Assalamualaikum dan selamat sejahtera (ada ke non-muslim yang singgah di sini?) Dah lama tak mentulis sesuatu di sini. Last entry pun sekadar menghaplod gambar2 saja. Aku memang tak pandai nak mengkarang apa2 pun kat sini.
Untuk pengetahuan, hari2 aku di maktab masih bersisa 3 hari lagi. Genap 3 hari aku menghabiskan KISS M (Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia) segera aku membalikkan diri ke kampung halaman. Perjalanan menjadi seorang pendidik hampir menuju ke arah pengakhiran, sungguh pun aku tidak berjaya sebagai calon cemerlang tapi aku berjaya menghabiskan pengajianku dengan jayanya. Banyak warna yang aku jumpa kat sini. Too colourful.. Sepanjang duduk di Ipoh, aku kenal pelbagai ragam.. lebih-lebih lagi apabila meletakkan diri dalam sekumpulan manusia yang berbilang usia dan bangsa. Aku rasa dihargai, dimanja dan disayangi. Tapi sedarkah aku bahawa pertemuan ini adalah untuk bertemu dengan sebuah perpisahan suatu masa nanti.
Perjalanan untuk aku sampai ke sini hari ini penuh dengan pelbagai rintangan. Yang aku ingat, no pin BSN aku beli dengan guna kad atm orang lain (tak silap aku ATM card hsmet). Kemudian aku mengisi dua kali sebab semasa aku berada di Sri Damansara setahun yang lalu, aku terpaksa menggunakan wireless curi.. Lengkap berisi, tiba-tiba si pemunya wireless telah mentutup dia punya wireless. Hah.. haru birunya.....
Masa exam M-Test.. perjalanan sejauh 45minit dari rumah aku di Bandar Baru Sunway menuju ke Sek Men Teknik Dengkil... Alhamdulillah masa tuh hari off aku yang tak perlu aku swap dengan sesiapa pada hari tersebut. Dan rumah Ridhuan jua tempat aku menumpang berteduh.
Perjalanan belum berakhir.. Sebelum umat islam berpuasa, sekali lagi aku mendapat panggilan interview di Ins Perguruan Ilmu Khas, Cheras.. Sekali lagi aku diuji bila tarikh aku interview betul-betul overlap dengan jadual aku bertugas minggu tersebut. Apatah lagi Emma Aloha turut menjadi sebahagian dalam cerita aku masa tu.. Tak silap aku dia yang mentolong copkan salinan sijil2 aku dengan cop pengesahan. Pastu aku marah2 plak kat dia sebab lambat mentolong aku mengecop padahal kalo xde dia, tak tau la aku nak cop katne sebab malam hari nak interview baru dia pegi mentolong copkan aku nyer sijil...Dan berkaitan dengan jadual aku-> heheh aku telah membeli MC dengan jayanya di Bandar Tun Razak kalo tak silap...sakit nye ialah sakit cirit..
Siapakah Emma? Dia adalah kawan aku yang antara yang terkacis sepanjang aku bekerja di Vads KPV sebagai customer service tempoh hari, kekacisan kami sebab workstation kami sebelah menyebelah.. dan juga kawan aku bila aku nak melalak merelease kan tensen..(karaoke) Emma, thanks sebab kalo kira ko bersubahat jugak dalam meletakkan aku di tempat aku berada sekarang....
Adasyut aka Syut juga turut terbabit dalam ini cerita... Kenapa? Kerana beliau telah mentukar shifnya semata-mata kerana untuk menjadi ibu angkat aku menghantar aku ke Inst Guru Ipoh.. bangun awal seawal sebelum subuh... tapi bayangkan.. kul 930 masih lagi berlegar-legar di ruang angkasa..eh mengarut pulak.. berlegar2 di bandar Sunway.. tak tau la kenapa tetiba je pagi tuh jem yang teramat haru.. apakah itu salah satu tanda-tanda...(aku xnak habiskan ayat aku...)
Sesampai di Ipoh lebih kurang kul 1130 pagi almost 1200 pm laa. Segalanya berjalan lancar dan Syut juga telah menjalankan tugasnya sebagai 'Ibu' yang menghantar anak dengan jayanya, begitu juga dengan 'Ain' yang telah bertugas sebagai 'adik' menghantar abang ke Universiti.. Thanks to both of you....
Hampir 11 bulan di Ipoh.. wajah2 yang sering aku ingatkan pada diri sendiri.. akan aku hargai setiap saat bersama kerana pengajian kami tidak lama.. Pertemuan ini pasti berakhir dan saat yang akan berakhir itu akan muncul sekejapan masa lagi.
Teslian Keplian BI-1 yang super kaciskova bersama dengan KJ Mr Samsul..
Teslian Keplian BI-1 yang super kaciskova bersama dengan Encik Tutor - Mr Ruban Paul Durai.. Ayahanda yang kaciskova...
Berdiri dari belakang- Aini Faizi (Bintang), Haliza , Revathy (Akka), Husliza, Puveneswary, Syahida, Esther, Fadzilah, Azween, Norzienani (setia), dan Norazumiah
Duduk dari depan- Khuzaimah, Partiban, Aznan (Budi), Mr Ruban, Wan Tuty, sape ntah mamat ni dan Norazan...
Dalam versi yang lebih eksekutif baru je lepas mengadakan persembahan Koir di Teluk Intan
Pra-Cuti sekolah dan cuti sekolah bermula...
Hari terakhir persekolahan di Ipoh-Jumaat 20 November 2009- aku mentuju ke sekolah yang pertama tempat aku menjalankan tugas sebagai seorang guru- St Michael 1- niat super asal adalah untuk menghantar semula folio praktikum kepunyaan Ust Ery dengan Cikgu Azman, ingat nak berlegar2 di bilik guru saja dan terus balik.. tapi baru je lalu kat koridor sebelah kelas darjah satu.. anak2 kesayangan aku dah nampak dari tingkat tiga lagi aku berjalan dan memanggil-manggil nama aku. Sampai kat pejabat pun camtu jugak, diorg turun dan menyerbu ke arah aku. Huhuhu.. sangeeta gutawa keterharuan...
Kemudian aku meneruskan perjalanan menuju ke beberapa kelas lain. Aku mentemukan semula dengan guru pembimbing aku- Puan Suriahati Sulaiman.. sangatlah mesra beliau.. Beliau menasihatkan aku berjumpa dengan anak2 didik aku sebelum ini. Menuju ke 3 Bestari bertemu dengan Puan Sabariah.. Sebelum tuh ke bilik guru dan berjumpa dengan beberapa guru lain.
Di 3 Bestari aku nak jumpa Akim, Shaun, tapi 2-2 tak datang.. SEDEY... Takpelah, jumpa Qayum, Keith dan lain2.
Aku xkira, aku nak jumpa gak budak yang sorang ni.. calon UPSR (aku rahsiakan keputusan beliau kerana sangat la tidak kacis untuk dihebahkan) ISMA DANIEL.. Aku mula2 wat biasa je tapi aku tak tau la nape dia bila tengok aku, mesti dia kontrol semacam, masa tuh aku terserempak dengan dia sedang mentolong Ust Ery mengemas bilik SPBT dengan beberapa org lagi la.. Budak2 lain takde la macam dia yang asyik nak tunduk je, kemudian lari2 belakang almari (apa kejadahnya...)
Aku menangkap beliau dan inilah kenangan terakhir bersama beliau sebelum beliau melangkah ke tingkatan satu tahun depan.
Isma Danial
Qayum- aku tak tau la nape.. ke mana saja aku pergi dia ikut je aku.. Padahal masa aku jadi guru beliau, beliau selalu main dalam kelas.. Tak dengar cakap, tak dengar kata. Aku ada tanya dia ada jumpa mak dia tak, dia cakap weekend je jumpa.. sian.. Masa rehat, semua bebudak turun makan kat kantin, tapi dia maintain lepak dengan aku kat tingkat 3, aku tanya nape tak makan, duit xde.. aku bagi la RM2, pastuh suruh dia makan.. dia gi makan nasik.. Pastu dia mintak no phone aku.. unsangkarable, dalam kul 6 dia call, tanya tahun 4 nanti aku ngajar dia lagi ke tak.. Sedeynye.. sukarnya untuk aku terangkan apa itu guru praktikum kepada beliau. Bila aku cakap aku tak ngajar sekolah dia lagi, dia tanya aku nak ke mana. Aku cakap aku akan ke sekolah yang sebenar la.. Dia tanya lagi, sekolah mana? Isk.. susah benar aku nak menjawab soalan bebudak bijak ni..
Ni namenya Irham.. Aku letak sebagai penghargaan kerana menjadi photographer sepetang aku di St Michael tempohari.
Ashman.. budak ni macam nak dekat dengan aku, tapi saat2 akhir baru dia nak rapat...Dapat bergambar pun jadi laa
***Banyak lagi foto2 dengan anak2 murid,, tapi cukuplah setakat murid2 yang benar2 memberi aku kesan sebagai seorang guru pada suatu garis perkenalan yang bagi aku cukup indah.. hahahah,, cuma sedih sebab akim takde.. huem....
Bab seterusnya aku nak masuk dalam mode serius
Aku tak tahu la kenapa.. aku tak nak la dilabelkan sebagai masuk bakul angkat sendiri, tapi aku rasa aku memang seorang yang bahek.. Baheq giller... Aku memang mudah baik dengan semua orang tak kira la laki ke pompuan.. Dengan lelaki memang la biasa je dan tak obvious sangat, tapi bila aku baik dengan kaum Hawa ni aku kena bersedia dengan pelbagai perisai untuk menepis segala senjata yang datang selain sebagai pertahanan. Bila kita baik dengan hawa, kita kena tahu risiko, dengan orang bujang risiko dia macam ni, dengan bini orang risiko dia lain pulak. So pendek kata aku tidak ada menbeza2kan mereka melainkan ada level kepercayaan yang aku dah tetapkan. Ada yang aku percaya sikit dan ada yang banyak.
Bila kacip dengan perempuan bujang risiko yang ada ialah bila si dia dah ada balak.. Aku kena tetapkan batas2 supaya tidak terlebih. Dan aku tahu semua batas-batas itu. Bila aku tahu hati itu milik orang lain, aku layan seperti milik orang lain la.. Alah, ni bukan kali pertama pun aku kena terjah dengan balak orang, kalo dulu dengan P**D, (sekarang dah kawin pun dengan lelaki tersebut dan aku doakan kebahagiaan mereka kekal akhir hayat). Sekarang ni mentemu lagi dengan situasi yang sama.. Bagi aku dah expert menghandle semua benda alah ni...
Risiko yang seterusnya ialah, bila kacip dengan orang yang berlawanan jantina ni.. haaaa mulut2 tempayan yang tak bleh tutup, ada je yang bawak mulut jadi radio bergerak. Aku pun tak tahu la apa pekdahnya mereka meneka dalam kasmaran semua itu.... Yang pasti aku tahu siapa aku dan dia pun tahu siapa aku. Huh!!!
Seingat aku setahun dulu aku paling kacip dengan Emma, pun perkara yang sama terjadi. Seperti yang aku story kat atas, Emma maybe kawan aku yang paling kacip semasa aku di Vads KPV...kerana aku selalu je duk sebelah workstation beliau. Dek kerana tak tahan dengan gossip orang lain, beliau telah mentukar workstation dan duduk di kalangan perempuan sahaja.
Haa ni satu lagi citer yang aku ingat, lepas je Emma dah tak kacip dengan aku, aku baik pulak dengan Sally. Dia la jadi peneman aku kerana selalu berjimba bersama-sama sehinggakan workstation pun sebelah menyebelah. Aku ingat dengan Sally ni aku selamat la dari gossip, rupa-rupanya manusia tetap tidak puas dengan apa yang mereka lihat. Aku kadang2 tak faham kenapa mesti persoalkan kekacipan kami. Yang aku tak tahan bila aku dan Sally duk jauh2 diorang ingat aku dan Sally bergaduh pulak!!! Isk isk... Sally tu kan lelaki!!! Atau nama sebenarnya FAISAL!!!!
Rasanya entry kali ni macam nak cover 3 entry la plak, sebab ada 3 segmen kesemuanya.. Takpelah.. aku rasa biarlah semua tu.. aku tahu masa akan tentukan segala-galanya. Banyak lagi yang aku nak sentuh, maybe next entry.. Buat Sally dan Emma, maaf la sebab tersebut nama korang, aku just nak kaitkan dengan apa yang terjadi kat aku di sini. Walau apa pun berlaku, aku tahu ada seseorang di luar sana sedang menanti kehadiran aku. Aku yakin dan pasti...Renung-renungkan dan selamat beramal.
1 comments:
va va vaaaaa... sedihh..
Post a Comment