Kalo kira ni kejadian bulan March 2014. Masa ni masih baru2 lagi tahap berkenal2 an dengan bebudak tahun 6 tahun ini. Maklumlah wa x pernah berjumpa dengan mereka sebelum ni dari segi mengajar lah... Masa ni pertandingan bola baling peringkat sekolah berlangsung di Sekolah Menengah Manir. Kalau tahun lepas sekolah WKH wa si Hafizam tu. Tahun ni sekolah lain la plak jadi tuan rumah.
Mari kite bercakap pasal kejadian ketika gambar di ambil. Kalau kira gambar ini diambil oleh bebudak lelaki sebab saringan pada hari ni adalah perempuan. Selepas gambar2 diambil satu persatu, bebudak ni mentinggalkan wa bersama-sama cikgu2 yang ada. Yelah, masa bergambar je duduk tersusun, lepas tu bertebaran semula la memanaskan badan.
Time diorang tengah memanaskan badan, wa bersembang dengan cikgu yang bertudung ungu tu yang wa gelarkan sebagai Kak Ta
Kak Ta : M, tiap2 tahun mesti ada sorang budak yang rapat kan?
(Masa ni wa buat2 blur, wa tanya balik)
Wa : Apa maksud tiap2 tahun?
Kak Ta : Yelah, tahun lepas dengan budak si Hafiy. Tahun ni pun macam ada jugak.
Wa macam tersengih je. Wa cakap la Hafiy tu biasa2 je, kebetulan dia rapat dan wa pun rapat jugak ngan family si Hafiy, tapi xdelah sampai tahap Si Hafizam.
Wa : Dah tu kak Ta kata tahun ni sape yang obvious sangat nampak rapat ngan saya?
Kak Ta tidak menyebut nama, tapi mulutnya menjuih ke arah budak yang sedang mengambil gambar kitorang tadi.
Kak Ta : Obvious la... tengok henfon M pun bagi dia pegang.
Wa macam garu2 kepala. Nampak sangat ke ke obvious an wa merapatkan diri dengan beliau?
Bukan budak perempuan ini yang dimaksudkan. Sila fokus budak yang mencangkung itu..
Yaaaa... kali ni wa macam nak tunjuk dah sapa WKH wa tahun ni. Dah banyak kisah yang berlaku sebenarnya tapi wa macam x sempat nak citer.
0 comments:
Post a Comment