Thursday, November 29, 2012

Kejayaan Itu Milik Semua

It is almost a week already that UPSR results were announced then I do not write anything here. And almost 3 weeks juga wa telah menghabiskan cuti wa dengan bersahaja di rumah sambil melayan tv sahaja. Hari terakhir tahun ini mengulangi sekali lagi sejarah setahun yang lalu, di mana perasaan berat dan sayu bersarang di benak fikiran wa. Bukan apa, datang dan pergi wa tetap kena lepaskan mereka kerana mereka bakal menempuh satu lagi alam baru buat mereka nanti.

Tahun ini mungkin adalah tahun kecemerlangan buat wa sebab berjaya mengurangkan bilangan pelajar yang gagal. Alhamdulillah, daripada 26 orang kelas wa, 22 daripada mereka berjaya mendapat B atau C, manakala selebihnya 4 orang hanya mampu meraih D atau E. Nak buat macam mana... Dah itu yang terdaya..

WKH? Ye, tahun ni hari terakhir tak seperti tahun lepas, suram juga sebab mentinggalkan mereka, tapi janji beliau untuk terus menghubungi wa membuatkan hati wa susah untuk menerima bahawa wa bukan lagi guru beliau. Alhamdulillah, beliau mendapat 5 jugak, tapi 5 B la... Tidak sehebat Amirul, tapi peningkatan yang agak memberangsangkan ini membuatkan wa masih mampu tersenyum...



Tahniah dari wa, WKH yang paling meninggalkan kenangan manis bersama dengan wa...

Wednesday, November 7, 2012

Esok 8 November 2012

Wa kena gi KB untuk perhimpunan guru2 muda, tapi wa buat julung2 kalinya wa akan menunjukkan sikap wa yang sebenar. Yer, wa dah sedia untuk hadapi apa jua kemungkinan, tetapi untuk tidak bersama2 dengan anak2 wa buat kali terakhir adalah satu perkara yang akan buat wa menyesal seumur hidup. Biarpun harga wa tergadai...

BTW, esok belum masanya untuk tahu


Tetapi 19 November 2012

Thursday, November 1, 2012

Perkhemahan Unit Beruniform

Dah macam blog skolah lak, semua nak diceritakan di sini. Okey, tahun ni perkhemahan diadakan lagi. Tapi 2 hari 1 malam je. Bermakna tiada la malam kebudayaan. Dah la hujan dan proses pentiduran diadakan di kantin. Sangatlah haru perkhemahan ini tahun. Well, wa pun x banyak nak cerita. Perkhemahan yang terindah sebab WKH wa la, selalu berkepit dengan w. Kalau dibandingkan dengan Amirul, memang perkhemahan tahun lepas sangat wa tak dapat lupakan dengan sikap kekurangan ajaran yang diberikan oleh beliau. Jadi, dengan rasa berat hati, suatu masa wa kena lepaskan WKH wa jugak nanti.

Pra-camp dua hari sebelum perkhemahan sebenar.

Budak ni nama Mohd Firas, mensediakan gejet.



Dah la... layan gambar je lah.....

Gejet dalam pembikinan

Pemantau dari seberang

Walaupun berbeza unit, tetap nak bertempek dengan wa..

Unit Pengakap Kanak2

Unit Tunas Kadet Remaja





Persatuan Bulan Sabit Merah

Persatuan Puteri Islam Malaysia

Khemah pendidikan khas











Perjimbaan Ke Melaka, N9 dan KL- Semalam Adalah Kenangan

Lama sungguh wa tak hapdet rayap. Hari ni last day untuk minggu ke 40 persekolahan. Dan hari ni jugak hari kedua berturut2 wa rasa cam redup je kat luar sebab ketiadaan WKH wa di sekolah disebabkan ketidakhadiran beliau kerana tak sihat.

Perjimbaan ini bukanlah selepas UPSR, tapi sebelum UPSR. Masa ni Kak Mi masih lagi memegang tampuk jawatan sebagai Penyelaras UPSR sekolah wa sebelum jawatan itu diserahkan kepada wa yang supernakhorom tak berapa nak pandai.

Sejak dua menjak ni wa perasan blog wa semakin tak best untuk dilayan, maybe sebab takde follower dan takde peminat kot. Iyer lah, rayap ni untuk tatapan wa akan datang sebagai kenangan, kerana semalam adalah kenangan.

Perjalanan bermula pada waktu malam.

Budak yang sangat wa sayang akan pergi jua nanti

Subuh di Nilai 
Ke Nilai 3 (kot, sebab wa dah lupeee)



Ya Allah, kau berikanlah petunjuk dah hidayah kepada budak ni, walaupun perangai Masyaallah, Insyaallah dia berubah..

Dari Nilai ke Kuala Lumpur, menuju ke Menara Kuala Lumpur

Bergambar kenangan bersama rombongan



Dari Kuala Lumpur ke Shah Alam untuk ke I-CITY. Masuk tempat sejuk beku tuh la...
Muka wa masih lagi kelihatan belum beku,...



Duduk dalam ni dekat setengah jam, wajah dah jadi macam mayat...


Bergambar kenangan lagi....

Bermalam di Hotel Entahapakediawalupa..

Hari kedua ke Melaka kite... Melaka WOnderland...


Tak banyak sangat pic yang wa snap di sini, sebab? Nanti basah la kamera wa...



Menuju ke Menara Taming Sari





Kenangan tahun ni yang super indah bersama-sama anak2 sulung. Jangan salah faham, 2 tahun lepas adalah batch yang pertama, tapi inilah anak-anak sulung wa sebab dua tahun lepas sudah wa menjadi guru diorang sampai sekarang. Kira eksperimen wa yang paling epic la bagi wa...

Sekian laporan hari ni...