Pagi tadi, wa bangun dekat kul 11 lebih. Hujan mengiringi kesyahduan pagi. Adoiii bahasa.... Percubaan untuk menghapdet Rayap akhirnya berjaya apabila wa dah siap 3 n3s tapi belum nak publish. Wa publish yang ni dulu lah.
Citernya wa nak gerak ke bandar, nak pegi bank bayar segala hutang. Dalam perjalanan wa mentuju ke bandar, wa dengan sengaja memotong kereta belah kiri di sebuah simpang 4 dimana jalan sebelah kiri tu sepatutnya untuk masuk belah kiri tapi wa terus stret ke depan. 100 meter ada kete peronda polis. Waaaaaaaaa!!!!! Tangan sorang anggota menunjuk ke arah wa supaya berhenti.
Wa bagi signal, Parking leklok kat tepi, bukak tingkap, terbayang RM 300 bakal melayang. Beliau menghampiri wa.
Polis : Lesen.
Wa menghulurkan lesen.
Polis : Tahu dok saloh tadi?
Wa : Tahu encik. (wa macam nak gelabah, tapi tenang je)
Polis : Nak kemana lorat sangat (lorat mean in hurry)
Wa : Nak gi bank
Polis : Bakpe lorat?
Wa : Janji ngan orang nok jupe
Polis : Bank mana?
Wa : Maybank (laju je wa jawab, tak sekat2 pun)
Polis : Urusan mende? (sibuk je polis ni, wa tengok nama beliau - Zulkifli)
Wa : Urusan loan encik.
Polis : Tahu dok saya boleh saman kamu. Tahu berapa kena bayar kalau kena saman?
Wa : Tahu, saya layak disaman, tak tahu berapa...
Polis : RM 300, lain kali bila saya tangkap awak lagi, saya x bagi amaran ye.... (dia berlalu selepas menyerahkan semula lesen wa.)
Wa : Terima kasih encik (terpinga-pinga... ingatkan kena saman tadi.....)
Alhamdulillah, dalam hidup wa ni kali pertama wa kena tahan polis, dan tak kena saman.... Thank you Allah, RM 300 insyaallah masih lagi rezeki wa sekeluarga. Buat abang polis name Zulkifli tu wa ucapkan terima kasih bebanyak. Padahal wa tak pakai seatbelt pun mujur dia tak saman.
Tuesday, December 23, 2014
Friday, December 19, 2014
WKH no 4
Alhamdulillah, wa mengizinkan beberapa minit yang ada untuk menghapdet Rayap, beberapa insan sudi menjengah. Malah ada beberapa insan sudi mencoretkan komen di bahagian komen. Terima kasih kerana masih sudi menjengah ke sini. Hari ni dah masuk minggu kedua terakhir sebelum tahun baru menjelang tiba. Wa banyak sangat perkara yang hendak dicoretkan di sini.
WKH no 4? Wujudkah?
Persoalan timbul apabila seorang budak yang sangat rapat dengan wa seolah2 dinobatkan sekali lagi sebagai WKH. Segelintir cikgu mengiyakan beliau sebagai anak kesayangan wa tahun ni. Malah beliau sering menemani wa di rumah biarpun tidak sekerap Hafizam dahulu.
UPSR WKH no 4?
Yup, sedikit sebanyak tentang beliau. Membaca tersekat-sekat. Matematik lemah. Sains tidak pernah lulus. Apatah lagi BAHASA ALIEN yang wa ajar. Tapi berkat usaha cikgu Norizan sebagai guru BM, lama kelamaan dia mampu membaca. Dan sedikit sebanyak membantu dalam menguasai subjek wa. UPSR bebaru ini dah la timbul isu re-sit paper. Paper kali pertama memang wa dah yakin beliau lulus (sebab dah nama soalan bocor, wa pun terima, tipulah kalau wa cakap wa tak terima soalan tu), tapi bila dah kena re-sit ni, wa macam tak yakin. Alhamdulillah bila result yang sebenar keluar, subjek wa beliau lulus. Dapat C. Yang sedihnya Bahasa Melayu yang diajar oleh cikgu Norizan dapat D ngan E. Mengamuk la Kak Zan.
WKH no 4? Wujudkah?
Persoalan timbul apabila seorang budak yang sangat rapat dengan wa seolah2 dinobatkan sekali lagi sebagai WKH. Segelintir cikgu mengiyakan beliau sebagai anak kesayangan wa tahun ni. Malah beliau sering menemani wa di rumah biarpun tidak sekerap Hafizam dahulu.
UPSR WKH no 4?
Yup, sedikit sebanyak tentang beliau. Membaca tersekat-sekat. Matematik lemah. Sains tidak pernah lulus. Apatah lagi BAHASA ALIEN yang wa ajar. Tapi berkat usaha cikgu Norizan sebagai guru BM, lama kelamaan dia mampu membaca. Dan sedikit sebanyak membantu dalam menguasai subjek wa. UPSR bebaru ini dah la timbul isu re-sit paper. Paper kali pertama memang wa dah yakin beliau lulus (sebab dah nama soalan bocor, wa pun terima, tipulah kalau wa cakap wa tak terima soalan tu), tapi bila dah kena re-sit ni, wa macam tak yakin. Alhamdulillah bila result yang sebenar keluar, subjek wa beliau lulus. Dapat C. Yang sedihnya Bahasa Melayu yang diajar oleh cikgu Norizan dapat D ngan E. Mengamuk la Kak Zan.
Hakikatnya budak ni lagi terer dalam subjek wa dari subjek bahasa Melayu. Hebat!!
Sentiasa mengukirkan senyuman...itulah Miro.
Wa akan rindukan beliau.....
Thursday, December 18, 2014
Rindu Yang Pergi
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah berbulan2 rayap still berdebu dan berabuk. Wa sangat super malas extra ya amat. Padahal sekarang ni musim cuti je pun.Tapi cuti wa pun dah nak berakhir. Kadang2 wa tak paham la nape wa super malas nak hapdet rayap ni. Kalau dulu pantang ada story wa cepat2 hapdet. Skrg ni macam yang wa pernah story segala online wa online ikut smartfon. Alhamdulillah, dah masuk 2 tahun phone wa masih berfungsi dengan baik. Layan 9gag pun ikut phone.
Akhir2 ni hujan turun membanjiri beberapa kawasn di area Terengganu. Kehidupan wa hanyalah berhibernasi di dalam rumah dan kadangkala membawa adik wa menghadiri ujian2 kemasukan ke tingkatan 1. Alhamdulillah, adik wa salah seorang pelajar yang mendapat 5A UPSR 2014.
Okey...jom kita masuk mood sedih.
Kadangkala Tuhan sengaja menguji kita dengan kasih sayang yang hadir bukan sahaja dalam bentuk lisan, praktikal, malah ihsan juga mampu menguji perasaan persahabatan yang terjalin walaupun sebentar cuma (awat? dah pelik semacam ke bila wa berpuitis bagai?)
17 Disember 2014 yang lalu wa sekali lagi merasa kehilangan. Bukan kehilangan orang tersayang, tetapi salah sorang yang menyayangi wa sebagai adiknya. Wa menguatkan diri untuk mencalit sedikit sebanyak kenangan bersama beliau di sini.
Wa hadir di Sekebun 2010 dan wa masih meng-scan beberapa orang guru di situ untuk menaruhkan sepenuh kepercayaan dan mungkin juga separuh kepercayaan pada mana2 individu. Beliau adalah seorang guru yang pada pandangan wa sangatlah sukar untuk dihampiri, malah sangat diva dari segi lagaknya. Suaranya yang lantang dan terkenal dengan sikap bengis. Pada pandangan wa lagi, beliau sangat tidak mungkin menjadi kawan dengan wa yang sangat pendiam ni (kadang-kadang je bising). Tapi mungkin disebabkan kami bekerjasama dalam jentera tahun 6 pada tahun tersebut, memberanikan diri merapati beliau dan barulah wa sedar beliau seorang kakak yang peramah.
Dari seorang yang zero dalam bidang ni, mejadikan wa semakin matang dalam setiap perkara, menemukan wa dengan 3 orang kakak yang sangat super sporting. Dah lah 2012 salah seorang dinaikkan pangkat bertukar ke sekolah lain, itupun dalam pahit manis harung bersama, beliau pergi jua. Hari2 tanpa kakak sulung pada mulanya agak sukar, malah wa tanpa segan silu menitiskan air mata di khalayak ramai semasa beliau memberi ucapan selamat. Maka tinggalah wa bersama kakak no 2 dan 3.
Kenangan bergambor bersama dengan kakak sulung. Berdiri dari kiri Ustazah Azyan (no 1), Tecer Nurul (no 3) ngan Kak Zan (Kakak no 2). Depan tu takde kakak ye..dia adik bongsu. Hahahah
Kali ni empangan air jernih pecah sekali lagi, meskipun tanpa dihadiri oleh khalayak ramai, malah banjirnya lebih laju apabila tarikh keramat 17 Disember beliau iaitu kakak no 2 yang selama ini banyak bekerjasama dengan wa dalam jentera tahun 6 menyatakan bahawa beliau tidak lagi akan menjejakkan kaki ke Sekebun pada tahun depan. Wa pun tak tau kenapa, kalau cikgu lain wa bersahaja dengan khabaran itu, tapi apabila beliau yang wa panggil kakak no 2 ni, wa rasakan memang pada hari tersebut adalah hari yang redup seredupnya bagi wa. Bagi wa kerja2 selama ni menjadi lebih seronok apabila bekerja dengan beliau. Tapi tahun depan tiada lagi gelak tawa (atau wa boleh panggil hilaian) suara beliau lagi. Makin tidak serunak rasanya untuk wa bekerja tahun depan.
Walaupun beliau kini semakin jauh, wa rasa sukar untuk menerima hakikat yang beliau kini bukan lagi warga Sekebun. Dahulu kenal pun 2 tahun dengan kakak sulung, tapi setahun baru wa buleh terima hakikat, kini Kak Norizan pula mengikut jejak beliau, maybe setiap hari la wa merindui beliau.
Puan Norizan bt Mat Dris di tengah-tengah. Pemergian beliau (ke sekolah lain je...bukan jauh pun) diiringi dengan tangisan kami berdua yang masih di Sekebun.
Wednesday, December 17, 2014
Regret With No Regret
Akhir tahun 2010, semasa YES (Year End Sales), wa telah berjaya meminang Canon Ixus 300 HS Digital Camera. Memang wa suka amik gambar sejak dulu lagi. Almost 1k rasanya. So, sejak memiliki Ixus ni banyak la gambar2 menghiasi Rayap wa nih. So beliau sangat banyak berjasa dengan wa.
Tetapi, sejak 2012, wa stat kenal Kak Tini, dan beliau memiliki adik yang memiliki DSLR. Brand NIKON. So far bila DSLR ni gambar same je dengan Ixus aku, cuma bila pegang kamera dia tu, aura dia lain macam sikit. Of kos la bukan fotografer, tapi perasaan tu lain. Hahahaha... paham ke tak ni. Banyak program sekolah wa dilantik sebagai AJK Dokumentasi ataupun sebagai wartawan sekolah. Konon2 nak hapdet blog sekolah. Tapi haremmmmmm... sama berdebu dengan rayap.
Awal tahun 2014 atau tahun ini la..wa telah mengsambar encik Canon ni plak 1000D. Seriusly pembaca2 blog, wa bukan nak menunjuk2 wa beli just nak kabo wa regret sekejap bila beli beliau.
Kenapa?
Kerana wa tak rasa kekacisan seperti wa menggunakan Nikon kepunyaan kawan wa tu. Gambar superkacis kalau nak dibandingkan dengan wa. Tapi nak buat mcm mana, wa dah terbeli. BTW wa beli seken hen. Bukan baru pun. Cari dalam MUDAH je.
Nak dijadikan cerita, adik wa yang jantan keje kat KL pun memang ada DSLR Canon, wa tak tau model apa. Yang pasti lebih kacis dari wa la... Lens pun besar. Tapi maybe jasa apa yang telah wa buat dalam hidup beliau, tetibe beliau menghadiahkan lens baru kat wa. Kebetulan wa pakai brand Canon, so buleh la masuk. Lens yang boleh catch picture super kacis dari yang asal. Alhamdulillah....
So, what can I say, I have no regret by having u. Hopefully dapat cari lens yang lebih kacis lepas ni. Adik wa pun maybe superkaya sangat la kot sampai boleh bagi free je lens yang kacis ni. Katanya nak sambar lens baru. Ikut ko lah!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)