Thursday, September 30, 2010

Pasca UPSR 2010

Dah 2 minggu UPSR melabuhkan tirainya. Sebagai salah seorang guru tahun 6, terasa juga la ke'rileks'an nya selepas tidak perlu menggigihkan diri lagi menghadiri kelas tambahan, dan seumpamanya. Program pertama selepas UPSR abis ialah lawatan ke Expo Pendidikan yang diadakan di TTC (Terengganu Trade Centre). Hampir semua pelajar tahun 6 yang ikut. Aku?? Gile kentang la kalo tak nak ikut... Masa diumumkan sape nak ikut, terus aku menggedikkan diri untuk menjoin... Bukan apa..

1. Aku tak yah ngajar 3 kelas lagi yang berbaki untuk jadual hari Ahad...
2. Dapat bersama2 anak2ku lagi esp WKH aku yang sorang tu.


Mula2 memang la gi Expo, kendian meng'KFC'kan diri di Giant yang berdenkatan.

Gambar diupload tidak mengikut turutan.. Ini time wajah Tn Tanah kepanasan sambil menantikan bas untuk pulang.

Wajah-wajah riang selepas UPSR
.
Satu-satunya minah rempit yang merempit dengan jantan2 lain.
Lokasi - Tingkat satu Giant

Saingan-saingan beliau

Dari sudut lain dapat diperhatikan ketekunan mereka menunggang.. Kalo korang tekun macam ni masa aku mengajar kan bagus.. Confirm A

Ni korang bagi la tajuk sendiri - macam biasa.

Jadi.. apa pendapat anda? Sekolah anda macam mana - soalan ni ditujukan kepada Pn Bintang, Kapal, Setia dan sapa2 yang rasa berhak untuk menjawabnya

Saturday, September 25, 2010

Pn Bintang

Berwarna warni kan gambar2 untuk latest n3 sejak dua menjak tiga menjak ni kan???

Doa Kepada Pn Ma

Insyaallah, tahun ni 2010 Pn Ma akan menunaikan haji di Mekah. Sama-samalah doakan yang terbaik buat beliau.. Sekarang ni beliau sedang mengadakan latihan Qiamullai di Stadium tertutup sempena kursus haji perdana. Aku sangat mempahami perasaan beliau apatah lagi menlihatkan orang ramai pergi kursus bersama2 suami masing2 tetapi beliau hanya sendiri sahaja. Sesungguhnya aku sangat mengerti....

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan yang bakal dilalui oleh beliau kerana beliau akan menjadi tetamuMu nanti Ya Allah......

RIndu Yang Akan Pergi

UPSR sudah mengundurkan diri...Pelbagai ragam , wajah dan gelagat yang aku dapat tengok semasa hari peperiksaan. Malam sehari sebelum kertas pertama, macam aku pulak yang nak exam... Tak dapat nak lelapkan mata. Risau kalau anak2 aku lupa apa yang telah mereka pelajari selama 6 tahun di primary school. Pagi 21 September, bukan aku je yang risau, rupa2nya semua guru tahun 6 takleh tido..kelakar la.. Kalo aku ye la, 1st time anak murid exam..

Calon UPSR 2010

6 Al Farabi (kelas ni aku tak ngajar... so tak familiar sangat nama2 diorang)

6 Al Ghazali - Ha, yang ni memang experiment aku tahun ni.

Upsr pun dah habis... Maka tiada lagi 6 Al-Ghazali dalam jadual mengajar aku, walaupun RPH kelas tetap kena buat tetapi rasanya tiada lagi PnP kot.. Tengok la macam mana.

Wajah2 keseronokan setelah habis kertas Aplitud.. (aku bertugas pada hari tersebut)


Gembiranya mereka UPSR dah lepas...

Langsung tiada rasa gundah la korang eh...


WKH - Rindu yang akan pergi...........................

Apakah WKH? Name orang kah?? Plet kete kah?? Berakhirnya UPSR maka abisla pengajaran aku dengan kelas tahun 6 yang aku ajar tu... dan aku akan rindukan satu-satunya Wajah Kesayangan Hamba nan satu ini kerana tiada lagi aku masuk ke kelas beliau untuk mengajar.

Ramai guru panggil dia ni adik kesayangan aku sebab kata mereka obvious sangat aku rapat dengan budak ni. Tapi aku bukan rapat dengan dia on purpose... Akhir2 baru aku rapat dengan dia. Masa mula2 aku jejak kaki ke kelas 6G, dia adalah antara budak yang paling aku banned sebab selalu buat kacau, kurang ajar, biadap dan memang aku pernah letak dia di tempat yang aku paling tak nak tengok muka dia setiap kali aku masuk kelas. Dia suka ganggu orang, tak dengar apa yang aku ajar, kuat mengajuk apa yang aku cakap sampai satu tahap aku dah hilang sabar dengan perangai dia.

Bila dah hilang sabar, aku ingat peristiwa aku menasihatkan dia dalam kelas bertubi-tubi, semua benda yang aku tak puas hati dengan perangai dia aku luahkan... Sampai dia menangis teresak-esak. Gelabah giler aku bila tengok dia menangis, tanpa malu2 pulak tu menangis depan kelas.

Sejak hari tu perangai dia turut berubah.. Aku mula senang dengan sikap dia dan frankly aku sayang akan budak ni walaupun dia bukan budak target lulus aku. Kalau lulus.. syukur alhamdulillah....












Fairul Hisham nama diberi.....

Actually, ramai lagi budak yang rapat dengan aku, tapi n3 ni khas untuk budop ni... N3 akan datang maybe aku ketengahkan wajah2 lain plak sebagai tempelan..

Friday, September 24, 2010

Raya Mode Lagi...

Upsr Dah abes.... haplod gegambar raye dulu aaa....

Majlis hari raya peringkat sekolah telah diadakan pada 15 Sept 2010..

Bertempat di kantin sekolah..

Layan gambar dulu



Ragam calon UPSR berhari raya (masa ni belum UPSR lagi)


Tahun 1 Al-Farabi (menggantikan cikgu Hamidah)

4 Al Farabi (ganti Ustazah Azyan)

Makan-makan
Lastly My WKH - Hisyam

Monday, September 20, 2010

UPSR!!!!!!

Dua hari sebelum UPSR

Sekebun mengadakan majlis restu merestui antara sesama kita...eh silap.. Majlis restu kepada pelajar tahun 6 yang bakal UPSR


Ucapan dari Guru Besar Sekebun...(dah macam kena PLKN la plak aku nengok)


Sesi menyalami tangan semua guru (aku lambat snap,dah tinggal separuh dah yang menyalami)






Sehari sebelum UPSR


Mendengar amanah terakhir dari SIR dia nan satu ini melalui video....

Video mengandungi foto2 terpilih sepanjang 9 bulan bersama 6 Al-Ghazali.... diiringi dengan lagu dan caption yang kelakar (kelakar ke????)


Adakah anda perasan yang wajah Tn Tanah pada layar putih sedang memberi amanat dan pesanan terakhir kepada 6 Al-Ghazali?

Klik pada gambar untuk tumbesaran tulang temulang.....

Thursday, September 9, 2010

Datang Dah!!!


Sempena bulan mulia..aaaaaaaaaaaaaaaa nk ucap la happy lebaran....

Sunday, September 5, 2010

Rentetan Dari MC 13 hari

Kenapa MC 13 hari?? Penatnye aku nak jawab kalau terbuka n3 yang tu.. Oklah.. Kenangan 1 Ogos 2010 takkan aku lupe kot..


Selamat datang ke bilik pesakit no 7

Nama pesakit dan diet pesakit adalah Mc D ye (seperti kata member aku)


Pakej 4 hari 4 malam di sini.....


Dari angle yang berbeza

Kehidupan aku bangun-makan-tido



Sepanjang sakit, inilah obat-obatannya.Setiap kali TcA dapat yang baru, padahal botol lame tak abess lagi...



Soalannya aku sakit apa?????















Mata kiri bekok cobong sebak ngita anok daro mandi...


Saturday, September 4, 2010

Cuti Sekolah



Cuti dah stat, tapi persiapan raya satu habuk pun tak wat lagi..

Malasnya nak hapdet rayap ni....Post Options

Mode : Malas....