Thursday, November 29, 2012

Kejayaan Itu Milik Semua

It is almost a week already that UPSR results were announced then I do not write anything here. And almost 3 weeks juga wa telah menghabiskan cuti wa dengan bersahaja di rumah sambil melayan tv sahaja. Hari terakhir tahun ini mengulangi sekali lagi sejarah setahun yang lalu, di mana perasaan berat dan sayu bersarang di benak fikiran wa. Bukan apa, datang dan pergi wa tetap kena lepaskan mereka kerana mereka bakal menempuh satu lagi alam baru buat mereka nanti.

Tahun ini mungkin adalah tahun kecemerlangan buat wa sebab berjaya mengurangkan bilangan pelajar yang gagal. Alhamdulillah, daripada 26 orang kelas wa, 22 daripada mereka berjaya mendapat B atau C, manakala selebihnya 4 orang hanya mampu meraih D atau E. Nak buat macam mana... Dah itu yang terdaya..

WKH? Ye, tahun ni hari terakhir tak seperti tahun lepas, suram juga sebab mentinggalkan mereka, tapi janji beliau untuk terus menghubungi wa membuatkan hati wa susah untuk menerima bahawa wa bukan lagi guru beliau. Alhamdulillah, beliau mendapat 5 jugak, tapi 5 B la... Tidak sehebat Amirul, tapi peningkatan yang agak memberangsangkan ini membuatkan wa masih mampu tersenyum...



Tahniah dari wa, WKH yang paling meninggalkan kenangan manis bersama dengan wa...

0 comments:

Post a Comment