar diambil sewaktu kelas tambahan pada hari Jumaat bulan lepas. Famizi (yang baring kat depan aku tuh) dalam kenangan sebab dah pindah sekolah.
Drama Queen....
Kenapa slot ke3 ni aku namakan sebagai Drama Queen??? Sebabnya akan aku ceritakan. Beberapa n3 yang lepas aku telah menceritakan tentang kehadiran beberapa orang guru praktikum ke Sekebun.. dan kini telah berpenghujung. Hari ni (29Mei) adalah hari terakhir Teacher Anis, Soraya, Sir Dhiya dan Izzudin bertugas di Sekebun. Dan sempena meraikan berakhirnya tugas2 mereka, Kak Pah telah mengorganizekan satu majlis dengan kelas 5 G.
Parti yang telah berlakunya adegan Drama Queen oleh K.Pah
Aku tiba2 menjadi watak utama dalam drama kali ini. Dengan secara berseloroh K.pah telah mengannounce-kan yang majlis ini adalah untuk meraikan perpindahan semua guru praktikal dan aku sekali. K.Pah cakap minggu depan aku xde kat Sekebun (betul, k.pah tak tipu sebab minggu depan aku akan Kursus seminggu di IPG KDRI sekali lagi untuk phase 2 and 3. Drama nya hanya berlangsung di 5 G tetapi Astro Awani telah tersampai ke kelas yang aku ajar-4G. Hampir separuh bebudak 4G tanya pengcorfirman tentang perpindahan aku, aku hanya jawab aku memang takde minggu depan, tu aje. Mohd Firas Azhari-salah seorang anak murid aku 4G dan ibunya adalah pekerja tukang sapu di Sekebun. Si Firas ni bukannya reti nak tanya aku sendiri, disuruhnya mak beliau bertanyakan tentang betul ke aku akan pindah. isk isk... Kelakar lak.. xkan aku nak mengiyakan nye pulak kan? Last2 aku citer perkara yang sebetunya kepada mak beliau tapi aku mintak mak beliau membiarkan si Firas menganggap aku betul2 nak pindah. Hahahaha, sekali mak beliau setuju. Menurut mak si Firas ni, Firas risau bila tau aku nak pindah. Dia bukan apa, risau la kot-kot ada guru baru yang ganti aku nanti. Aku terharu sekejapan cuma. Kwang-kwang.
Bergambar kenangan dengan Sir Dhiya dan 3F- one of my best buddy sepanjang beliau di sini.
Haaa, jangan sangka guru prkatikal je dapat hadiah. Aku pun dapat hadiah gak.... hehehe dari guru praktikal- Dhiya dengan Izzuddin. Thanks le...
Jadi setakat ini yang dapat diceritakan sedikit sebanyak tentang March dan April yang telah berlalu. Tunggulah kedatangan Mei moga ada rahmat dari Mu. Kau bukakan lah hatinya untuk terus setia kepada aku Ya Allah. Amin...
Slot khas untuk Kak Kapal... Sudah lama tidak memberi assignment kat akak..Agak-agak apakah persamaan yang terdapat pada gambar ini. (kalo beza aku tau laaa aku rasa aku dah bertambah kembang)
0 comments:
Post a Comment