Friday, December 19, 2014

WKH no 4

Alhamdulillah, wa mengizinkan beberapa minit yang ada untuk menghapdet Rayap, beberapa insan sudi menjengah. Malah ada beberapa insan sudi mencoretkan komen di bahagian komen. Terima kasih kerana masih sudi menjengah ke sini. Hari ni dah masuk minggu kedua terakhir sebelum tahun baru menjelang tiba. Wa banyak sangat perkara yang hendak dicoretkan di sini.

WKH no 4? Wujudkah?

Persoalan timbul apabila seorang budak yang sangat rapat dengan wa seolah2 dinobatkan sekali lagi sebagai WKH. Segelintir cikgu mengiyakan beliau sebagai anak kesayangan wa tahun ni. Malah beliau sering menemani wa di rumah biarpun tidak sekerap Hafizam dahulu.

UPSR WKH no 4?

Yup, sedikit sebanyak tentang beliau. Membaca tersekat-sekat. Matematik lemah. Sains tidak pernah lulus. Apatah lagi BAHASA ALIEN yang wa ajar. Tapi berkat usaha cikgu Norizan sebagai guru BM, lama kelamaan dia mampu membaca. Dan sedikit sebanyak membantu dalam menguasai subjek wa. UPSR bebaru ini dah la timbul isu re-sit paper. Paper kali pertama memang wa dah yakin beliau lulus (sebab dah nama soalan bocor, wa pun terima, tipulah kalau wa cakap wa tak terima soalan tu), tapi bila dah kena re-sit ni, wa macam tak yakin. Alhamdulillah bila result yang sebenar keluar, subjek wa beliau lulus. Dapat C. Yang sedihnya Bahasa Melayu yang diajar oleh cikgu Norizan dapat D ngan E. Mengamuk la Kak Zan.

Hakikatnya budak ni lagi terer dalam subjek wa dari subjek bahasa Melayu. Hebat!!



Sentiasa mengukirkan senyuman...itulah Miro. 



Wa akan rindukan beliau.....

0 comments:

Post a Comment