Malam menjengah sekali lagi..Aku tengok kanan, aku tengok kiri … yang pasti aku keseekoran di sini melayan lagu carik jodoh dari band indon- Wali Band..
Aku keseekoran lagi mendengar lagu dari dante. Adakah aku seekor kucing??
Sesekali teringat
“Terima kasih kerana menghubungi TM, Mazyudin bercakap boleh saya bantu..?”
“Siapa yang bercakap di sana?”
“Mazyudin, cik “ sebab aku dengar macam pompuan
“Maz… apa???” soal dia lagi.
“Cik boleh panggil saya Mamat, apa yang boleh saya bantu?” aku memang tau ramai yang susah nak sebut nama aku dengan jayanya.
“Oh, mamat, saya Datin Au Yong yer, kenapa rebate saya tak approved hah?”
“Rebate datin tak approved? Ada saya kisah??” (aku hanya bersoal di dalam hati….) Nak tanya secara live? Nak mampus la maknenye tuh..
Tiba-tiba kenangan kerja pertama ku menjengah semula ke layar perak. Kalau diikutkan, aku kadang-kadang rindukan semua skrip yang biasa aku gunakan dengan terms yang hanya kitorang je faham. CKC, reset port, rebate, outstanding amount, current amount, last payment, balance, debit and credit adjustment.. huhu, apa lagi yang aku ingat eh. Term2 lain kat floor tuh as FS (floor support) TL, QA, ACG, Split Shift, SRT, ntah apa lagi ntah.. semuanya bisa membuat aku tersenyum.
Dari start training, sampai la aku berjaya menangkis semua pertanyaan tanpa ragu2 lagi, (kadang-kadang tuh aku carik Casey ataupun Suriya sbg penyokong lantai yang berjaya). Kekadang sedih gak, teringat kat my bestest ever boss in the world.. Hahaha Cik Dayangku Aziah.. Apa la agaknya cerita mereka.
Kenangan di floor memang sukar untuk aku lupakan. Especially dengan kawan2 yang berbilang bangsa dan berbilang agama.. Ramai yang ngaku Islam, tapi hanya pada nama. Hahaha, lantak laa.. Emma Aloha, Aishah, Kaazela, Naza, Kak Yana, Firdaus AB, Firdaus Fiey, Hazimi, sape lagi.. ni semua aku sebut name2 yang terlintas tatkala bulang xberapa nak mengambang ni.
Paling tak best time aku kena jawab call bahagian teknikal la… ada la 2 minggu nak kena jawab teknikal. Terkial2 gak aku masa tuh. Dah la system berlambak2. Pakai pulak system yang teramatlah up to date (skang dah okey kot..) Huhuhu.. tak byk sangat yang boleh aku imbas semula kat sini.
Sepanjang setahun bernaung di bawah payung VADS BERHAD, aku menjadi seorang yang pendiam..Dah keje aku bercakap je… balik rumah nak kena simpan la suara aku yang lemak merdu tuh…kat rumah selalu sorang2, memang takde member.. balik keje bungkus nasik, makan. Pastu lepak dalam bilik, get ready to sleep sebab esok keje stat kul 8 lagi. Macam tu la rutin hari2 ku.. Dah aku sorang yang keje Shif, lukman Alil ngan Anuar keje TNB, diorg selalu outstation.
Ehsan Apartment.. hahah apartment lame aku.. Sekejap je setahun berlalu… Aku dah nekad aku mesti keje lain pada January 2009. Tidak disangka2 nasib aku benar2 berubah. Aku berjaya akhirnya menjadi bakal guru suatu hari nanti….
Masuk maktab ipoh ni aku datang dengan bantuan ibu angkat aku (kak Syut) hahaha.. dia la yang cakap macam hantar anak ke asrama pulak time dia nak hantar aku hari tuh. Mujurlah Syut ada.. kalo dia takde tak tau la aku camne.. Thanks Syut.
Maktab perguruan Ipoh.. hahaha destinasi yang jauh sama sekali aku fikir aku akan jejakkan kaki. Tapi di sini jua akhirnya aku berada. Berkenalan dengan rakan-rakan tak sebaya memang menguntungkan aku. Hahaha, aku la yang paling muda dalam kelas aku.. mesti la di adik emaskan oleh semua orang… Tapi baru2 ni kedatangan Awin telah menggugat kedudukan aku sebagai anak bongsu. Hahaha…
Mula2 kenal rakan sebilik- Samsudin n Azizul . Tak sangka rumet aku cikgu BI. Kemudian barulah jumpa G, nan, Ajim, Zouq (oh ya, Zouq la yang bertanggungjawab mencipta nama ‘M’ untuk aku dan diguna pakai sehingga hari ini).. Thanks Zouq sungguh KACIS bagi ku..
Kak Tuti, Kak Shida (tengok nama korang aku sebut paling awal tau!!) Kak Aini, Akaa Revathy, Puvenes, Kak Nani (kaciskah engkau untuk ku panggil kakak??) Kak Azan (sedey…) Kak Zie ngan Huz, Kak Misae (Haliza-aku sorang je panggil dia misae sebab dia panggil aku Shin Chan), Kak Nora ngan Kak Imah (eeey cantik sangat <- tagline kak Imah) .. rasanya aku dah sebut semua kot… oh sorang lagi Esther… huhuhu.. Yang jantan?? Huh tak yah laa.. Xbest nak sebut selain Aznan ngan Pratib tuh. Huhuhu.. kenal korang best sangat.. Tersangatlah kacis… Kemudian aku mula melebarkan sayap mengenali kakak-kakak lain- Kak Misah (aku kisah kah?) kak ‘N’ (namenya masih dirahsiakan…) Kak Fathiyah, Kak apa lagi ek… hehehe dah kelupaan sih. Tapi tak banyak episode yang aku leh recall kat sini. Huhu…
6 bulan sudah berlalu, musim assignment ngan tutorial sudah berlalu. Kini aku sudah memasuki separuh perjalanan aku dalam menuju takhta seorang guru. Apa dia? Guru pelatih aka guru praktikal.. Sekolah mana? Baca la entry2 yang lepas…
Hari ni aku merasakan ketensenan apabila check table, kelas BI 1st period. Ah, gile.. mujurlah semalaman aku menyiapkan worksheet yang bakal ku ajar pada mereka. Kelas 3 Bistari memang malaikat semuanya. Aku asyik jerit name Keith Lee, tak pun Imran, paling kerap hari ni aku panggil Jargoop (budak pandai tapi ya rabbi….). Tiba2 je aku rasa cam nak fire je diorang..mesti best.
Tiba-tiba sahaja aku rasa macam nak bertukar menjadi Ultraman, pastu fire diorang, kalo aku fire diorang mesti diorang takleh citer kat parents diorang, parents mane yang percayakan ultraman??
Dalam kelas 3B ni aku senang dengan Cardin, Shaun dan Chin.. (heran laa semua Chinese mesti suka kalo nak belajar… Melayu ngan India ni.. aku malas nak judge…) Aku tengok sebelah kanan hujung.. Akeem… comei je dia duduk menulis. Hahaha… (untuk tatapan KAK N-Wajah Akim pelbagai versi)
Akim masa dia malas nak sikat rambut..
Akim semasa dia rajin nak sikat rambut
Gambar akim hari ni... muka tak bersalah, macam pikachu pun ada aku tengok...
Hari ni aku ajar pasal preposition, memang gile la diorang.. bagi masa 5 minit dalam 1 minit je dah siap. Tapi akim tak siap lagi.. Dia masih terkial2.. Huhuhu… sian akim.. aku tiap2 hari amik gambar dia semata2 untuk tatapan kak N.. (untuk Kak Pijah- disini mungkin tiada Faizul, cukuplah akim menjadi wajah kesayangan kak N).
Abis kelas 1st aku terus lega, boleh lah bermalas-malasan dengan bersungguh2, aku kena siapkan RPH yang tertangguh tuh. Bukak laptop terjumpa plak skandal lama.. Si F**I.. Bukak pulak kisah2 silam… pasal kawin, pasa budak tuh, budak ni… yang paling best dalam sesi “Persuratan Bahasa Melayu Kuno Berjamang Koong..” hanya aku dan F**I sahaja yang tau. F**I dah jadik isteri orang pun. So, dengan rasa rendah diri aku memanggilnya Puan F**I. Hahahah..
Rasa macam sekejap je, alih2 dah abis masa untuk berada di sekolah hari ini. 620 loceng berdering untuk ke sekian kalinya. Tapi langit redup diganti dengan mendung dan akhir sekali menurunkan hujan renyai2. AKu dengan yakin menyetat enjin muto lalu bergerak menuju ke arah Taman Chempaka untuk memfotostates buku2 sebanyak 2 bijik tuh bersama si Boden.. Sampai kat T.Chempaka, hujan semakin lebat. Abis lenjun gak aku dengan Belalang Tempur ku itu ( tak tau sape Belalang Tempur, baca entry yang lepas2 sajah… ah…)
Hujan yang tiba2 melebat memaksa kami mendinnerkan diri di Taman Chempaka
Akhirnya si Boden yang tersangat familiar kawasan itu mengajakku mendinnerkan diri di medan selera Tmn Chempaka kot kalo tak salah aku.. Dinner dengan nasik lauk ayam goreng kunyit yang tak berapa kacis, tapi harganya sangatla kacis.. hahaha. Hujan semakin lebat. Senja mula berubah menjadi malam dan jam menunjukkan ke angka 815 malam. Boden dengan rasa bertanggungjawabnya mengajak aku ke surau yang berhampiran (berhampiran la sangat.. lenjun gak aku nak kesana). Lepak la kat surau yang atas sekolah agama bersama-sama 7 orang kampung yang semuanya dah veteran… ada sorang je orang muda.. sambil belajar tajwid. Aku pun lepas solat maghrib turut serta dengan PNP beliau. Tak silap aku US Hassan Bustaman… (aku tengok kat white board name penceramah..)
Alang2 dah kat surau, Boden mengajakku terus meng’Isyakkan diri. Aku on je.. heheheh.. Lepas je ISyak aku terus mengajak Belalang Tempur pergi berperang.. eh silap, ajak balik laaa.. ujan dah ‘serik’ bak kata org Ganu ( Seriyat kalo dalam bahasa Kedah)
Sampai je rumah aku siapkan apa-apa yang patut. Pastu terasa nak letak entry ni, so aku berjaga la sampai dekat kul 4 dah ni...Esok aku xde kelas BI tapi ada kelas PJK... mesti harun... Harap2 esok hari ku akan bertambah kacis.. harap duit masuk... dapat meminang isteri baru.. Bye.. aku dah ngantuk