Tuesday, July 31, 2012

Iftar With The WKHs...

Semalam hari puasa ke 11, dan seminggu lepas lagi wa ada rancangan untuk adakan majlis berbuka bersama-sama dengan WKH-WKH yang lepas (macam la ramai sangat).Stat dari WKH sulung, sampai WKH bongsu sama2 berbuka pose dengan wa semalam.

Secara teorinya si Lukman (kiri) bukanlah WKH wa tahun lepas. Dan sedia maklum wajah Amirul yang banyak terselit bila wa sebut pasal WKH. Tapi bila Si Amirul sendiri yang nafikan dia WKH wa, pastu siap cakap kat Hafizam yang WKH wa tahun lepas adalah Lukman, so xpelah wa invite la si Lukman ganti tempat Amirul yang semakin ntah ke mana wa pun x tau dah. Lukman selalu gak kontek wa paling koman pun telefon, tahu! Paling kanan tu WKH sulung si Hisham. Hahahaha... still cute cam dulu. Sekarang dah form 2. 

Dari kiri Tengah, Bongsu dan Sulung (hahaha suka2 je wa bagi pangkat tu kat diorang)

Okey, menu berbuka iftar ialah nasik dari bazaar saja... Wa jadi single parents lagi masa ni. Sorry hari ni bapak je bawak makan, mak korang belum balik lagi. Bulan depan baru mak korang balik. Hahahaha

Masih mesra macam selalu. Cuma kadang kala yang dah besar agak segan2 dengan wa. Maybe la sebab peningkatan usia.

Tuesday, July 24, 2012

Kursus JU KSSR Tahun 3 Di Grand Continental Kuala Terengganu

Kan wa dah pernah cerita pasal wa kena kursus selama 5 hari dari Isnin sampai Jumaat (cam siak, teganu kan cuti Jumaat), ni semua gara2 orang Pahang la... Dah melibatkan 3 negeri, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kursus ni wa rasa cam tertipu gak sebab konon2nya ramai cikgu lelaki, so leh la carik member baru. Tapi kenakhoroman itu tetap juga mensebelahinya pun adoi belah perempuan yang lebih ramai adanya pun. Huh... 4 kerat je cikgu jantan pun. Yang BI la, yang BM ada la jugak belas2 orang. Wa datang awal cam siak, tapi menunggu program stat pun ada lah dekat kul 3 gak. Mujur la wa dapat rumet yang senegeri mengajar dengan wa walaupun bukan asal negeri wa. Sir Yupi namanya... Pendiam tapi bila speaking memang berabuk lah.

Bila dah nama kursus cikgu ni, for sure, yang datang mestilah golongan kaum ibu yang standad akak dan makcik2. Antara yang wa ingat Kak Pat, Kak B, Kak Jihan dan Kak Ayu. Ada lagi la yang wa ingat tapi malas la nak nyatakan kat sini, bukan diorang baca pun rayap wa neh.

Yang wa nak menstorinya pun adoi ter ber nya adalah.... mana wa pergi for sure wa leh get along dengan akak2 dan makcik2. Tak kursang juga yang berminat nak jadikan wa menantu atau adik ipar (ni serius ni, bukan main2...) tapi di hujung ayat tu ada la tambahan...kena la tunggu, anak akak baru umur 14 tahun. Kan cam siak tu...

Cikgu Cina dan India pun ramai la yang leh get along. Yang wa ingat, madam Yap. Sangat bermurah memberi wa segala apa yang ada dalam pendrive beliau tips2 menjawab soalan UPSR. Huhuhu...

Barisan peserta kursus. See, wa ngan Yupi je yang jantan.

Time makan memang tak nah miss.. Makan makanan hotel siak..

Kalo tak tolong tekan next next, wa akan jadi patung cendana je... Tapi untuk jadi presenter, memang wa tarik diri..


Kursus ni serentak

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa....

Hari ni last day sebelum Ramadan 1433 menjengah esok. Pagi2 lagi wa bangun awal lebih kurang kul 10 (awal la sangat) dan prepare breakfast (nasi lebihan semalam dari solat hajat). So selepas tu wa kemas rumah dan bersihkan apa yang patut la, nanti dah bulan pose malas plak nak kemas. WKH ada lagi time nih.

Sebelum gi Jumaat wa tanya WKH, nak balik sebelum atau selepas Jumaat? Dia jawab, ikut la. Sebelum ke selepas? Sekali lagi wa tanya... Selepas boleh dok? Tanya dia plak. Wa pun kalau boleh nak suruh dia stay lagi, tapi wa janji ngan akak (ibu dia la) nak hantar sebelum Jumaat. So, wa pun hantar la sebelum Jumaat. 

Sekarang ni wa rasa sunyi sangat. Duk rumah sendiri tapi sorang2. Belum beristeri la katakan, tapi wa akan tamatkan dalam masa terdekat ni. Maybe raya kali ni lain sikit sebab ada event terbesar dalam hidup wa. Mujur la cik T mesej2 dengan wa, terubat la sikit kerinduan tu. 


Solat Hajat UPSR 2012


Ucapan pengerusi PIBG


Solat Hajat Kali ke 4 dah kot.... sempena UPSR yang semakin menghampiri....

Perangai Pelik WKH Minggu Ini


Sudah diumumkan bahawa Ahad depan iaitu 22 July 2012, bersamaan 2 Ramadhan 14 err.... 33 kot.. Hahaha kejap wa cek ...haa betul la.. 1433. Ari tu wa dah isi borang nikah 7 Syawal 1433. huhuhu.. Ari ni last day makan2 best2 kat sekolah. Memandangkan malam ni ada solat hajat di sekolah, macam biasa, WKH akan ikut wa balik sebab beliau tak akan datang untuk solat hajat kalau tidak ikut wa. Bukan apa, ayah nye memang selalu balik lambat hari Khamis (menurut beliau la). Ayahnya kerje driver lori, mak tak keje. So, kalau ayah takde, mak pun tak akan datang sekolah malam2 hari. Jadi sebagai ayah / abang angkat, wa angkut la beliau untuk bersama-sama solat hajat dan bacaan Yasin malam ni (tadi).

Apa yang wa nak menstorikan adalah, perangai dan sikap WKH hari ini sangat pelik. Bukan pelik yang tidak mensukakan. Tapi beliau sangat happy, sangat ceria, setiap masa buat lawak, setiap masa loyar buruk, dan kadang2 wa pun ada gak la terkena sedas dua dengan gurauan dia. Fine, untuk wa benda tu sikit pun tidak mengguriskan. Wa senang dengan sikap happy dia tu, memang wa rasa senang hati je bila dia sentiasa ada perkara nak cerita, nak share nak kongsi. Tapi seriusly memang sangat pelik kegembiraannya itu. Lalu wa pun bertanya

"Apahal gembira sangat ni?"

Diam

Wa tambah lagi "Gembira sebab dah lepaskan benda yang mengganggu selama ni ke tadi?"

Dia menjawab "YA"

Baik, last two n3s wa ada citer pasal WKH wa ada awek sudah... Memang itu datang dari pengakuan dia sendiri, bila wa tanya Si Polan2 ni awek kamu ke? Dia jawab tak. Bila wa tanya  Si Anu pun dia geleng kepala. Tapi wa sengaja tak sebut nama Si Minah ni sebab wa ada dengar jugak la WKH wa dipasang2kan dengan si Minah ni. Bila wa tanya, dah tu SI Minah ke? Tak pun tak, ye pun tak, Diam je... Heran gak wa. Kalau ya cakap la ya, kalau tak cakap la tak. Masa tu wa tengah drive Shiro. WKH duk sebelah. Sekali lagi wa tanya, Si Minah ke? Dia jawab tak tau. Apasal pulak bleh tak tau? Kalo Polan ngan Anu leh cakap tak. Tapi Minah ni leh cakap tak tau? Wa dah saspek dah. Memang khabar angin yang bertiup tu ada benarnya.Wa tekan berkali2 lagi kenapa tak jawab ya atau tak? Dia leh jawab atau. Sekali wa hangin wa ugut nak hantar dia balik terus tak mau ajak pi jenjalan. Lantas dengan cepat dia jawab YA YA YA berkali2. Wa tanya Minah awek kamu? Dia kata Ya. Wa dah agak. Serius hati wa sedikit terkilan. Ini bukan perkara baru untuk wa. Last 2 years wa dah face benda ni semua, mean, anak2 murid wa yang gatai nak berlaki, nak berawek. Tapi akhirnya UPSR 4D 1E. Wa tak mau benda ni terjadi kat WKH wa.

Sepanjang perjalanan wa cuba korek rahsia lagi, wa nak tau sape yang mula. Dia atau si Minah sebab wa tau Si Minah ni memang terkenal dikalangan budak2 lelaki. Wajah dan percakapannya agak manis la. Most of dari kelas wa yang laki2 tergila2kan dia, tak sangka plak termasuk WKH wa neh. Wa cuba explain kebaikan dan keburukan menyimpan perasaan terhadap awek untuk usia seawal 12 tahun ni. Wa citer pengalaman2 lepas. Pastu wa ada gak cakap kalau dia asyik dengan awek dia, sia2lah wa duk gilap, duk polish, mengajar, menjadi mentor, memanjakan beliau kalau akhirnya UPSRnya hanya dibayangi oleh wajah si Minah. Wa kata baik wa tak payah nak manja2kan dia lagi, bagi perhatian yang lebih, kalau akhirnya takde hasil. Wa cakap dia better jadi anak murid biasa macam orang lain je la. Dia cakap tak nak. Sekali lagi wa tanya dia kamu nak ada awek lagi ke? Dia langsung jawab tak nak. Minah awek kamu ke? Bukan. Pantas jawapan dia. Wa sedikit lega, tapi wa tau di pihak Si Minah pulak masih ada perasaan terhadap WKH wa.

Semalam pulak wa saja panggil beliau dan tanya ada tak apa2 pemberian dari Si Minah. Wajah WKH agak terkejut dengan soalan dari wa yang so suddenly. Lastly dia angguk. Wa tanya sayang ke benda yang dia bagi tu? Dia jawab TAK. Wa tanya lagi, boleh tak pulangkan semula? Dia jawab boleh. Wa tanya balik ada tak WKH bagi apa2 pulak kat Si Minah. WKH cakap takde. Dia tak suka pun benda2 tu semua, cuma bila ada awek dah bagi, dia terima je. So wa mintak la benda nya. WoW.. Siap ada bentuk LOVE bagai dan dengan nama WKH wa lagi dengan nama si Minah. Benda ni la yang selama ni mengganggu fikiran WKH wa samada nak teruskan atau nak buat tak tau. Kalau buat tak tau, dia dah terima pemberian si Minah, dan bermakna WKH wa terima salam cinta dari si Minah. Sah-sah si Minah ni pun akan khayal dalam dunia sendiri. Jadi wa amik keputusan wa nak tengok WKH wa serah balik semua benda tu, dan jangan ada apa2 perasaan lagii buat masa ni, kalau ada jodoh ada lah. Tumpukan pada pelajaran sahaja. Sah-sah si Minah yang mulakan dulu. Wa tanya WKH wa dah pikir masak2 ke nak serahkan semula? Dia jawab dah. Kemudian wa pancing lagi, wa cakap dia boleh terus simpan benda tu tapi dengan syarat berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh. Jadikan Si Minah ni sebagai pembakar semangat untuk lebih gigih untuk berjaya. Belajar bersama-sama jadi wa takyah la jadi mentor dia lagi. Dia jawab TAK NAK, dan nak belajar dengan Sir lagi. Kemudian wa twist lagi, wa cakap dia leh simpan barang tu, dia leh teruskan berawekkan si Minah dan wa akan terus jadi mentor dia. Tetap TAK NAK simpan barang tu. WKH nak belajar saja dengan sir. Tak tau la ikhlas ke tak tapi wa rasa terharu.

Genap jam 1030 pagi tadi, bertempat di makmal komputer (bahagian luar) wa panggil kedua2nya sekali. Wa  cakap kat Minah yang WKH wa ada sesuatu nak bagi. WKH wa serah semula segala pemberian dari Minah dan dia sendiri kata tak mau pun benda tu. Wa explain balik semua benda dengan cara baik, dengan cara tidak menjatuhkan maruah kedua2 pihak. Minah setuju dan dia berdamai secara baik. Bila si Minah pergi, wa tanya balik si WKH, menyesal ke? Dia jawab tak. LEGA ada le. Selama ni memang perkara ni agak mengganggu dia just dia tak tahu nak channelkan ke mana. Nak cerita kat wa pun tak berani. Nak cerita kat kawan2 pun takut ditertawakan. So, bila wa dah tanya tu kira satu peluang terbaik untuk dia mencari jalan penyelesaian. Heran jugak wa, sebab memang selama ni wa tak nah nampak pun si WKH wa ni sembang ke atau berborak dengan Si Minah yang dari kelas pertama tu. Pelik jugak bila dah sampai ber Love love ni.

So, rentetan peristiwa itulah perangai WKH hari ni sangat lain. Sangat gembira, sentiasa membuat lawak, sentiasa bersembang dengan wa. Rupanya ada beban yang tergalas perlu dilepaskan. Bila wa tanya wa dah tak nak jadi mentor dia lagi lah, wa nak jadi mentor orang lain, dia cakap tak boleh. Pastu wa cakap wa nak jadi mentor dia dan ada sorang lagi budak yang wa konon2nya nak jadikan WKH jugak, dia jawab tak boleh. Hahahaha... Jeles ke atau sekadar beli jiwa? 

Takpelah, sekurang2nya wa dah setelkan beban yang dia galas. Wa takde lah menidakkan kalau2 betul la jodoh dia dengan si Minah, fine. Just belum masanya lagi.

Wednesday, July 18, 2012

Wa Guru Pembimbing

Ni kalau wa cakap bangga nanti orang cakap wa berlagak pulak. Wa sekarang ni memang heaven dari segi jadual kelas sebab sekolah wa didatangi oleh 3 orang guru praktikum. Sorang laki 2 pompuan. Semuanya option BI. Kalau dikira, kerja-kerja pengsupervisoran adalah keje Kak Sham, sebab beliau adalah KP. Tapi memandang ada 3 orang guru, maka dengan entah sebab apa Kak Sham mensuruh wa menjadi salah seorang SV dan kena la jadi observer dia sebanyak 4 kali. Hari ni sejurus selepas wa kembali semula dari pengambilan kereta Preve ustaz seperti n3 sebelum ni, wa pergi la mengobserve beliau. Pergh.. Tak sangka plak... 3 tahun lepas wa yang berdiri di situ, dan pensyarah wa atau guru pembimbing wa yang akan tengok pengajaran wa. Tapi kali ni wa duk tempat pensyarah, menilai orang lain plak mengajar. Hurm.. Wa kena observe si cikgu yang laki. Pandai pulak kak Sham bagi aku observe laki. Kalo observe yang pompuan tu takut diobservenya mende lain kot. Hahahaha...


Nama beliau Sir Syafiq.

Yang paling tak tahan, wa tertido masa mengobserve beliau, takdelah tertdo ber krooh krooh, tapi ada la time wa rasa melayang sekejap, then kembali ke alam nyata. Huhuhu... Adakah ini bermaksud pengajaran beliau boring? Ok la setakat so-so je.. Just cikgu ni tak nampak sangat keserasian dengan budak. Cara dia lontarkan vokal macam cara pembaca berita. Untuk orang dewasa ok la kot.


Komen wa...sangat nakhorom........


Published with Blogger-droid v2.0.4

Terasa Amat Kacis

Pagi pagi lagi wa sampai ke sekolah agak awal dari biasa,tapi selalunya selepas sketsa johara barulah wa kuar dari perut Shiro. Dan wa datang awal sebab wa nak parking bawah garaj yang sangat limited. Hahaha...sebaik sampai di staffroom, jiran sebelah meja wa Ustaz M memberitahu yang kereta beliau akan dapat dituntut hari ni la... Wa tibe2 je mengofferkan diri wa untuk mentulongnya mengambil di kedai. Sementelahan pula timetable wa agak heaven hari ni. heheheh..

Dipendekkan cerita, wa kuar dari sekolah dalam jam 830. Huhuhu.. perkara paling kacis wa pernah dengar adalah, "M drive la sampai rumah....ikut saya dari belakang" kata Ustaz itu..

Wah...very the penghormatan sangat wa dapat membawak Preve ustaz ni. Tapi wa tetap hati pada Shiro. Preve looks nice, but Shiro wa is amazing... hahaha....






Tahniah ustaz, sebab ada baby baru.....



Published with Blogger-droid v2.0.4