Aku benci tajuk yang berbunya-bunya (instead of berbunga-bunga). Kononnya nak bagi tajuk jadik kacis la kan? Hohoho.. Persoalan kali ini apakah yang telah berakhir? Siapakah yang masuk peringkat akhir? Kenapa akhir yang menjadi pilihan tajuk kali ini? Mampukah tajuk kali ini menjadi satu perdebatan di antara Puan Isteri dengan Miss Bujang? Hadirkah kalian dalam menjengah RYP seketika? Kenapa korang tak komen pun dalam n3 “Menjengah Cinta Seketika” ? Kenapa aku banyak mengutarakan soalan2 yang berbelit-belit macam ni seolah2 dah takde motif hendak disampaikan? Bagaimanakah perasaan Kak Mila membaca pendahuluan n3 kali ini yang macam ntah hape2. Sudikah beliau menghabiskan bacaannya sehingga titik yang terakhir? Huh…
Pedagogy Enhancement for English Language Teacher…
Bertepatan dengan tajuk, PEELT sudahpun berakhir. 5 days deret aku mengulangi-aliki dari rumah ke Teltrac aka IPGM Kampus Dato Razali Ismail semata2 untuk menamatkan kursus yang telah aku attend selepas menjalani proses penggantian tempat K.Pah de Vouge yang telah meng’MC’kan diri. Kursus dari 8am-7pm. Giler!!! Semata2 nak abiskan semua Phase 2 dan 3 sekali encik harun.
Modul sepanjang kerusus. Dari kiri-Phase 1, Phase 2, dan Phase 3
Kak Mila (Wazzup2 Mila in da house)-teacher Keplians batch 2007 menggurukan diri di sekolah keb Kg Tengah Kemaman mula aku kenali apabila aku dan dia se-group. Kak Mila memang best.. Semua task kalo boleh hendak dia aje yang present. Bukan apa, dia sorang je yang sangat sangeeta paling terrr-rajin dalam grup aku. Yelah, lain2 buat jugak tapi kalo ada anugerah sangat sangeeta paling terrr- tu dia la yang menang.
Aku senang berbicara dengan beliau. Kalo kira jarang aku berkongsi pendapat mengenai pribadi dengan sape2 yang baru kenal sehari, tetapi beliau telah berjaya mencungkil bakat dan mencungkil minat aku untuk meneruskan penceritaan yang seolah2 tidak berkesudahan tersebut. (hehe, sorila kak mila. I knw u will laugh at me when u read dis. Kas kas kas kas….
Kenal dengan cikgu Nizam pulok sangat sangeeta kelakar cerita nya. Dah la orang nya kiut je.. dia nyer lawak memang takleh blah. Ada je gaya atau memek muka yang buat orang jadik gelak. Kas kas kas lagi skali. Jumpa gak adik si Farahana (ex-SMKATJ). Rupanya adik dia sebijik macam muka sepupu gua (kak Ani). Bila tnya belum kawin tapi hari last dia edarkan kad jemputan (terlepas lagi…..hahahaha).
Sape lagi aku nak citer? Oh tidak dilupakan teacher Medi.. (Medi konon) Bebudak lelaki asyik duk panggil dia Pengetua, sebab gaya dia memang sejibik macam bakal pengetua, tapi bila disiasat rerupanya dia pun batch Kepli yang sama posting dengan aku. Hohoho. Bila si Mizi (cgu dari Bggol Peradong) sebut dia pengetua, dia pulak tanya “Apa? Penyu Tua??” Bantai gelak lagi.
Teacher Ronaini (ex-teacher SMKATJ, kini SMK TB) turut menjumpai aku di sana. BIla aku mentegur beliau, dia macam teringat sesuatu. Tiba-tiba je tangan beliau pantas mencubit bahu aku sambil berkata dengan ala-ala sorang teacher kepada anak muridnya .: “Who, besor doh lening!! Wat gape sining??”. Aku sengih, dah nama kursus, aku datang kursus jugak la adanya… Tapi teacher tak segrup dengan aku sebab dia grup Sek Men. Aku kan SK ren je.Bagi la tajuk sendiri
Sebenarnya aku tahu sorang pun tak paham ape yang aku cerita. Bahasa dah merapu meraban entah hape2. Bukan apa, fikiran kacau tak tau nak bagi tenang macam mana. Yelah, kan semuanya dah berakhir.. Semua-semua laaa… bila dah berakhir, kena start yang baru la… kan? Hahahaha…
Bila semua dah berakhir, kursus pun turut berakhir. Aku sebenarnya malas nak menggunakan bahasa-bahasi yang ala-ala shahdu gitu sebab aku tak aku memang tak leh nak mensyahdukan diri sendiri. Geram ngguh.
Segalanya telah berakhir… bila dah berakhir, contohnya berakhir kursus kali ni, mesti ada lagi kursus2 akan datang. So aku pun harap bila dah akhir tu ada la permulaan yang baru. Yang patah, tumbuh, yang hilang kena lah beli lain. Ha name tag aku hilang. Hampas.. Tu la kenangan IPIP sebab name tag tersebut sangat kacis bagiku. So kena la beli lain. Bukan name tag je ilang. Separuh jiwa aku turut hilang..(gituh!!! Kata kak Mila lagi)
3 comments:
"Posted by Mr M at 7:12 AM" ~ bile skali aku bc mcm die tulis "posted by Mr Mat" smbil dlm hati berkata..."apsal lak die tukau nama jd Mr Mat?"..lepas 2,3 kali tgk br la tergelak sndiri...hahahah...mcm tu la kalo mata dh layu tp xreti2 nk tdo...
setiap yg berakhir itu adalah ketentuan-Nya dan psti ade hikmah disebaliknye...dan mungkin yg berakhir itu akan menjadi permulaan kepada sesuatu yg lebih baik.....\(^o^)/ Gambatte!!!!
Renung-renungkan...dan selamat beramal...
kat sini kursus ni kena dipergikan oleh cikgu2 yang bukan opsyen bi tapi kena ajar bi.. so, aku terexcuse la... tapi bila piki piki,,, bagussnya kalau aku g.. boleh brush up lagi bi aku yg x canggih ni.. kan kan...
kau begitu jujur menggunakan perkataan 'urk urk'
sekian
Post a Comment