Monday, May 24, 2010

Bukan Blogger Tegar, Tapi Blogger Tegur

Hari guru sudah melabuhkan tirainya hampir 4 hari yang lepas. Tetapi kehangatannya masih terasa tatkala rakan2 guru di FB menletakkan gambar sambutan hari guru sekolah masing2. Semasa aku mencari point untuk diletakkan dalam Rayap aku ni, seorang guru di Pahang sana juga mensedang menyambut hari guru di sekolah beliau.

Di kesempatan ini jugak, kuingin mengucapkan selamat datang ke Rayap buat my best fren ever- APIZBLUR.blogspot.com… ketemu jugak kita walaupun sudah 6 tahun lost kontek. APiz..anak kamoo superkacisKiuut…

Hari guru baru je berlalu. Seminggu sebelum hari guru berlangsung, sudah diwarwarkan tentang tema kaler baju tahun ini oleh Ustzah Ju -kuning atau coklat atau kedua2nya sekali. Mensedang memikirkan samada nak membeli baju baru ke tak last2 aku malas la nak pikior baju baru.. sebab aku dah tau mesti sat gi kena tukau gak sebab nak main sukaneka. So tak perlu la mencari baju yang superkacis sangat.

Tak macam blogger lain yang superceria dengan presents dari pelajar masing2.. aku pun supersangeetakacis dengan hadiah yang diterima.. tapi aku tak terpikior plak nak haplod dlm rayap aku nih….Balik dari sekolah dengan rakusnya membuka satu persatu umpama mendapat hadiah hari perkahwinan pulaks..hahahah..

Sehari dari sehari ingin aku menceritakan perihal teces day di sekulah ku, tapi ku tak mampu kerana separuh jiwaku pergi katanya. Tambahnya lagi, katanya pergi jauh jugak la…. kat belakang sekolah Sekebun je pun….

Teces day?? Ku malas la hingin menghaplod gambar2 nyer… nah pergi saje ke bukumuka gua… pasti ada yang terkacis untuk dikongsi bersama

Saat ini sarafku bergelimpewang dengan keadaan yang semakin tertekan. N3 yang lepas ku menceritakan tentang kehilangan, kali ini ku ingin menceritakan tentang pertemuan. Ku temui semula nametag yang dikatakan hilang setelah penggantinya telah ku miliki. Huh.. adakah ini satu petanda? Petanda yang aku mendapat semula apa yang telah aku hilang meskipun kusudah ketemui pengganti?? Adakah? Benarkah? Betulkah? Sedarkah?

Disayangi…mudah untuk dilafazkan oleh bebudak tahun 4 G bila ku mengutarakan persoalan sedemikian. Kamu semua sayang saya sir tak? Jawab mereka….”Sayang”, walaupun ada yang tak ikhlas, atau sekadar mengikut sahaja majoriti kelas tersebut seramai 26 orang itu.. aku tetap rasa kacisnya. Huhu..4G mencatatkan paling banyak aku melepaskan geram bila aku dalam tertekan, 4G paling susah aku nak capai objektif pembelajaran. Dan 4G jugak yang menghadiahkan aku satu hadiah yang paling berharga pada hari guru yang lepas. Mudah sungguh kan diorang menyayangi orang yang selalu bersuara lantang memarahi mereka.

Sayang..susah untuk disemai..tapi bila dah sayang susah juga untuk dibuang perasaan sayang itu. Kenapa aku mengutarakan tajuk ini kali ini kerana tajuk karangan hari ini ialah Saya sepasang kasut. Bila dah sayang kat kasut tersebut, saya rasa susah nak beli kasut baru. Tapi kalo ada orang nak bagi kasut baru saya terima je…

“Sangat seronok bila tahu diri ini disayangi, tapi tidak menseronokkan diri bila orang kita sayang pula tak mensayangi kite” huh ni post aku letak kat wall FB aku. Macam2 reaksi yang aku terima dari peminat..ops minat ker? Sambungan…dari kawan2 yang sudi mengkomen. Ada 2 reason aku menletakkan post tu kat situ.. kan aku dah cakap separuh jiwa aku pergi. Kasut yang aku sayang rupa-rupanya tak suka aku pakai kasut tuh.(HUH???) Hahaha… It is all about the way aku layan kasut tersebut. Kan? Semua mesti tau yang AKU SEPASANG KASUT kalo ikut secara GLOBAL (semua orang akan wat cerita) mula2 memang suka kat tuan dia, lepas tuh ada la cerita naik turun yang boleh membuatkan pemeriksa berpeluh di dahi.. Ada ke yang buat AKU SEPASANG KASUT dimasukkan unsur2 seram ke, unsur2 suspen ke… Kan best kalo ada unsur2 horror diaplikasikan dalam menulis karangan yang bertajuk AKU SEPASANG KASUT.

Reason yang pertama telah ku menceritakan dalam entry yang lepas-pasal kehilangan. Dah dah la ilang.. kalo ilang tu beli baru je…. Erm…minggu ni aku nak menceritakan sedikit tentang muridku yang bernama **TOOOT…. Hahahaha. Dari awal aku menjejakkan kaki ke Sekebun, beliau adalah antara student yang paling KACIP dengan aku.. biarpun tidak mengajar beliau, tapi aku mensukai beliau sebab Tenderness dan Soft Spoken yang dimiliki beliau. Tapi sejak akhir-akhir ni kulihat beliau semakin menjarakkan diri dari aku. Entah la kenapa… Maybe beliau dimarahi oleh guru beliau kerana kelihatan superkacip dengan aku atau beliau sering diejek oleh kawan2 yang jeles kerana aku tak mengkacipkan diri dengan mereka. Huhu… tapi bebudak…nak kata biar pun biarlah..tapi jauh di sudut hati aku, aku take care budak tuh.. dia ada improvement dalam pelajaran sungguhpun berada di kelas belakang.

Segmen seterusnya adalah tajaan KILANG PAPAN CIKGU RAMLAH

Soalan2 ini ingin kutujukan kepada beberapa blogger yang superkacis

BINTANG- Dari manakah datangnya idea anda yang mencurah2 untuk dimuatnaikkan di dalam Bintang anda? Paling hebat 3 n3 dalam masa satu hari (atau ada yang lebih tapi saya tak tau???) Soalan ke-2 pernah tak anda masa-masa biasa contohnya sedang memasak ke, sedang mengajar ke, sedang membasuh URK URK Qaireen ke, datang idea nak dimuatnaikkan di dalam bintang anda, kemudian bila dah menghadap Lappy anda, segala idea yang ada tadi tu menghilang entah kemana. Persoalannya di sini yer Prof Makdia Pakdia dan Tukdia, bagaimanakah cara anda mengatasi masalah ini?

SETIA-Soalan yang ditujukan di atas tidak boleh ditujukan kepada anda kerana yang di atas ialah blogger tegar, sedangkan anda blogger tegur (kena tegur baru nak hapdet-macam tuan Redup gak). Soalan saya disini ialah Puan dah selalu melewati Rayap ni kan..abis tu tak reti2 ke nak jadi follower??? Banyak la sikit follower aku tuh…-soalan ni juga kepada BINTANG yer…

KAPAL- Semakin lama semakin jauh beliau berlayar.. mentinggalkan tanah rendah ini mentuju ke tempat yang tinggi. Lagipun beliau kan kapal terbang-mestilah ke tempat yang tinggi.. Salam buat kamu di sana… Tiada soalan selanjutnya.

MISSIEZ-Selamat bertunang, hari tu mok mu mari rumoh aku, aku dok au yer oyak mende ko tot aku,masa tuh aku nok tubit doh. Aku biar je la mop mu kecek ngan tot aku tuh, tot aku royak anak CIK DE nok tunang, aku waser mu doh.. so selamat bertunang yer…

SURAM- Kenapa sedih je n3 kamu sejak 2menjak 3 menjak ni? Ada masalah dengan beruang ke?

APIZBLUR- Superkacis la cerita anda...Apiz, mu baca citer aku yg tak best ni mesti jumpa perkataan pelik2 kan? Kacis la, apa2 la kan..pandai2 la buat2 paham yer.... Nanti balik ganu jangan lupa kontek2 yer....

Segmen ini dibayar siarannya....


Minggu peperiksaan yang sedang berlangsung dan tinggal satu minggu saja lagi untuk mentemukan aku dengan cuti yang agak lama. 2minggu.. Tapi cuti pun kelas tetap kena run… aku kan guru tahun 6. Tapi tadi dah diskas dengan Kak Zan, minggu pertama je nak buat kelas. Minggu kedua boleh la kalo aku nak gi bertunang ke, dating ke, hape ke..kan??

Seminggu peperiksaan, kehidupan menjadi relaks sikit, ye lah kan, ada harinya aku jaga exam sekali je sehari, ada hari 2 kali. Pastu duk melangut la kat meja aku tu sambil ditemani oleh Rafiqan, Rahdy, dan Raihana (sapekah mereka? hohoho) Kadang2 bagi makan, kadang2 bercakap dengan diorang...

Rafiqan, Rahdy dan Raihana dalam bikar dari IKEA yer... 2 jantan 1 betina. Penyeri meja aku yang suram... hohoho

Hahah... rupanya 3R ni nama anak2 ikan aku je...hehehhe. Dah letih dah aku menghapdet ni.. Bak kata SETIA..Wat la n3 pasal anak2 ikan aku sekali. Sebab ikan guppy aku dah beranak pinak.. tapi biasa la ada yang tak panjang usianya.. So sebahagian aku bawak ke sekolah sebagai penyeri meja dan peneman di kala sepi. Tak pun nak senangkan guru2 lain kalo bebudak tanya mana satu meja aku senang la diorang nak tunjuk.."Tuh yang ada akuarium kecik tu la meja Sir M"

Tatapan terakhir- anak ikan aku tahun 6 G- Fairul Hisham sebagai penutup n3 kali ni- budak ni kacis tak. Kakak dia cun siooot... Aku dah tengok keje kat kedai komputer. Tapi bila tanya status, beliau dah ada boifren... uhhuhuhuhu...

Renung2kan dan selamat beramal...

Saturday, May 8, 2010

Segalanya Telah Berakhir


Aku benci tajuk yang berbunya-bunya (instead of berbunga-bunga). Kononnya nak bagi tajuk jadik kacis la kan? Hohoho.. Persoalan kali ini apakah yang telah berakhir? Siapakah yang masuk peringkat akhir? Kenapa akhir yang menjadi pilihan tajuk kali ini? Mampukah tajuk kali ini menjadi satu perdebatan di antara Puan Isteri dengan Miss Bujang? Hadirkah kalian dalam menjengah RYP seketika? Kenapa korang tak komen pun dalam n3 “Menjengah Cinta Seketika” ? Kenapa aku banyak mengutarakan soalan2 yang berbelit-belit macam ni seolah2 dah takde motif hendak disampaikan? Bagaimanakah perasaan Kak Mila membaca pendahuluan n3 kali ini yang macam ntah hape2. Sudikah beliau menghabiskan bacaannya sehingga titik yang terakhir? Huh…

Pedagogy Enhancement for English Language Teacher…

Bertepatan dengan tajuk, PEELT sudahpun berakhir. 5 days deret aku mengulangi-aliki dari rumah ke Teltrac aka IPGM Kampus Dato Razali Ismail semata2 untuk menamatkan kursus yang telah aku attend selepas menjalani proses penggantian tempat K.Pah de Vouge yang telah meng’MC’kan diri. Kursus dari 8am-7pm. Giler!!! Semata2 nak abiskan semua Phase 2 dan 3 sekali encik harun.


Modul sepanjang kerusus. Dari kiri-Phase 1, Phase 2, dan Phase 3

Kak Mila (Wazzup2 Mila in da house)-teacher Keplians batch 2007 menggurukan diri di sekolah keb Kg Tengah Kemaman mula aku kenali apabila aku dan dia se-group. Kak Mila memang best.. Semua task kalo boleh hendak dia aje yang present. Bukan apa, dia sorang je yang sangat sangeeta paling terrr-rajin dalam grup aku. Yelah, lain2 buat jugak tapi kalo ada anugerah sangat sangeeta paling terrr- tu dia la yang menang.

Aku senang berbicara dengan beliau. Kalo kira jarang aku berkongsi pendapat mengenai pribadi dengan sape2 yang baru kenal sehari, tetapi beliau telah berjaya mencungkil bakat dan mencungkil minat aku untuk meneruskan penceritaan yang seolah2 tidak berkesudahan tersebut. (hehe, sorila kak mila. I knw u will laugh at me when u read dis. Kas kas kas kas….

Kenal dengan cikgu Nizam pulok sangat sangeeta kelakar cerita nya. Dah la orang nya kiut je.. dia nyer lawak memang takleh blah. Ada je gaya atau memek muka yang buat orang jadik gelak. Kas kas kas lagi skali. Jumpa gak adik si Farahana (ex-SMKATJ). Rupanya adik dia sebijik macam muka sepupu gua (kak Ani). Bila tnya belum kawin tapi hari last dia edarkan kad jemputan (terlepas lagi…..hahahaha).

Sape lagi aku nak citer? Oh tidak dilupakan teacher Medi.. (Medi konon) Bebudak lelaki asyik duk panggil dia Pengetua, sebab gaya dia memang sejibik macam bakal pengetua, tapi bila disiasat rerupanya dia pun batch Kepli yang sama posting dengan aku. Hohoho. Bila si Mizi (cgu dari Bggol Peradong) sebut dia pengetua, dia pulak tanya “Apa? Penyu Tua??” Bantai gelak lagi.

Teacher Ronaini (ex-teacher SMKATJ, kini SMK TB) turut menjumpai aku di sana. BIla aku mentegur beliau, dia macam teringat sesuatu. Tiba-tiba je tangan beliau pantas mencubit bahu aku sambil berkata dengan ala-ala sorang teacher kepada anak muridnya .: “Who, besor doh lening!! Wat gape sining??”. Aku sengih, dah nama kursus, aku datang kursus jugak la adanya… Tapi teacher tak segrup dengan aku sebab dia grup Sek Men. Aku kan SK ren je.

Sebagai seorang guru yang masih hijau dalam bidang ini, aku sering dibuli untuk mempresentkan apa yang perlu dipresentkan. Pastu diorang gelak kat aku. Ada ka patut?

Perempuan bertelinga jari.. hoohohoho

Apakah????

Walaupun kursus yang mengambil masa selama 5 hari tersebut mensediakan tempat tinggal, tetapi aku tetap berkeras untuk berulang alik sebab jarak 15 minit je.. Duk rumah lagi best ada tenet, ada astro.
Kemudahan hostel ala-ala hotel 3 bintang.

Aku amik bilik sekadar tempat untuk rehat atau untuk urk-urk

Bagi la tajuk sendiri

Sebenarnya aku tahu sorang pun tak paham ape yang aku cerita. Bahasa dah merapu meraban entah hape2. Bukan apa, fikiran kacau tak tau nak bagi tenang macam mana. Yelah, kan semuanya dah berakhir.. Semua-semua laaa… bila dah berakhir, kena start yang baru la… kan? Hahahaha…

Bila semua dah berakhir, kursus pun turut berakhir. Aku sebenarnya malas nak menggunakan bahasa-bahasi yang ala-ala shahdu gitu sebab aku tak aku memang tak leh nak mensyahdukan diri sendiri. Geram ngguh.

Segalanya telah berakhir… bila dah berakhir, contohnya berakhir kursus kali ni, mesti ada lagi kursus2 akan datang. So aku pun harap bila dah akhir tu ada la permulaan yang baru. Yang patah, tumbuh, yang hilang kena lah beli lain. Ha name tag aku hilang. Hampas.. Tu la kenangan IPIP sebab name tag tersebut sangat kacis bagiku. So kena la beli lain. Bukan name tag je ilang. Separuh jiwa aku turut hilang..(gituh!!! Kata kak Mila lagi)

Segalanya telah berakhir …. Bakpe la aku asyik duk ulang benda yang sama je nih? Dah takde keje lain ke? Oh, anak ikan aku ilang gak seko. Dah la anak ikang yang paling aku sayang pulak tuh. Anak ikang laga.. Geram menate kucing seko tuh la duk langgar bekas anak ikan aku, abis terbalik dengan anak ikang aku terkeluar dari bekas.. Beliau tidak sempat diselamatkan dan rasanya telah kembali ke rahmatullah sebab bangkai beliau pun tidak dijumpai dan dikhuatiri telah mengalir ke dalam longkang yang berhampiran.. longkang tersebut adalah longkang yang kering… (nape? Korang salah paham dengan maksud anak ikang aku kat sini kan? Kan? Kan?) Mana aku nak cari pengganti beliau?



Argh!! Aku nak kerat tangan aku sendirik!!!!

Monday, May 3, 2010

Super Bodos..

Weekend yang lepas aku duk melayari satu website.. Memang ralit je duk klik satu pic kepada satu pic, last2 pada malamnya aku telah didatangi mimpi yang ngeri (skemanya ayat aku macam karangan bebudak tahun 6 le pulak..)

Jadi aku ajak semua orang menlihat web tersebut dan sama-sama mengalami mimpi ngeri.. hahaha bukan apa, banyak sangat gambar yang boleh dikatakan agak matang untuk dipertontonkan...

Web site tersebut adalah


ada beran????