Friday, March 20, 2015

Keluarga Wa 2015

Well, hari ni dah masuk hari Jumaat. Konon janji bagai nak update blog tapi idoknye wa nak bukak blog. Dah la blog sekolah dah kena sound dengan PPD supaya berhapdet, still tak berhapdet. Well, perkenalan yang agak lambat. Kadang2 wa rasa wa tahu kenapa wa macam hilang sikit semangat nak citer apa2 pasal kelas wa tahun ni. Well, untuk pertama kalinya (selalunya kesekian kalinya) wa diberi amanat mengajar kelas pertamax.. Maksudnya kelas target A, tahu! Bukan target lulus macam keselaluan. Asalnya sekolah wa ada 4 orang cikgu BI. Kak Sham, Kak Nurul, Kak Tini dan Wa. Kak Sham berpengalaman lebih 20 tahun mengajar BI dan sejak beliau hadir ke Sekebun wa, ramai pelajar yang berjaya di "A"kan oleh beliau untuk subjek beliau. Tapi kini beliau sudah pencen. Tahun lepas plak tuh. Dan wa berkira2 dalam hati, mesti akan ada pengganti beliau. Sekali.... NAN HADO!! Tahu! 

Wa memang tak mind set pun akan bergerak selangkah ke hadapan. Frankly wa hanya tahu menekel pelajar untuk lulus, bukan untuk diorang dapat A. Tapi sekarang dah diberi amanah sebeginian. Hadoi.... Kenapa wa agak tak bersemangat kelas 1st? Satu, kelas ni majority nye adalah girls... which wa agak tak rapat dengan diorang. Selalunya orang kata cikgu Laki baik dengan student perempuan dan itu adalah sebaliknya. Wa bukan tak rapat dengan student perempuan, tapi kalau rapat pun dengan kelass belakang punye pompuan la... Kedua nya... calon WKH kurang, mean budak lelaki minority. Yang ada bermain di minda pun kelas belakang. Ketiga, wa rasa masih tak berapa reti nak mengajar kelas 1st. Dah la calon tahun ni 12 orang target A. Wow! such a big burden!!! Well, what can I say. Redho je lah!!

So, untuk pengenalan yang dah masuk 3 bulan, wa masih lagi diberi pangkat guru kelas, tapi kelas lain. Kelas pun dah bertukar, dulu kelas no 2, sekarang ni no 1. Masa depa year 5 memang wa yang ngajor, tapi tak berapa nak mengambil berat sebab bukan guru kelas. Hahaha.... Okey, dah jadi macam tradisi plak, tahun ni wa buat macam tahun lepas cuma kaedahnya berbeza. Dalam n3 Keluarga 2014 wa wat camni, dan KDDCSB (Kamu datang dengan cinta secara banyak part 4) wa tulis nama kat blackboard. So tahun ni utk keluarga 2015 wa amik tema KDDCSB.

Wa ada story dengan budak ni. Macam nak cite tapi perlukan penceritaan yang khusus. Dalam keluarga beliau wa pernah ngajar 2 orang abang beliau. Tahun 2010 ngan 2012. Dua-dua abang yang wa ajar tu kelas no 2. Dia ni maybe cerah sikit tu yang duduk dalam kelas no 1.

Selalu jadi bahan dalam kelas. Kelako dengan perangai dia yang ala2 blur.


Masa merentas desa hari tu.. (merentas desa? adoiii wa tak coret ke? Lupe ) beliau x dapat nak lari sebab sakit kaki katanya. So wa pun ajak la beliau membonceng dengan wa atas alasan untuk amik gambor. Sekali orang duk pakat kata dia anak angkat wa tahun ni. Hahahaha... payah nau kalau dah orang selalu igt wa akan ada WKH setiap tahun.

Adik kepada Luqman yang pernah rapat dengan wa tahun 2011 (batch Amirul WKH2) Tahun2 sudah selalu sangat tak datang sekolah, tapi tahun ni dia macam dah berubah sikit.

Anak yatim budak ni. Dulu agak tersesat sebab selalu nakal. Sekarang dah macam baik sikit. Alhamdulillah... 


Pendiam je budak ni. Target A untuk subjek wa. Paling jernih dan wa suspek paling ramai peminat. Wajahnya yang umpama lelaki melayu terakhir menjadikan beliau sangat popular. Dulu tak pernah nak cakap apa pun dengan wa, tp lately beliau dah mula nak berkomunikasi, apatah lagi dalam program mentor mentee wa adalah mentornye. Nak buat calon tp mcm payah. Hahahaha


Dari sekolah pondok. Baru je menjejakkan kaki ke Sekebun. Wajahnya yang persis kecinaan membuatkan wa selalu memanggilnya sebagai Ah Hong. Kalo abang angakat wa plak panggil beliau sbg Yap Ah Loi.

Blur, kadang2 lebih blur dari yang dah blur. Tapi budak2 ni xdelah nakhorom macam kelas no 2.

Okey, si Fatihah yang comel. wa mcm xreti nk describe satu satu kalo bebudak pompuan yg ramai2 ni, sebab wa x mampu nak selami hati dan perasaan diorg. kalo budak laki2 bak mai la berapa ratuih pun cheq rasa cheq masih mampu nak describe. Bukan paaa diorgyg girls ni la jenih suka diam dari bersuara. Fatihah antara yg comel dan membantu dalam kelas wa sari segi menjawab bila wa bertanyakan sesuatu.


Sumpah, time depa ni yr5 wa macam x igt sangat nama 1 per 1. Esp budak nurin ni. Asyik tertukau je dengan lain2. Budak target jgk.

Last year wa ngajar abang beliau, super maximax nakhorom. Dgn genetik yg terlebih lagi. Dengan nakhoromnya lagi. Itu abg dia la, tapi yang adik nya ni baik sopan lemah gemalai jerh.

Raikhal Hadfina nama diberi. Anak cikgu yang baru bertukar ke sekolah wa. Dari segi pengalaman, wa xtau dia ni level mana, tapi setakat so-so je lah. 

Comel kan budak Sofia ni, baik je orangnya. Lemah lembut tp bila bersukan, hoootoh, laju jugak larian beliau. Pagi td wa jumpa beliau dengan famili dekat pasar pagi, katanya baru balik jogging, so wa tau la dari mana beliau mewarisi nakat berlari lari nih

Penolong ketua pengawas. Antara budak yg byk bercerita dengan wa, dan calon untuk 5 tu insyaallah.


Tahun ni kali pertama wa ngajar beliau. Tahun lepas kelas no 2 tahun ni naik 1 tapak. Cuba la macam mana pun kan.....

Pun sama macam Insyirah, dari kelas no 2.


herm...... speechless. Pasal dia x rapat dengan wa, x reti nak describe.


Sedare la ngan ika kat atas. Perangai pun same.

Dah lah Lia.... wa selalu main2 camtu kat nama beliau. Calon target. KaLo dia kurangkan pendiamnya dia,Insyaallah lah Lia

Wa rase lah kan, dia ni x berapa nak mensukai wa, nak buat camne setiap orang ada hak either nk suka atau x suka kat cikgu kan, tp wa cuba la jalankan tanggungjawab wa sebagai cikgu kepada beliau sebab deliau ada harapan untuk berjaya macam kakak beliau.

Head girl. Entah kenapa tahun ni tiada calon boy yang layak untuk jadi headboy wa pun xtau. Anak abang angkat wa aka cikgu Shahir. Cahaya sudah ada just nak kena polish je lagi. So far wa xdak masalah dengan beliau. Penolong wa jugak time belajar.


Anis Husna, anak cikgu yang baru datang sekolah wa jugak, ramai anak cikgu dalam kelas wa nih. Sejak awal wa mengajar dia ni macam nk tegur wa tapi still segan2 ah gitteww.

Wa pernah ngaja abang beliau 2010, kakak beliau 2013 dan kini beliau.

2012 kakak beliau sorg yg sangat aktif. Tapi x mcm si adik ni. Huhuhu


Last but not least Izzah Wahidah. Bukan calon target tapi wa nampak cara menjawab kertas 2 tu ada peningkatan. Chaiyok2.

Selalunya wa akan letak budak paling spesel di akhir sekali, tapi tidak kali ni. Macam xdak wkh je tahun ni. Hahahah.... takpelah. Kita tunggu siapa yang muncul.... Itulah dulu perkenalan anak2 wa tahun nim.

2 comments:

Muhammad Syahmi said...

Akhirnya, terhapdet juga rayap ni.

Saya pun nak try juga gaya gambar ni dengan nama untuk unit saya... macam best.

Rasanya dah dua tahun termasuk tahun ni takde WKH...

Don Daughter's said...

cite baruu plisss hhahaha :p

Post a Comment