Monday, July 7, 2014

Campak Belakang Sekali

Wa stat mengajar di Sekebun pada tahun 2010. Masa tu memang agak tak kemah keming lagi kehidupan wa. Tapi alhamdulillah berkat usaha dan ketekunan wa (tekun ke???) wa bertahan sehingga 2014. Ada kalanya datang perasaan untuk meninggalkan sekebun, tapi kala itu datang hanya kerana sesuatu perkara yang kecil sahaja, berbanding perkara2 yang lebih besar yang bisa membuatkan wa menjadi sayang untuk mentinggalkan bumi Sekebun.

WKH 2010 
Actually macam wa dah sebut sebelum ni, istilah WKH ni bukan wa yang create. Tapi sudah diguna pakai oleh kakak senior wa masa di maktab perguruan Ipoh dahulu (2009). She also a blogwriter, dan lebih kacis cerita2 beliau berbanding rayap wa neh. Sila klik gambar belah kanan ekor ikan paus. Tu la blog beliau.

Campak belakang sikit lagi, tahun 2009 WKH tak terlalu banyak ceritanya kalau nak dibandingkan selepas di postingkan di Terengganu. Wa masih ingat masa di Ipoh wa berpraktikum di SK St Michael 1 dan budak yang rapat dengan wa masa tu namanya Isma Daniel. Sekarang ni dah tingkatan 5 kot. Tapi yang paling menggezutkan wa, ada seorang budak yang bukan Melayu yang wa rapat. Tapi biasalah, bila bukan Melayu ni tak berapa nak faham sangat perangai beliau. Nama beliau Lee Kin Fiew, yup budak Cina. He did come to me. Bila budak nak baik dengan wa, wa layam je lah. Tapi bila suatu hari ibunya si Lee ni telefon wa cakap nak kenal dengan wa. Menurutnya Lee selalu bercerita pasal wa. Wa dah macam erk... Apasal wa dijadikan subjek penceritaan mereka. Wa layan macam biasa je lah. Pernah gak suatu hari mak beliau mengajak wa datang ke hotel untuk selebret besday Lee. Wa dah macam... HAAAAAA???? Tapi wa tak dapat tunaikan permintaan beliau, sebab wa xde transport masa tu (ada je sebenarnya, tapi wa jadikan itu alasan itu tidak dapat pergi). Akhirnya menurut mak dia, party tu tak jadi buat kat hotel tapi kat rumah saje atas alasan wa tak pergi. Takpelah.... wa masih jaga hubungan wa dengan Lee sehinggalah beberapa tahun lepas beliau sudah kurang menghubungi wa.

Panjang pulak citer pasal WKH kat Ipoh dulu. Lee bukan WKH, wa just nak share cerita ni kat sini sebab wa tak pernah pun mention hal ini kat sini. At least wa leh campakkebelakang bila 10 tahun akan datang.

Tahun 2010 WKH nama Fairul Hisham. Malas dah nak recall semula so just search la n3 sebelum2 ni. Apa yang wa cuba sampaikan adalah time Hisham rapat dengan wa, wa hanya kenal beliau dan adik beradik yang lain. Wa jarang berinteraksi dengan mak atau ayah beliau. Hanya kakak beliau kadang2 jadi perantara beliau dengan wa sebab masa tu beliau belum ada henset

2011 ni WKH yang tidak expected. Amirul namanya, dari benci jadi sayang. Pastu benci balik. Hahahaha... Time ni wa cuba nak kenal keluarga WKH wa, so wa sempat kenal ibu bapa beliau. Tapi tidak terlalu rapat. Hanya jumpa sekali dua.

2012 Hafizam hadir sejak beliau di tahun 4 2010. Tapi tahun 2012 adalah tahun yang betul2 wa nampak dia di depan mata wa. Kalau selama ini hanya beliau hanyalah seperti bayang2 yang hanya mengikuti ke mana wa pergi. Awal2 tahun wa memaksa beliau untuk memperkenalkan wa kepada ibu bapa beliau. Sejak hari itu hubungan kekeluargaan yang terjalin sangat wa hargai. Wa ingat lagi di mana kehadiran wa diterima oleh semua ahli keluarga beliau termasuklah nenek dan bapa/ibu saudara. Satu gerombolan yang hadir semasa hari kenduri wa tahun lepas lepas. Dan kali ni wa memang berjaya menjadikan beliau separuh daripada apa yang wa inginkan. 

Tindakan wa ulang alik ke rumah beliau sebenarnya juga diperhatikan oleh orang kampung. Wa masih ingat lagi tahun lepas semasa wa membawa seorang pelajar ke kedai untuk membeli peralatan dan kelengkapan Pengakap kerana pelajar itu nak pegi berkhemah. So wa ingat lagi salah seorang cikgu sekolah menghampiri wa keesokan harinya bertanyakan perihal tersebut. Tanyanya, betul ke wa bawak anak murid keluar.. Wa kata betul, itu pun wa mintak izin sendiri dari ibu beliau. Wa jadi heran sebenarnya, macam mana cikgu tersebut tahu sedangkan kejadian itu selepas sekolah. Wa tanya balik kat akak tu kenapa?

Katanya, mak kepada pelajar itu tanya pulak kat akak tu, sir M ni macam mana orang nya. Dia nak amik anak dia jadi anak angkat ke? Cikgu tu baik ke??

Banyaknye soklan????? Sejak kejadian itu wa memang stop dari mengajak mana2 budak ke mana2. Malas wa nak menimbulkan spekulasi lagi. Wa hanya bawak sorang je dari dulu sampai sekarang iaitu si WKH wa lah.

Tapi tahun ni wa rasa macam diberi restu oleh seorang ibu kepada anak murid wa. Dia terang2 nak wa mendidik anak beliau. Wa tak pernah approach ibu beliau, tapi ibu beliau yang mengharapkan wa menjadikan anak beliau seperti wa dan Hafizam. Kerana apa? Kerana ibu beliau tahu hubungan wa dengan Hafizam macam mana. Dia tahu wa selalu amik Hafizam. Untonglaa kan ada orang nak serah anak dia jadi WKH wa tahun ni. Tapi anak beliau pulak macam x berapa nak rapat dengan wa. Sape? Ada masa wa citer...

See... kadang2 orang salah anggap kewujudan istilah WKH, menghukum wa tidak ikhlas dalam mendidik, pilih kasih, favouritism, dan sewaktu dengannya lagi lah, tapi ada sesetengah orang berlapang dada meminta wa menjadi pendidik khusus untuk anak mereka. Kehidupan ini tidak memihak, walaupun ada 2 jalan, kedua2 jalan pasti ada yang suka ada yang tak suka.

Selamat berpose dan bersahur... Jarang2 wa hapdet tanpa gambar...

3 comments:

Muhammad Syahmi said...

Selagi niat kita baik, teruskan sahaja. Biarkan apa yang orang lain perkatakan...

Itu pendapat saya...

Anonymous said...

Saya sokong 1000% Sir M...;-)

Mr M said...

Salam Ustaz Syahmi... terima kasih kerana menjenguk. Insyaallah niat kita baik

Cik Anon.. alangkah baiknya jika anda mempunyai ID untuk diberi credit...

Post a Comment