Thursday, November 28, 2013

Kamu Datang Dengan Cinta Secara Banyak Part 3

Haccchummmmm... hadoi berdebunya rayap wa nih sampai berpesan2 org lain barulah wa agak selesa untuk menceritakan apa yang berlaku 2 3 menjak nih..  See? Bahasa pun dah berterabur...

Kalau dulu wa akan publish n3 bertajuk Kamu Datang Dengan Cinta Secara Banyak Part 1 dan Part 2 tahun 2011 ngan 2012 respectively, tapi entah kenapa tahun ni macam cinta secara banyak tu tak datang2 pulak. Wa macam rasa macam malas je nak hebahkan pasal anak2 wa yang akan / telah menduduki UPSR 2013. Selalunya sebelum exam wa akan coret harapan dan target wa dengan diorang, tapi tahun ni entah kenapa terasa sedikit suram (wa la yang suram, bukan diorang).

 6 Al Ghazali 2013 asalnya terdiri dari 9 lelaki dan 9 perempuan. Tapi pada akhir bulan Feb hari tu salah seorang dari mereka terpaksa mempergikan diri ke Kelantan kerana masalah keluarga. So, tinggalah 8 je lelaki dan 9 perempuan.





 Ni masing2 mengharapkan 5A menjadi kenyataan...



Sekitar hari2 terakhir mereka di Sekebun suasana agak tegang. Maklumlah, hari terakhir persekolahan dan juga hari keputusan UPSR dikeluarkan. Untuk ke sekian kalinya wa mempamerkan wajah2 mereka...

Belakang dari kiri : Alia , Fatihah, Iffah, Amirah, Syafiqah, Hazlina, Syuhada, Natasya, Ashima

Depan dari kiri : Aliff, Asyraf, Syarulnizam, Firdaus, Omar, Amir, Naqib, Hafiy.

Ada beberapa perkara yang wa lupa nak cerita apa yang berlaku sepanjang tahun ni. Awal2 tahun 2013, sekolah wa menerima 4 orang cikgu baru bertukar. 3 perempuan dan seorang lelaki. Yang wa nak cerita adalah Cikgu Shahiruddin yang lelaki itu lah...  Mula2 wa tak berapa nak masuk dengan beliau, sebab wa sangkakan beliau adalah seorang yang sombong. Apatah lagi sebulan yang pertama tak pernah masuk staffroom pun.  Tetapi lepas beliau diberi jadual kelas tahun 6A Ghazali (kelas wa) maka wa bertemu muka jugaklah dengan beliau. Beliau cikgu Sains. Sejak hari itu kami semakin kamceng. Lebih2 lagi jarak usia yang tak berapa jauh dengan wa menjadikan wa bertambah kacis dengan beliau. Sekarang pun meja beliau adalah sebelah meja wa. Guru2 kat Sekebun pun panggil kitorang dah cam adik beradik. Hoho..okey la wa ada geng kalau nak bandingkan sebelum2 ni. Ada la jgk kawan leh ajak kuar.

 Gambar kenangan bersama guru2 subjek teras 6 Al Ghazali
Kiri sekali : Cikgu Shahir (Sains)
Yang the only lady tu : Pn Khairuzita (wa panggil kak Ta je cikgu maths)
Sebelah kak Ta adalah cikgu BM - Tan Sri Salmi
Dah tu takkan tak kenal2 lagi yang ujung sekali.. Wa lah cikgu Bahasa Alien
















Pendek kata semua tempat nak bergambar. Time ni seronok bergambar, tapi hati berdebar2 sebab guru besar tengah pergi ambik result time nih. Sekali membawa berita yang agak mensuka kan.... 


9 orang pelajar dari 40 calon mendapat keputusan 5A. Alhamdulillah

Kelas wa jatuh menjunam. Kalau dulu 4 orang je yang tak lepas, tapi tahun ni 9 orang yang tak lepas. Sedih... Peratus lulus jatuh. 


Pada petang hari kuar result tu Kak zan salah sorang akak yang paling kacis dengan wa menghantar mesej via LINE.




Katanya... sebab wa xde WKH tahun ni adalah sebab subjek wa jatuh menjunam. Hoho... ada benarnya kata2 beliau. Wa bila takde WKH jadi semangat nak mengajar agak suram. Heemmmm... Just look at my blog la... dah x aktif macam selalu.. Sebab xde citer nak distorykan....WKH xderk... Jadi wa storykan sikit sebanyak je la pasal wa untuk buat masa ni. At least ada jgk la n3 untuk November kan??? Ok selamat bercuti.. Nanti wa nak singgah ke blog sekolah plak. Dah lama jugak x hapdet tuh...

3 comments:

Muhammad Syahmi said...

Bahasa alien tu macam mana ye...?

Saya suka baca mesej tu... SEBAB TAK DE WKH...

So, tahun depan kena ada... Hehehe...

haSlil jAlinu said...

dan calon2 WKH thn depan adalah...? :b

Anonymous said...

WKH utk naikkn semangat mengajar...Ikhlaskan memberi ilmu kepada anak bangsa...

Post a Comment