Thursday, May 19, 2016

Rindu Semakin Jauh

Wa x tau nak cakap apa lagi. Blog semakin berdebu. Tugas semakin bertambah. Kerja banyak tertangguh. Kesempatan yang ada ni pun disebabkan wa ada masa sambil menjaga kelas tahun 5AF yang mensedang menjawab exam. (Tu dia campuq habih no bahasa engelish ngan melayu). Kadang2 wa tertanya jugak adakah masih relevan kehidupan ber blog ni? Kalau dulu sehari tak post macam tak sempurna hidup. Yelah time tu tak dak lae instagram, takdak lae smartfon. La ni, semua di hujung jari anda.

Rentetan dari peristiwa kepergian arwah Amirul, banyak perkara yang wa lalui dan wa tak tau nak stat macam mana. Hari kedua kepergian arwah, wa mendapat mesej melalui facebook dari kakak arwah menjemput wa hadir ke majlis tahlil malam terakhir iaitu malam ketiga. Wa memang nak sangat hadir malam ketama n kedua tapi apakan daya ada kerja yang perlu dilunaskan. Malam ketiga wa berjaya juga menjejakkan kaki ke rumah arwah. Ramai sungguh tetamu yang hadir, maka tahu la wa yang arwah sangat disayangi dan disenangi orang lain. Wa jugak berjumpa dengan bekas anak murid yang lain dan alhamdulillah mereka masih sudi menegur dan menyalami wa.

Panggilan mesej tidak henti2 mengucapkan takziah dari kenalan yang mendapat khabaran buruk dimana wa ada shared kat fb wa. Cerita arwah sudah tersebar walaupun ada yang tidak mengenali beliau. Itulah yang berlaku apabila penggunaan wasap (whatsapp) secara meluas. Bila diketahui yang berita disampaikan itu adalah bekas anak murid wa, para cikgu cikgi mula mentakziahkan wa. Itu lah yang sepatutnya kan. Tapi wa agak beremosi sikit bila ada yang tanya "yang putus kepala tu ke anok murid mung?" Ingin saya maklumkan, memang ada yang putus kepala, tapi bukan arwah. Itu adalah kawan arwah.

Sejak mendapat mesej dari kakak arwah, wa cuba berkongsi rasa dengan beliau, dan sebagai seorang kakak yang baik, beliau tidak kedekut untuk melampirkan rasa rindu yang terpendam terhadap arwah bersama wa. Wa request gambar2 terakhir arwah, even ada video yang berlatarkan suara arwah turut dikongsi. Dan wa ada turut berkongsi link rayap wa nih kepada beliau, dengan niat mungkin beliau mahu mengetahui kisah kenangan arwah bersama wa dahulu. Unsangkarable beliau telah berkongsi rasa dengan semua orang dengan menge'shared' pula link rayap wa nih dalam FB. Mula lah hit view blog wa mencanak2 naik. Last yang paling tinggi (wa x ingat exactly berapa) 2000 views dalam sehari. Kemudian semakin turun kepada 1000, 500 dan hari ni saat wa coret dalam rayap ni hanya 2 views sahaja. Hahahaha... Serius wa tak pernah mintak viral dan kalau boleh wa xnak pun ada yang tahu kisah arwah, tp xpelah, wa redha sekiranya tulisan n3 wa bisa memburu rindu mereka kepada arwah.

FB wa pulak hampir setiap hari ada sahaja yang add friend. Semua wa accept demi arwah. Dari mak budak sehinggalah kawan2 arwah dan kawan2 kakak arwah wa accept semua. Kalo diorang nak unfren pun nanti terpulang lah.... Wa bukan selalu update status FB so x kisah lah.

19 May merupakan hari jadi arwah. Selalu ucapan dibuat bila tibanya tarikh lahir seseorang itu dengan ucapan semoga panjang umur... Tapi (sayu). Wa masih ingat dulu masa arwah mahu ambik IC dia kat JPN, beliau meminta wa yang tolong bawa beliau. Ya Allah, rindu sungguh suasana yang pernah wa lalui.




Time ni kem motivasi. Wa ingat lagi malam tu parents beliau x datang tapi bila penceramah suruh dapatkan parents masing2 dia datang kat wa sambil menangis. Maksudnya dia tau dia istimewa untuk wa. Wa tau arwah adalah kenangan paling manis dan juga yang terpahit sekarang. Susahnya untuk wa redha.... 


Hari ni (18 May) kakak beliau wasap wa mengatakan sang ibu x sihat. Berilah kekuatan pada ahli keluarga beliau menghadapi semua ini.  Semoga sang ibu dikembalikan semangat untuk meneruskan hidup dan semoga keluarga mereka redha akan pemergian arwah. 




Wednesday, May 4, 2016

Redup Yang Pergi (Buat selamanya)




Dua hari terakhir ni view hit RYP seolah-olah meningkat. Wa sendiri tak tau kenapa wa macam dah tak berminat untuk mentulis sesuatu tetapi ada sebahagian rakan di alam maya berhak tahu kerana mereka mengkenali watak2 dalam RYP wa nih.


Berita ini di petik di SINI


Nahas ngeri ragut nyawa dua remaja


Helmy Abd Rahman
helmy_rahman@hmetro.com.my

Permaisuri: Dua pelajar lelaki maut dengan seorang daripadanya putus kepala selepas terjatuh dari motosikal masing-masing sebelum digilis kereta dekat Kampung Gong Kubur, Permaisuri, di sini, petang tadi.

Difahamkan, kemalangan ngeri jam 5.20 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 17 tahun yang belum diketahui identiti, berkonvoi dengan 28 lagi motosikal menuju Wakaf Tengah di sini, dipercayai dalam perjalanan pulang dari berkelah.

Namun setiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki dua remaja itu bergesel sesama sendiri sebelum mereka terjatuh ke atas jalan.

Pada masa sama, sebuah kereta jenis Hyundai dari arah Penarik menuju bandar ini dikatakan gagal membrek lalu merempuh mangsa.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Elias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Maras dan Tepoh, maut di tempat kejadian dengan seorang mangsa putus kepala,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2016 @ 11:00 PM



1 May 2016 adalah tarikh yang wa sekali2 x akan lupakan. Petang yang hening sambil menunggu waktu Maghrib, wa dikejutkan dengan satu panggilan dari nombor yang asing. Wa jawab, terdengar sayup suara Hafizam (WKH wa yang ke3).  Beliau  bertanyakan soalan yang pelik...

"Sir dah tau?"

"Tau apa?" jawab wa.

"Pasal Mirol (WKH wa yang ke 2)"

"Kenapa?"

"Mirol dah takde, eksiden moto"

Sunyi......................................................

"Sir???"

"Ye, sir ada sini" jawab wa. Isteri wa hanya memerhati. Satu persatu perkataan wa ulang balik memaklumkan kepada beliau - Amirul dah xde.

Pendek kata, berita yang wa kongsikan di atas adalah mengenai WKH wa 2011. Ustaz Syahmi, Tempoyak Goreng dan beberapa lagi rakan bloggers yang mengikuti kisah wa n WKH ni, wa nak maklumkan WKH wa dah pergi. Satu kehilangan yang agak memeranjatkan tapi apa boleh buat. Dah tertulis beliau akan pergi pada usia sekarang. Dipendekkan lagi ramai yang tau dia memang rapat dengan wa dahulu, dan berpusu-pusu  mesej masuk untuk memaklumkan kepada wa.


Demi Amirul, menjadi guru beliau adalah satu pengalaman dan cabaran yang paling besar dalam hidup wa. Pendek kata setiap cabaran yang wa terpaksa lalui ada wa coretkan dalam RYP ni 4 tahun ke belakang. Kalau dulu wa terpaksa lepaskan dari menjadi WKH lagi, tapi sekarang wa terpaksa lepaskan beliau pergi buat selama-lamanya. 

Dalam n3 ni wa ada sebut pasal petikan di bawah

"Kalau Amirul dah berjaya nanti, Amirul pergilah sekolah yang bagus2. Masa tu Amirul sudah pandai, malah lebih pandai dari Sir. Sir masih lagi di sekolah rendah. Kalau ingat, datang la sekali sekala melawat sir di sini"

" Kalau Amirul dah besar nanti, bila Amirul ingat semula apa yang Sir dah buat semua untuk Amirul, Amirul datanglah cari Sir. Masa tu Sir dah tua. Amirul kenalkan Sir dengan isteri dan anak-anak Amirul. Masa tu Sir harap Amirul dah bertambah berjaya"

"Kalau lah Amirul dapat tahu Sir dah tiada di dunia, dah mati, datanglah carik kubur sir ya. Sir tak banyak buat amalan sunat dan pahala. Doakan supaya sir dapat jadi orang yang diredhai Allah"

"Sebagai anak, Amirul jangan sesekali melupakan jasa ibu dan bapa. Jangan derhaka cakap ibu dan bapa. Sebelum melakukan sesuatu yang ke arah keburukan, ingatlah ibu bapa yang mahukan kita jadi yang terbaik"


"Akhir sekali, terima kasih kerana pernah menjadi anak murid kesayangan sir,"


Nampaknya belum sempat beliau dewasa, wa yang akan ziarahi kubur beliau terlebih dahulu


Wajah terakhir yang spread secara meluas. Kedua-duanya arwah dalam kemalangan tersebut.


Semasa raya 2013

Amirul, sir halalkan segala ilmu dan makan minum Amirul sepanjang bersama sir, ilmu-ilmu yang sir curahkan. Sir maafkan segala dosa-dosa Amirul pada sir. Tenanglah dirimu di sana. Moga suatu hari nanti kita akan berjumpa di akhirat kelak dan dipandang Allah dengan penuh kasih sayangNya.