Friday, July 20, 2012

Perangai Pelik WKH Minggu Ini


Sudah diumumkan bahawa Ahad depan iaitu 22 July 2012, bersamaan 2 Ramadhan 14 err.... 33 kot.. Hahaha kejap wa cek ...haa betul la.. 1433. Ari tu wa dah isi borang nikah 7 Syawal 1433. huhuhu.. Ari ni last day makan2 best2 kat sekolah. Memandangkan malam ni ada solat hajat di sekolah, macam biasa, WKH akan ikut wa balik sebab beliau tak akan datang untuk solat hajat kalau tidak ikut wa. Bukan apa, ayah nye memang selalu balik lambat hari Khamis (menurut beliau la). Ayahnya kerje driver lori, mak tak keje. So, kalau ayah takde, mak pun tak akan datang sekolah malam2 hari. Jadi sebagai ayah / abang angkat, wa angkut la beliau untuk bersama-sama solat hajat dan bacaan Yasin malam ni (tadi).

Apa yang wa nak menstorikan adalah, perangai dan sikap WKH hari ini sangat pelik. Bukan pelik yang tidak mensukakan. Tapi beliau sangat happy, sangat ceria, setiap masa buat lawak, setiap masa loyar buruk, dan kadang2 wa pun ada gak la terkena sedas dua dengan gurauan dia. Fine, untuk wa benda tu sikit pun tidak mengguriskan. Wa senang dengan sikap happy dia tu, memang wa rasa senang hati je bila dia sentiasa ada perkara nak cerita, nak share nak kongsi. Tapi seriusly memang sangat pelik kegembiraannya itu. Lalu wa pun bertanya

"Apahal gembira sangat ni?"

Diam

Wa tambah lagi "Gembira sebab dah lepaskan benda yang mengganggu selama ni ke tadi?"

Dia menjawab "YA"

Baik, last two n3s wa ada citer pasal WKH wa ada awek sudah... Memang itu datang dari pengakuan dia sendiri, bila wa tanya Si Polan2 ni awek kamu ke? Dia jawab tak. Bila wa tanya  Si Anu pun dia geleng kepala. Tapi wa sengaja tak sebut nama Si Minah ni sebab wa ada dengar jugak la WKH wa dipasang2kan dengan si Minah ni. Bila wa tanya, dah tu SI Minah ke? Tak pun tak, ye pun tak, Diam je... Heran gak wa. Kalau ya cakap la ya, kalau tak cakap la tak. Masa tu wa tengah drive Shiro. WKH duk sebelah. Sekali lagi wa tanya, Si Minah ke? Dia jawab tak tau. Apasal pulak bleh tak tau? Kalo Polan ngan Anu leh cakap tak. Tapi Minah ni leh cakap tak tau? Wa dah saspek dah. Memang khabar angin yang bertiup tu ada benarnya.Wa tekan berkali2 lagi kenapa tak jawab ya atau tak? Dia leh jawab atau. Sekali wa hangin wa ugut nak hantar dia balik terus tak mau ajak pi jenjalan. Lantas dengan cepat dia jawab YA YA YA berkali2. Wa tanya Minah awek kamu? Dia kata Ya. Wa dah agak. Serius hati wa sedikit terkilan. Ini bukan perkara baru untuk wa. Last 2 years wa dah face benda ni semua, mean, anak2 murid wa yang gatai nak berlaki, nak berawek. Tapi akhirnya UPSR 4D 1E. Wa tak mau benda ni terjadi kat WKH wa.

Sepanjang perjalanan wa cuba korek rahsia lagi, wa nak tau sape yang mula. Dia atau si Minah sebab wa tau Si Minah ni memang terkenal dikalangan budak2 lelaki. Wajah dan percakapannya agak manis la. Most of dari kelas wa yang laki2 tergila2kan dia, tak sangka plak termasuk WKH wa neh. Wa cuba explain kebaikan dan keburukan menyimpan perasaan terhadap awek untuk usia seawal 12 tahun ni. Wa citer pengalaman2 lepas. Pastu wa ada gak cakap kalau dia asyik dengan awek dia, sia2lah wa duk gilap, duk polish, mengajar, menjadi mentor, memanjakan beliau kalau akhirnya UPSRnya hanya dibayangi oleh wajah si Minah. Wa kata baik wa tak payah nak manja2kan dia lagi, bagi perhatian yang lebih, kalau akhirnya takde hasil. Wa cakap dia better jadi anak murid biasa macam orang lain je la. Dia cakap tak nak. Sekali lagi wa tanya dia kamu nak ada awek lagi ke? Dia langsung jawab tak nak. Minah awek kamu ke? Bukan. Pantas jawapan dia. Wa sedikit lega, tapi wa tau di pihak Si Minah pulak masih ada perasaan terhadap WKH wa.

Semalam pulak wa saja panggil beliau dan tanya ada tak apa2 pemberian dari Si Minah. Wajah WKH agak terkejut dengan soalan dari wa yang so suddenly. Lastly dia angguk. Wa tanya sayang ke benda yang dia bagi tu? Dia jawab TAK. Wa tanya lagi, boleh tak pulangkan semula? Dia jawab boleh. Wa tanya balik ada tak WKH bagi apa2 pulak kat Si Minah. WKH cakap takde. Dia tak suka pun benda2 tu semua, cuma bila ada awek dah bagi, dia terima je. So wa mintak la benda nya. WoW.. Siap ada bentuk LOVE bagai dan dengan nama WKH wa lagi dengan nama si Minah. Benda ni la yang selama ni mengganggu fikiran WKH wa samada nak teruskan atau nak buat tak tau. Kalau buat tak tau, dia dah terima pemberian si Minah, dan bermakna WKH wa terima salam cinta dari si Minah. Sah-sah si Minah ni pun akan khayal dalam dunia sendiri. Jadi wa amik keputusan wa nak tengok WKH wa serah balik semua benda tu, dan jangan ada apa2 perasaan lagii buat masa ni, kalau ada jodoh ada lah. Tumpukan pada pelajaran sahaja. Sah-sah si Minah yang mulakan dulu. Wa tanya WKH wa dah pikir masak2 ke nak serahkan semula? Dia jawab dah. Kemudian wa pancing lagi, wa cakap dia boleh terus simpan benda tu tapi dengan syarat berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh. Jadikan Si Minah ni sebagai pembakar semangat untuk lebih gigih untuk berjaya. Belajar bersama-sama jadi wa takyah la jadi mentor dia lagi. Dia jawab TAK NAK, dan nak belajar dengan Sir lagi. Kemudian wa twist lagi, wa cakap dia leh simpan barang tu, dia leh teruskan berawekkan si Minah dan wa akan terus jadi mentor dia. Tetap TAK NAK simpan barang tu. WKH nak belajar saja dengan sir. Tak tau la ikhlas ke tak tapi wa rasa terharu.

Genap jam 1030 pagi tadi, bertempat di makmal komputer (bahagian luar) wa panggil kedua2nya sekali. Wa  cakap kat Minah yang WKH wa ada sesuatu nak bagi. WKH wa serah semula segala pemberian dari Minah dan dia sendiri kata tak mau pun benda tu. Wa explain balik semua benda dengan cara baik, dengan cara tidak menjatuhkan maruah kedua2 pihak. Minah setuju dan dia berdamai secara baik. Bila si Minah pergi, wa tanya balik si WKH, menyesal ke? Dia jawab tak. LEGA ada le. Selama ni memang perkara ni agak mengganggu dia just dia tak tahu nak channelkan ke mana. Nak cerita kat wa pun tak berani. Nak cerita kat kawan2 pun takut ditertawakan. So, bila wa dah tanya tu kira satu peluang terbaik untuk dia mencari jalan penyelesaian. Heran jugak wa, sebab memang selama ni wa tak nah nampak pun si WKH wa ni sembang ke atau berborak dengan Si Minah yang dari kelas pertama tu. Pelik jugak bila dah sampai ber Love love ni.

So, rentetan peristiwa itulah perangai WKH hari ni sangat lain. Sangat gembira, sentiasa membuat lawak, sentiasa bersembang dengan wa. Rupanya ada beban yang tergalas perlu dilepaskan. Bila wa tanya wa dah tak nak jadi mentor dia lagi lah, wa nak jadi mentor orang lain, dia cakap tak boleh. Pastu wa cakap wa nak jadi mentor dia dan ada sorang lagi budak yang wa konon2nya nak jadikan WKH jugak, dia jawab tak boleh. Hahahaha... Jeles ke atau sekadar beli jiwa? 

Takpelah, sekurang2nya wa dah setelkan beban yang dia galas. Wa takde lah menidakkan kalau2 betul la jodoh dia dengan si Minah, fine. Just belum masanya lagi.

0 comments:

Post a Comment