Friday, July 24, 2009

Rindu Yang Pergi

Keseekoran lagi memikirkan banyak perkara yang telah terjadi dalam masa 2minggu aku tidak menulis sesuatu di sini. Yang pertama, aku sudah tidak berayah. Sekelip mata sahaja aku kehilangannya. Allah terlalu sayangkan dia, sehinggakan ayah aku menderita hanya seketika.

Dahulu aku tangisi pemergian ibuku, abahlah tempat aku berpaut saat mengetahui ketiadaan ibuku.. Abahlah orang yang terpaksa menerima umpat keji hanya kerana aku yang paling lambat tahu sampai aku sendiri tidak sempat melihat jenazah ibuku. Abahlah orang yang selama ini menyakinkan semula bahawa kehidupan ini mesti diteruskan meskipun ma sudah tiada. Abahlah yang manjadi pendorong untuk aku berjaya.

Tapi hari itu, aku mendapat berita abah tenat di wad, abah tidak sedarkan diri. Abah sudah tiada harapan. Aku sendirian di sini mengharap sesuatu keajaiban akan berlaku. Meminta supaya Allah mendengar rayuan aku, menangguhkan perjalanan abah ke sana dalam masa beberapa jam, atau beberapa hari lagi, atau beberapa tahun lagi. Aku tahu semua doaku sentiasa dimakbulkan, dan aku yakin Allah mendengar doa aku.

945pm, jadual bas ke Terengganu yang paling awal, aku resah sendirian menanti bas yang sudah lewat masa perjalanannya. Hampir 1030 barulah aku mula meninggalkan perkarangan Ipoh.

Malam itu aku rasakan terlalu lambat, sesekali aku melihat jam. sesekali mesej masuk dari teman seperjuanganku yang mendoakan kesejahteraan ayahku. Aku berdoa supaya tiada panggilan dari ahli keluarga aku yang terdekat.

Aku terjaga dari tidur apabila telefon aku berdering menambat resah di dada. Tertera perkataan "Kak Long" di skrin telefon aku. Aku masih teragak-agak untuk menjawab.

Butang hijau kupicit lalu salam diberi

"Alang kat mana?" soal kakakku dalam nada yang agak mendatar.

Aku memerhatikan sekeliling, jam di dinding bas menunjukkan ke angka 1115 mlm... Aku hanya menjawab tidak tahu di mana aku berada sekarang.

"Alang, biarlah nak kabo... Abah kita takdok doh..." terhambur jua kata-kata yang paling aku tidak mahu dengar dari bibir kakak aku itu.

"Biar betul??!!" hanya itu yang mampu aku tanya diiringi dengan tangisan yang laju dari kakakku. Aku menjerit dalam hati.. Aku menangis sepuas-puas hati.. Biarlah sesiapa di dalam bas itu mendengar tangisan aku, aku tidak kira... Aku belum bersedia lagi Ya Allah....

Malam itu aku rasakan terlalu panjang untuk aku tiba ke destinasi.. Aku hanya SMS kepada Kak N dan Kak Fatiyah tentang hal ini.. AKu tau ia akan tersebar sendiri. Kak Tuti dan Kak SHida menelefonku tentang hal itu.

Berderetan mesej yang masuk mentakziahkan aku supaya bersabar. Apa yang aku mampu lakukan? Aku tiada di sisi abah.. Saat abah perlukan aku...

Pagi yang dingin dan sepatutnya menjadi pagi yang berkat kini bertukar suram.. Jumaat itu juga ayah aku disemadikan berhampiran dengan arwah abang dan arwah ma. Aku harus terima kenyataan in bahawa abah tiada lagi.

Abang Ngah memberi tahu abah ada brain tumor peringkat ke3, kenapa selama ini kami tidak tahu, bahkan abah sendiri tidak tahu.. Wajah yang paling aku tidak sanggup hadapi ialah ma, Syawal dan Majidah.... Sampaikan ada satu ketika aku berdoa semoga aku mengalami kemalangan dalam perjalanan pulang kerana aku tak sanggup melihat mereka kehilangan abah. Ma adalah ibu kedua yang terbaik di dunia, sungguhpun aku bukan anak kandung, tapi kasih sayang nya tidak ubah seperti ibu yang sebenar.. Sekejap sungguh mereka bersama.


Abah... tiada perkataan yang mampu aku ungkapkan.. Semoga abah maafkan segala kesalahan dan dosa-dosa anakmu ini abah, aku sering tidak mengendahkan arahanmu, abah sering bercakap sorang sedangkan aku ada di sebelahnya. Moga rohmu dicucuri rahmat... Amin
Ayah..by Aeman

video

Ketika Berjauhan Masih Kurasa Hangat Kasihmu Ayah
Betapa Kurindukan Redup Wajahmu Hadir Menemaniku
Terbayang Ketenangan Yang Selalu Kau Pamerkan
Bagaikan Tiada Keresahan

Walau Hatimu Sering Terluka Tika Diriku Terlanjur Kata
Tak pernah Sekali Kau Tinggalkan Diriku Sendirian
Ketika Ku Dalam Kedukaan
Kau Mendakap Penuh Pengetian
Di Saat Diriku Kehampaan
Kau Setia Mengajarku Erti Kekuatan

Terpancar Kebanggaan Dalam Senyummu Melihat Ku Berjaya
Bila Ku Kegagalan Tak Kau Biarkan Aku Terus Kecewa
Dengan Kata Azimat Engkau Nyalakan Semangat
Restu Dan Doa Kau Iringkan

Tak Dapat Ku Bayangkan Hidupku Ayah Tanpa Engkau Di Sisi
Semua Kasih Sayang Yang Kau Curahkan Tersemat Di Hati…

1 comments:

hanis said...

yang pergi tetap pergi...

tabahkan hati. teruskan kehidupan... jaga ma, syawal dan majidah...

Post a Comment