Saturday, March 20, 2010

Kacisnya hari ini

Buka pc tutup pc.. Tu le keje aku hari-hari. Time bukak Pc macam ada je benda nak update dalam RYP tapi bila dah duk tercokoh di depan PC ni tiba-tiba je dah takde benda nak tulis. Sangat la mentidak tahu apa yang penting yang boleh aku mentulis di dalam RYP ini.

(Kak Bintang..tolong la bagi idea nak cerita apa… Gambar??? Huhuhuhu.. sejak duk Sekebun ni macam dah jarang mensnap gambar. Bukan macam prktikal dulu.. Yelah time prktikal kan 12 minggu je.. sebab tu la asyik mensnap je gmbar atas alasan duk skool tu tak lama dan sebagai kenangan la kengkononnya…


Sekebun Tidak Seindah Nama..

Sekebun best.. sebab sekolah kampong. Guru2 pun Alhamdulillah laa semuanya menterima aku seadanya. Sebagai opsyen Bi aku ditemukan bersama Kak Pah kita yang sentiasa vogue itu.. DI sekebun aku jadi S/U dalam Panitia BI, jadik pengerusi dalam persatuan Bahasa, Ketua Rumah Biru, Guru bola baling, Pemimpin Pengakap, AJK guru tahun 6, dan yang terbaru aku ingin diserapkan dalam badan Pengawas pulak!!!?? Semua benda yang aku sebut tadi tu mesti bersama Kak Pah Vogue kita… Huhuhu….



Okeyla.. Mula2 mari kita berkenalan dengan SeKeBuN aku dulu (SKBN) aka Sek Keb Bukit Nanas.. opsss peringatan..bukan convent bkt nanas ye.. ataupun sekolah sukan bukit nanas->itu sekolah menengah.. ish ish ish sangat memberanikan diri sendiri korang menerjah yeee. Sekebun ni kalo kira perjalanannya adalah melawan arus orang lain nak pergi kerja.Mean kalo pagi2 tuh aku nak gi sekolah senang je sebab aku menuju ke arah kampung dan orang kampong pulak nak turun ke Bandar. Kira opposite lane la yang jem pagi2 tuh. Name pun bukit nanas-tapi takde kampong bukit nanas ye.. sekadar nama. Memang terletak atas bukit dan ada sebijik nanas kat atas bukit yang besar punye (aku lupa la nak mensnap gmbr nanas tersebut.. nanti la next entry aku snap.)

Macam n3-n3 yang lepas aku dah cite pasal skolah ni skit2 kan? Erm.. kak Bintang nak tau pasal apa lagi? Dah tak reti lak nak citer pasal sekebun ni.


Pintu masuk utama Sekebun



Aktiviti pertama tahun 2010- Merentas desa



Kontijen rumah BIRU



VAN HIJAU ITU


Aku pun dah tak berapa mengingati diri sendiri brp hb.. Tapi tak silap hari Selasa.. Van itu datang lagiiiiii. Sangat menseronokkan diri sendiri.



Kenapa semua orang berkumpul ni???



Ohhh.. patutlah..van hijau itu...


Menikmati air bercawan plastik hijau itu



Maskot kontijen rumah KUNING



Pemenang acara lintas hormat terbaekkk-Rumah BIRU dengan maskotnya Gaban



Temanya-Amirul si budak glamer



Bila je aku cakap pose.. semua berlagak baca buku.. hampeh. Mentang2 la nak masuk dalam gambar


6 Al-Ghazali yang aku sayangi.. dan juga kelas eksperimen aku sebagai guru tahun ni..hahahahah


Berangan nye budak ni nak jadi SIR M




Minggu ni minggu ke 12 dalam tahun 2010 ni.. dan minggu ni cuti sekolah.. Bak kata Z, ke’best’an menjadi seorang guru akan terasa dalam minggu ini. Tapi aku langsung tak rasa best sebab aku tak dapat gaji lagi!!! Orang lain semua sudah mendapatinya pun. Aku sangat kesengkekkan sekarang. Dengar citer k.Nora yang senegeri dengan aku pun dah dapat. Benci tul!! DIa pun sudah mendapatinya pun. Kak Bintang jangan cerita laaa.. 1st day lagi dah mengkerekkan dirinya pun kat aku. Ish ish ish , kalo la aku dah bergaji sekrang ni mesti aku dah turun KL berjimba dengan tunang (eh? Aku dah bertunang ke?? Hahahah)…nak jugak tuh!!

Erm…macam yang aku cakap.. dah tak byk benda yang aku nak mentulis di sini… Tapi hari ini kebetulan pulak aku bagai mengantuk disorongkan selimut yang tebal, bantal yang empuk dan bilik yang ber-aircond…serta tilam yang superkacis.. menterima pelawaan slh sorg mber aku menyewa berukben kepunyaan beliau dan mengambil kesempatan ini menggunakan sewenang2nya beruk beliau. Mula2 dia ajak aku gi minum… pastu dia cakap dia nak turun Kuantan.. pastu dia offer “Ko tak nak sewa ke beruk aku sepeninggalan aku ke Kuantan??” Tanya beliau dengan nada yang sedikit gedik (sedikit hape??? Berkoyan2 gediksnye..) Aku pun hape lagi.. dengan memberanikan diri terus bersetuju.. aku tanya la balik.. ni sewa mean kena bayar laaa?? Dia pun jawab dengan laju “ OFFFFFF KOSSSSSS!!!!” ces.. aku akan bayar dengan pandangan yang kosong je nanti. Kendian dia tambah.. syarat nye ko kena la antar aku kat bus stand nanti.. Tanpa membuang masa aku terus bersetuju. Hahahahah dah sangap sangat nak berinternet di rumah sendiri sanggup menterima keadaan yang tak berapa nak kacis itu.

Kak Bintang dan Kak Setia ke sape2 ke.. dah tanya sangat pasal skolah aku. Soalan yang paling eksyen.. ko takde ke gmbr sekolah ko?? Hoho macam yang aku citer kat atas laaa dah jarang mengsnap pic sejak 2menjak 3 menjak ini.


Memandangkan sudah menjadikan diri sebagai pemunya kepada berukben si KISAH(satu lagi watak creation aku…) so aku pun bermonolog la serba sedikit .. kan dah lama aku tak menceritakan diri sendiri didalam RaYaP aku ni..



Tukar mood…

3bulan di terengganu


Dah nak genap 3 bulan aku ada di Teganu. Keje ok, makan (sangat ok!!!) pastu keadaan sekeliling. Kat ganu ni aku jumpe semula kawan lama (kawan ke??? Aku tak rasa aku ni kawan dia pong) yang dekat 10 tahun aku nak elak sangat2 dari berjumpa semula dengan dia. Tapi aku pikir balik nape aku mesti benci dia sedangkan dia cuba nak betulkan keadaan kami yang last time agak tegang dari biasa. Dah nak masuk 10 tahun pun.. takkan aku nak keras hati lagi. Beside.. dia kat negeri aku.. dia dah mencari rezeki di sini. Lambat laun aku memerlukan pertolongan dia gak.. so aku telah melembutkan hati diri sendiri supaya belajar terima semua orang selagi orang tak wat taik dengan kita. Jadi sekarang ni kira ok laa aku pun dah malas nak pikir perkara2 lepas. Kalo dia sendiri yang tanya pasal apa aku selalu menlarikan diri sendiri dari dia pun aku tak tau nak jawab camne… hahaha lantak laaa… Aku malas nak ingat walaupun ingat lagi..


3 bulan di Terengganu.. ntah laa awal2 persekolahan boleh dikatakan aku tiap2 hari bangun awal dan bersemangat nak gi sekolah. Tapi kini aku rasa kemalasan dah mula melanda diri sendiri. Cuti yang seminggu tu pun aku boleh dikatakan tiap2 hari ada kelas tambahan..almaklumlah.. guru tahun 6. huh sangeeta sibuk aku minggu ini. Oh ya ni citer utk kak bintang.. hari tuh budak yang citer dia kurang ajar hari tu menangis teresak2 dalam kelas sebab kena lecture.. hahaha dalam gangster2 si dia tuh ada sikit sifat chengeng.. Kalo nak tahu budak mana ada dalm gambar tahun 6 Al Ghazali yang tengah wat peace tuh laa. memang harun dalam kelas. tak padan dengan saiz.. sekali bila dia dah menangis tuh rasa kesian pulak. Berjuraian air mata dia hari tuh.. Cuak gak la kot2 dia balik citer kat bapak dia ke apa kan. Tapi kelas malam hari yang sama dia dah ok balik. Siap salam cium tangan lagi dengan Sir M. hahaha.. Penangan kena lecture depan kawan2 memang kuat. Sape suh kurang hajo??

Jadi kesimpulannya kenapa hari ini sangeeta kacis kerana aku berjaya menghapdet satu n3 utk bulan March.. Tak sabarnya nak dapat gaji..

Sebagai penutup tirai.. wajah kesayangan hamba..senyumla meskipun ianya pahit untuk difahami...adios



8 comments:

Aini Faizi Jaslan said...

adik M yang diingati..

barulah kekanda dapat membaca entry adik yang seterusnya..setelah menunggu berbulan- bulan.. memanglah,, menunggu gaji adalah sama sakitnya menunggu makwe yang terlalu lama bermekap.. tapi adik bersabarlah.. memang la kebanyakan negeri2 telah menggajikan cikgu-cikgu.. mungkin kelambatan gaji adik M ada hikmahnya, iaitu adik M akan dapat berdesupp gaji nanti.. mungkin boleh terus buat muka Alza satu.. berkenaan gaji akak, xde maknanya. telahpun akak habiskan dengan melangsaikan hutang-hutang, duit kereta, tukar tayar yg botak, mesin basuh dan barg Qn. itu saja.. buat pengetahuan adik, si Pratib yg dok kl tu pun x bergaji lagi.. amatlah susah sbb dia berkereta juga dan kl pula..

Seperkara lagi, kalau adik sudah bergaji nanti, daftarlah broadband celcom68hinggit.. agar kita x jauh..

sekian

Aini Faizi Jaslan said...

2 perkara lagi adikku M, haplod la cikit gambo nenet.. ingin kekanda menatap wajahnye..

nani said...

ye..ye...haplod la byk2 sket gmbr nenet tu ye...aku pasti ade org yg akan gembira melihatnya.

Anonymous said...

Dinggg...M???hahaha...membuatkan aku teringat kat seseorg awek dulu...A**i kot??

Mr M said...

Hahahaha... obviously kalo bebudak UiTM tahu la mane dtgnya huruf tu... Tapi kat Maktab aku dulu M adalah seorang lelaki yg sangeeta kacis!! Hahaha (sapekah ko wahai anonymous???

Kak Bintang - Sedang menunggu kemasukan streamyx ke rumah beta.. huhhuhuhu

Kak Setia - gambar nenet akan terus menjadi tanda tanya.. dah konfem nanti akan disebarkan secara serata alam...

NIZ said...

Bila nk turun KL jumpa 'tunang'?????????

Mr M said...

Niz-Bila kita nak bertunang???

Kak Setia- Nenet dah bersuara..

Razlan said...

saya yg baru datang

Post a Comment