Wednesday, January 15, 2014

Keluarga Wa 2014

Rasanya dah tetap dan berpencen dah menjadi guru kelas tahun 6 Al Ghazali. Tahun 2011 wa pertama kali menjadi guru kelas, tetapi untuk kelas tahun 5 Al Ghazali. Masa ni WKH wa adalah WARISAN KUALI HANGIT si Amirul dan si budak Hafizam masih darjah 5, dan masih tak serapat seperti sekarang. Then 2012 wa folo kelas Hafizam naik 6G. Pastu berterusan 2013 kemudian tahun 2014. Huh, wa ok je jadi guru kelas ni. Bukan apa, time jamuan akhir tahun wa tak payah nak bersusah payah sebab dah konfem akan ada orang yang akan handle untuk jamuan akhir tahun enam. Jadi inilah barisan kelas wa, 18 orang calon termasuk seorang calon pendidikan khas.. Wa tak edit2 gambor just upload camtu je...

Mohd Hakimie 

Muhammad Fais

Firdaus Delmar

Hakim

Ghazi

Shahrul Hafizi

Izzat

Firdaus Asfa

Syafiq Lukman

Harith Naim -  calon pendidikan khas

Hanif Aiman

Zulkifli -  sepupu Hafizam 

Izzat Aiman

Alia Shahira

Danisal Alia

Nur Amirah

Tuan Muhammad Shamirul

Tahun ni bilangan macam tahun lepas, tapi bilangan kaum Hawa 3 orang je.. Kesian diorang dah jadi macam budak lelaki pulak agak kasar perwatakan diorang. Ada sorang lagi wa akan hapdet sebab time amik gambar ni beliau absent. So inilah anak2 wa untuk tahun ni.


Ruangan khas untuk blogger Miss S. Last n3 wa anda ada menceritakan dalam komen pasal anda pun menjadi WKH kepada cikgu Maths kan... Wa pun camtu jugak. Tapi cikgu BM. Nama dia cikgu F, still mengajar sehingga hari ni dan wa pernah berjumpa sekali sepanjang sudah bergelar pendidik ini. Wa suka jugak subjek BI sebab teachernya jugak. Teacher Afzan kini menjadi PK1 SK Sultan Sulaiman 2. Jap2... wa rasa dulu wa macam menjadi WKH kepada beberapa orang cikgu kot... Hebat tak wa???

Kadang-kadang seronok mengenali karenah kanak-kanak bila mereka menganggap kita sebagai kawan. Macam 6 AG tahun ni, wa tak berapa suka dikenali sebagai cikgu yang bengkeng, tapi more for being respected by them.Alhamdulillah, kerja sekolah tak pernah tak buat sebab hari pertama wa masuk kelas, wa dah buat aku janji dengan diorang supaya setiap keje yang wa beri mesti siap walaupun xpandai. Ada la sorang dua yang tergelincir dari jalannya, at least bukan semua. So, bertuahnya kita menjadi guru primary school sebab sahsiah dan tatatertib bukanlah perkara yang paling besar kita kena lalui berbanding mereka di secondary school. Cuma pening kepala camne nak bagi diorang paham apa yang kita ajar je lah kan???

So, dari banyak2 pic atas.. agak2 yang mane leh jadi calon WKH wa tahun ni???





















Tuesday, January 14, 2014

Tak Semua Yang Suka

Semakin lama semakin jarang pulak wa mencoretkan sesuatu di rayap. Tapi hit preview tetap ada. Maksudnya dalam 5 tahun berkecimpung arena pembloggan ini, still ada yang sentiasa mengharapkan wa hapdet apa2 dalam ryp ni.

Mostly ryp wa lebih banyak berkisarkan pahit manis sejak wa menjadi penuntut di IPGM IPOH lagi. Di sana wa belajar dengan Kak Nisah dan dia yang bertanggungjawab memperkenalkan blogspot ni kepada wa. Dan masa mula2 wa menulis pum tak pernah fikir pun nak fokus dalam hal apa pun.

Nak dijadikan cerita wa lebih banyak menjadikan kisah WKH dalam ryp wa bermula dari wa praktikum lagi. WKH bukan sesuatu perkara yang sengaja wa nak highlight kan tetapi itu adalah antara benda yang membuatkan hidup wa menjadi berwarna-warni. Wa hidup sampai ke hari ni pun diselangi dengan pelbagai kaler. Apa lah salahnya kalau wujudnya karekter WKH ni menjadikan wa lebih banyak belajar dalam mengenali karenah kanak2 yang sudah tentunya wa akan hadapi lagi masa akan datang.

Bukan mengadu bukan terasa, tapi semua benda tak semestinya disenangi orang seratus peratus. Ada perkara yang menjuruskan kepada kebaikan yang membuatkan orang lain suka, dan adakalanya mereka mengatakan wa tidak ikhlas dalam mengajar.

Last year wa berjaya dari meletakkan sayang pada mana2 budak kerana wa tau wa takkan jumpa lagi budak yang seperti Hafizam. Serebellious mana pun Hafizam, wa tau dia pasti kembali kepada wa. Beside wa masih lagi berhubung dengan budak itu.

Several n3 before wa ada menceritakan beberapa perkara mengenai kata2 gurauan dari seorang yang wa panggil kakak supaya wa perlu ada seorang WKH tahun ni (2014) supaya semangat bersungguh2 dari wa pun perlu, dan wa perasan ada 3 komen je dari n3 itu. Ustaz Syahmi pun macam setuju, si Haslil ni pun macam sokong, tapi wa tak tau sape yang TAK BERANI nak letak ID sendiri dan guna anonymous sahaja memberikan komen seolah2 tak berapa setuju dengan istilah WKH ni. Seolah2 wa ni tak ikhlas pulak nak mengajar orang lain. Kalau betul nak bagi pandangan pun, tinggalkan la ID dek non oi. Barulah wa tahu lu cmne, Lu tau ke keje wa camne. Lu cikgu jugak ke? Manelah tau lu sebenarnya salah seorang tenaga pengajar sekebun ke. Berdepan la dengan wa. Bini wa tak tak kata apa pun sebab dia memahami. 


Bak kata DIVA EH EH, why bother why bother why bother? Setiap komen wa terima. Manelah tau dia sebenarnya bekas anak murid wa. Jeles kot. Hahahaha...  Terima kasih, wa akan cuba ikhlaskan diri dalam memberi ilmu kepada anak bangsa. Pesan wa pulak, ikhlaskan diri dalam memberi komen... Silalah letak ID kalau ikhlas. 


Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, January 10, 2014

N3 Pertama 2014

Bosannya.... kembali mentaip sesuatu di laman sesawang ini. Hahaha.. baiklah sebagai pembuka bicara 2014 ni wa ingat macam xtau nak kagta apa. Kalo ikut tahun2 lepas wa akan review sepanjang tahun sebelum nye. Tapi tahun ni macam xde benda yang wa nak reviewkan. Salah satu sebabnya mungkin sebab wa dah xde perkara yang nak dikongsi. WKH dah takde. Kewujudan RYP ni pun sebab WKH antara pelakon utama dalam cerita2 wa. Ada yang suka ada yang tak suka cara wa menjadikan WKH sebagai suatu objektif dalam mewarnai RYP nih. Well, bukan semua orang akan puas hati dengan apa yang kita beri, tapi wa tetap puas hati dengan apa yang wa ketukkan di keyboard ini.

2013 baru saja berlalu, bahkan satu n3 pun tidak berjaya diselit sepanjang akhir tahun 2013 sedangkan wa ada 6 minggu hanya bangun makan tidur sahaja. Haha.. wa semakin kurang semangat untuk menceritakan apa2.. agaknya kalo wa post n3 pendek ok ke tak?

2014 dah masuk hari ke 10 hari ni. Wa baru saje selesai melalui fasa mendapat notification paling banyak di facebook pada 3 hari lepas. Hahaha... dulu selalu kumpul hadiah bila time hari menjadi menjelma. Sekarang ni mengumpul notification paling banyak pada hari kelahiran wa. Takpelah, yang penting mendapat wishes dari mereka2 yang tersayang.